Calon Bebas Prk Dun Chini Nyatakan Hasrat Mungkin Akan Aktif Semula Politik Selepas Ini





KUANTAN -  Bekas calon bebas pilihan raya kecil DUN Chini, Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini menyatakan beliau kemungkinan akan kembali menyertai salah sebuah parti politik di negara ini.
Kenyataan itu diluahkan selepas genap 10 tahun beliau berehat dari mana-mana parti politik. Shukri yang juga dikenali sebagai CMK atau Blogger Cucumatkilau, adalah merupakan satu-satunya bekas calon PKR yang undur diri dan tidak melompat ke mana-mana parti selama ini. 
Beliau terus bergerak sebagai Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) untuk mengangkat berbagai isu rakyat di Kuantan khasnya dan Pahang amnya. 
"Saya berehat dari politik lada Februari 2011 lalu, dan pada Februari 2021 maka genap 10 tahun saya berehat. Ramai kawan-kawan yang mahu saya kembali aktif mewarnai politik," katanya yang juga merupakan seorang blogger aktif di negeri ini sejak 1998.
Shukri berkata pada awalnya beliau mahu terus berjuang dengan NGO yang tidak melibatkan politik kepartian, namun selepas melihat senario semasa hari ini dia terpanggil untuk kembali aktif.
"Dalam masa terdekat ini saya akan adakan beberapa pertemuan dengan pemimpin politik di Pahang. Saya belum putuskan lagi parti politik manakah yang akan saya sertai. Tunggu pengumuman rasmi," dakwa beliau.
Ketika ditanya, adakah beliau akan sertai parti gabungan kerajaan atau pembangkang? Shukri berkata, beliau akan mempertimbangkan perkara itu dalam sehari dua ini.
Sebelum ini terdapat ura-ura beliau akan sertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), susulah kehadirannya pada satu majlis anjuran parti itu di sebuah hotel terkemuka di bandar ini.
Namun, Shukri mendakwa beliau hadir atas jemputan sahabat lama PKR yang kini aktif dengan Bersatu. 
"Saya hormati jemputan rakan-rakan, tidka bermakna saya sudah buat keputusan.  Saya bertemu rakan lama ketika aktif dengan PKR dulu. Persahabatan tetap dipertahankan, walau berbeza ideologi politik," katanya.
"Bagi saya, parti politik hari ini umpama sebuah kapal. Kita boleh pilih kapal mana untuk kita naik untuk belayar. Ada kapal kecil ada yang besar. Ada yang baru ada yang lama. Ada kapal masih utuh dan ada yang hampir karam. Ada pula kapal yang ada dua tiga nakhoda. Pendek kata pilihan ditangan kita.
"Dulu saya terfikir, kapal besar itu kuat. Namun hari ini ia juga boleh karam. Dulu saya fikir ada kapal nak belayar jauh mengelilingi dunia tanpa singgah di mana-mana pelabuhan. Tapi kini, belum jauh pelayaran singgah di beberapa buah pelabuhan," katanya dengan nada sini.
Justeru, Shukri mendakwa tidak perlu ada pihak yang mendakwa merekalah pejuang sebenar dalam politik.
"Hari ini, semua pihak claim mereka benar dan jujur berjuang untuk rakyat ketika tiada kuasa. Bila dah dapat kuasa, mereka lupa dan tidak tunaikan janji kepada rakyat. Benda inilah yang saya mahu ubah, agar semua pihak benar-benar jujur dan ikhlas dalam perjuangan rakyat. Tidak perlu ada matlamat lain, selain menjadikan platform politik untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara, ' tambah Shukri yang juga merupakan seorang aktivis yang banyak membangkitkan isu rakyat di negeri Pahang sejak sekian lama.
Shukri turut mendakwa, niat beliau untuk kembali ke platform politik kerana mahu suburkan amalan demokrasi, menjadi penegur dan pengkritik yang lebih efisyen pada masa akan datang. 
"Pada masa ini, orang padang sebelah mata kepada saya kerana tiada platform politik. Saya hanyalah aktivis bebas yang bergerak dalam kapasiti yang cukup terhad. Maka itulah tiba masanya untuk saya berbakti pula kepada masyarakat menerusi wadah perjuangan yang lebih jelas," katanya lagi.
Beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak yang tidak setuju beliau kembali aktif dalam politik, namun  baginya orang boleh cakap apa saja jika tidak mengikut selera mereka. 
"Saya duduk sebelah pembangkang orang marah, saya duduk sebelah kerajana orang marah... malah saya duduk sebelah bebas pun orang marah. Semua tak betul di mata orang sekeliling. Maka, kali ini biarlah saya sendiri buat keputusan. Setuju atau tidak itu hak masing-masing. Apa yang penting, saya mahu terus membela rakyat dengan lebih agreasif lagi pada masa depan," katanya.
Shukri pernah beberapa kali bertanding pilihanraya. Pada 2008 beliau bertanding atas tiket PKR di DUN Kemayan. Manakala pada 2013, dia bertanding bebas di DUN Semambu dan terbaharu 2020 di PRK DUN Chini. Sebelum itu pada 2003 nama beliau naik sebagai calon PKN di DUN Lepar dan pada PRK Parlimen Rompin, beliau juga menawarkan  diri sebagai calon, namin gagal berbuat demikian akibat masalah teknikal.
"Keputusan saya jelas, saya akan tentukan parti politik manakah yang akan saya sertai. Mungkin saya kembali semula kepada PKR, atau sertai UMNO, PAS dan BERSATU. Atau mungkin saya bersama PH dalam AMANAH dan DAP. Atau mungkin juga saya sertai parti baharu seperti PUTRA, PEJUANG dan lain-lain lagi. Segalanya masih terbuka," tambah beliau lagi. #PahangDaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/03/aktivis-masyarakat-blogger-cucumatkilau.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Lelaki Hidup Semula Selepas Disahkan Telah Meninggal Dunia

Seorang Lelaki Hidup Semula Selepas Disahkan Telah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 266 hits
24 total views 24 views today NEW DELHI Seorang lelaki di India yang meninggal dunia akibat nahas motosikal dilaporkan kembali hidup ketika doktor sedang bersiap sedia mahu melakukan autopsi ke atasnya menurut pegawai kesihatan pada Rabu Le...
Gelembung Hijau Mungkin Diwujud Untuk Perjalanan Antara Negeri Selepas 18 Mac

Gelembung Hijau Mungkin Diwujud Untuk Perjalanan Antara Negeri Selepas 18 Mac

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 207 hits
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata perjalanan antara negeri mungkin dibenarkan selepas 18 Mac ini tetapi ia bukannya pembukaan semula sempadan negeri secara menyeluruh seperti tahun lalu PETALING JAYA Menteri Kesihatan Dr Adham Baba be...
Warga Palestin Bebas Selepas Dipenjara 19 Tahun Tentang Penjajahan Israel

Warga Palestin Bebas Selepas Dipenjara 19 Tahun Tentang Penjajahan Israel

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 279 hits
unable to retrieve full text content 160 BAITULMAQDIS Seorang warga Palestin dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 19 tahun di negara haram Israel Firas Sadeq al Hatawi 47 sebelum ini ditahan atas alasan kononnya menentang pen...
Calon Pru15 Bebas Skandal

Calon Pru15 Bebas Skandal

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 299 hits
Tokoh politik veteran Tan Sri Rafidah Aziz menggesa pemimpin politik yang terpalit dalam kes rasuah atau sedang dibicarakan di mahkamah supaya mengundurkan diri secara sukarela daripada terus menawarkan diri sebagai calon Pilihan Raya Umum ...
Lelaki Ini Dikecam Teruk Selepas Ludah Pada Botol Dan Letak Semula Di Chiller

Lelaki Ini Dikecam Teruk Selepas Ludah Pada Botol Dan Letak Semula Di Chiller

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 269 hits
Bukan sahaja ketika musim pandemik perbuatan meludah pada barang barang awam ini kelihatan menjengkelkan dan menjijikkan walaupun pada hari biasa Betul tak Baru baru ini seorang lelaki menjadi bualan ramai selepas memuat naik sebuah video d...
Ahli Sains Politik Minta Mp Kaji Semula Undang Undang Hina Mahkamah

Ahli Sains Politik Minta Mp Kaji Semula Undang Undang Hina Mahkamah

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 204 hits
MALAYSIAKINI Selepas Malaysiakini didapati bersalah menghina mahkamah dan didenda RM500 000 oleh Mahkamah Persekutuan semalam ahli sains politik Wong Chin Huat berkata anggota parlimen perlu mengkaji semula peruntukan undang undang bagi men...
Terkini Politik Pn Di Landasan Tepat Keluar Parti Demi Rakyat

Terkini Politik Pn Di Landasan Tepat Keluar Parti Demi Rakyat

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 244 hits
Dan ini reaksi Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon Ikuti reaksi yang baharu kami terima SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE h...
Terkini Politik Pakatan Harapan Berdepan Kemelut

Terkini Politik Pakatan Harapan Berdepan Kemelut

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 396 hits
Dua orang lagi Ahli Parlimen PKR keluar parti selepas seorang ADUN Amanah keluar partinya untuk menyertai PKR Ini hanya episod terbaru dalam krisis lompat politik yang telah membelenggu parti parti komponen PH sejak beberapa bulan lepas Tat...
Amanah Jangan Main Politik Dua Kolam Seperti Diamalkan Pas

Amanah Jangan Main Politik Dua Kolam Seperti Diamalkan Pas

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 259 hits
AMK saran Salahuddin muhasabah diri elak politik bermuka mukaSetiausaha Pemuda PKR Syukri Razab menyarankan supaya Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub bermuhasabah diri dan menjauhi sikap politik bermuka muka seperti parti lamanya PAS ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari