Penyatuan Ummah Membuktikan Ulama2 Pas Adalah Pendusta


*Penyatuan Ummah Membuktikan Ulama2 PAS Adalah Pendusta*

Sebelum PRU14 pada 2018, ulama2 PAS ke hulu dan ke hilir memberitahu penyokong dan pengundi mereka bahawa mereka tiada hubungan dengan UMNO sama sekali.
Mari kita ulang tayang kembali kenyataan-kenyataan ini:
1) KUALA LUMPUR – PAS sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk tidak bergabung dengan UMNO dalam usaha menguatkan blok pembangkang. Memetik laporan BH Online, penegasan itu disuarakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diminta mengulas tindakan bersama diambil PAS dan UMNO yang bertindak keluar Dewan Rakyat semalam sebagai memprotes tatacara pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yunos sebagai Yang Dipertua dewan. Bagaimanapun, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO dalam perkara yang akan membawa kebaikan kepada rakyat 2) Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata adalah lebih baik parti Islam itu dibubarkan sekiranya bergabung dengan Umno. “Saya ingat kalau PAS bergabung dengan Umno kita tak perlu lawan Umno-lah maksudnya. Jadi, ada orang PAS tanya kalau tak lawan Umno nak lawan siapa lagi? “Jadi, kalau PAS berkawan dengan Umno kita kena bubarlah,” kata Tuan Ibrahim dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini dan Beritadaily. 3) Kenyataan pemimpin DAP yang menuduh PAS akan bergabung dengan Umno disifatkan sebagai ‘suara-suara syaitan’, yang lahir daripada perasaan was-was dan tidak berasaskan kepada fakta. Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan PAS dan Umno tidak boleh bergabung sama sekali, kerana dasar perjuangan kedua-dua parti itu sangat jauh berbeza.
Khalil Hadi“Keputusan kalau (samada) PAS ini bergabung dengan Umno (atau tidak), bukan keputusan individu, bukan keputusan presiden, (bukan) pemuda dan seumpamanya. 4) KOTA BHARU: PAS tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) kerana ia boleh melemahkan parti itu. Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata keputusan itu sudah dibuat menerusi Majlis Syura Ulama yang mengambil kira beberapa faktor sebelum memutuskan perkara itu. "PAS tetap berpegang dengan tahaluf siyasi yang diadakan menerusi Gagasan Sejahtera dalam menghadapi PRU-14. Itu sudah jelas dan tiada perubahan. 5) Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang meramalkan akan terbentuk kerjasama antara kedua-dua parti itu dari masa ke masa kerana mereka mempunyai DNA (asid desksiribonukleik) yang sama. Beliau juga tidak bersetuju dengan pendapat Annuar yang berkata, PAS mempunyai DNA dan matlamat yang sama dengan Umno iaitu memperjuangkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu. “Macam mana dia (Annuar Musa) boleh kata matlamat PAS dan Umno sama? Kalau sama, tak perlulah ada lagi Umno.

Dan banyak lagi kenyataan2 seperti ini yg tersebar sepanjang tahun 2015 ke PRU 2018 dan lebih sedikit sehingga September 2019.
Tujuan disebar penipuan ini adalah menghalang pengundi dan penyokong2 PAS dari beralih kepada AMANAH.
AMANAH pula ditubuhkan kerana memprotes kerjasama PAS dengan UMNO yg berlaku belakang tabir. Manakala fraksi PAS yg pro UMNO pada masa itu terpaksa bekerja keras berbohong kepada ahli2 dan penyokong2 PAS.
Hasilnya pada masa itu, hanya sekitar 30% dari PAS yang asal telah keluar PAS dan menyertai Amanah. Taktik berbohong pimpinan-pimpinan PAS berjaya menghalang penghijrahan besar-besaran.
Akhirnya sekarang terbukti ulama-ulama PAS telah membohongi ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka. Begitu juga seluruh rakyat Malaysia.
Tepat sekali tindakan pimpinan-pimpinan Amanah di dalam menubuhkan Amanah. Tanpa penubuhan Amanah, PAS sudah boleh mengadakan hubungan rasmi dengan UMNO sebelum PRU14 sekaligus menjamin kemenangan kepada Barisan Nasional dan PAS. Tampaknya pimpinan-pimpinan Amanah jauh lebih bijak dari pimpinan-pimpinan PAS dan UMNO dalam merangka strategi politik.
(Maklumat yg Tulang Besi dapat pun menyatakan PAS sanggup menekan rakan tidak rasmi mereka, yakni fraksi Azmin Ali dlm PKR, untuk menekan Amanah supaya dibubarkan atau dibuang dari Pakatan Harapan.)

KESIMPULAN

Ulama2 PAS sanggup berbohong dan berdusta demi mencapai strategi dan matlamat politik mereka. Mereka tidak langsung hirau arahan-arahan agama Islam kalau arahan tersebut melanggar objektif politik mereka.

Namun, Allah SWT lebih hebat perancanganNya, Walaupun ulama-ulama PAS berdusta dan berbohong, namun mereka tetap gagal di dalam mencapai matlamat mereka kerana ulama-ulama PAS lupa bahawa kemenangan itu adalah dari Allah SWT.

Parti Amanah yg dikeji dan difitnah itu diberikan kemenangan oleh Allah SWT akhirnya dan PAS hanya mendapat dua buah negeri yang mundur dan miskin untuk ditadbir.

Kasihan juga melihat fraksi Azmin Ali dalam PKR yg begitu mudah dipermainkan oleh PAS sepanjan 2015 ke 2018. Begitu mudah fraksi ini dipermainkan oleh pihak agamawan dalam PAS.

TULANG BESI

LIVE AUDIO TULANG BESI YG MENYEBUT BERKENAAN TABIAT ULAMA2 PAS SUKA BERBOHONG DAN BERDUSTA



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysiawaves.net/2019/10/penyatuan-ummah-membuktikan-ulama2-pas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+malaysiawaves%2FzpEb+%28Malaysia+Waves%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Pas Umno Tolak Guna Kalimah Ummah

Kenapa Pas Umno Tolak Guna Kalimah Ummah

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 343 hits
Wan Ji Wan Hussin Dua hari sebelum 16 September yang merupakan Hari Malaysia pada tahun ini tercipta satu sejarah apabila dua parti yang turun temurun berbalah malah saling menuduh kafir dan sesat PAS dan Umno berjaya menandatangani hubunga...
Hadi Awang Ke Sarawak Utk Pujuk Gps Sertai Penyatuan Ummah

Hadi Awang Ke Sarawak Utk Pujuk Gps Sertai Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 371 hits
Sedar atau tidak agenda Penyatuan Ummah atau Penyatuan Nasional agak lompong Ini kerana di Sarawak tiada perwakilan Perpaduan Nasional kecuali PAS Dan PAS di Sarawak hanyalah parti picisan yg tidak dipandang walaupun dgn sebelah mata oleh r...
Ukhwah Ummah Pas Umno Tak Letak Calon Di Tg Piai Izin Bersatu Lawan Kapiaq

Ukhwah Ummah Pas Umno Tak Letak Calon Di Tg Piai Izin Bersatu Lawan Kapiaq

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 333 hits
Ini kalilah VMF Vote Muslim First Itupun kalau memang ikhlas ukhwah Islamiah jati diri tidak munafik dan lidah bercabang Cuba hadam Dakwah itu membina bukan menghina Dakwah itu mendidik bukan membidik Dakwah itu mengobati bukan melukai Dakw...
Kesah Ulama2 Pas Klepet Peneroka Felcra Bukit Tandak

Kesah Ulama2 Pas Klepet Peneroka Felcra Bukit Tandak

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 406 hits
KESAH ULAMA2 PAS KLEPET PENEROKA FELCRA BUKIT TANDAK Berikut adalah beberapa nota penting dalam isu tanah Felcra Buit Tandak Rantau Panjang Kelantan 1 Kesemua 348 peneroka telah dijanjikan 6 ekar tanah seorang pada awal penerokaan Masing2 t...
Masih Ingatkah Anda Ayat Hudud Adalah Nyawa Pas Pas Sanggup Bersendirian Demi Hudud

Masih Ingatkah Anda Ayat Hudud Adalah Nyawa Pas Pas Sanggup Bersendirian Demi Hudud

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 537 hits
Itu adalah sebahagian dari beberapa modal jualan agama oleh parti lebai Mereka putus hubungan dengan Dap kerana kononnya Dap menentang Hudud Mereka tolak Keadilan pun kerana kononnya Keadilan tidak sokong RUU Akta 355 yang Hadi sendiri mint...
Kerajaan Penyatuan Ummah Dalam Masa Terdekat

Kerajaan Penyatuan Ummah Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 252 hits
Kerajaan Penyatuan Ummah Dalam Masa Terdekat Selepas memeterai Piagam Muafakat Nasional Umno dan PAS dilihat perlu percepatkan kerajaan campuran di negeri negeri yang dikuasai mereka kata penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusof berpenda...
Punca Umno Pas Guna Kalimah Ummah Dalam Piagam Muafakat Nasional

Punca Umno Pas Guna Kalimah Ummah Dalam Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 307 hits
Punca Umno PAS Guna Kalimah Ummah Dalam Piagam Muafakat Nasional Dua hari sebelum 16 September yang merupakan Hari Malaysia pada tahun ini tercipta satu sejarah apabila dua parti yang turun temurun berbalah malah saling menuduh kafir dan se...
Penyatuan Umno Pas Dijangka Gagal Kerana Sukar Bertolak Ansur

Penyatuan Umno Pas Dijangka Gagal Kerana Sukar Bertolak Ansur

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 345 hits
MALAYSIA DATELINE Penyatuan politik Umno Pas dengan mendakwa kononnya penyatuan ummah dilihat hanya indah pada peringkat awal kerana tidak mustahil menjadi sebaliknya menjelang musim Pilihan Raya Umum ke 15 nanti Ketua Pemuda AMANAH Perak U...
Amanah Sibuk Fokus Penyatuan Ummah Tidak Sedar Parti Sendiri Bermasalah

Amanah Sibuk Fokus Penyatuan Ummah Tidak Sedar Parti Sendiri Bermasalah

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 378 hits
Pemimpin pemimpin Parti Amanah Negara terutama Pengarah Biro Komunikasinya Khalid Abdul Samad terlalu sibuk mengenai penyatuan UMNO Pas sehingga lupa menjaga parti sendiri Perkara itu menyebabkan parti tersebut mengalami masalah sehingga Me...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba