Penyakit Kulit Psoriasis Gejala Punca Dan Cara Mengawal
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Muka dan tangan bersisik, bertompok merah kadang-kadang digaru sehingga berdarah. Dilemparkan pandangan jijik, disisihkan rakan-rakan, keluarga dan masyarakat. Itulah antara lemparan dan reaksi masyarakat terhadap mereka yang menghidap sakit Psoriasis. Walaupun bukanlah majoriti memberikan reaksi sebegitu, tetapi ia wujud dan menyebabkan pesakit Psoriasis itu murung dan menyebabkan kurang keyakinan sepanjang hidupnya
Penyakit kulit bersisik, psoriasis dianggap sebagai kondisi dermatologi seperti ekzema tetapi sebenarnya, penyakit autoimun ini lebih relevan dikaitkan dengan rheumatoid arthritis dan lupus. Sesuai dengan namanya, penyakit autoimun adalah sejenis kondisi yang membuatkan sistem imun badan menyerang pertahanan tubuh, ia menyerang sel dan tisu yang dianggap berbahaya
Dengan psoriasis, sasaran utama serangan adalah sel pada lapisan luar kulit yang dikenali sebagai epidermis. Ia membawa kepada pembentukan tompok-tompok kering kemerahan, dan kulit bersisik yang disebut sebagai plak
Malangnya, para saintis masih tidak dapat memahami punca sistem imun badan bertindak sedemikian. Tetapi, mereka percaya bahawa faktor genetik dan persekitaran memainkan peranan
PUNCA PENYAKIT PSORIASIS
Apakah penyebab penyakit kulit bersisik psoriasis?
Psoriasis mengubah sel kulit menjadi ‘overachievers’. Kondisi ini membuatkan sel kulit tumbuh sekitar 5 kali lebih cepat berbanding kebiasaan dan malangnya, badan manusia tidak dapat berkompromi. Sel-sel lama yang sepatutnya tersingkir akan berkumpul, mewujudkan tekstur kulit bersisik, gatal-gatal dan bertompok
Punca sebenar penyakit psoriasis pula masih menjadi misteri. Para penyelidik berpendapat ‘sesuatu’ telah menjejaskan sistem imun penghidap. Tetapi, ia mungkin merupakan gabungan faktor risiko dan pencetus
BACA JUGA : UBAT SAPU STEROID UNTUK PENYAKIT KULIT?
FAKTOR-FAKTOR RISIKO KULIT BERSISIK PSORIASIS
#1 GEN & SISTEM IMUN
Sebahagian daripada DNA anda, yang disebut sebagai gen, berfungsi dengan ‘mengarah’ sel-sel badan. Apabila anda menghidap psoriasis, gen yang mengawal isyarat sistem imun akan bercampur-aduk
Fungsi sistem imun yang sepatutnya melindungi tubuh anda daripada penyerang akan menjadi bertentangan, dengan memicu keradangan dan menjadikan sel-sel kulit terhasil secara berlebihan. Para saintis juga telah menemui kira-kira 25 gen yang berbeza pada individu dengan psoriasis
#2 ALKOHOL
Kaki minum memiliki risiko membentuk psoriasis yang lebih tinggi, terutamanya dalam kalangan lelaki muda. Alkohol juga boleh menjadikan rawatan kurang berkesan
#3 MEROKOK
Selain pengambilan alkohol, merokok juga boleh menggandakan risiko anda terhadap psoriasis! Sekiranya mempunyai saudara-mara atau ahli keluarga dengan kondisi ini, kebarangkalian untuk anda turut memilikinya adalah sebanyak 9 kali ganda! Tambahan lagi, tabiat merokok menjadikan gejala lebih sukar untuk diurus dan dihilangkan
RAWATAN YANG SESUAI UNTUK PENYAKIT PSORIASIS
Rawatan untuk kondisi kulit bersisik ini biasanya bertujuan untuk mengekalkan simptomnya di bawah kawalan. Sekiranya gejala anda kronik atau tidak bertindak balas dengan baik terhadap rawatan, doktor mungkin akan merujuk anda kepada pakar kulit (pakar dermatologi)
Rawatan pula ditentukan oleh jenis, keparahan psoriasis, dan kawasan kulit yang terjejas. Di samping itu, doktor mungkin akan memulakan dengan rawatan ringan, seperti krim topikal, dan kemudian beralih ke rawatan yang lebih kuat jika perlu
Rawatan psoriasis termasuk dalam 3 kategori, iaitu:Terapi topikalUbat oral atau suntikanTerapi cahayaJenis rawatan yang berbeza juga sering kali digunakan dalam bentuk kombinasi
Terapi topikal jika alami kulit bersisikKortikosteroidVitamin D analoguesRetinoidAsid salisilikCalcineurin inhibitorsCoal tarGoeckerman therapyAnthralinDithranol
TERAPI CAHAYA
Terapi cahaya adalah rawatan first-line untuk psoriasis bertahap sederhana hingga parah, sendirian atau digabungkan dengan ubat-ubatan. Ia melibatkan pendedahan kulit kepada cahaya semula jadi atau buatan yang terkawal. Rawatan berulang juga perlu dilakukan
Cahaya matahariJalur lebar UVBJalur sempit UVBExcimer laserPsoralen plus ultraviolet A (PUVA)UBAT ORAL & SUNTIKAN
Jika anda memiliki psoriasis bertahap sederhana hingga teruk atau rawatan lain didapati tidak berfungsi, doktor mungkin bakal menetapkan ubat oral atau suntikan (sistemik). Disebabkan wujudnya risiko kesan sampingan yang teruk, beberapa ubat ini digunakan hanya untuk jangka waktu yang singkat dan mungkin diganti dengan rawatan lain
BiologikSteroidRetinoidMethotrexateCyclosporineUbatan lain: Thioguanine, hydroxyurea dan apremilast
BACA JUGA : 5 LANGKAH BERKESAN MELAWAN PSORIASIS
CARA MENCEGAH KULIT BERSISIK PRORIASIS
Bagaimana untuk mengelakkan masalah kulit bersisik psoriasis?
Malangnya, tiada cara spesifik yang dapat mencegah psoriasis. Tetapi kalian boleh mengambil langkah-langkah pencegahan berikut untuk menguruskan simptom yang dialami
#1 Urus stres/tekanan
Tekanan hidup yang berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada siapapun, namun ia boleh menjadi 1 masalah yang besar bagi penderita psoriasis. Tahukah anda, tubuh kita cenderung untuk alami reaksi keradangan apabila rasa tertekan? Ya, benar! Maka, tindak balas tersebut boleh memicu pembentukan penyakit kulit ini
Berikut adalah beberapa kaedah pengurusan stres:YogaMenjalani psikoterapiAmal teknik meditasi dan relaksasi#2 Elakkan ubat-ubatan tertentu
Ubat-ubatan tertentu boleh mengganggu tindak balas autoimun tubuh dan menyebabkan keradangan, yang kemudiannya mencetus psoriasis. Antaranya adalah:LitiumInderalIndomethacinUbat antimalaria#3 Elak kecederaan kulit
Kecederaan kulit juga berupaya memicu psoriasis pada sesetengah orang. Ia dikenali sebagai fenomena Koebner. Kecederaan kulit yang acap kali mencetuskan psoriasis termasuklah selaran matahari dan calar. Merawat kulit anda dengan baik dapat mencegah kondisi seperti ini. Selain, itu, pastikan untuk mengambil langkah penjagaan tambahan semasa melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan pada kulit
#4 Amalkan makanan sihat
Kegemukan atau berat badan berlebihan bakal menjadikan gejala psoriasis bertambah parah. Oleh itu, adalah penting untuk menguruskan berat badan anda dengan bersenam dan makan makanan yang sihat. Beberapa jenis makanan berupaya akibatkan keradangan di dalam badan, yang dapat memicu gejala psoriasis pada sesetengah individu, antaranya; daging merah, makanan diproses dan tinggi gula
Namun, ada juga makanan yang sepertinya dapat mengurangkan isu keradangan dan simptom dialami; ikan berlemak, biji-bijian, kekacang dan sayur berdaun hijau. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda
KREDIT : HelloDoktor | Google Image
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2021/07/penyakit-kulit-psoriasis-gejala-punca.html