Menjawab Hujah Dr Maza Berkaitan Janji Peralihan Kuasa Pm






Kita tahu Dr Maza bukan orang politik, beliau hanya seorang Mufti.  Tidak salah seorang Mufti mahu berbicara soal politik kerana politik dan agama tidak boleh dipisahkan.  Cuma, agak pelik sejak kebelakangan ini selepas PH menjadi kerajaan, suara Dr Maza lebih banyak bercakap soal politik sehingga kita terlupa beliau seorang Mufti.  Bahkan, suaranya tentang politik lebih lantang berbanding sewaktu beliau berada di situ di bawah kerajaan Kleptokrasi.

Perubahan ini terjadi kerana di bawah kerajaan PH, keterbukaan  untuk bersuara itu diberikan jauh lebih baik berbanding di era kerajaan Kleptokrasi sebelum ini.  Oleh kerana itu, semuanya berani bersuara tanpa rasa takut dan bimbang.  Alhamdulillah, itu wajar diberi pujian oleh Mufti sepatutnya.  Bayangkan, bekas Ketua Polis Negara pun ada yang berani menjelajah ke hulu ke hilir membakar isu perkauman.  Baiknya kerajaan PH sekarang.

Saya mahu menjawab hujah Dr Masa seperti yang tersiar di Malaysiakini.  Dr Maza menimbulkan persoalan wajarkah janji itu dipenuhi jika meibatkan hak orang lain?  Beliau cuba untuk menggambarkan wajarkah janji dibuat untuk jawatan PM ke 8 kepada Anwar, sedangkan jawatan itu bukan milik anwar mahupun Tun M, tetapi milik rakyat.  Maksudnya, wajarkah janji itu dipatuhi?

Baik, saya petik kembali persoalan2 dari Dr Maza:  Beliau berkata,

1.  “Persoalan yang patut kita fikirkan, dalam sistem negara ini, jawatan perdana menteri sebenarnya milik siapa?

2. "Siapakah yang berhak menentukan? Siapakah yang berhak berjanji? 

3.  "Siapakah yang betul atau salah jika berjanji? Siapakah yang betul atau salah jika menuntut janji? PM? Parlimen? Rakyat?" Soal mufti Perlis.

Saya mahu menjawab soalan beliau yang pertama.  Jawatan PM adalah milik seseorang yang telah diberi mandat oleh rakyat di dalam PRU.  Di dalam konteks negara kita, parti yang terbanyak memenangi Kerusi Parlimen maka itulah parti pemerintah untuk menjadi kerajaan yang dipilih oleh rakyat.  Maka, parti tersebut akan memilih seorang calon untuk menjadi PM.   Sekiranya diperkenankan oleh YDP Agong, itulah PM bagi kerajaan.  

Bagi PH, sebelum PRU14 lagi, kita telah umumkan kepada rakyat melalui kempen2 kita bahawa sekiranya PH memerintah kerajaan, kita akan melantik Tun M sebagai PM, WAn Azizah sebagai TPM dan Anwar akan mengambil alih PM ke 8 setelah beliau dibebaskan dari penjara dan dibenarkan untuk menjawat jawatan di dalam politik.  Ini adalah  janji PH disepakati di dalam PH dan diumumkan secara terbuka tawaran dan janji ini kepada rakyat sebeum PRU14 lagi.  Apabila Parlimen dibubarkan, jawatan PM bukan lagi milik sesiapa tetapi akan diserahkan kepada rakyat untuk menentukannya berdasarkan janji2 oleh semua parti yang akan bertanding.  

Ertinya, jika rakyat setuju dengan janji2 dari PH itu, maka rakyat akan mengundi PH dan jika rakyat mahu Umno/Bn terus memimpin dengan Najib sebagai PM dikekalkan, maka rakyat akan memilih Umno/Bn.  Hasilnya, kita tahu rakyat majoriti memilih PH iaitu bersetuju bahawa PM sementara sebelum Anwar adalah Tun M.  Itu jelas.  Sebab itu, Kak Wan tidak mengambil jawatan tersebut apabila ditawarkan oleh YDP Agong meskipun Kak Wan adalah Presiden Keadilan iaitu logo parti yang digunakan oleh PH di dalam PRU14 kerana Kak Wan amat mematuhi janji2 di dalam PH.  Sekiranya Kak Wan menerima jawatan PM waktu itu, maka Kak Wan dianggap munafik kerana melanggar janji2 yang telah dipersetujui bersama.

Persoalan kedua oleh Dr Maza, jawapannya mudah.  Siapakah yang berhak menentukan?  Parti2 yang bertanding adalah berhak menentukan siapa calon PM dan mereka juga berhak membuat janji sesama mereka asalkan janji2 tersebut dihebahkan secara terbuka kepada rakyat untuk rakyat nilai dan buat pilihan.  Tidak timbul rakyat dikhianati di atas pilihan mereka dan parti2 di dalam PH juga jangan khianati janji2 mereka di dalam soal jawatan PM ini.  

Soalan ketiga dari Dr Maza juga mudah.  Siapa yang betul dan salah jika berjanji?  Tiada sesiapa yang bersalah di dalam membuat janji kecuali yang melanggar janji2 yang telah dibuat.  Berjanji di atas sesuatu perkara yang diharuskan adalah betul dan baik, tetapi menjadi haram dan munafik jika melanggar janji2 itu tadi.  Apabila janji telah dibuat, tidak salah mana2 parti di dala PH menuntut janji2 itu dilaksanaan dan rakyat juga tidak salah untuk menuntut janji2 tersebut untuk ditunaikan kerana mereka memilih parti berkenaan kerana percaya kepada janji2 yang telah disampaikan kepada mereka sebelum PRU14 lagi. Di dalam soal peralihan kuasa ini, rakyat sedar akan janji2 yang telah dihebahkan.   

Soal siapa salah jika janji2 ini tidak ditunaikan, jawapannya juga jelas iaitu Majlis Presiden yang patut menanggung kesalahan ini kerana janji2 ini dibuat oleh mereka.  Parlimen tidak bersalah, jauh sekali rakyat tidak boleh dipersalahkan.  Adalah menjadi satu kesalahan besar dan khianat jika ada mana2 pimpinan dari PH yang telah mengikat janji2 ini cuba untuk memungkiri janji2 tersebut atau sengaja membuat helah bagi melambat2kan proses peralihan kuasa seperti yang dijanjikan.  

Jadi, tidak timbul serah jawatan PM jika pemiliknya (rakyat) tidak setuju kerana rakyat telah buat keputusan memilih PH berdasarkan janji2 PH termasuk janji peralihan kuasa PM tersebut.  Soalnya sekarang, adakah janji2 itu dipatuhi?  

Saya sarankan agar Mufti Perlis ini mencari maklumat yang tepat tentang senario sejak awal sebelum PRU14, bagaimana PH dibentuk dan bagaimana serta mengapa perjanjian tentang peralihan kuasa ini dibuat sebelum beliau cuba untuk mengulas isu tentang peralihan kuasa ini yang beliau sendiri tidak mengetahui butiran dan asasnya.  Jika beliau sangka peralihan kuasa tentang PM ini sama seperti di era kerajaan Umno/Bn, maka beliau perlu banyak lagi belajar tentang politik khususnya pendekatan, prinsip dan dasar di dalam PH.  .   

WFAUZDIN NS

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/menjawab-hujah-dr-maza-berkaitan-janji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Peralihan Kuasa Perlu Dimuktamadkan

Isu Peralihan Kuasa Perlu Dimuktamadkan

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 209 hits
Isu peralihan kuasa perlu dimuktamadkanOleh February 13 2020Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya memuktamadkan segera tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri di antara TunDr Mahathir dan Datuk ...
Wujud Sd Halang Peralihan Kuasa Tun M Tidak Terlibat Anwar

Wujud Sd Halang Peralihan Kuasa Tun M Tidak Terlibat Anwar

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 304 hits
Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat usaha terancang mengambil Akuan Berkanun dalam kalangan ahli ahli parlimen bertujuan menyokong Tun Mahathir untuk meneruskan tugasnya sehingga akhir penggal Bagaimanapun ...
Isu Peralihan Kuasa Bukan Bicara Soal Dewan Rakyat

Isu Peralihan Kuasa Bukan Bicara Soal Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 330 hits
Bayangkan sebaik sahaja kita menang di dalam PRU14 dahulu Wan Azizah pun berkata Kita akan tunai janji untuk Tun M menjadi PM tetapi terpulang kepada Agong Agak agak siapa PM sekarang Kita mahu ingatkan Tun soal peralihan kuasa adalah soal ...
Kenapa Hadi Asyik Meroyan Soal Peralihan Kuasa Nyanyuk Atau Tak Makan Ubat

Kenapa Hadi Asyik Meroyan Soal Peralihan Kuasa Nyanyuk Atau Tak Makan Ubat

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 476 hits
Meskipun sudah kerapkali diperingatkan bahawa hal peralihan kuasa adalah urusan PH dan tiada kena mengena dengan Pas Hadi Awang selang dua tiga hari sekali pasti meroyan berkaitan perkara itu Ada ada saja cecehan yang lebih menampakkan kede...
Undian Di Media Sosial Banyak Menunjukkan Keinginan Mereka Tentang Peralihan Kuasa

Undian Di Media Sosial Banyak Menunjukkan Keinginan Mereka Tentang Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 519 hits
Di sini adalah keputusan undian semasa yang berakhir jam 12 30 tengahari hari ini Banyak pihak mengadakan Poll bagi mengetahui sejauh mana peralihan kuasa ini menarik minat pengguna2 media sosial Keputusan pengundian di media sosial bukanla...
Usul Undi Percaya Kepada Mahathir Tindakan Nodai Konsensus Peralihan Kuasa

Usul Undi Percaya Kepada Mahathir Tindakan Nodai Konsensus Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 292 hits
Sama ada usul undi percaya kepada Perdana Menteri benar benar akan berlaku atau cuma sekadar spekulasi tetapi itulah yang menjadi perbualan hangat di arena politik negara kebelakangan ini Dikatakan usul tersebut akan dibentangkan dalam sesi...
Majlis Presiden Harus Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Menjelang Mesyuarat 21 Fenruari Nanti

Majlis Presiden Harus Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Menjelang Mesyuarat 21 Fenruari Nanti

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 257 hits
Hanya semalam ketika Tun Mahathir Mohamad memberi pengakuan kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau sentiasa komited terhadap janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya serta tidak terlibat sama sekali dengan sebarang komplot mengumpul tan...
Untuk Henti Politicking Yang Diperlu Peralihan Kuasa Bukannya Usul Undi Percaya 11 February 2020

Untuk Henti Politicking Yang Diperlu Peralihan Kuasa Bukannya Usul Undi Percaya 11 February 2020

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 336 hits
Walaupun belum membuat keputusan sama ada menyokong atau tidak Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hassan berkata usul undi percaya kepada Perdana Menteri yang akan dibawa oleh Pas adalah perlu untuk Malaysia Ini kerana katanya terlalu banyak po...
Pelan B Jika Mahathir Ingkar Peralihan Kuasa Mp Pkr

Pelan B Jika Mahathir Ingkar Peralihan Kuasa Mp Pkr

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 364 hits
Diterbitkan Hari ini 6 09 petangBERITAPemimpin PKR memberi bayangan sesuatu perlu dilakukan termasuk tekanan daripada pandangan awam sekiranya pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim tidak berlaku ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025