Penyakit Stroke Atau Angin Ahmar
Assalamualaikum semua.
Penyakit Angin Ahmar atau Stroke:
Apa yang anda semua tahu mengenai penyakit angin ahmar atau lebih dikenali sebagai stroke? Hari ini nak kongsi serba sedikit info mengenai penyakit stroke. Sekarang ramai yang dapat penyakit ini kerana beberapa faktor risiko yang boleh diubah atau tidak boleh diubah. Stroke ini sangat berkaitan dengan fungsi otak dan salur darah. Terdapat banyak salur darah pada otak kita dan ianya dikenali sebagai 'Circle of Willis'. Otak kita yang mengawal setiap pergerakan, percakapan dan deria-deria yang lain.
Apa itu Stroke?
Stroke adalah satu sindrom klinikal yang berlaku, di mana fungsi otak akan hilang dan menunjukkan simptom-simptom serta tanda klinikal yang jelas, lebih daripada 24 jam, boleh membawa kepada kematian dan tanpa ada sebab-sebab lain yang jelas selain daripada sebab terjejasnya salur darah kita.
Antara Simptom/Tanda Stroke:
Hilang sedar/koma (loss of consciousness/coma)Pening kepala yang bukan biasa-biasa (the worst headache in your life)Penglihatan terjejas (double vision/loss of vision)Percakapan terjejas (slurred speech/loss of speech)Kebas/lemah pada sebelah kanan/kiri bahagian muka/tangan/kaki (numbness/weakness of face, arm, leg on one side)Hilang keseimbangan atau koordinasi badan (loss of balance/coordination)
Selalunya boleh dilihat pesakit stroke ini datang dengan kebas atau lemah satu bahagian kiri atau kanan kaki, tangan serta muka. Namun, tidak semuanya pesakit datang dengan tanda atau simptom yang sama kerana ianya berhubung kait dengan bahagian otak yang mana terjejas. Jadi, untuk kepastian, beberapa faktor risiko (risk factor), latar belakang lengkap pesakit (full history taking), pemeriksaan klinikal (clinical examination) serta beberapa ujian darah (lab investigation), CT scan (radiological imaging) dan sebagainya perlu dibuat.
Jenis-jenis Stroke:
Umumnya, ada 2 jenis stroke yang perlu diketahui:
Ischemic stroke - terdapatnya darah beku (clot) yang menghalang darah mengalir ke sebahagian otakHaemorrhagic stroke - terjadi apabila berlakunya pendarahan dalam otak atau di sekeliling tisu otak
Sebab/Faktor Risiko Stroke:Faktor Risiko Boleh Ubah (Modifiable Risk Factor)Tekanan darah tinggi (Hypertension)Kencing manis (Diabetes Mellitus)Penyakit jantung atau kardiovaskular (eg. Myocardial Infarction)Kolestrol tinggi (Dyslipidemia)MerokokMinum alkoholObesitiKurang bersenam (Physical inactivity)Pengambilan ubat yang mengandungi estrogen tinggi (eg. Oral Contraceptive Pill)Faktor Risiko Tidak Boleh Ubah (Non-Modifiable Risk Factor)UsiaJantinaEtnik/BangsaPernah terjadi stroke atau sakit jantung sebelum ini (Previous vascular event)Latar belakang keluarga yang menghidapi strokeKesimpulannya, bagi mengurangkan risiko untuk mendapat stroke, kunci utamanya adalah sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang sihat. Jadi, boleh elakkan risiko seperti mendapat penyakit hypertension, diabetes dan sebagainya, di mana ianya adalah faktor risiko seseorang itu mendapat penyakit stroke. Namun, ada juga faktor-faktor yang kita tidak boleh ubah seperti faktor usia yang lanjut dan lain-lain
Antara Rawatan bagi Pesakit Stroke:Ubat-ubatan (eg. anti-platelet, anti-hypertensive, lipid lowering agent, treat underlying causes)Rehabilitasi (eg. Physiotherapy, Speech therapy)
Umumnya, pesakit stroke akan mengalami beberapa komplikasi, jadi sangat penting juga untuk diberi perhatian yang lebih dan merawat komplikasi tersebut. Pesakit stroke juga mudah untuk mengalami gangguan dari segi emosi jadi sangatlah penting untuk ahli keluarga atau rakan-rakan untuk memberi sokongan moral dan emosi supaya mereka kuat untuk menghadapi hari-hari mereka selepas mendapat stroke. Ini kerana pesakit stroke selalunya tidak boleh berjalan atau bergerak seperti mana kebiasaannya. Jadi mereka mudah untuk stress atau tertekan
Kadar kesembuhan(prognosis) seseorang pesakit stroke itu bergantung kepada jenis stroke, saiz salur darah dan lokasi yang terlibat serta beberapa faktor lain. Haemorrhagic stroke mencatatkan lebih banyak kadar kematian daripada ischemic stroke. Namun, dengan teknologi yang semakin maju serta taraf penambahbaikan sektor kesihatan sekarang ini telah menunjukkan kadar penurunan bilangan kematian yang disebabkan penyakit stroke
Ia juga sangat membantu jika penyakit stroke ini dapat dikenal pasti dengan lebih awal dan memudahkan langkah-langkah merawat dan mengubatinya. Jadi kalau ada tanda-tanda atau simptom stroke, cepat-cepat dapatkan rawatan ke klinik atau hospital yang berdekatan ya. Ok sampai sini saja dapat berkongsi serba sedikit info mengenai penyakit stroke. This is only the tip of the iceberg. Semoga bermanfaat
Kalau anda semua ada pengalaman diri sendiri menghidapi stroke atau pengalaman menjaga ahli keluarga atau rakan-rakan yang menghidapi stroke serta ingin berkongsi pandangan, bolehlah berkongsi di ruangan comment ya
Terima kasih semua
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://yea-slmn.blogspot.com/2021/03/penyakit-stroke-atau-angin-ahmar.html