Penyakit Ain Disebabkan Pandangan Mata Disertai Sifat Irihati Bagaimana Terkena Dan Cara Merawatnya


 



Menurut perkongsian Maktabah Al Bakri, penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.
Bagaimana seseorang boleh terkena penyakit ‘ain dan bagaimana merawatnya? Ikuti penjelasan di bawah :
SOALAN :
Assalamualaikum ustaz. Boleh jelaskan tentang penyakit ‘ain? Benarkah ia boleh terkena pada manusia? Dan bagaimana cara untuk merawatnya? Mohon jelaskan juga tentang kaedah perlindungan agar terhindar daripada terkena daripada penyakit ain ini. Terima kasih.
JAWAPAN : 
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
 Penyakit ‘ain adalah thabit di dalam nas-nas syara’. Allah SWT berfirman:
وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ
Maksudnya: “Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian).”[1]
Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain berkata: (لَيُزْلِقُونَكَ) bermaksud mereka hendak menggelincirkan. (بِأَبْصَارِهِمْ) “Dengan mata mereka, maksudnya mereka dengki kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka (nescaya engkau tidak selamat)
Di dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sasaran dan pengaruh “mata” benar-benar nyata adanya atas perintah Allah SWT. Sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis yang diriwayatkan dari pelbagai jalan yang banyak.[2]
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
الْعَيْنُ حَقٌّ
Maksudnya: “Al-‘ain itu adalah haq (benar).”[3]
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya: “Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah.”[4]
Imam al-Nawawi berkata: “Pada hadith ini terdapat ithbat keimanan pada takdir Allah SWT dan benarnya perkara ‘ain (penyakit ‘ain) dan bahawa ia sangat berbahaya.”[5]
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani pula berkata: “Maknanya ialah orang yang ditimpa bahaya kerana sesuatu yang telah Allah SWT tetapkan ketika seseorang memandangnya, hakikatnya terjadi dengan takdir Allah SWT yang telah ditetapkan sebelumnya, bukan sesuatu yang baru sahaja diciptakan oleh orang yang memandang terhadap yang dipandang.”
Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.
Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.”
Beliau turut berkata: “‘Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).”[6]
Menurut Ibn al-Qayyim, ”Jiwa orang yang menjadi penyebab ‘ain boleh menimbulkan ‘ain, tanpa hanya dengan penglihatan. Bahkan kadangkala ada orang buta, kemudian diceritakan tentang sesuatu kepadanya lalu jiwanya boleh menimbulkan ‘ain walaupun dia tidak melihat sesuatu itu. Ada banyak penyebab ‘ain yang boleh menyebabkan terjadinya ‘ain, hanya dengan cerita tanpa melihat.”[7] Ini bermakna, ‘ain juga boleh berlaku hanya dengan perasaan tanpa melihat seperti melalui televisyen dan gambar.


Rawatan Penyakit 'Ain
Dalam sebuah hadith daripada Amrah daripada ‘Aisyah RA berkata, “Pada suatu ketika Nabi SAW masuk rumah. Tiba-tiba beliau mendengar anak kecil menangis, lalu Beliau berkata:
مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي، هَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنَ الْعَيْنِ
Maksudnya: “Kenapa anak kecilmu ini menangis? Tidakkah kamu mencari orang yang boleh mengubatinya daripada penyakit ‘ain?”[8]
Terdapat juga sebuah hadith lain tentang hal ini:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْمُرُهَا أَنْ تَسْتَرْقِيَ مِنَ الْعَيْنِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW mengarahkannya (iaitu Aisyah) untuk mengubati dirinya daripada penyait ‘ain.”[9]
Sekiranya seseorang terkena penyakit ‘ain, berubatlah dengan rawatan secara syar’ie, iaitu:

Dibacakan Ruqyah Atau Doa.
Daripada Buraidah bin Al-Husyaib R.A, Rasulullah SAW bersabda:
لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْنٍ أَوْ حُمَة
Maksudnya: “Tidak ada ruqyah (yang lebih bermanfaat), kecuali untuk penyakit ‘ain, atau penyakit yang diakibatkan sengatan binatang berbisa..”[10]
Bagi ibu bapa, mereka boleh membacakan doa bagi melindungi bayinya daripada terkena penyakit ‘ain, sepertimana bacaan doa yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada dua cucunya, Hassan dan Hussain:
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada godaan syaitan, binatang berbisa dan daripada pandangan mata yang bersifat dengki.”[11]

Dimandikan Dengan Air.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif, beliau berkata: Amir bin Rabi’ah melewati Sahl bin Hunaif ketika dia sedang mandi, lalu Amir berkata: “Aku tidak melihat seperti hari ini, kulit yang lebih mirip (keindahannya) dengan kulit wanita yang dipingit.” Tidak berapa lama kemudian Sahl terjatuh, lantas beliau dibawa kepada Nabi SAW, lalu dikatakan: “Selamatkanlah Sahl yang sedang terbaring sakit.” Baginda SAW bersabda: “Siapa yang kamu curigai telah menyebabkan ini?” Mereka berkata: “Amir bin Rabi’ah.” Baginda SAW bersabda:
عَلاَمَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ ، إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ
Maksudnya: “Kenapakah salah seorang daripada kamu membunuh saudaranya? Seharusnya apabila salah seorang daripada kamu melihat sesuatu pada diri saudaranya yang menakjubkan, hendaklah dia mendoakan keberkatan untuknya.”
Kemudian Baginda SAW meminta air, lalu menyuruh Amir untuk berwudhu’. Amir mencuci wajahnya, kedua tangannya sampai ke siku, dua lututnya dan bahagian dalam kainnya. Nabi SAW memerintahkannya untuk menyiramkan (bekas air wudhuknya) kepada Sahl. Sufyan menyebut, Ma’mar berkata, daripada al-Zuhri: “Baginda SAW memerintahkannya untuk menyiramkan air dari arah belakangnya.”[12]
Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan bahawa Ibn al-Qayyim berkata:
هَذِهِ الْكَيْفِيَّةُ لَا يَنْتَفِعُ بِهَا مَنْ أَنْكَرَهَا وَلَا مَنْ سَخِرَ مِنْهَا وَلَا مَنْ شَكَّ فِيهَا أَوْ فَعَلَهَا مُجَرِّبًا غَيْرَ مُعْتَقِدٍ
Maksudnya: “Cara pengubatan ini tidak akan dapat mengambil manfaatnya bagi orang yang mengingkarinya, orang yang mempersenda-sendakannya, orang yang meragukannya atau yang melakukannya sekadar cuba-cuba tanpa meyakini.”[13]

Berlindung Daripada Terkena Penyakit Ain
Berusaha berlindung daripada penyakit ain adalah dibolehkan serta ia tidak menafikan konsep tawakkal. Ini kerana tawakkal adalah bergantung kepada Allah SWT disertai dengan melakukan asbab perkara yang diharuskan atau diperintahkan dengannya.
Berlindung kepada Allah SWT merupakan pencegahan terbaik daripada terkena penyakit ‘ain malah daripada segala mara bahaya. Nabi SAW memperlindungkan al-Hasan dan al-Husin R.Anhuma sepertimana dalam hadith Ibn Abbas R.Anhuma, Baginda SAW bersabda:
أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
Maksudnya: “Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.”[14]
Bagi mereka yang mungkin boleh memberi penyakit ‘ain kepada orang lain, seeloknya mendoakan keberkatan (ucap Barakallahu fik atau tabarakallah) kepada seseorang yang dikaguminya apabila melihat. Ini adalah berdasarkan saranan Nabi SAW dalam hadith Abu Umamah.[15]
Akhir kalam, kami juga mengajak kepada pembaca untuk mengamati dan tadabbur surah al-Falaq serta mengamalkannya supaya terhindar daripada penghasad dan pendengki. Makanya kami akhiri perbincangan ini dengan surah al-Falaq:
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ﴿١﴾ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ﴿٢﴾ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ﴿٣﴾ وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ ﴿٤﴾ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1) “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2) “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”[16]
Wallahu a’lam.”
Sumber : Maktabah Al Bakri
Kredit : Utusantv


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/02/penyakit-ain-disebabkan-pandangan-mata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muka Anak 2 Tahun Terkena Gam 3 Saat Terpaksa Operate Buang Gam Pada Mata

Muka Anak 2 Tahun Terkena Gam 3 Saat Terpaksa Operate Buang Gam Pada Mata

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 171 hits
Benda nak jadi sekelip mata Ibu ayah yang ada anak kecil walaupun dalam rumah sendiri jika tak berhati hati sekejap saja boleh berlaku perkara tak diingini Sama ada kesilapan itu dari ibu bapa atau anak anak kecil yang mula nak meneroka Sep...
10 Cara Cerdaskan Otak Dan Elakkan Penyakit Lupa

10 Cara Cerdaskan Otak Dan Elakkan Penyakit Lupa

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 307 hits
10 Cara Cerdaskan Otak dan Elakkan Penyakit Lupa Ingin tahu bagaimana cara yang dapat dilakukan untuk mencerdaskan otak kita 10 Cara Cerdaskan Otak dan Elakkan Penyakit Lupa 1 Membaca Membaca dapat menentukan otot otot otak dan membantu mem...
Muka Budak 2 Tahun Terkena Gam 3 Saat Mata Tak Boleh Buka Langsung

Muka Budak 2 Tahun Terkena Gam 3 Saat Mata Tak Boleh Buka Langsung

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 216 hits
The ReporterPersekitaran yang selesa tenang dan selamat sangat sesuai untuk kanak kanak Ini membolehkan kanak kanak bergerak aktif tanpa gangguan dan juga keselamatannya juga terjamin Sebagai ibu bapa seharusnya menitikberatkan kepentingan ...
Hiburan Tukar Lorong Cara Biadap Pemandu Berlagak Tunjuk Gari Dari Dalam Kereta

Hiburan Tukar Lorong Cara Biadap Pemandu Berlagak Tunjuk Gari Dari Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 184 hits
Tular di media sosial semalam apabila seorang pemandu kereta membuat cubaan untuk menukar lorong dengan mencelah kenderaan lain dengan cara yang biadap Tunjuk gangster tak kena tempat video tersebut ternyata telah menjadi bahan cemuhan neti...
Doktor Share Cara Jerlum Kepala Anak Bila Demam Tak Perlu Tuala Basah

Doktor Share Cara Jerlum Kepala Anak Bila Demam Tak Perlu Tuala Basah

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 253 hits
Sekarang ni musim anak anak demam susah hati dibuatnya Salah satu kaedah yang mama guna untuk turunkan suhu panas tu adalah jerlum dengan air Ada juga yang gunakan tuala basah kemudian diletakkan atas kepala anak Artikel Menarik Melalui per...
Buat Tat Telur Cara Mudah Guna Kuali Jer Elok Menjadi

Buat Tat Telur Cara Mudah Guna Kuali Jer Elok Menjadi

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 195 hits
Jom kita buat tat telur yang pernah viral dulu Tak payah susah guna oven kita guna pan saja pun menjadi Tat ni boleh dapat dalam 9 keping macam dalam gambar Kalau beli dekat bakeri RM2 ke RM3 juga sebiji Bolehlah cuba nanti Tat telurBahan u...
Cara Mudah Tukar Domain Blogspot Ke Dotcom 2022

Cara Mudah Tukar Domain Blogspot Ke Dotcom 2022

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 240 hits
Cara Mudah Tukar Domain Blogspot Ke Dotcom 2022 Domain merupakan idaman setiap blogger yang serius dalam dunia penulisan blog Ada banyak jenis domain seperti com my net xyz dan lain lain Antara domain yang paling popular dan digunakan denga...
Buasir Otak Tv Roblox Cara Rompak Bank Dalam Game Bandar

Buasir Otak Tv Roblox Cara Rompak Bank Dalam Game Bandar

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 382 hits
Kali ini saya akan tunjukkan cara merompak bank dalam game Roblox Bandar atau How to rob bank in Roblox Bandar Dalam game je tau boleh rompak betul betul tak boleh Jom tonton animasi ini
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun