Penyejuk Tekak Dengan Agar Agar Kelapa Muda
Penyejuk tekak dengan agar-agar kelapa muda. Siapa aja yang tak suka dengan kelapa muda, tambah-tambah air kelapa muda. Seingat akak, semasa covid melanda dulu, kelapa muda ni menjadi rebutan di mana-mana. Rezeki kami, seawal pindah di sini, en suami menanam sebatang pokok kelapa di tepi rumah. Sekarang ni, kalau terasa nak minum air kelapa, petik saja di pokok. Tapi ada masanya tak ada buah juga.
Agar- agar Kelapa MudaIsi kelapa muda dan air kelapa muda ni, kalau rajin macam-macam boleh buat. Kalau isinya baru menjadi, sesuai dibuat jelly dan agar-agar selain daripada masukkan dalam gelas minuman bersama airnya.
Pernah buat aiskrim malaysia air kelapa sebelum ni. Entry nya di SINI . Puashati dapat makan masa cuaca panas. Senang pun senang sangat nak buat. Selain tu, bagi isi yang dah agak keras, boleh diparut dan masak dengan gula melaka jadikan inti kuih. Antaranya inti kuih koci, ketayap, kuih bom dan juga inti roti. Kali ni cuba pula buat agar-agar kelapa muda.
Resipi Agar-agar Kelapa Muda1 biji Buah Kelapa Muda Segar (ikutlah berapa banyak korang nak guna)
100-150 g Gula Halus - boleh tambah atau kurang ikut kemanisan masing-masing
10 g Serbuk Agar-agar
Air kelapa muda - akak guna sepenuhnya air kelapa muda
2 helai Daun PandanCaranya:
Masukkan air kelapa dalam periuk, bila mendidih, masukkan serbuk agar-agar. Terus kacau, masukkan gula sedikit-sedikit. Jangan lupa masukkan daun pandan untuk dapatkan rasa dan aroma yang lebih wangi.
Tutup api dan ketepikan sekejap. Isi kelapa tadi korang hiris-hiriskan dan masukkan dalam bekas. Boleh guna cawan ataupun bekas agar-agar yang sesuai. Akak gunakan cawan-cawan kecil bagi senang nak makan nanti. Masukkan hirisan kelapa dalam cawan-cawan tadi. Selepas itu, bolehlah sendukkan bancuhan agar-agar tadi ke dalam setiap bekas.
Inilah hasilnya. Biarkan dia suam-suam dahulu sebelum masukkan dalam peti sejuk
Bila dah sejuk, bolehlah korang makan sambil tengok tv. Memang syok dapat makan benda-benda sejuk bila cuaca panas. Lepas ni kena pastikan stok serbuk agar-agar sentiasa ada kat rumah.
Jom cuba
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azirahman.com/2024/01/penyejuk-tekak-dengan-agar-agar-kelapa-muda.html