Penyokong Mungkin Dibenarkan Ke Stadium


MKN akan mengumumkan berita positif berhubung kehadiran penyokong bola sepak menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium, esok. YB Menteri KBS-
Penyokong dijangka hadir ke stadium bulan depan Adakah penonton sudah bersedia untuk menghangatkan kembali stadium yang lebih setahun sepi? J ika tiada sebarang halangan dan segala perbincangan dan pertemuan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berjalan lancar, awal bulan depan hampir semua stadium di negara ini kembali meriah dengan kehadiran penyokong Liga Malaysia (Liga M).

Situasi yang dilihat sudah mencapai hampir 90 peratus persetujuan dan kerjasama semua pihak turut menyaksikan 15 hingga 20 peratus penyokong diberikan kebenaran masuk ke venue berdasarkan kapasiti stadium terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, pihaknya kini dalam usaha untuk memperhalusi dan menambah baik standard operasi prosedur (SOP) merangkumi laluan keluar serta masuk penyokong termasuklah menentukan kedudukan mereka ketika berada dalam stadium.

Beliau berkata, perbincangan bersama pemilik kelab, KBS dan MKN akan dilakukan lebih kerap supaya semua garis panduan dipatuhi dengan menitik berat berkaitan keselamatan semua pihak.

"Kami dalam perbincangan akhir dan jika semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah, pada perlawanan keenam Liga Super dapat menyaksikan kemasukan penyokong ke stadium.

"Pada masa sama, kami tidak meletakkan syarat tertentu kepada penyokong namun kanak-kanak dan warga emas tidak digalakkan ke stadium kerana mereka adalah golongan berisiko," katanya.

Penyokong sentiasa main peranan penting kepada pasukan Selain itu, beliau berkata, ketika saat 'genting' ini semua pihak dikehendaki mematuhi SOP dan larangan yang ditetapkan iaitu tidak berkumpul di perkarangan stadium sekali gus mengganggu proses permohonan kemasukan penyokong oleh MFL.

"Baru-baru ini, terdapat penyokong pasukan tertentu berkumpul di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan situasi berkenaan sebenarnya hampir merencatkan permohonan kemasukan penyokong ke stadium.

"Oleh itu, harap penyokong semua pasukan bersabar kerana masanya sudah dekat sahaja untuk mereka melepaskan kerinduan masuk ke stadium memberi sokongan kepada pasukan masing-masing," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2021/03/penyokong-mungkin-dibenarkan-ke-stadium.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berita Baik Bazar Ramadan Mungkin Dibenarkan Beroperasi

Berita Baik Bazar Ramadan Mungkin Dibenarkan Beroperasi

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 308 hits
Umum mengetahui di dalam situasi pandemik Covid 19 majlis ataupun perhimpunan besar besaran tidak boleh lagi diadakan seperti kebiasaan Malah tahun lalu bazaar Ramadan juga tidak diadakan berikutan negara berada dalam tempoh Perintah Kawala...
Penyokong Kedah Teruja Dapat Kembali Ke Stadium

Penyokong Kedah Teruja Dapat Kembali Ke Stadium

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 297 hits
KEBENARAN penyokong bola sepak untuk hadir ke stadium bermula April sangat dinanti nantikan pencinta sukan tersebut selepas hanya menonton perlawanan di kaca televisyen ataupun melalui siaran langsung dalam talian sejak setahun lalu Jurucak...
Pru 15 Pada Ogos Ismail Sabri Dilantik Tpm Mungkin Kata Sumber Ppbm

Pru 15 Pada Ogos Ismail Sabri Dilantik Tpm Mungkin Kata Sumber Ppbm

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 226 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM telah mengusulkan kepada Muhyiddin Yassin untuk mengadakan pilihan raya umum sekitar Ogos dan melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri jika Umno nekad kel...
Calon Bebas Prk Dun Chini Nyatakan Hasrat Mungkin Akan Aktif Semula Politik Selepas Ini

Calon Bebas Prk Dun Chini Nyatakan Hasrat Mungkin Akan Aktif Semula Politik Selepas Ini

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 396 hits
KUANTAN Bekas calon bebas pilihan raya kecil DUN Chini Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini menyatakan beliau kemungkinan akan kembali menyertai salah sebuah parti politik di negara ini Kenyataan itu diluahkan selepas genap 10 tahun beliau bereh...
Apple Mungkin Melancarkan Perkhidmatan Pertukaran Mata Wang Kripto Sendiri Yang Menyamai Seperti Paypal

Apple Mungkin Melancarkan Perkhidmatan Pertukaran Mata Wang Kripto Sendiri Yang Menyamai Seperti Paypal

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 241 hits
Sebagai syarikat teknologi terkemuka seperti PayPal dan Tesla beralih ke bitcoin pemerhati industri melihat Apple sebagai syarikat besar seterusnya untuk beralih ke pasaran kripto Adakah pihaknya sememangnya akan menambah bitcoin pada kunci...
Jam Tangan Pintar Moto Akan Datang Mungkin Dijana Dengan Snapdragon Wear 4100

Jam Tangan Pintar Moto Akan Datang Mungkin Dijana Dengan Snapdragon Wear 4100

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 212 hits
Sebelum ini terdapat beberapa laporan berhubung tiga jam tangan pintar di bawah label Moto akan dilancarkan pada tahun ini Biarpun belum ada kepastian namun jam tangan tersebut berkemungkinan besar dikenali sebagai Moto G Moto Watch dan Mot...
Siri Hbo Max Green Lantern Mungkin Jalani Penggambaran April Ini

Siri Hbo Max Green Lantern Mungkin Jalani Penggambaran April Ini

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 231 hits
Masa depan live action Green Lantern menjadi samar samar sejak percubaan Ryan Reynolds untuk menghidupkan watak Hal Jordan menjadi sasaran ejekan peminat dan pengkritik ketika ia ditayangkan dipawagam pada tahun 2011 Bagaimanapun usaha untu...
Mi 11 Lite Mungkin Akan Dijana Dengan Cip Snapdragon 768

Mi 11 Lite Mungkin Akan Dijana Dengan Cip Snapdragon 768

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 217 hits
Mi 11 Lite adalah peranti kelas pertengahan premium Xiaomi yang mana adalah versi murah Mi 11 biasa dengan spesifikasi yang sedikit lebih rendah Imej sebenar telah pun tertiris rekaannya mirip dengan Mi 11 dan dijangka dijana dengan cip Sna...
Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Ppim 17 03 2025

Piring Tembaga Bukti Kekuasaan Wanita Keatas Lelaki

Qcy H3 Pilihan Tepat Untuk Fon Kepala Bajet Dengan Audio Mantap

Pengkhianat Negara Wajar Dikenakan Hukuman Berat

Klia Ranks Among Top 10 In Global Airport Survey

Harga Emas Hari Ini Semakan Kadar Jangkaan Naik Turun

Birthday Gift

How Land Surveying And Site Planning Shape The Future Of Architecture


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Huawei Mate Xt And Huawei Matepad Pro 13 2

Raya Lego Style Packing Our Bags For A Brick Tastic Raya At Legoland Malaysia

A Parent S Guide To Spanaway Kids Swimming Schools Finding The Perfect Fit

Ahli Parlimen Kota Bharu Sembang Kari Kata Netizen

Ulasan Bailout Sapura Bukti Kasih Madani Kepada Maha Kaya

Suami Ipar Masak Untuk Keluarga Anak Aku Terus Makan Phew