Kerajaan Penyatuan Ummah Dalam Masa Terdekat


Kerajaan Penyatuan Ummah Dalam Masa Terdekat? Selepas memeterai Piagam Muafakat Nasional, Umno dan PAS dilihat perlu percepatkan kerajaan campuran di negeri-negeri yang dikuasai mereka, kata penganalisis politik

Dr Kamarul Zaman Yusof berpendapat, idea kerajaan campuran oleh kedua-dua parti itu adalah lebih baik dipercepatkan kerana menurutnya ia akan menghilangkan keraguan pihak-pihak tertentu, termasuk sesama ahli sendiri

"Dalam keadaan sekarang Umno wajar dipuji kerana dilihat lebih bersedia membentuk kerajaan campuran dengan awal-awal lagi mencadangkannya berbanding PAS yang masih menunggu masa dan aturan yang sesuai

"Tidak dinafikan akan ada yang terjejas bila kerajaan campuran terbentuk kerana sudah pasti penyandang jawatan tertentu terpaksa memberi laluan kepada parti rakan

"Begitupun, inilah namanya pengorbanan yang amat diperlukan bagi membuktikan kedua-dua parti benar-benar serius mahu menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini

Terdahulu, Presiden PAS memberi isyarat bahawa ada perancangan untuk menjadikan Umno sebagai rakan kerjasama dalam kerajaan negeri yang ditadbir parti itu iaitu di Kelantan dan Terengganu

Perkara itu kemudiannya turut disambut baik oleh negeri-negeri yang ditadbir Umno seperti Perlis dan Pahang sambil menekankan perbincangan terperinci mengenai usaha itu perlu dilakukan oleh pimpinan tertinggi parti

Pertukaran mudah
Sementara itu Kamarul Zaman yang juga pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, tidak susah untuk memutuskan pihak yang perlu berundur kerana menurutnya sudah ada contoh baik pada waktu pembentukan kerajaan campuran pada 1973 dahulu yang dibuat secara undian dalam mesyuarat parti

Kerajaan Penyatuan Ummah Dalam Masa Terdekat? 
Menurutnya, tidak menjadi kesusahkan juga untuk memutuskan jumlah kerusi exco kerajaan negeri atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang perlu diserahkan kepada parti rakan kerana menurutnya masing-masing mempunyai dua negeri yang boleh ditukar suka sama suka

"Berdasarkan semangat ta'awun, tidak perlu dibuat perkiraan yang sulit ke atas agihan jawatan dan kerusi, cukuplah dengan pertukaran mudah seperti dua atau tiga exco di negeri dikuasai Umno dengan dua atau tiga ecxo di negeri dikuasai PAS

"Jika perkara mudah begini pun sukar dilakukan dengan cepat maka ia boleh menyebabkan lawan mereka terus mempermainkan keikhlasan dan kesungguhan mereka bekerjasama

"Cadangan saya ialah buat sahaja dahulu kerajaan campuran ini dan apa-apa masalah yang berbangkit daripadanya boleh sahaja diselesaikan sedikit demi sedikit kemudiannya," jelasnya

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali pula melontarkan pendapat yang sebaliknya

Beliau berkata, pembentukan kerajaan campuran itu bukan keperluan yang mendesak walaupun menurutnya PAS menunjukkan keazaman yang tinggi dalam membawa konteks penyatuan nasional itu

"Saya jangka akan timbul kerumitan jika cadangan itu dilaksanakan. Ini kerana pelaksanaan akan dibuat memasuki pertengahan penggal

"Persoalannya, adakah keanggotaan ahli majlis mesyuarat kerajaan (exco) akan ditambah? Jika demikian, akan meningkat perbelanjaan negeri-negeri pembangkang yang sememangnya nazak, atau adakah exco-exco asal akan digugurkan dan diganti dengan exco dari parti dalam muafakat?" ujarnya

Mengulas lanjut katanya, jika keadaan demikian dilaksanakan sudah pasti akan timbul ketidakpuasan hati mana-mana pihak

Kerajaan Penyatuan Ummah Dalam Masa Terdekat? 
"Ini pasti akan menimbulkan konflik, kecuali ia sudah dibincang atau dirancang sejak sebelum pilihan raya umum (PRU) dan telah dipersetujui bersama

"Daripada track record, misalnya hubungan Semangat 46 dan PAS dalam PRU 1990 terbukti konsep kerajaan campuran gagal. Berlaku perebutan kuasa yang tak terkawal antara kedua-dua parti ini

"Putusnya hubungan Semangat 46 dan PAS banyak berpunca daripada kegagalan untuk membahagikan kuasa dan jawatan selepas wujudnya kerajaan campuran," kata Mazlan. - mk




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/



Iklan













Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/09/kerajaan-penyatuan-ummah-dalam-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Tersentak Dengan Kerajaan Hopeless Penyatuan Ummah Jalan Penyelesaian

Rakyat Tersentak Dengan Kerajaan Hopeless Penyatuan Ummah Jalan Penyelesaian

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 232 hits
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata rakyat tersentak dengan apa yang berlaku dalam negara ini setelah kerajaan yang ada bukan sahaja dilihat sebagai sebuah kerajaan yang hopeless malah rakyat sedang merasai keperitan Lantaran ...
Kedatangan Ke Penyatuan Ummah Begitu Suram Berbanding Icerd

Kedatangan Ke Penyatuan Ummah Begitu Suram Berbanding Icerd

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 306 hits
Kedatangan terpaksa diangkut dgn basKEDATANGAN PERPADUAN UMMAH TAK SEBEGITU MEMBANGGAKAN KALAU DIBANDING DGN ICERDTerpaksa angkut orang naik Bas Itu pun tak melimpah keluar sampai ke jalan raya Kalau dibanding perhimpunan ICERD kedatangan k...
Ego Pas Ego Umno Akan Hancurkan Penyatuan Ummah

Ego Pas Ego Umno Akan Hancurkan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 385 hits
Penyatuan Ummah antara PAS dan UMNO di ingatkan jangan lupa falsafah perjuangan dalam konteks kebersamaan supaya sejajar dengan piagam yang di meterai bersama Kedua kedua parti itu mempunyai rekod bermusuhan sepanjang zaman yang tidak dilup...
Penyatuan Ummah Ph Tak Usah Termakan Propaganda Sendiri

Penyatuan Ummah Ph Tak Usah Termakan Propaganda Sendiri

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 203 hits
ULASAN Penyatuan dua parti Melayu terbesar dengan menandatangani piagam dalam Himpunan Penyatuan Ummah kelmarin tidak boleh dilihat sebagai satu peristiwa yang remeh atau tidak signifikan Pakatan Harapan harus menerima peristiwa ini dengan ...
Penyatuan Ummah Umno Dan Pas Belum Tentu Mampu Tumbangkan Ph

Penyatuan Ummah Umno Dan Pas Belum Tentu Mampu Tumbangkan Ph

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 315 hits
Nampaknya suka benar UMNO dan Pas dengan penggabungan kedua dua parti yang dijalin secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional Dengan ditandatangani oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Hadi Awang maka dengan ini sahlah ...
Kerjasama Pas Umno Bukan Penyatuan Tapi Pecahbelah Ummah

Kerjasama Pas Umno Bukan Penyatuan Tapi Pecahbelah Ummah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 321 hits
Kerjasama Pas Umno Bukan penyatuan tapi pecahbelah ummah Oleh September 14 Kerjasama atau taawun siyasi Pas Umno yang dimeterai hari ini hanya bertujuan untuk meraih imej politik kedua kedua parti pembangkang itu dan tiada kaitan dengan pen...
Komponen Bn Gagasan Sejahtera Boleh Jernihkan Salah Faham Penyatuan Ummah Kata Hadi

Komponen Bn Gagasan Sejahtera Boleh Jernihkan Salah Faham Penyatuan Ummah Kata Hadi

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 316 hits
Komponen BN Gagasan Sejahtera boleh jernihkan salah faham penyatuan ummah kata Hadi
Suasana Perhimpunan Penyatuan Ummah Di Pwtc

Suasana Perhimpunan Penyatuan Ummah Di Pwtc

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 564 hits
Shouts of Allahu Akbar at PWTC as Umno and PAS sign historic charter
Sebab Utama Pemimpin Pakatan Harapan Mahu Gagalkan Penyatuan Ummah

Sebab Utama Pemimpin Pakatan Harapan Mahu Gagalkan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 737 hits
Rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu Islam bersyukur kerana setelah menunggu hampir 40 dekad akhirnya ibarat mimpi jadi nyata penyatuan ummah bagi masyarakat Melayu Islam menjadi kenyataan setelah termeterai Piagam Penyatuan Ummah ...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Iced Butterscotch Latte Zus Coffee

Deko Raya Yang Simple Je Alhamdulillah Tahun Pertama Raya Di Rumah Baru Ni

Lirik Lagu Semua Tentangmu Sufian Suhaimi

Abyad Sofi



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Pengalaman Pertama Alami Kesesakan Di Lebuhraya Hingga 10 Jam

Bila Ada Ahli Keluarga Dan Kawan Jadi Influencer

Subkontrator Gagal Siapkan

15 Breathtaking Diy Outdoor Furniture Ideas For Your Garden

Innovative Painting Techniques For Modern Homes

Limited Kelana Jaya Lrt Service Due To Lightning Strike