Penyokong Kerajaan Luah Perasaan Adik Dibuang Kerja


Seorang penyokong kerajaan Pakatan Harapan meluahkan perasaan secara terbuka berkaitan pembuangan kerja adiknya yang telah bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Jabatan Penerangan Perak selama 15 tahun.

Herman Haassan  dalam luahan yang dipaparkan secara umum di Facebooknya hari ini mendakwa, kerajaan yang didokong dan diperjungkannya selama ini tiba-tiba menjadi seolah-olah tidak berhati perut.


Berikut cerita Herman yang mendapat lebih 2,000 reaksi dan hampir 2,000 perkongsian oleh warganet selepas tujuh jam dikongsi di Facebooknya:

Pembuangan kerja penjawat awam

Tuan-tuan dan puan-puan.


Beberapa hari lagi iaitu sehinggga habis tahun 2019 adik saya yang telah bekerja dengan kerajaan selama hampir 15tahun akan menamatkan kerjayanya sebagai Pembantu Tadbir di Jabatan Penerangan Perak.

Dia telah berkhidmat sejak habis sekolah dan hampir 15tahun mengabdikan dirinya sebagai penjawat awam.

Saya tidak pasti dimana silapnya kerajaan ini. Sebuah kerajaan yang saya sendiri dokong dan perjuangkan, tiba-tiba menjadi seolah-olah tidak berhati perut.

Pembubaran Jabatan Hal-Ehwal Khas (JASA) oleh kerajaan Pakatan Harapan telah menyebabkan nasib adik saya juga tidak menentu.

Dia telah dipindahkan ke Jabatan Penerangan Perak dan hanya selamat setahun 7 bulan saja, khidmatnya dan 77 orang lagi rakan-rakannya diseluruh negara tidak disambung. 15 orang kakitangan Jabatan Penerangan (JAPEN) dan 63 orang RTM. Di Perak, mereka hanya 4 orang saja.

Saya tidak mahu meraih simpati berlebihan tetapi apabila 78 orang hilang sumber pendapatan bermakna 78 keluargalah akan terkesan. Rata-rata mereka ini berusia 30an dan masih muda.

Saya telah berusaha membantu. Langkah permulaan ialah dengan mengadu kepada seorang pegawai antara yang paling YAB PM percaya dan rapat yang saya kenal juga, malangnya WhatApps saya hanya dibaca tetapi tidak dibalas.

Saya cuba pula menelefon seorang lagi pegawai YAB PM, rakan yang sama-sama berjuang, dengan tujuan hendak berjumpa ; dia hanya cakap “small matter saja bro, awak pergi jumpa Datuk ……”

Saya pun buat seperti disuruh itu lalu WhatApps kepada pegawai seorang menteri kanan, yang agak bepengaruh, juga saya sangat kenal dan katanya ; “ok aku check dulu…..” Senyap.

Ketika kempen pilihanraya kecil Tanjung Piai, saya terjumpa dengan Timbalan Menteri *******, YB ******* dan saya bercakap dengannya berkenaan hal ini.

Beliau kata ; “Tak pernah saya dengar kita nak buang-buang orang ni, dalam meeting pun tak pernah bincang pasal itu”… Saya lega dan beliau telah arahkan saya supaya berjumpa dengan pegawainya di Kuala Lumpur.

Selang beberapa minggu, saya telah berjumpa dengan seorang pegawai kanan kepada YB Timbalan Menteri ****** di Angkasapuri. Bercerita panjang, surat pun telah saya serahkan, beliau berjanji akan memeriksa dengan pegawai berkaitan.

Dua minggu selepas itu, beliau memberitahu yang penamatan kontrak tidak dapat dielakkan dan pejabat Timbalan Menteri ‘tiada kuasa’ dan beliau memohon maaf.

Saya tetap berusaha. Dalam pada itu, saya cuba menghubungi dan berjumpa dengan salah seorang Supol kepada YAB PM dan menceritakan masalah ini. Beliau berkata akan “check” dan akan cuba menghubungi Ketua Setiausaha Negara.

Akhirnya, surat penamatan kontrak telah diberi kepada adik saya dan rakan-rakannya.

Saya tidak faham dan kecewa. Tun Dr. Mahathir dulu pernah berjanji tidak akan membuang kakitangan awam kontrak ini kerana gaji mereka rendah. Saya sendiri melihat dan mendengarnya dikaca TV.

Tun ketika menjawab pertanyaan press di YKP pada 16 Mei 2018 telah berkata, “Ada antara mereka ini bergaji rendah dan ini menyusahkan mereka jika tiba-tiba mereka diberhentikan dan ditamatkan kerja sekali gus tiada bayaran gaji.

“Kita tidak perlu (menamatkan kerja mereka) dan oleh itu, kita akan beri jawatan lain yang sesuai dengan kelayaan mereka. Proses itu akan mengambil masa dan memerlukan penyelesaian keputusan segera,”

https://www.hmetro.com.my/…/3…/sinar-buat-kakitangan-kontrak

Dan Tun mengulanginya lagi ketika press conference selepas meeting cabinet pada 23 Mei 2018.

https://www.facebook.com/astroawani/videos/10155401670705965/

Adakah semua ini ada kena mengena dengan DAP ? Menteri Penerangan ialah DAP dan menteri yang bertanggungjawab meluluskan “geran” ataupun duit juga dari DAP. Manakala kesemua bernasib malang itu pula ialah orang Melayu.

Adakah saya menuduh ? Sudah tentu tidak! Saya berharap YB Lim Guan Eng dan YB Tony Pua supaya meneliti balik perkara besar ini.

Jika semalam YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata akan cuba memperjuangkan nasib kakitangan awam yang telah dipotong elaun, saya berharap dan memohon YB Syed Saddiq juga bantu mereka berjawatan rendah ini yang telah dibuang kerja dan telah putus sumber pendapatan dimana bajet untuk gaji mereka tidak sampai pun RM3juta setahun.

Herman Haassan
25 Disember 2019

Sumber : Suara Merdeka/Fb Herma  Haassan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/12/penyokong-kerajaan-luah-perasaan-adik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyokong Ph Sedih Adik Dibuang Kerja Selepas 15 Tahun Berkhidmat

Penyokong Ph Sedih Adik Dibuang Kerja Selepas 15 Tahun Berkhidmat

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 266 hits
Seorang penyokong kerajaan Pakatan Harapan meluahkan perasaan secara terbuka berkaitan pembuangan kerja adiknya yang telah bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Jabatan Penerangan Perak selama 15 tahun Penyokong PH sedih adik dibuang kerja se...
Eiiy Maziein Terkejut Bakai Suami Bagi Hadiah Kondominium Hasil Titik Peiuh Kerja Kerajaan

Eiiy Maziein Terkejut Bakai Suami Bagi Hadiah Kondominium Hasil Titik Peiuh Kerja Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 386 hits
Penyanyi dan pengacara EIIy MazIein tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu apabila menerima hadiah sebuah kondominium daripada bakal suami menjelang hari pertunangan mereka Dia yang berkongsi kegembiraan itu dalam satu rakaman yang dim...
Baik Penyokong Ph Atau Umno Kerajaan Pintu Belakang Harus Ditolak

Baik Penyokong Ph Atau Umno Kerajaan Pintu Belakang Harus Ditolak

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 263 hits
Isu utama yang membelenggu UMNO sekarang ini adalah keghairahan dan tidak sabarnya mereka untuk kembali berkuasa tanpa mahu menunggu PRU bagi mendapatkan mandat rakyat Oleh kerana ia sudah berkuasa terlalu lama dan tidak pernah menjadi pemb...
Tun Mahathir Semakin Merapu Rakyat Ditindas Dibuang Kerja

Tun Mahathir Semakin Merapu Rakyat Ditindas Dibuang Kerja

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 484 hits
JELAPANG berbual dengan seorang ibu yang amat KECEWA dengan Tun Dr Mahathir Mohamad Kata ibu tersebut Tun Mahathir semakin MERAPU Anak si ibu ini baru sahaja hilang pekerjaan di Institut Terjemahan Negara yang beliau katakan ditutup oleh Dr...
Negara Islam Mau Jadikan Emas Sebagai Alat Tukar Dolar As Dibuang

Negara Islam Mau Jadikan Emas Sebagai Alat Tukar Dolar As Dibuang

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 399 hits
Sejumlah negara islam seperti Iran Malaysia Turki dan Qatar sedang mempertimbangkan untuk membuka jalur perdagangan sendiri menggunakan emas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad menjelaskan perdagangan akan menggunakan skema barter seb...
Tempat Pembuangan Gerabak Keretapi Terpakai Dibuang

Tempat Pembuangan Gerabak Keretapi Terpakai Dibuang

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 363 hits
Berapa tahun sebenarnya usia gerabak keretapi Jika di Malaysia mungkin kurang penggunaan gerabak keretapi tua yang masih di jalankan untuk mengangkut penumpang Tetapi jika di luar negeri setiap gerabak yang sudah berusia mengangkut penumpan...
Saat Masih Bayi Dibuang Di Tempat Sampah Kini Pria Ini Menjadi Bos Dari Perusahaan Senilai Rp 867 M

Saat Masih Bayi Dibuang Di Tempat Sampah Kini Pria Ini Menjadi Bos Dari Perusahaan Senilai Rp 867 M

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 286 hits
Pria ini dulu dibuang oleh orang tuanya di tempat sampah 30 tahun kemudian ia menjadi bos dari perusahan besar senilai Rp 867 M Saat ibunya membuangnya di tempat sampah saat baru lahir Freddie Figgers tidak membayangkan hidupnya akan beruba...
Emosi Sering Ditagih Utang Mega Bunuh Teman Lalu Dibuang Ke Gunung Paro

Emosi Sering Ditagih Utang Mega Bunuh Teman Lalu Dibuang Ke Gunung Paro

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 169 hits
kedua tersangka membawa korban yang sudah terbujur kaku itu dengan becak motor untuk dibuang
Derita Kucing Jalanan Berakhir 200 Beg Dipercayai Cyst Dalam Perut Berjaya Dibuang

Derita Kucing Jalanan Berakhir 200 Beg Dipercayai Cyst Dalam Perut Berjaya Dibuang

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 392 hits
Seorang doktor haiwan terkejut selepas melihat keadaan seekor kucing jalanan yang pada mulanya dipercayai menderita kembung perut selepas dihantar oleh seseorang ke kliniknya untuk diberikan rawatan Kucing tersebut didakwa hidup dalam keada...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resepi Kerabu Nangka Muda Stail Kenduri Di Kedah

Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order