Penyelewengan Tanah Rizab Melayu


Isu tanah rizab Melayu selesaiKUALA LUMPUR: Isu penyelewengan tanah rizab Melayu berkeluasan 641.6 hektar di Sitiawan, Perak yang didakwa berpindah milik kepada bukan Melayu sudah selesai dan tidak seharusnya dibangkitkan lagi oleh mana-mana pihak.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad menegaskan, hasil pemeriksaan dan siasatan kerajaan negeri, status tanah tersebut masih lagi rizab Melayu.

Menurutnya, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri sudah memberi penjelasan kepada pihak yang mendedahkan isu itu, Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman, baru-baru ini.

“Hamidah sudah dimaklumkan secara rasmi oleh Pengarah PTG Perak, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip semasa berkunjung ke pejabatnya baru-baru ini.

“Hamidah pun tahu (isu) sebab dia pernah menjadi Exco pada masa kejadian.

“Jawapan PTG adalah jawapan sebenar, tiada dolak dalik. Ia mesti diterima oleh semua pihak,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini baru-baru ini.

Hamidah sebelum ini mendakwa, seluas 641.6 hektar tanah rizab Melayu di Sitiawan telah dipindah milik kepada bukan Melayu akibat penyelewengan sindiket dipercayai didalangi oleh pegawai kerajaan.

Dakwanya, pada 21 November 1997, kerajaan negeri telah memberi pajakan selama 99 tahun sebahagian tanah tersebut kepada sebuah syarikat yang pengarahnya seorang bukan Melayu.

Hasil siasatannya mendapati, tanah tersebut kini telah dipecah kepada 317 plot berbeza yang 100 peratus dimiliki orang bukan Melayu dan dibangunkan sebagai ladang kelapa sawit. – UTUSANHamidah dakwa tiada pertemuan
PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman menafikan kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad yang mendakwa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri sudah memberi penjelasan kepada Putra berhubung isu penyelewangan tanah rizab Melayu di negeri itu.

Hamidah berkata, tiada pertemuan yang dibuat dengan mana-mana pihak termasuk PTG serta Menteri Besar, sambil menyifatkan kenyataan Saarani sebagai satu usaha ‘menyapu isu tanah rizab Melayu ke bawah karpet’.

“Untuk makluman, saya tidak berjumpa pun dengan PTG atau pihak Menteri Besar baru-baru ini, seperti didakwa. Kali terakhir pertemuan dengan PTG ialah pada 6 Oktober tahun lalu. Waktu itu, saya berjumpa dengan Pengarah, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

“Dalam pertemuan itu yang turut dihadiri adik saya, Datuk Fariz mengaku bahawa memang berlaku kesilapan, dan dia sebut pada saya, sebagai manusia, kita tidak lari daripada membuat silap. Itu kali terakhir saya jumpa, jadi bagaimana Menteri besar boleh keluarkan kenyataan yang tak tepat?

“Persoalannya, kenapa kerajaan negeri dan PTG seolah-olah mahu berdolak-dalik, adakah demi nak menyapu isu ini ke bawah karpet? ” soalnya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini semalam.

Pada masa sama beliau berkata, usaha untuk membincangkan perkara itu dengan Menteri Besar juga menemukan jalan buntu, apabila sehingga kini tiada sebarang pertemuan yang berjaya diatur.

“Di pihak Menteri Besar pula sampai sekarang masih tiada maklum balas untuk berbincang. Saya rasa, Menteri Besar tidak memahami isu sebenar dan saya yakin berita yang saya dedahkan dalam Mingguan Malaysia pada 24 Januari lalu tidak pun dibaca.

“Sekiranya beliau membaca, sudah pasti beliau akan memahami apakah isu sebenarnya yang berlaku. Kita tidak menafikan status tanah itu masih tanah rizab Melayu, tapi persoalannya kenapa ia dimiliki oleh bukan Melayu tanpa proses pembatalan dan penggantian yang mengikut Enakmen Rizab Tanah Melayu,” soalnya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/02/penyelewengan-tanah-rizab-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sakitnya Tanah Rizab Melayu

Sakitnya Tanah Rizab Melayu

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 531 hits
ISU Tanah Rizab Melayu berlegar dilaporkan Utusan Malaysia dalam seminggu ini Berbahang Datuk Hamidah Osman dedahkan isu TRM begini Pejabat Tanah dan Galian jawab begitu Polis ada ketegasannya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pula ada...
Pengkhianat Tanah Rizab Melayu Harus Dilucut Kerakyatan

Pengkhianat Tanah Rizab Melayu Harus Dilucut Kerakyatan

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 260 hits
Rampas semula tanah demi kedaulatan undang undang negaraBANGI Hanya pengkhianat sanggup melakukan penyelewengan Tanah Rizab Melayu di Sitiawan yang kini didakwa sudah berpindah milik kepada bukan Melayu Sebelum ini Naib Presiden Parti Bumip...
1 Februari 1948 Memperingati Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

1 Februari 1948 Memperingati Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 358 hits
Ramai yang malu mengaku Melayu jauh sekali berjuang ubah nasib anak bangsaSAYA yakin ramai yang tidak mengetahui bahawa tarikh 1 Februari adalah hari penubuhan Persekutuan Tanah Melayu di mana negeri negeri Melayu telah diisytiharkan sebaga...
Isu Rizab Melayu Dipindah Milik Alasan Mb Tak Bertanggungjawab

Isu Rizab Melayu Dipindah Milik Alasan Mb Tak Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 314 hits
ismaweb netSokong tindakan SPRM buka kertas siasatan berhubung dakwaan PutraBANGI 25 Jamadilakhir 1442H Ahad Alasan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad yang enggan mengulas dakwaan Tanah Rizab Melayu di negeri itu dipindah milik ...
Apakah Pemimpin Umno Perak Menolak Penyatuan Melayu Soal Bersatu

Apakah Pemimpin Umno Perak Menolak Penyatuan Melayu Soal Bersatu

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 263 hits
February 15 2021 Assalamualaikum WBTSaya terpanggil untuk respon atas kenyataan akhbar Menteri Besar Perak yang bertajuk Umno Perak tak kompromi Jelas disini pengambilalihan pentadbiran negeri berdasarkan motif politik tertentu setelah berk...
Jangan Jadi Ejen Pemecah Melayu Kata Ppbm

Jangan Jadi Ejen Pemecah Melayu Kata Ppbm

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 257 hits
February 15 2021 9 30 PMWan Saiful Wan Jan berkata isu itu sepatutnya dibincangkan antara kepemimpinan tertinggi PETALING JAYA Ketua penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan menggesa Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad tidak membuat kenyataan ya...
Video Tok Guru Nik Aziz Penentang Asabiyah Melayu Cina

Video Tok Guru Nik Aziz Penentang Asabiyah Melayu Cina

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 347 hits
February 12 2021 TOK GURU NIK AZIZ PENENTANG ASHABIYAH MELAYU CINA Hari ini 12 Febuari adalah tahun ke 6 sang Murabbi dan guru Politik aku iaitu Almarhum Tok Guru Nik aziz meninggalkan kita Kebetulan Pagi Jumaat juga jasad Almarhum dikebumi...
Belajar Thai Melayu Sebutan Sama Maksud Berbeza

Belajar Thai Melayu Sebutan Sama Maksud Berbeza

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 456 hits
Belajar Thai Melayu Sebutan Sama Maksud Berbeza Asslamualaikum dan salam sejahtera semua Semoga anda semua berada dalam keadan sihat sejahtera hendaknya Baiklah dalam entri kali ni saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Belajar Tha...
287 Jebat Derhaka Melayu Mentaliti H4prak Jangan Sembang Pasal Islam

287 Jebat Derhaka Melayu Mentaliti H4prak Jangan Sembang Pasal Islam

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 363 hits
KALAU PAPAGOMO HANG AMBIK SEBAGAI TELADAN ANWAR HANG SALAHKAN MAKA HANG MEMANG SILAP LAH KAH
Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Mickey Ayo Beri Petunjuk Bersedia Mendirikan Rumah Tangga Netizen Kaitkan Dengan Nora Danish 8 September

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Juara Pertandingan Dekorasi Ruang Merdeka 2025

Cara Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Bulan

Kisah Tukang Kayu 40 Hari Di Alam Kubur Antara Cerita Dan Hakikat

Marjinal Negri Ngeri Chord

Solat Sunat Gerhana Bulan Panduan Jakim Jabatan Mufti

Pelawak Terkenal Indonesia Sule Dilaporkan Sakit