Penyakit Ain Dan Rawatannya


PENYAKIT ‘AIN DAN RAWATANNYA
Soalan
Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Saya ingin bertanya tentang penyakit ‘ain. Adakah ia boleh terkena pada manusia? Bagaimana cara nak merawat dan apa kaedah perlindungan daripada terkena penyakit ini? Mohon penjelasan.



Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Penyakit ‘ain adalah thabit di dalam nas-nas syara’. Allah SWT berfirman:
وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ
Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian),
Surah al-Qalam (51)
Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain berkata: (لَيُزْلِقُونَكَ) bermaksud mereka hendak menggelincirkan. (بِأَبْصَارِهِمْ) "Dengan mata mereka, maksudnya mereka dengki kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka (nescaya engkau tidak selamat)

Di dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sasaran dan pengaruh "mata" benar-benar nyata adanya atas perintah Allah SWT. Sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis yang diriwayatkan dari pelbagai jalan yang banyak. (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 8/260)
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

الْعَيْنُ حَقٌّ
Maksudnya: “Al-‘ain itu adalah haq (benar).”

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

Maksudnya: Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah.
Riwayat Muslim (5831)

Imam al-Nawawi berkata: “Pada hadith ini terdapat ithbat keimanan pada takdir Allah SWT dan benarnya perkara ‘ain (penyakit ‘ain) dan bahawa ia sangat berbahaya.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 7/328)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani pula berkata: “Maknanya ialah orang yang ditimpa bahaya kerana sesuatu yang telah Allah SWT tetapkan ketika seseorang memandangnya, hakikatnya terjadi dengan takdir Allah SWT yang telah ditetapkan sebelumnya, bukan sesuatu yang baru sahaja diciptakan oleh orang yang memandang terhadap yang dipandang.”

Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.”

Beliau turut berkata: “‘Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).” (Lihat Fath al-Bari, 10/203-205)

Rawatan Penyakit ‘Ain
Sekiranya seseorang terkena penyakit ‘ain, berubatlah dengan rawatan secara syar’ie, iaitu:
Dibacakan ruqyah atau doa.
Daripada Buraidah bin Al-Husyaib R.A, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْنٍ أَوْ حُمَة

Maksudnya: “Tidak ada ruqyah (yang lebih bermanfaat), kecuali untuk penyakit ‘ain, atau penyakit yang diakibatkan sengatan binatang berbisa..”
Riwayat al-Bukhari (5705) dan Muslim (220)

Dimandikan dengan air.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif, beliau berkata: Amir bin Rabi’ah melewati Sahl bin Hunaif ketika dia sedang mandi, lalu Amir berkata: “Aku tidak melihat seperti hari ini, kulit yang lebih mirip (keindahannya) dengan kulit wanita yang dipingit.” Tidak berapa lama kemudian Sahl terjatuh, lantas beliau dibawa kepada Nabi SAW, lalu dikatakan: “Selamatkanlah Sahl yang sedang terbaring sakit.” Baginda SAW bersabda: “Siapa yang kamu curigai telah menyebabkan ini?” Mereka berkata: “Amir bin Rabi’ah.” Baginda SAW bersabda:

عَلاَمَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ ، إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ

Maksudnya: “Kenapakah salah seorang daripada kamu membunuh saudaranya? Seharusnya apabila salah seorang daripada kamu melihat sesuatu pada diri saudaranya yang menakjubkan, hendaklah dia mendoakan keberkatan untuknya.”

Kemudian Baginda SAW meminta air, lalu menyuruh Amir untuk berwudhu’. Amir mencuci wajahnya, kedua tangannya sampai ke siku, dua lututnya dan bahagian dalam kainnya. Nabi SAW memerintahkannya untuk menyiramkan (bekas air wudhuknya) kepada Sahl. Sufyan menyebut, Ma’mar berkata, daripada al-Zuhri: “Baginda SAW memerintahkannya untuk menyiramkan air dari arah belakangnya.”
Riwayat Ibn Majah (2828), al-Nasa’ie (10036)

Ibn al-Qayyim Rahimahullah berkata:

هَذِهِ الْكَيْفِيَّةُ لَا يَنْتَفِعُ بِهَا مَنْ أَنْكَرَهَا وَلَا مَنْ سَخِرَ مِنْهَا وَلَا مَنْ شَكَّ فِيهَا أَوْ فَعَلَهَا مُجَرِّبًا غَيْرَ مُعْتَقِدٍ

“Cara pengubatan ini tidak akan dapat mengambil manfaatnya bagi orang yang mengingkarinya, orang yang mempersenda-sendakannya, orang yang meragukannya atau yang melakukannya sekadar cuba-cuba tanpa meyakini.” (Lihat Fath al-Bari, 10/205)

Berlindung Dari Terkena Penyakit Ain
Berusaha berlindung daripada penyakit ain adalah dibolehkan serta ia tidak menafikan konsep tawakkal. Ini kerana tawakkal adalah bergantung kepada Allah SWT disertai dengan melakukan asbab perkara yang diharuskan atau diperintahkan dengannya.

Berlindung kepada Allah SWT merupakan pencegahan terbaik daripada terkena penyakit ‘ain malah daripada segala mara bahaya. Nabi SAW memperlindungkan al-Hasan dan al-Husin R.Anhuma sepertimana dalam hadith Ibn Abbas R.Anhuma, Baginda SAW bersabda:

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.”

Riwayat al-Nasa’ie (7679), Abu Daud (4737),
Ibn Majah (3525), dan al-Tirmizi (2060)


Akhir kalam, kami juga mengajak kepada pembaca untuk mengamati dan tadabbur surah al-Falaq serta mengamalkannya supaya terhindar daripada penghasad dan pendengki. Makanya kami akhiri perbincangan ini dengan surah al-Falaq:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ﴿١﴾ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ﴿٢﴾ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ﴿٣﴾ وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ ﴿٤﴾ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1) "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2) "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya"
Surah al-Falaq (1-5)


Sumber : 
https://muftiwp.gov.my

Sedikit perkongsian buat ingatan diri sendiri dan rakan pembaca. Semoga bermanfaat. Terima kasih pada penulis asal, admin website Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2019/06/penyakit-ain-dan-rawatannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beri Jawapan Segera Berhubung Penyakit Yang Menimpa Penduduk Kuala Koh

Beri Jawapan Segera Berhubung Penyakit Yang Menimpa Penduduk Kuala Koh

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 357 hits
Bernama Anggota Hazmat JBPM melakukan pemantauan kualiti udara dan mengambil sampel air di Kuala Koh Foto BERNAMA KOTA BHARU Angkatan Wanita Amanah Negeri Kelantan mendesak pihak berkaitan supaya memberi jawapan segera berhubung penularan r...
Jus Phytax Eskayvie Minuman Berkhasiat Pencegah Serangan Penyakit Kronik

Jus Phytax Eskayvie Minuman Berkhasiat Pencegah Serangan Penyakit Kronik

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 514 hits
JUS PHYTAX ESKAYVIEApa itu JUS PHYTAX ESKAYVIE Phytax merupakan formulasi unik gabungan kuasa nutrien antioksidan TERKUAT di dunia dari sumber semulajadi yang diproses dengan teknologi nano bagi penyerapan maksima untuk memberikan keberkesa...
Baling Nur Hana Humairah Derita Penyakit Kulit Kronik

Baling Nur Hana Humairah Derita Penyakit Kulit Kronik

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 646 hits
BERAT mata memandang berat lagi bahu yang memikul Itulah yang dapat digambarkan dengan keadaan Nur Hana Humairah Abdul Rahim yang sedang menderita penyakit kulit yang kronik Penyakit itu menyebabkan kaki Nur Hana Humairah 3 menggelupas teru...
Petua Mengubat Penyakit Gout Dengan Pokok Ara Tanah Atau Susu Nabi

Petua Mengubat Penyakit Gout Dengan Pokok Ara Tanah Atau Susu Nabi

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 1681 hits
Alhamdulillah Gout ayah semakin pulih petua ini saya dapat dari orang asli Pahang masa buat kajian disana alhamdulillah selepas mengamalkan petua ini cukup berkesan Manfaat Pokok Ara Tanah Ramai yang tidak tahu pokok ini dapat menghilangkan...
Mengenal Gliblastoma Penyakit Yang Diderita Agung Hercules

Mengenal Gliblastoma Penyakit Yang Diderita Agung Hercules

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 218 hits
Mencuatnya kabar Agung Hercules yang menderita penyakit kanker otak membuat publik terkejut Soalnya Agung selama ini dikenal segar bugar dengan tubuh kekar nya
Ekoran Isu Kematian Orang Asli Kuala Koh Ini Punca Sebenar Penyakit Pneumonia

Ekoran Isu Kematian Orang Asli Kuala Koh Ini Punca Sebenar Penyakit Pneumonia

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 401 hits
Baru baru ini tular kes penyakit Pneumonia yang merebak di kawasan penempatan Orang Asli di Kuala Koh dan menyebabkan beberapa penduduk di situ meninggal dunia Apa yang boleh dikatakan penyakit ini adalah satu jangkitan kuman pada tisu paru...
Kahwin Bulan 12 Ini Sekitar Majlis Pertunangan Ain Edruce Dan Amirul

Kahwin Bulan 12 Ini Sekitar Majlis Pertunangan Ain Edruce Dan Amirul

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 1098 hits
Baru baru ini pelakon dan pengacara popular Ain Edruce ada memaklumkan bahawa dia bakal mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya Amirul Semalam telah berlangsungnya majlis pertunangan Ain dan Amirul yang diadakan di kediaman ...
Hizib Kamaa In Hizib Kaf Ha Ya Ain Shod Dan Khodam Yang Terkadung Didalam Huruf Arab

Hizib Kamaa In Hizib Kaf Ha Ya Ain Shod Dan Khodam Yang Terkadung Didalam Huruf Arab

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 25050 hits
PULUNG SUALENGKAYUNG Ia lahir dari Rahim Wastra Daya Panangkilan Sebuah Wastradaya yang mengendalikan seluruh planet di alam raya ini Keseimbangan keserasian dan keselarasan adalah background dari Bunga Yasamkar Sebagaimana bantala bumi yan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization