Penyakit Darah Tinggi Dikatakan Antara Penyakit Pembunuh Senyap
Penyakit darah tinggi adalah antara penyakit yang dikatakan sebagai pembunuh senyap. Kadang-kadang kita tak tahupun yang kita mengalami hipertensi atau kita panggil sebagai darah tinggi. Bulan lepas ada Program Kesedaran Kesihatan di pejabat akak. Dah lama juga tak buat ujian kesihatan, bila ada program macam ni kenalah ambil peluang.
Bila dah berusia, semua kena lebih jagaan. Semalam bacaan bp tak berapa cantik. Akak stress ke? Rasanya biasa-biasa sahaja. Selepas kena jangkitan C19 semasa C19 sedang menular, memang bacaan bp, gula macam yo yo. Kadang okay kadang tak cantik. Buat masa ni akak memang belum lagi ambil apa-apa ubat cuma jaga pemakanan, emosi, rehat dan ambil supplement.
Amalan Yang Boleh Membantu Mengawal Tekanan Darah Tinggi Cari-cari juga cara yang boleh diamalkan sebagai langkah mengawal penyakit. Akak jumpa beberapa idea yang boleh kita buat bagi membantu mengawal tekanan darah tinggi.
Senaman Secara KonsistenMahu ataupun tidak, kita memang tak boleh mengelak daripada melakukan aktiviti senaman secara konsisten. Banyak manfaat yang boleh kita perolehi sebagai amalan untuk kurangkan berat dan juga tekanan darah tinggi.
Senaman membantu mengeluarkan peluh dan toksin dari badan, menjadikan badan kita lebih segar dan senaman juga adalah antara amalan gaya hidup sihat.
Bersenam boleh di mana-mana saja ikut kesempatan yang ada. Tak kiralah di rumah, di gym, berenang dan sebagainya - yang penting - bersenamlah secara konsisten !
Amalkan Gaya Hidup Sihat dan Tangani StressAntara amalan gaya hidup sihat yang boleh kita lakukan bagi membantu mencegah dan menurunkan tekanan darah tinggi ialah:
Menjaga pemakanan seharian – mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Hindari diri dari perkara yang boleh menimbulkan stress. Jika dah stress, mesti belajar mengawalnya dari berterusan.
Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Menjaga kebersihan diri dan persekitaran.
Berhenti MerokokTau tak kenapa merokok sangat membahayakan kesihatan dan kesan merokok juga boleh mengakibatkan masalah tekanan darah tinggi dalam badan?
Begini ya: Apabila merokok, kadar degupan jantung akan meningkat lebih laju berbanding degupan normal. Jadi, bila degupan jantung dah laju dan tak normal, ia menyebabkan tekanan darah juga meningkat naik.
Dalam jangka panjang pula, zat kimia pada tembakau juga meningkatkan tekanan darah dengan merosakkan dinding pembuluh darah dan menyempitkan arteri.
Kurangkan berat badanSemakin bertambah berat badan, maka bertambahlah juga risiko mengalami penyakit tekanan darah tinggi.
Dalam beberapa penelitian yang dijalankan pada tahun 2016, kajian menunjukkan mengurangkan berat badan dapat mengurangi tekanan darah antara 3,2-4,5 mmHg.
Selain itu, menurunkan berat badan juga membantu mengurangkan risiko penyakit lain seperti obesiti.
Meningkatkan aktiviti fizikalApa jua petua sekalipun, antara cara yang berkesan ialah menjaga kesihatan badan dengan meningkatkan aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal boleh jadi apa sahaja dan bukan semestinya harus bersenam.
Anda hanya perlu memperbanyakkan pergerakan keseluruhan anggota badan dan minda kita juga akan turut ‘bergerak’. Contoh aktiviti fizikal yang boleh kita lakukan setiap hari atau berkala ialah seperti melakukan kerja rumah, berkebun, berbasikal, menaiki tangga dan apa-apa sahaja hobi yang ada melibatkan pergerakan anggota badan dan otak kita untuk berfikir.
Ia dapat membantu meredakan stress dan menjadikan kita rasa lebih positif dan bersemangat untuk menjalani hari-hari kita.
Apakah Punca Yang Boleh Menyebabkan Tekanan Darah Tinggi?Tekanan darah tinggi boleh berpunca daripada faktor-faktor berikut. Namun begitu, semua faktor di atas tidak bermakna seseorang itu mengalami penyakit tekanan darah tinggi kerana tekanan darah ini akan kembali normal.
1. Tekanan (stress)
2. Terlalu penat
3. Gelisah melampau
4. Sakit
5. Berdebar-debar
6. Ketakutan
7. Merokok
8. Mengamalkan pemakanan tidak sihat
9. Gaya hidup tidak aktif
10. Selepas melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam
Sebelum tu, boleh rujuk dahulu klasifikasi tekanan darah pada jadual di bawah:
KlasifikasiSistolikDiastolikNormalBawah 120Bawah 80Pra-Hipertensi120 – 13980 – 89Hipertensi Tahap 1140 – 15990 – 99Hipertensi Tahap 2160+100+
Rujukan : http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/
Jom sama-sama jaga kesihatan tanpa kira usia. Bila sihat, macam-macam aktiviti kita boleh buat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azirahman.com/2024/09/penyakit-darah-tinggi-dikatakan-antara.html