Penyokong Ph Umno Sertai Pas Di Gua Musang




MALAM ini sekali lagi sejarah tercipta di Parlimen Gua Musang yang disandang YBM Tengku Razaleigh Hamzah sejak puluhan tahun lalu. Dun Nenggiri khasnya sejak sebelum Pilihan Raya Umum yang lepas, mencatatkan rekod yang cukup bagus dalam gerak kerja pilihan raya. Ratusan penyokong Umno-Barisan Nasional dan PKR menyerahkan borang menyertai PAS saban minggu beberapa bulan sebelum 9hb Mei 2018.Dun Nenggiri sebagai kubu kuat Umno sejak sekian lama akhirnya dipertahankan parti tua itu pada PRU lalu dengan majoriti yang amat tipis sekali. YB Ab Aziz Yusoff dengan jumlah 5506 undi memenangi kerusi ini dengan kelebihan 461 undi sahaja menewaskan calon PAS Mohd Saupi Abd Razak yang memperolehi 5045 undi dan calon PH Othman Yusoff yang hanya mendapat 788 undi.Ini berbeza dengan undi besar yang dikaut Umno melalui calonnya Mat Yusoff Abd Ghani yang sejak PRU 2004 lagi memenangi kerusi ini dengan majoriti yang tinggi. Pada tahun itu calon Umno ini menang dengan majoriti 2685 undi menewaskan calon PKR Saudara Mohd Zain Muhammad. Penggal seterusnya pada 2008 beliau sekali lagi menewaskan calon PKR Saudara Mohd Zuki Ibrahim dengan majoriti 2090 undi. Dan kemuncak karier politiknya adalah apabila beliau menewaskan Mohd Azihan Che Seman dari PKR dengan 3849 majoriti undi pada tahun 2013. Semua rekod kemenangan calon Umno ini menjadikan Dun Nenggiri sebagai deposit tetap Barisan Nasional Kelantan.Namun segalanya berubah apabila berlaku penghijrahan besar-besaran penyokong Umno bagi menyertai PAS sebelum PRU14. Diketuai oleh Rawi bin Mohd Noor, pada tanggal 3hb April 2018, beliau membawa ramai pimpinan Umno di peringkat Cawangan dan juga Pusat Daerah Mengundi meninggalkan parti keramat itu bagi menyertai PAS. Alhamdulillah, kemasukan 70 orang ahli Umno Gua Musang yang diketuai oleh Saudara Rawi bin Mohd Noor itu, yang juga merupakan Mantan Penghulu JKKP dan 30 anggota Keadilan Gua Musang diketuai oleh Sdr Wan Mohd Erman bin Wan Zulkifli, Ketua Ranting PKR Ladang SEDC dan Sdr Hassan bin Idris, Ketua Ranting PKR Kampung Baru Setar disambut penuh gembira oleh ahli dan penyokong PAS Kelantan.Turut bersama Abang Rawi pada tarikh tersebut adalah Puan Khadijah binti Samat, Ketua Wanita Umno Cawangan Setar Baru, Sdr Mohd Suhaimi Razali, Ketua Pemuda Umno Cawangan Setar Baru dan Sdr Abdullah Samat, AJK Cawangan Setar Baru.Abang Rawi kemudiannya pada 9hb April 2018 bersama-sama dengan PAS Kawasan Gua Musang menganjurkan Ceramah Perdana Menangkan Nenggiri di Kg Baru Star dengan membawa seramai 205 orang ahli Umno untuk menyertai PAS dan borang permohonan diserahkan kepada Dato’ Hj Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Ketua Penerangan PAS Kelantan.Gelombang yang lebih awal lagi sebenarnya telah wujud apabila terjadinya penghijrahan ahli serta penyokong PKR Gua Musang yang diketuai oleh Sdr Syed Azhar Syed Alwi yang juga merupakan Timbalan Ketua Cabang PKR Gua Musang.Syed membawa lebih kurang 80 orang anggota PKR di pelbagai peringkat pada tarikh 27hb Mac 2018 bagi menyertai PAS dan ini menjadi satu tamparan hebat bagi Pakatan Harapan yang sedang galak memasang angan-angan untuk menawan Putrajaya pada waktu itu.Malam ini cukup istimewa apabila seramai 525 orang menyertai PAS dari Dun Nenggiri. Borang keahlian diserahkan kepada YB Dato’ Mohd Amar Abdullah, Naib Presiden PAS sambil disaksikan oleh Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Ustaz Azman Ahmad, Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang dan seluruh kepimpinan lain yang turut hadir. Mereka yang menyerahkan borang ini terdiri daripada penyokong Pakatan Harapan dan juga ahli ahli Umno diketuai oleh Abd Manaf bin Che Long.Perkembangan baharu ini menyaksikan PAS terus menjadi pilihan orang Melayu Islam Gua Musang bagi meneruskan perjuangan agama dan bangsa di tanah air tercinta. Bahtera ini terus kukuh dan gagah melayari ombak dan gelombang perjuangan yang tidak pernah berhenti. Tahniah PAS Gua Musang di bawah kemudi Ustaz Azman Ahmad dan seluruh pimpinan kawasan serta Dewan Pemuda dan Muslimat kawasan yang terus tekun mendepani cabaran dakwah ummah setempat. NAZMAN CHE IBERAHIM
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan - HARAKAHDAILY 14/1/2019



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/01/penyokong-ph-umno-sertai-pas-di-gua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pas Makin Erat Maluapaboosku

Umno Pas Makin Erat Maluapaboosku

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 312 hits
UMNO dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim di Sg Koyan Alhamdullilah kerjasama UMNO PAS semakin erat Najib Razak
Bagi Pas Dan Umno Pru14 Tragedi Buat Melayu Islam

Bagi Pas Dan Umno Pru14 Tragedi Buat Melayu Islam

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 394 hits
PRK CAMERON Malam tadi menandakan kali pertama Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan pemangku Presiden Umno Mohamad Hasan bergandingan dalam satu pentas ceramah Bertempat di kubu kuat PAS di Felda Sungai Koyan mereka menyifatkan PRU ke 14 yang ...
Pas Umno Mesti Pimpin Umat Jadi Muflihun

Pas Umno Mesti Pimpin Umat Jadi Muflihun

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 168 hits
Resepi kejayaan umat Islam adalah apabila meletakkan dan mengikut syariat Allah S W T sebagaimana golongan yang dipuji Nya dengan panggilan Muflihun di dalam al Quran Ahli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim berkata namun walaupun ...
Kerjasama Pas Umno Bakal Kambuskan Kuasa Dap Pada Pru 15 Nanti Viral Hancing

Kerjasama Pas Umno Bakal Kambuskan Kuasa Dap Pada Pru 15 Nanti Viral Hancing

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 372 hits
DAP mungkin berjaya memecah belahkan orang Melayu pada PRU 14 yang lepas setelah Mahathir juga menjadi dalang dalam percaturan mempergunakan orang Melayu menyokong Pakatan Harapan Malah strategi gila kuasa dengan cara memfitnah sangat berja...
Pemimpin Umno Hubungan Dengan Pas Bertambah Baik Boleh Menang Pru15

Pemimpin Umno Hubungan Dengan Pas Bertambah Baik Boleh Menang Pru15

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 286 hits
January 17 2019 11 30 PMTajuddin Abdul Rahman berkata Umno sedia bekerjasama dengan NGO dan persatuan berasaskan Cina untuk mendapat lebih banyak sokongan KUALA LUMPUR Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata hubu...
Kerjasama Umno Pas Strategi Ampuh Menang Pru Tajuddin

Kerjasama Umno Pas Strategi Ampuh Menang Pru Tajuddin

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 347 hits
Kerjasama Umno PAS kini semakin baik selepas dua parti dominan Melayu itu bersatu dalam satu perhimpunan raksasa anti konvensyen PBB mengenai kesaksamaan kaum yang menghimpunkan puluhan ribu umat Islam di ibu negara baru baru ini kata Anggo...
Tanpa Umno Takdak Melayu Tanpa Pas Takdak Islam

Tanpa Umno Takdak Melayu Tanpa Pas Takdak Islam

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 357 hits
1 Saya memilih tarikh hari ini 1hb Januari 2019 bagi menulis artikel seperti tajuk di atas kerana keinginan melihat lembaran baru negara tercinta ini bermula 2 Tahun 2018 adalah tahun yang dipenuhi peristiwa bersejarah suka dan duka yang ti...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

Clear Air Over Najib S Supplementary Order Anwar And Ag Told



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah

Dolar Berada Dalam Kawalan