Penyakit Xenofobia Dan Rasisme Sisi Gelap Bangsa Korea Selatan Yang Ramai Tidak Tahu


Sebut saja Korea Selatan, yang terbayang di kepala ialah fenomena K-Pop dan status negara itu sebagai negara maju terutama dari segi teknologi. Tetapi siapa sangka di sebalik status mereka sebagai negara maju, mereka dibayangi xenofobia yang menebal!


Dalam satu kaji selidik yang dibuat Overseas Koreans Foundation pada tahun 2018, 61% responden melihat ekspatriat atau pekerja asing bukan sebahagian daripada masyarakat Korea. Tetapi jika anda seorang kulit putih dan berasal dari negara-negara atas angin (Barat), maka anda sekurang-kurangnya terselamat daripada sesetengah bias mengarut mereka.

Ini didedahkan oleh Profesor Park Kyung-tae, seorang profesor sosiologi dari Universiti Sungkonghoe.

Beliau berkata, "Orang Korea berfikir warga Barat atau orang kulit putih yang bertutur dalam Bahasa Inggeris sebagai orang asing yang dimahukan. Jenis warga asing yang ditolak ialah pelarian dan warga China termasuk etnik Korea yang berasal dari China kerana mereka dianggap miskin.

"Jika anda datang dari negara Barat, anda akan mendapat lebih banyak peluang untuk dihormati. Tetapi jika anda datang dari negara Asia yang membangun, peluang lebih tinggi untuk anda dihina dan tidak dihormati mereka."

Antara persepsi bias warga Korea terhadap warga asing (termasuk warga Korea yang tiba dari negara luar) ialah:

1. Melayan buruk warga asing tetapi berubah 360 darjah jika mereka dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

2. Wanita Thailand dianggap sasaran mudah untuk melampiaskan nafsu kerana beranggapan ramai bekerja sebagai pelacur.

3. Warga Korea yang tiba dari negara luar dipandang hina kerana latar belakang keluarga atau pekerjaan di negara asing.

4. Warga Jepun tetap dianggap musuh berikutan sejarah pendudukan dan kekejaman mereka semasa di Korea.

Jadi, mengapa perkara sebegini berlaku?

Jawapannya ialah melihat semula sejarah Semenanjung Korea itu sendiri. Korea dipaksa membuka pintu seluas-luasnya kepada orang asing pada awal abad ke-20 apabila Jepun menduduki kawasan itu sebagai sebahagian daripada rancangan perluasan empayar mereka.

Dan ia terus dibuka akibat situasi Perang Korea dan penempatan pangkalan-pangkalan tentera Amerika Syarikat di Korea Selatan.

Selepas tahun 1988 iaitu tahun penganjuran Sukan Olimpik 1988 dan pentadbiran kerajaan yang dipilih secara demokratik buat kali pertama, barulah Korea Selatan mengalu-alukan kehadiran warga asing, pengaruh luar dan kapitalisme. Setahun selepas itu, Seoul membenarkan warganya untuk bergerak keluar masuk ke luar negara.

Tambah Profesor Kyung-tae, "Sejak tahun 1980-an dan 1990-an, kami mula melihat ramai warga asing datang dan kami tidak tahu cara berinteraksi dengan mereka. Mereka tidak dianggap sebahagian daripada masyarakat. Kami fikir mereka akan pergi selepas menetap di sini buat seketika."

Hari ini, warga asing membentuk 2.8% populasi negara itu atau 1.43 juta orang. Daripada 1.43 juta warga asing, separuh daripadanya ialah warga China berdarah Korea, 9.4% warga Vietnam, 5.8% warga Thailand dan 3.7% masing-masing untuk warga Amerika dan Filipina.

Tetapi, jika anda rasakan bercakap Bahasa Inggeris dapat membantu mengharungi xenofobia mengarut warga Korea, anda silap. Hakikatnya, kebencian warga Korea terhadap orang Barat terus menebal terutamanya terhadap tentera Amerika Syarikat.

Pada tahun 2002, berlaku satu insiden dua pelajar sekolah perempuan Korea dilanggar oleh sebuah kenderaan peronda tentera Amerika.

Apabila kedua-duanya dibicarakan di mahkamah tentera berdasarkan perjanjian SOFA yang dimeterai antara kedua-dua negara, protes diadakan di seluruh negara bagi membantah ketidakadilan ini.

Hari ini, protes terhadap kehadiran tentera Amerika Syarikat masih berlaku dan polis anti-rusuhan Korea Selatan diletakkan secara tetap di luar 41 pangkalan tentera mereka. Dan jangan terkejut melihat ada bar atau restoran meletakkan papan tanda melarang anggota tentera Amerika dari memasuki premis mereka.

Nak kata ada undang-undang anti-diskriminasi, bukan sekali cuba digubal Seoul bagi menangani masalah ini, tetapi semua cubaan tersebut berakhir dengan kegagalan kerana bimbang kehilangan sokongan penyokong semasa pilihan raya parlimen atau presiden.

Ingat tak, Lisa Blackpink sendiri pernah menjadi mangsa rasism di Korea sampai stand Kpop kena buat hashtag #RespectLisa, apabila netizen Korea menabur komen suruh Lisa yang asal dari Thailand balik Thailand, dengan kecaman-kecaman berbentuk perkauman.


Bukan Lisa saja yang menjadi mangsa rasism melampau. Contohnya Ashles Perez yang menulis, "I Wasn't Beautiful Enough to Live in South Korea". Sebabnya, walau dia berdarah Korea, tetapi kulit dia perang-coklat, orang Korea rejek beliau.

Di Korea, tidak wujud konsep kacukan dan peranakan, selagi seseorang itu tidak membawa "bongwan" (본관 – nama keluarga yang menunjukkan asal usul Korea).

Orang Cina yang hidup di Korea Selatan sejak sebelum penjajahan Jepun (1910-1945) juga masih belum diberi taraf kerakyatan walaupun sudah 100 tahun.

Sebabnya, Korea Selatan mengamalkan dasar "jus sanguinis" – selagi anda tidak ada darah Korea, jangan harap diterima sebagai orang Korea.

Dan sebagai kesimpulan kisah ini, pandangan ahli sosiologi Universiti Seoul Michael Duff harus didengar, "Ia bukan soal identiti berlawanan yang berpengaruh. Jantina, bangsa dan status memainkan peranan penting di Korea Selatan. Tetapi di Korea, itu tidak berlaku lagi sekiranya anda seorang warga asing. Anda dipandang sebagai warga asing dahulu sebelum ia disusuli oleh aspek-aspek lain."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
6 Etnik Yang Menjadi Mangsa Rasis Dan Sejarah Perkauman Di Amerika SyarikatSambutan Hari Penghapusan Diskriminasi Kaum Antarabangsa
sumber: thepatriots



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/07/penyakit-xenofobia-bangsa-korea-selatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Rakyat Korea Selatan Kerugian Besar Selepas Masukkan Wang Kertas Ke Dalam Mesin Basuh

Seorang Rakyat Korea Selatan Kerugian Besar Selepas Masukkan Wang Kertas Ke Dalam Mesin Basuh

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 374 hits
SEOUL Seorang rakyat Korea Selatan mengalami kerugian besar apabila dia memasukkan sejumlah wang kertas yang banyak ke dalam mesin basuh demi membasmi virus Covid 19 Akibatnya wang kertas tersebut menjadi rosak dan tidak boleh digunakan lag...
868 394 Individu Telah Disampel Untuk Covid 19 Di Malaysia Bilangan Ujian Setanding Dengan Korea Selatan

868 394 Individu Telah Disampel Untuk Covid 19 Di Malaysia Bilangan Ujian Setanding Dengan Korea Selatan

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 282 hits
Menerusi laman Twitter rasmi KKM memaklumkan bahawa sehingga 16 Julai 2020 jam 12 tengah hari seramai 868 394 individu telah disampel untuk Covid 19 di Malaysia iaitu bersamaan dengan 27 14 individu bagi setiap 1 000 populasi Bilangan ujian...
Setelah Wuhan Kini Giliran Daegu Di Korea Selatan Jadi Kota Hantu

Setelah Wuhan Kini Giliran Daegu Di Korea Selatan Jadi Kota Hantu

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 277 hits
Wabah virus corona turut membuat kota Daegu di Korea Selatan menjadi sepi Berbagai aktivitas di kota itu pun dihentikan untuk sementara waktu Usai merebaknya virus Corona di Wuhan kota itu tak ubahnya kota hantu Kini femonena serupa tengah ...
Sisi Gelap Tedros Pengarah Who

Sisi Gelap Tedros Pengarah Who

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 335 hits
Sejak tercetusnya wabak Corona Virus sosok ini menjadi perhatian seluruh warga dunia Pengisytiharan cara siput sedut beliau ke atas wabak Corona Virus sebagai pandemik menjadi bualan warga dunia di media sosial Bukan itu sahaja tindakan bel...
Dakwa Halang Usaha Kekang Covid 19 Ketua Ajaran Sesat Korea Selatan Ditangkap

Dakwa Halang Usaha Kekang Covid 19 Ketua Ajaran Sesat Korea Selatan Ditangkap

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 193 hits
Dakwa halang usaha kekang Covid 19 ketua ajaran sesat Korea Selatan ditangkap nbsp Dikemas kini 5 minit yang lalu Diterbitk
Kagum Pelakon Malaysia Bella Rahim Muncul Dalam Filem Korea Peninsula

Kagum Pelakon Malaysia Bella Rahim Muncul Dalam Filem Korea Peninsula

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 1133 hits
Dalam keterujaan menonton sekuel Train To Busan iaitu Peninsula rakyat Malaysia langsung tidak menyangka bahawa mereka akan disajikan dengan kemunculan bendera negara kesayangan di dalam filem zombil tersebut Sesiapa yang sudah menonton pas...
Variasi Sajian Korea Yang Sesuai Dengan Tekak Kita Pedas Sedap

Variasi Sajian Korea Yang Sesuai Dengan Tekak Kita Pedas Sedap

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 299 hits
Sekiranya anda teringin makan makanan Korea boleh buat sendiri di rumah Tak perlu ke kedai lagi Asalkan ada bahan yang cukup semuanya jadi Kami kongsikan lima resipi makanan Korea untuk anda 1 RESIPI JJAJANGMYEONBAHAN KUAH ALA BLACKBEAN 3 s...
9 Artis Korea Yang Ternyata Mirip Banget Sama Artis Indonesia Kayak Kembaran Aja

9 Artis Korea Yang Ternyata Mirip Banget Sama Artis Indonesia Kayak Kembaran Aja

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 206 hits
Ada yang lihat Hospital Playlist terus tiba tiba teringat pemain AADC Ladya Cheryl nggak
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof