Cara Langgan Iqiyi Video
CARA LANGGAN iQIYI Video (DAFTAR , DOWNLOAD & TENGOK DI TV)
Sekiranya anda penggemar pelbagai drama dan movie menarik, anda boleh melanggan iQIYI Video. Sebelum anda ingin melanggan iQIYI Video, semestinya anda seharusnya daftar dahulu dengan iQIYI Video. Bagaimana cara daftar iQIYI Video? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU iQIYI Video
iQiyi ialah platform video dalam talian yang berpangkalan di Beijing, China yang dilancarkan pada 22 April 2010. iQiyi kini merupakan salah satu laman video dalam talian terbesar di dunia, dengan hampir 6 bilion jam dibelanjakan untuk perkhidmatannya setiap bulan, dan lebih 500 juta pengguna aktif bulanan.
IQiyi juga bersiaran melalui platform satelit Astro dan NJOI di saluran 300 dalam format definisi tinggi(HD). Saluran ini juga tersedia di Astro GO.
PERSEDIAAN SEBELUM DAFTAR iQIYI Video
Sebelum anda daftar iQIYI Video, pastikan anda telah menyediakan beberapa perkara sebelum daftar dan langgan iQIYI Video, antaranya:
Anda mempunyai email yang aktif
Kad Debit/Kredit atau Pelan Pascabayar Telco (Maxis/Difi/celcom/DLL) – digunakan semasa untuk membuat pembayaran
Pastikan Pelan Pascabayar (Nombor Telefon anda) masih aktif
Mempunyai internet berkelajuan tinggi dan stabil, sekurang-kurang 3mbps ke atas.
MUAT TURUN APLIKASI iQIYI Video
Anda juga boleh memuat turun aplikasi iQIYI Video di hanphone atau pun android box seperti di bawah:
Bagi penggunan Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.iqiyi.i18n.tv&hl=en&gl=US
Bagi penggunan IOS: https://apps.apple.com/us/app/iqiyi-video-dramas-movies/id1461999674
CARA DAFTAR iQIYI Video
Berikut adalah merupakan cara daftar iQIYI Video:
Layari pautan iQIYI Video: https://www.iq.com/
Klik pada Sing Up
Masukkan Maklumat yang diperlukan seperti:
Email – Pastikan email anda yang sah
Password – Masukkan password anda inginkan
Confirm Password – masukkan sekali lagi password anda
Masukkan Tarikh Lahir anda diruangan yang disediakan
Tekan Sign UP
Masukkan Verification Code yang anda terima dari email anda
Pendaftaran anda selesai
CARA LANGGAN iQIYI Video
Setelah anda berjaya daftar seperti di atas, anda dah boleh langgan iQIYI Video. Berikut adalah cara langgan iQIYI Video:
Layari pautan iQIYI Video: https://www.iq.com/
Login akaun Iflix anda, masukkan Email dan Password anda.
Pergi pada tab profile dan klik pada First month VIP promo for new users
Disini anda boleh pilih yuran secara bulanan atau 3 bulan atau setahun. Untuk permulaan ini, anda pilih sahaja pakej Standard dengan harga RM1.90/sebulan(promosi new user).
Kemudian pilih cara bayaran yang anda inginkan. Klik Purchase Now
Ikuti arahan selanjutnya sehingga selesai pembayaran anda
Selesai, kini anda boleh nikmat akaun VIP (Standard) secara sebulan. Anda boleh akses semua kandungan VIP tanpa sebarang gangguan iklan.
HARGA LANGGANAN PELAN iQIYI Video
Harga adalah amat penting dan kerap menjadi faktor pertama yang diambil kira. Berikut adalah harga langganan iQIYI Video:
Standard
Premium
*RM1.90/sebulan(new User) RM8.90/sebulan
*RM16.90/sebulan(new user) RM23.90/sebulan
RM23.90/3 bulan
RM45.90/3 bulan
RM87.90/setahun
RM169.90/setahun
*Harga Promosi sebulan bagi new user
CARA LANGGAN ASTRO NJOI
CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO
CARA DAFTAR SOOKA PLATFORM STRIM SIARAN LANGSUNG(Sukan & Hiburan Tempatan)
CARA LANGGAN NJOI HD
CARA LANGGAN NEXFLIX MALAYSIA
The post CARA LANGGAN iQIYI Video (DAFTAR , DOWNLOAD & TENGOK DI TV) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cara-langgan-iqiyi-video-daftar.html