Penyampai Radio Patrick Teoh Mengaku Tak Bersalah Hina Tmj


BernamaPatrick Teoh tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru dengan ditemani
isterinya, Chan Hui Min hari ini. (Gambar Bernama)JOHOR BAHRU: Selebriti dan penyampai radio, Patrick Teoh, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bulan lalu.
Teoh, atau nama sebenarnya Teoh Kang Yong, 73, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Kamarudin Kamsun.
Mengikut pertuduhan, Teoh didakwa secara sedar membuat kenyataan itu menggunakan akaun Facebooknya pada 5 petang 8 Mei lalu dengan niat menyakitkan hati orang lain.
Dia didakwa mengikut Subseksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 233(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, dan juga boleh didenda RM1,000 setiap hari jika kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Kamarudin membenarkan Teoh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Julai ini untuk sebutan kes serta penyerahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan Mohd Syafiq Ghazali, manakala tertuduh diwakili peguam Wong Hong Yi dan M Puravalen.
Terdahulu, Teoh yang berkemeja lengan panjang biru tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira 8.15 pagi dengan ditemani isterinya, Chan Hui Min, 52.
Sementara itu, dalam prosiding berasingan di mahkamah sama, seorang pemilik kedai alat telekomunikasi mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memberi suapan RM500 kepada pembantu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kluang pada 20 April lalu.
Tertuduh, Chan Yee Seong, 36, didakwa memberikan suapan itu kepada Chandran Dorasamy sebagai dorongan tidak mengeluarkan kompaun terhadapnya yang membuka premis miliknya ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 2 bulan lalu.
Chan dituduh melakukan perbuatan itu di bilik mesyuarat Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Perbandaran Kluang pada 11.35 pagi, di bawah Seksyen 109 Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan 1976) yang memperuntukkan denda tidak kurang RM10,000 atau 5 kali ganda suapan, yang mana lebih tinggi.
Kamarudin memerintahkan tertuduh membayar jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Julai untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ikhwan Ikhsan, manakala tertuduh diwakili peguam Chua Shyue Chien.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/penyampai-radio-patrick-teoh-mengaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dj Patrick Teoh Charged With Insulting Tmj

Dj Patrick Teoh Charged With Insulting Tmj

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 412 hits
Teoh outside the Sessions Court today 8211 Bernama photo JOHOR BAHRU Popular deejay Patrick Teoh pleaded not guilty in the Sessions Court here today to a charge of making an offensive statement against the Tunku Mahkota of Johor Tunku
Ibu Tunggal Mengaku Tidak Bersalah Hina Sultan Kelantan

Ibu Tunggal Mengaku Tidak Bersalah Hina Sultan Kelantan

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR Seorang ibu tunggal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membuat penghantaran jelik dan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ay...
Tiga Pembantu Penguat Kuasa Mengaku Tidak Bersalah Minta Terima Rasuah

Tiga Pembantu Penguat Kuasa Mengaku Tidak Bersalah Minta Terima Rasuah

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 249 hits
KOTA KINABALU 19 Jun Tiga penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini masing masing atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada seorang pemilik kedai runcit yang dikatakan melakukan kesalahan b...
Komen Kes Patrick Teoh

Komen Kes Patrick Teoh

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 538 hits
Ramai juga yang menyokong Patrick Teoh dengan mengutuk PN kerana menggunakan seksyen 233 yang zalim itu untuk menindas kebebasan bersuara Berikut adalah komen saya 1 Keputusan untuk mendakwa Patrick dibuat oleh PN itu betul tapi Peguam Nega...
Datuk Peter Anthony Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Pecah Amanah

Datuk Peter Anthony Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Pecah Amanah

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 413 hits
Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony keluar dari Mahkamah Sesyen selepas mendengar pertuduhan dihadapi di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu Menteri Sabah mengaku tidak bersalah tuduhan pecah amanah Menteri Pembangunan I...
Patrick Teoh To Be Charged Tomorrow

Patrick Teoh To Be Charged Tomorrow

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 269 hits
Radio announcer Patrick Teoh is expected to be charged in a Johor court tomorrow He was arrested on May 9 for allegedly insulting Johor crown prince Tunku Ismail Sultan Ibrahim and released on police bail on May 14 Teoh was quoted by The Ma...
Puding Buih Tak Bersalah Ini Punca Sebenar Keracunanya

Puding Buih Tak Bersalah Ini Punca Sebenar Keracunanya

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 631 hits
Puding buih memang tak bersalah Pencuci mulut tradisi ini berasal dari negeri Pantai Timur ni cukup sedap rasanya Dah lama orang menikmatinya tetapi tak pernah lagi berlaku kematian akibatnya foto hiasanTetapi kejadian keracunan yang berlak...
Hina Agong Tuduhan Netizen Cina Tak Logik Membabi Buta

Hina Agong Tuduhan Netizen Cina Tak Logik Membabi Buta

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 477 hits
BANGI 28 Syawal 1441H Jumaat Tuduhan netizen Cina bahawa Yang di Pertuan Agong sebagai tidak boleh diharap dan tidak prihatin akan kesusahan rakyat ketika sedang bersantap baru baru ini disifatkan sebagai membabi buta Felo Utama Institut Ka...
Tingkatkan Hukuman Ke Atas Individu Hina Agong

Tingkatkan Hukuman Ke Atas Individu Hina Agong

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 362 hits
1 GAMBAR Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli telah mengundang komen kurang enak di kalangan pembaca apabila disiarkan dalam laman Facebook akhbar berbahasa Cina Sin Che...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Raya Aidilfitri 2025

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey