Penyasaran Subsidi Ron95 Penting Bagi Reformasi Fiskal Malaysia Rafizi


bharian.com.my
Oleh Alzahrin Alias
[email protected]
Oktober 21, 2024 @ 11:43am
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli - NSTP/ASWADI ALIAS.
KUALA LUMPUR: Rancangan kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025 adalah penting bagi reformasi fiskal negara namun berkemungkinan akan menerima kritikan ramai pada peringkat awal, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Bercakap dalam satu temubual bersama Bloomberg TV, beliau berkata kerajaan bersedia menghadapi cabaran pada masa hadapan memandangan perancangan itu boleh menaikkan inflasi dan mencetuskan kenaikan harga.

"Kami bersedia berdepan cabaran yang mendatang. Dari satu segi, kami telah menghabiskan masa yang lama untuk mempersiapkan golongan terbanyak, menyediakan infrastruktur, pangkalan data dan sebagainya.

"Dengan cara ini, rakyat akan mempunyai lebih masa untuk memahami," katanya sambil menambah langkah kerajaan itu adalah 'keputusan sekali dalam satu generasi yang memberi kesan kepada kehidupan semua orang'.

Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu menegaskan bahawa penjimatan yang dicapai daripada langkah penyasaran itu akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun memberikan jaminan bahawa kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggar berjumlah RM12 bilion untuk keperluan 85 peratus rakyat.

Pada masa ini, warga asing dan 15 peratus teratas pengguna mahakaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai RM8 bilion, yang sewajarnya dimanfaatkan bagi peningkatan kemudahan pendidikan, kesihatan serta pengangkutan awam.

Pada masa ini, harga RON95 di negara ini ialah RM2.05 seliter berbanding negara seperti Thailand (RM5.85 sen), Indonesia (RM3.38 sen), Singapura (RM9.02 sen) dan Arab Saudi (RM2.66).

Harga yang rendah menyebabkan kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun 2023 mencecah RM20 bilion.

Rafizi berkata, inflasi menjadi kebimbangan yang utama, yang mana beliau menganggarkan kitaran inflasi slama 12 bulan selepas kenaikan harga bahan api sebelum kembali stabil ke paras kira-kira dua peratus.

"Harapan saya, dan tanggungjawab kami dalam kerajaan, adalah untuk memastikan kami dapat menguruskannya dengan sewajarnya supaya ia menjadi mampan, perubahan dasar ini adalah mampan.

"Begitu juga, pandangan rakyat mengenai pendekatan subsidi pukal kepada pendekatan subsidi bersasar akan menjadi sebahagian daripada fabrik Malaysia melangkaui pentadbiran (kerajaan) sekarang," katanya.

Kerajaan menjangkakan kadar inflasi akan berada pada purata dalam julat antara dua hingga 3.5 peratus tahun depan, berbanding 1.5 hingga 2.5 peratus pada 2024.

Rafizi berkata, anggaran 3.5 peratus itu adalah 'senario terburuk' yang dihadapkan dalam dielakkan jika Malaysia menggunakan sistem harga dua peringkat bagi RON95.

Beliau berkata, satu lagi pilihan adalah mengapungkan harga RON95 sama seperti yang dibuat menerusi diesel Jun lalu dan memberikan bantuan tunai kepada golongan memerlukan bagi menyerap impak kos lebih tinggi, namun mengakui bahawa langkah ini mungkin menyebabkan ada yang terlepas daripada mendapat bantuan memandangkan hanya 60 peratus pekerja di negara ini yang berada dalam sektor formal.

Namun, katanya kerajaan tidak boleh menangguhkan lagi penyasaran ini, memandangkan tahap kesihatan fiskal negara bergantung kepada pemotongan subsidi dan perluasan asas cukai.

Mengurangkan defisit belanjawan dan mengekalkan skor kredit tinggi Malaysia adalah keutamaaan bagi kerajaan untuk menarik pelabur dan mengukuhkan ekonomi, katanya.

Mengenai prestasi ekonomi negara, Rafizi berkata Malaysia mampu mencapai pertumbuhan sekurang-kurangnya lima peratus setiap tahun.

"Jika Malaysia mampu mencapai tahap pertumbuhan itu pada setiap tahun, ini akan memberikan ruang kepada kerajaan untuk membina kapasiti lain yang membolehkan Malaysia melonjak ke tahap pertumbuhan yang seterusnya iaitu enam peratus (setahun)," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/penyasaran-subsidi-ron95-penting-bagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyasaran Subsidi Ron95 Mulai Tahun Depan Belanjawan 2025

Penyasaran Subsidi Ron95 Mulai Tahun Depan Belanjawan 2025

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 215 hits
Dalam pembentangan Belanjawan 2025 hari ini Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun depan Berikut dikongsikan ringkasan dan perincian bagi penyasaran tersebut Penyasaran SUBSIDI RON 95 Mu...
Penyasaran Subsidi Ron95 Pm Beri Jaminan 85 Peratus Rakyat Tidak Terjejas

Penyasaran Subsidi Ron95 Pm Beri Jaminan 85 Peratus Rakyat Tidak Terjejas

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 289 hits
sinarharian com myOleh19 Oktober 2024Anwar beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada Program Madani Rakyat 2024 di Likas Kota Kinabalu KOTA KINABALU Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan 85 peratus rakyat terdiri d...
Ron95 Subsidy Rafizi Says Youngest Minister Should Know Better

Ron95 Subsidy Rafizi Says Youngest Minister Should Know Better

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 166 hits
BUDGET 2025 It would take years to prepare a budget proposal if every detail has to be decided before the finance minister delivers his speech said Economy Minister Rafizi Ramli He said Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman should know bett...
Rafizi Once In Generation Ron95 Subsidy Reform Will Bring Political Pain

Rafizi Once In Generation Ron95 Subsidy Reform Will Bring Political Pain

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 114 hits
The Malaysian government s plan to roll back petrol subsidies in mid 2025 is critical for the country s fiscal reform but is likely to cause public backlash Economy Minister Rafizi Ramli said When tabling Budget 2025 Prime Minister Datuk Se...
Malaysia Needs More Than Just Evs

Malaysia Needs More Than Just Evs

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 247 hits
The 2024 budget placed significant emphasis on promoting electric vehicles through policies led by the investment trade and industry ministry and the finance ministry While the push for EVs is commendable for its environmental focus it risk...
Malaysia Win World Junior Badminton Doubles Title After A Decade

Malaysia Win World Junior Badminton Doubles Title After A Decade

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 219 hits
Aaron Tai Kang Khai Xing captured the boys doubles title at the World Junior Championships with a thrilling three game battle in Nanchang China today KUALA LUMPUR After more than a decade Malaysia finally reclaimed its place as world junior...
Syukor Mowgli Malaysia Pernah Tular Gambar Fotogenik Bersama Kerbau Kesayangan Kembali Tarik Perhatian

Syukor Mowgli Malaysia Pernah Tular Gambar Fotogenik Bersama Kerbau Kesayangan Kembali Tarik Perhatian

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 254 hits
Pernah tular gambar fotogenik bersama kerbau kesayangan Syukor Mowgli Malaysia kembali tarik perhatian Suatu ketika dahulu pernah tular gambar ikonik seorang kanak kanak bersama kerbau ternakannya Gambar tersebut bukan sahaja mencuri tumpua...
New Zealand Belasah Malaysia 4 0

New Zealand Belasah Malaysia 4 0

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 115 hits
Malaysiakini nbsp New Zealand menundukkan Malaysia 4 0 pada aksi persahabatan Tier 1 Persekutuan Bolasepak Antarabangsa yang berlangsung di Stadium North Harbour Auckland sebentar tadi Berdepan lawan yang menduduki ranking ke 95 dunia jelas...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal

Geng D U I T

High Eq For Entrepreneurial Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa