Penutupan Masjid Surau Di Kuala Nerus Tiada Kaitan Menteri Pulang Dari Turki



Faiz ZainudinExco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu Alias Razak berkata penutupan masjid dan surau itu dibuat selepas seorang individu dari Bintulu, Sarawak pulang ke Terengganu ketika musim perayaan disyaki mempunyai kaitan dengan jangkitan Covid-19. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Penutupan sebuah masjid dan surau di Kuala Nerus, Terengganu, selama 4 hari bermula Rabu lalu tiada kaitan dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali yang pulang dari Turki 7 Julai lalu.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu Alias Razak berkata, penutupan masjid dan surau itu dibuat selepas seorang individu dari Bintulu, Sarawak pulang ke Terengganu ketika musim perayaan disyaki mempunyai kaitan dengan jangkitan Covid-19.
“Penutupan masjid dan surau di Kuala Nerus tiada kaitan dengan menteri (Khairuddin).Ia berkaitan dengan kes seorang individu dari Bintulu yang balik raya di kampung baru-baru ini,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau turut memaklumkan beberapa ujian saringan terhadap menteri itu juga negatif.
Alias berkata, 65 sampel sudah diambil membabitkan kontak rapat individu berkenaan dan setakat ini semuanya negatif.
Rabu lalu sebuah masjid dan surau di Kuala Nerus ditutup untuk proses disinfeksi dan nyah kuman berikutan dikunjungi individu dalam ujian pengesahan Covid-19.
Pengarah Kesihatan Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya menerima makluman 1 kes disyaki Covid-19 membabitkan seorang lelaki berusia 30-an pada 18 Ogos lalu namun masih dalam proses ujian pengesahan di makmal.
Katanya, individu tidak bergejala itu mempunyai sejarah pulang bercuti ke negeri ini dan sepanjang berada di Terengganu pada 30 Julai hingga 15 Ogos, dia menziarahi sanak saudara dan kenalan rapat di beberapa lokasi.
“Walaupun pengesahan kes masih berjalan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah membuat pengesanan, pengasingan dan ujian saringan ke atas kontak rapat beliau.
“Kita juga akan menjalankan proses disinfeksi ke atas surau dan masjid yang dikunjunginya dan mengesyorkan ditutup kepada umum sehingga keputusan ujian pengesahan beliau dan ujian makmal semua kontak diperoleh,” katanya.
Ketika dihubungi FMT hari ini, Azimi memaklumkan sehingga kini semua individu yang mempunyai kontak rapat dengan individu terbabit sudah disaring dan dihantar kepada Kementerian Kesihatan (KKM).
“Tiada lagi individu disaring. Semua kontak sudah disaring dan dihantar ke pusat kuarantin. Insya-Allah setakat ini keadaan baik-baik semua,” katanya.
Sebelum ini, Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus dikritik pembangkang kerana didakwa tidak menjalani kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari lawatan kerja ke Turki.
Malah berita penutupan masjid dan surau di Kuala Nerus itu tersebar di media sosial mengaitkan dengan beliau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/penutupan-masjid-surau-di-kuala-nerus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penutupan Masjid Surau Bergantung Nasihat Mkn Kkm Menteri Agama

Penutupan Masjid Surau Bergantung Nasihat Mkn Kkm Menteri Agama

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 329 hits
Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri BUTTERWORTH Penutupan masjid dan surau dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar bergantung pada nasihat Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan kata Menteri di Jabatan Perdan...
Yunani Menentang Alih Fungsi Museum Chora Menjadi Masjid Menlu Aksoy Mereka Tidak Berhak Menguliahi Turki

Yunani Menentang Alih Fungsi Museum Chora Menjadi Masjid Menlu Aksoy Mereka Tidak Berhak Menguliahi Turki

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 506 hits
Yunani menentang kebijakan Turki yang kembali memutuskan untuk mengalihfungsikan sebuah bangunan bersejarah lainnya setelah Aya sofya yakni Museum Chora yang berdiri sejak abad keenam sebagai masjid di Istanbul Presiden Yunani Hellenic Kate...
Minister Who Skipped Quarantine After Turkey Trip Denies Causing Kuala Nerus Mosque Closure For Disinfection

Minister Who Skipped Quarantine After Turkey Trip Denies Causing Kuala Nerus Mosque Closure For Disinfection

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 332 hits
Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali is pictured during a Civil Defence Force event at Hotel Paya Bunga in Kuala Terengganu August 19 2020 Bernama picKUALA LUMPUR Aug 20 Plantation Industries and Commodities Minister Datuk Mohd Khairuddin Aman...
Tony Sekolahkan Menteri Pn Pulang Dari Luar Negara Wajib Kuarantin

Tony Sekolahkan Menteri Pn Pulang Dari Luar Negara Wajib Kuarantin

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 806 hits
Pada 19 Ogos 2020oleh PENTADBIRPemimpin Perikatan Nasional terus tidak mengendahkan prosedur operasi standard yang ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi mengekang penularan wabak Covid 19 di negara ini Terbaru Menteri Perikatan Nasional Moh...
Israel Bakal Hancur Andai Turki Bisa Rebut Masjid Al Aqsa

Israel Bakal Hancur Andai Turki Bisa Rebut Masjid Al Aqsa

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 248 hits
Pembahasan masih seputar dukungan Turki terhadap organisasi sayap militer Palestina Hamas Pertemuan antara Presiden Recep Tayyip Erdogan dengan sejumlah delegasi Hamas Palestina memastikan dukungan Turki dalam perlawanan terhadap rezim Zion...
Kedah Tangguh Aktiviti Masjid Surau Di 7 Daerah Berisiko Covid 19

Kedah Tangguh Aktiviti Masjid Surau Di 7 Daerah Berisiko Covid 19

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 300 hits
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah melarang semua aktiviti solat majlis ilmu kuliah kelas pengajian majlis bacaan Yasin dan sebagainya di 7 daerah berisiko Covid 19 di negeri itu bermula semalam ALOR SETAR Semua aktiviti keagamaan di masji...
Menteri Balik Dari Turki Tak Payah Kuarantin Dia Kebal

Menteri Balik Dari Turki Tak Payah Kuarantin Dia Kebal

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 558 hits
Nama lagi kerajaan tebuk atap Menteri tak perlu kuarantin apabila balik dari luar negara Rakyat perlu Jika tidak boleh di kompaun RM1000 00 Menteri Kerajaan Tanpa mandat rakyat mana ada rasa bersalah mereka semua betul
Ismail Sabri Tak Pasti Jika Menteri Ke Turki Bersendirian Atau Bersama Orang Lain

Ismail Sabri Tak Pasti Jika Menteri Ke Turki Bersendirian Atau Bersama Orang Lain

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 473 hits
KUALA LUMPUR Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob tidak pasti jika Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali melawat Turki bersendirian atau bersama orang lain Saya cuma tahu YB menteri saja Yang ikut dia saya tak tahu...
Pertama Kali Dalam Sejarah Menteri Pulang Gaji Kerana Buat Silap Kata Pemimpin Pas

Pertama Kali Dalam Sejarah Menteri Pulang Gaji Kerana Buat Silap Kata Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 378 hits
Ketika Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali menjadi sasaran kritikan susulan pelanggaran kuarantin kendiri dan kompaun RM1 000 yang dikenakan terhadapnya rakan seperjuangannya dari PAS tampil menyatakan sokonga...
Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Daia 3 Dalam 1 Softergent Lavender Pilihan Neelofa

Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Jn 1 Covid 19 Subvariant Poses No Significant Health Threat Says Ministry

Immigration English Site Says No Travel Block Bm Says Otherwise Fahmi