Penyokong Bertembung Polis Selepas Mahkamah Dapati Habib Rizieq Bohong


AFP Polis telah menahan lebih 150 penunjuk perasaan sebelum hukuman terhadap Rizieq dijatuhkan.

Penyokong Habib Rizieq berhimpun di mahkamah dan berdoa hari ini. Pemimpin agama yang berpengaruh itu dijatuhkan penjara empat tahun kerana merahsiakan keputusan ujian Covid-19. Gambar: AP Polis Indonesia menembak gas pemedih mata dan air bagi meleraikan himpunan penyokong pemimpin agama berhaluan keras yang dijatuhkan hukuman penjara selepas didapati bersalah menyebarkan maklumat palsu berhubung Covid-19 pada Khamis.
Rizieq Shihab, 55, atau lebih dikenali sekali Habib Rizieq dijatuhkan hukuman empat tahun penjara kerana memberikan kenyataan kononnya beliau sihat walaupun mengetahui keputusan ujian menunjukkan beliau mungkin telah dijangkiti dengan virus tersebut.
Ribuan penyokong berhimpun di luar kawasan mahkamah di Jakarta bagi menyatakan sokongan kepada pemimpin Front Pembela Islam (FPI), sebuah kumpulan berhaluan keras yang telah diharamkan awal tahun ini.
Polis berkata pihaknya telah menahan lebih dari 150 penunjuk perasaan sebelum hukuman terhadap Rizieq dijatuhkan.
Keputusan mahkamah pada Khamis itu merupakan hukuman terbaru dijatuhkan kepada beliau selepas mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara pada Mei lalu kerana mengadakan perhimpunan ceramah yang menghimpunkan puluhan ribu pengikutnya selain tidak mengendahkan sekatan pergerakan di negara yang dilanda krisis terburuk pandemik di Asia itu.
Rizieq menggesa penyokongnya untuk hadir ke himpunan tersebut bagi majlis sambutan maulid nabi dan perkahwinan anak perempuannya.
Majlis itu menyaksikan kehadiran besar pengikutnya daripada warga Muslim Indonesia tanpa mengendahkan SOP pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.
Rizieq kemudian dibawa ke hospital bagi rawatan selepas disyaki dijangkiti Covid-19.
Namun, berita beliau dibawa ke hospital tidak diuar-uarkan dan dirahsiakan oleh pengarah hospital yang turut dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana bersubahat.
Pemimpin kumpulan Islam yang karismatik itu kembali ke Indonesia tahun lalu selepas dilaporkan melarikan diri ke Arab Saudi pada 2017 selepas polis menamakan beliau sebagai suspek dalam sebuah kes pornografi.
Pertuduhan-pertuduhan berkaitan kes itu kemudian digugurkan.
Beliau ditahan kerana didakwa dengan beberapa pertuduhan berhubung pandemik Covid-19 pada Disember tahun lalu selepas polis Jakarta menembak mati enam anggota FPI dalam sebuah kejadian berbalas tembakan di sebuah lebuh raya.
Polis mendakwa ia adalah satu tindakan mempertahankan diri yang kemudian dibantah FPI.
FPI yang dipimpin Shihab dilihat sebagai kumpulan garis keras kerana menyasarkan kelab malam dan berapa premis lain yang dianggap mereka tidak menjatuhkan moral, ia juga dilaporkan telah menyerang kumpulan minoriti Muslim yang dianggap kumpulan itu sebagai sesat.
Rizieq juga merupakan pemimpin utama dalam tunjuk perasaan besar-besaran pada 2016 yang membantah gabenor Jakarta ketika itu, Basuki Thahaja Punama yang didakwa telah menghina Al-Quran.
Ekoran dakwaan tersebut, Basuki yang merupakan seorang penganut Kristian,dijatuhkan hukuman dua tahun penjara kerana menghina agama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/penyokong-bertembung-polis-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tahan 19 Pekerja Restoran Selepas Gagal Dapat Burger Percuma

Polis Tahan 19 Pekerja Restoran Selepas Gagal Dapat Burger Percuma

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 163 hits
KOSMO LAHORE Pakistan Sekumpulan anggota polis di Pakistan naik berang dan menahan semua 19 kakitangan sebuah restoran makanan segera kerana enggan memberikan burger percuma kepada mereka Pekerja restoran makanan segera popular Johnny Jugnu...
Selepas 4 Tahun Saman Rm13 5 Bilion Puncak Niaga Terhadap Bekas Mb Kerajaan Selangor Ke Mahkamah

Selepas 4 Tahun Saman Rm13 5 Bilion Puncak Niaga Terhadap Bekas Mb Kerajaan Selangor Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 179 hits
Puncak Niaga Holdings Bhd mendakwa Khalid Ibrahim dan penggantinya Azmin Ali menyalahgunakan kuasa mereka dengan memaksa pengambilalihan industri perkhidmatan air di Selangor PUTRAJAYA Saman RM13 5 bilion Puncak Niaga Holdings Bhd terhadap ...
Pound Kehilangan Keyakinannya Selepas Mesyuarat Bank Of England Masih Ada Harapan Untuk Itu

Pound Kehilangan Keyakinannya Selepas Mesyuarat Bank Of England Masih Ada Harapan Untuk Itu

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 135 hits
Minggu lalu mata wang Britain kekal tenang Ia tidak mengalami tekanan seperti Amerika tetapi pedagang pasaran menantikan laporan mesyuarat Bank of England Menurut laporan pound kehilangan beberapa pencapaiannya tetapi berusaha mengekalkan d...
Buaya Mamat Akhirnya Ditangkap Selepas 5 Tahun

Buaya Mamat Akhirnya Ditangkap Selepas 5 Tahun

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 207 hits
Buaya Mamat akhirnya ditangkap selepas 5 tahun KUALA NERUS Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Terengganu akhirnya berjaya menangkap seekor buaya tembaga yang digelar Mamat oleh penduduk tempatan Pengarah PERHILITAN Terenggan...
Tiga Bayi Termasuk Pasangan Kembar Di Lapor Tertukar Kejadian Di Sedari Selepas 20 Tahun

Tiga Bayi Termasuk Pasangan Kembar Di Lapor Tertukar Kejadian Di Sedari Selepas 20 Tahun

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 675 hits
KUALA LUMPUR Bagaikan kisah dalam sinetron dua keluarga terpaksa melalui kisah tragis apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lepas rupa rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu Kelantan...
Selepas Hampir Sebulan Pkp Penuh Terbukti Strategi Pn Gagal Kata Mp

Selepas Hampir Sebulan Pkp Penuh Terbukti Strategi Pn Gagal Kata Mp

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 207 hits
Jumlah kes baharu pada setiap hari yang melebihi lima ribu menunjukkan bahawa strategi melawan Covid 19 yang dilaksanakan oleh Kerajaan PN adalah gagal kata ahli Parlimen DAP Wong Shu Qi Ahli Parlimen Kluang itu berkata semenjak pelaksanaan...
Cadangan Ibu Divaksin Selepas Bersalin Di Hospital Rina Harun

Cadangan Ibu Divaksin Selepas Bersalin Di Hospital Rina Harun

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 355 hits
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat mencadangkan supaya para ibu yang bersalin di hospital diberikan suntikan vaksin Covid 19 sebelum pulang ke rumah Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata langkah itu bagi memudahk...
Selepas Muhyiddinyassin Umumicitra Kwsp Tampil Berltahu Apayang Perlv Dlbuatnanti

Selepas Muhyiddinyassin Umumicitra Kwsp Tampil Berltahu Apayang Perlv Dlbuatnanti

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 258 hits
Kuala Lumpur Bagi meringankan b eban kewangan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang terje jas ak ibat P erintah Kawalan Pergerakan KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i Citra
Selawat Al Fatih Selepas Subuh Untuk Lancar Segala Urusan

Selawat Al Fatih Selepas Subuh Untuk Lancar Segala Urusan

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 1696 hits
Selawat Al Fatih Selepas Subuh Untuk Lancar Segala Urusan Selawat al Fatih selawat pembuka macam macam kita nak mulakan pagi hari kita maka amalkanlah selawat pembuka ini agar terbuka segala pintu rezeki terlerai segala pintu kesukaran dan ...
Pentingnya Muhasabah Diri

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Record 13 Pay Hike For Civil Servants Get Ready For Subsidy Cuts Skyrocketing Inflation And Even Recession

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta

Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Strategic Alliances For Business



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Sindiket Scammer Didalangi Warga Asing Tumpas

Mak Terpaksa Buat Banyak Kerja Untuk Dapat Rm700 Tiap Minggu Rupanya Ini Abang Buat Pada Mak

Pengalaman Anak Anak Sertai Poomsae Di 7th Hypermax Junior Taekwondo Invitational Championship 2023

Lumira Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights

Rethink Reuse Refill Challenging The Disposable Smoking Accessory Market

Batang Besi Sepanjang 0 75 Meter Yang Jatuh Dari Lori Tertusuk Lengan Dan Rusuk Kiri Seorang Pemandu Kereta