Perak Benar Solat Jemaah Solat Jumaat Ikut Kapasiti Keluasan Dewan Solat


IPOH, 16 Jun (Bernama) — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan bilangan jemaah yang dibenarkan menghadiri solat fardu berjemaah dan solat Jumaat berasaskan kepada had kapasiti keluasan sebenar ruang utama dewan solat dengan menetapkan jarak satu meter sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Shahrul Azam Shaari berkata baginda memberi perkenan itu selepas mendapatkan pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri setelah merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM).
“Kebenaran melaksanakan solat Jumaat di masjid dan surau diri Jumaat serta mendirikan solat berjemaah pada setiap solat fardu di masjid, surau diri Jumaat dan surau mengikut had kapasiti keluasan itu akan mula dilaksanakan pada Jumaat ini (19 Jun).
“Kehadiran menunaikan solat fardu jemaah dan solat Jumaat pada masa ini hanya dibenarkan kepada warganegara, selain identiti para jemaah hendaklah disemak dan direkod sebelum dibenarkan masuk ke ruang solat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata cara masuk dan keluar para jemaah dari ruang utama dewan solat di masjid, surau diri Jumaat dan surau perlu diasingkan antara pintu masuk dan pintu keluar.
Solat jemaah hendaklah dilakukan dengan penjarakan sosial. (Kredit: Bernama) Selain itu, Shahrul Azam berkata azan yang dilaungkan oleh bilal kembali kepada kaedah asal dan tidak perlu lagi melafazkan ayat “al-Salatu fi buyutikum” (tunaikanlah solat di rumah kamu). “Ahli jawatankuasa (AJK) Kariah atau pegawai masjid memberi peringatan serta penerangan ringkas kepada jemaah untuk mematuhi garis panduan sebelum solat Jumaat dan solat berjemaah sebelum setiap solat fardu dimulakan,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengeluarkan garis panduan dan kaedah terkini penambahan bilangan jemaah untuk pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah kepada semua pengerusi Jawatankuasa Kariah masjid dan surau di negeri ini dan selanjutnya menyelia dan memastikan garis panduan itu dipatuhi.
Arahan dan ketetapan ini hendaklah terpakai dan berkuatkuasa serta merta sehingga dikeluarkan apa-apa arahan baharu daripada MAIPk, katanya.
Pada 10 Jun lepas, Sultan Nazrin memberi perkenan untuk membenarkan solat fardu berjemaah bermula Jumaat lepas selain membenarkan bilangan jemaah menghadiri solat Jumaat di masjid dan surau diri Jumaat ditambah daripada 12 kepada 40 orang, tidak termasuk pegawai masjid dan AJK Kariah.
Sumber: BERNAMA
The post Perak Benar Solat Jemaah, Solat Jumaat Ikut Kapasiti Keluasan Dewan Solat appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/16/perak-benar-solat-jemaah-solat-jumaat-ikut-kapasiti-keluasan-dewan-solat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bilangan Jemaah Solat Jumaat Fardu Di Pulau Pinang Ditambah Bermula 12 Jun

Bilangan Jemaah Solat Jumaat Fardu Di Pulau Pinang Ditambah Bermula 12 Jun

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 307 hits
GEORGE TOWN 10 Jun Bilangan jemaah solat Jumaat di Pulau Pinang ditambah kepada 40 orang berbanding 15 jemaah sebelum ini berkuat kuasa 12 Jun kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor Beliau berkata perkara itu diputusk...
Satu Pertiga Jemaah Dibenar Solat Jumaat Di Masjid Surau Di Zon Hijau Wp

Satu Pertiga Jemaah Dibenar Solat Jumaat Di Masjid Surau Di Zon Hijau Wp

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 350 hits
Kerajaan membenarkan semua masjid surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan berstatus zon hijau menunaikan solat Jumaat dan berjemaah ketika tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan dengan kapasiti jemaah diluaskan kepada satu perti...
Sultan Johor Benar Solat Jumaat Lima Waktu Berjemaah

Sultan Johor Benar Solat Jumaat Lima Waktu Berjemaah

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 350 hits
SULTAN Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan lima waktu secara berjemaah di negeri itu Kebenaran tersebut terpakai sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di s...
Tidak Mohon Kebenaran Jemaah Reda Tidak Dapat Solat Jumaat

Tidak Mohon Kebenaran Jemaah Reda Tidak Dapat Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 259 hits
Masjid di seluruh negara sebelum ini ditutup hampir tiga bulan kepada para jemaah susulan kebimbangan penularan pandemik Covid 19 Foto BernamaSHAH ALAM 12 Jun Umat Islam di Selangor menzahirkan rasa syukur apabila pelaksanaan solat Jumaat d...
Kuatnya Iman Mereka Foto Jemaah Teguh Menunaikan Solat Jumaat Ketika Hujan Buat Netizen Sebak

Kuatnya Iman Mereka Foto Jemaah Teguh Menunaikan Solat Jumaat Ketika Hujan Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 398 hits
Kebanyakkan negara telah mula melonggarkan peraturan dan membuka semula premis premis dan tempat beribadat selepas sekian lama menutup untuk mengawal wabak C0vid 19 Menurut di Turki mereka bersolat Jumaat di masjid masjid yang ada dataran l...
Jemaah Turki Terus Khusyuk Tunai Solat Jumaat Dalam Hujan Lebat Bikin Sebak

Jemaah Turki Terus Khusyuk Tunai Solat Jumaat Dalam Hujan Lebat Bikin Sebak

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 347 hits
Jemaah Turki Terus Khusyuk Tunai Solat Jumaat Dalam Hujan Lebat Bikin Sebak Disebabkan pendemik Covid 19 yang melanda dunia rumah ibadat termasuk masjid telah ditutup buat sementara daripada dikunjungi oleh orang ramai untuk beribadah Namun...
Sarawak Benar Solat Jemaah Di Masjid Surau Bersyarat Bermula Esok

Sarawak Benar Solat Jemaah Di Masjid Surau Bersyarat Bermula Esok

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 461 hits
Mulai 12 Jun Sarawak membenarkan solat Jumaat seramai 100 jemaah dan 40 bagi solat 5 waktu di masjid negeri KUCHING Solat 5 waktu berjemaah di masjid dan surau dibenarkan dengan syarat di Sarawak mulai esok sementara solat Jumaat pula bermu...
40 Jemaah Dibenarkan Untuk Solat Jumaat Di Kelantan

40 Jemaah Dibenarkan Untuk Solat Jumaat Di Kelantan

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 361 hits
Berita baik buat semua umat islam di Negeri Kelantan setelah berlaku sedikit penambahan daripada 12 ke 40 orang jemaah yang akan mengerjakan solat Jumaat bermula lusa ini Perkara ini disahkan sendiri oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiada...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities