Peralihan Kerajaan Saya Hampir Masuk Wad Hadi


Presiden Pas, Datuk Seri Abd. Hadi Awang menyifatkan peristiwa pertukaran kerajaan baru-baru ini adalah pengalaman yang paling meninggalkan kesan sepanjang penglibatannya lebih 56 tahun dalam bidang politik.
Menurut Abd. Hadi, ini kerana beliau terlibat secara langsung proses tersebut sehingga hampir dimasukkan ke dalam wad kerana terlalu bekerja keras bagi memastikan peralihan itu berjalan dengan lancar.
Katanya, walaupun beliau pernah berhadapan dan terlibat dengan pelbagai konflik politik di peringkat antarabangsa seperti di Bosnia, Palestin, Kashmir dan Afghanistan, namun peristiwa pertukaran kerajaan kali ini memberi cabaran berbeza.
Ini kerana, menurutnya, ia berlaku di tanah airnya sendiri.
“Saya dan dan rakan-rakan pimpinan politik negara berhempas pulas dalam isu ini sehingga saya tidur tak cukup, sehingga dua kali dinasihatkan untuk masuk hospital.
“Namun kami bekerja dengan penuh semangat hingga berlaku ‘perubahan’ yang sangat menarik (dalam negara), aman, sampai tidak ada satu titik darah pun yang tumpah kerananya,” ujar Abd. Hadi.
Beliau berkata demikian dalam wawancara khas program Owh!MG terbitan Malaysia Gazette semalam.
Untuk rekod, pada 24 Februari lalu, naratif landskap politik negara digegarkan dengan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Susulan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 25 dan 26 Februari telah mengadakan sesi pertemuan secara berseorangan dengan ahli Dewan Rakyat untuk menilai sokongan dan kepercayaan mereka.
Selepas melalui semua proses itu dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat kepercayaan Ahli Dewan Rakyat dan dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.
Mengulas lanjut, Abd. Hadi berkata, dalam kemelut politik tersebut, tanggungjawab yang dipikul mereka antaranya memastikan perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan orang Islam itu sendiri tidak terjejas disebabkan peralihan kuasa yang berlaku.
“Tanggungjawab kita adalah menyatukan mereka, yang kedua tidak boleh menafikan masyarakat bukan Islam, kita tidak boleh menolak mereka kerana mereka juga sebahagian daripada kita.
“Semua ini bukanlah satu usaha yang mudah, sebagai contoh orang Melayu sendiri yang berbeza pandangan seperti yang kita lihat antara orang UMNO, Pas dan Bersatu.
“Akhirnya kita berjaya mewujudkan titik pertemuan bagi mengembalikan kuasa politik orang Melayu, Islam yang adil untuk semua.
“Kita juga berjaya mengajak kaum bukan Islam yang tidak esktrim, yang bencikan huru-hara dan pergaduhan untuk bersama kita sehingga tertubuhnya kerajaan Perikatan Nasional,” kata Abd. Hadi. MG
The post Peralihan Kerajaan: Saya hampir masuk wad! – Hadi appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/29/peralihan-kerajaan-saya-hampir-masuk-wad-hadi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Kali Nak Masuk Hospital Ketika Peralihan Kuasa Kata Abdul Hadi

Dua Kali Nak Masuk Hospital Ketika Peralihan Kuasa Kata Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 372 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendedahkan dia hampir dimasukkan ke wad kerana terlalu bekerja keras untuk memastikan peralihan kuasa berjalan lancar pada penghujung Februari lalu Abdul Hadi yang terlibat secara langsung dalam proses tersebu...
Pengalaman Bentuk Kerajaan Pn Paling Bermakna Hadi Awang

Pengalaman Bentuk Kerajaan Pn Paling Bermakna Hadi Awang

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 343 hits
Pengalaman yang paling saya tidak dapat lupakan adalah penyertaan Pas dalam pembentukan kerajaan sekarang ini kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pertemuan bersama MalaysiaGazette Presiden Pas itu juga mendedahkan pada ketika itu para pe...
Peralihan Kuasa Kerajaan Baharu Tak Mungkin Berlaku Tun Abdul Hamid

Peralihan Kuasa Kerajaan Baharu Tak Mungkin Berlaku Tun Abdul Hamid

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 356 hits
Entah mengapa apabila saya terbaca dakwaan DS Anwar Ibrahim bahawa beliau telah mendapat majoriti bilangan ahli Parlimen yang menyokongnya untuk menubuhkan kerajaan baru dan menunggu untuk menghadap DYMM SPB Yang di Pertuan Agong di masa te...
Kerajaan Negeri Di Minta Siasat Cubaan Bawa Masuk Calon Pengurus Besar Pintu Belakang

Kerajaan Negeri Di Minta Siasat Cubaan Bawa Masuk Calon Pengurus Besar Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 353 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang diminta menyiasat dakwaan kekosongan jawatan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser akan diisi oleh calon pintu belakang Menurut sumber kekosongan untuk jawatan berkenaan telah diiklankan oleh PKBF da...
Kerajaan Galakkan Pawagam Pandu Masuk Zahidi

Kerajaan Galakkan Pawagam Pandu Masuk Zahidi

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 300 hits
Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengalu alukan konsep pawagam pandu masuk diperkenalkan terutamanya ketika negara berdepan penularan pandemik Covid 19 Timbalan menterinya Zahidi Zainul Abidin berkata konsep pawagam seperti itu boleh d...
Hampir Terima Surat Mengandungi Racun Trump Terlepas Cubaan Bunuh

Hampir Terima Surat Mengandungi Racun Trump Terlepas Cubaan Bunuh

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 352 hits
WASHINGTON 21 Sept Pihak berkuasa sempadan menahan seorang suspek wanita kerana didakwa menghantar surat mengandungi racun risin ke White House Menurut agensi berita Sputnik memetik laporan NBC Chicago seorang pegawai penguatkuasa undang un...
Saya Hampir Hilang Arah Linda Rafar

Saya Hampir Hilang Arah Linda Rafar

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 281 hits
Pelakon Linda Rafar bakal menerbitkan sekuel novel Menunggumu Di Pintu Syurga yang mengisahkan arw4h anak lelakinya Rezaimen Keiflin yang men1nggal dunia pada 2014 Menurut Linda nakshah yang ditulisnya itu akan diterbitkan dalam masa terdek...
Mungkin Kerana Terlalu Geram Dengan Kawannya Yang Comel Anjing Ini Hampir Sahaja Makan Kawannya Sendiri

Mungkin Kerana Terlalu Geram Dengan Kawannya Yang Comel Anjing Ini Hampir Sahaja Makan Kawannya Sendiri

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 329 hits
Mungkin ramai yang melihat anjing dan kucing adalah musuh tradisi yang tidak boleh bersua muka Jika mereka bertemu ada sahaja yang mahu digaduhkan dan keadaan di rumah tidak akan pernah aman dengan pergaduhan dan pertengkaran mereka Namun b...
Ben Ladin Panik Tersangkut Dalam Lif Seorang Diri Hampir Setengah Jam

Ben Ladin Panik Tersangkut Dalam Lif Seorang Diri Hampir Setengah Jam

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 311 hits
Menerusi satu entri yang dimuat naik di lamn Instagram penyanyi Ben Ladin telah berkongsi pengalamannya berdepan detik cemas apabila lif yang dinaiki mengalami gangguan kerosakan teknikal source
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle