Penutupan 4 Hotel Th Cubaan Lumpuh Ekonomi Islam


Wartawan MalaysiaGazette Hotel TH & Residence di Kuala Terengganu. 
KUALA LUMPUR – Penamatan operasi dan perkhidmatan empat buah hotel milik TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) dibimbangi merupakan usaha terancang pihak tertentu untuk melumpuhkan ekonomi umat Islam.

Ini kerana, tiba-tiba sahaja umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan pengumuman bahawa THHR akan menamatkan operasi dan perkhidmatan empat buah hotel miliknya, iaitu TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu, mulai 1 April depan.

Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif THHR, Zulkefli Ahmad dalam kenyataan semalam berkata, penamatan operasi dan perkhidmatan tersebut merupakan satu keputusan yang tidak dapat dielakkan memandangkan operasi dan pengurusan hotel-hotel yang terlibat tersebut telah dan/atau akan diambil alih oleh, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), dan bangunan hotel-hotel yang terlibat juga telah dipindah milik kepada UJSB.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, walau apa sekalipun alasan yang diguna bagi menamatkan operasi dan perkhidmatan hotel-hotel berkenaan, umat Islam di Malaysia wajar bangkit menentang tindakan ini.

Tegasnya, ini kerana hotel-hotel ini bukan sahaja tidak diketahui mempunyai apa-apa masalah besar tetapi adalah juga lambang kebanggaan ummah.

“Hotel-hotel ini adalah bukti bahawa ekonomi umat Islam boleh dimajukan dengan menceburi sektor yang didominasi oleh orang bukan Islam sehingga ia menjadi pilihan bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga bukan Islam tanpa mengabaikan prinsip kepatuhan syariah.

“Seperti yang kita semua tahu, UJSB adalah syarikat milik Kementerian Kewangan yang ditubuhkan di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji, dan seperti yang kita semua juga tahu, Kementerian Kewangan adalah dikuasai oleh pemimpin tertentu,”  katanya dalam satu kenyataan di sini.

Malah, kewujudan hotel-hotel yang memberikan jaminan perkhidmatan patuh syariah serta pematuhan kepada kehendak penyediaan makanan ‘halalan toyyiban’ ini juga adalah pembuka kepada jaringan yang sangat besar dalam mengembangkan ekonomi umat Islam.

Kewujudan hotel-hotel milik THHR ini juga telah memberi ruang pekerjaan yang luas kepada tenaga kerja dan profesional Islam yang kurang diterima dalam sektor lain mahupun dalam sektor perhotelan konvensional, termasuk golongan wanita yang berhijab, untuk berkhidmat.

Lebih jauh dari itu, hotel-hotel milik THHR ini juga telah membuka jaringan yang sangat besar dalam pelbagai industri halal milik umat Islam dan keluaran Bumiputera, contohnya ialah syampu dan sabun serta haruman berasaskan buahan tempatan seperti tembikai susu.

“Bayangkanlah betapa ramai yang akan terjejas ekoran penamatan operasi dan perkhidmatan hotel-hotel ini yang melampaui nasib malang para pekerjanya yang akan kehilangan kerja mereka, sedangkan sebelumnya hotel-hotel ini dirancang untuk diluaskan ke seluruh negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/penutupan-4-hotel-th-cubaan-lumpuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hotel Th Kerajaan Runtuhkan Aset Strategik Umat Islam

Hotel Th Kerajaan Runtuhkan Aset Strategik Umat Islam

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 367 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak Jual pindah milik kepada pihak ketiga bukan penyelesaian bijakBANGI Tindakan Lembaga Tabung Haji memindah milik operasi empat hotel kepada pihak ketiga seolah olah meruntuhkan empayar perniagaan dan pemilikan aset st...
Melayu Islam Terus Di Miskinkan Oleh Kafir Harbi Dap Mujahid Yang Mengaku Pejuang Buat Apa

Melayu Islam Terus Di Miskinkan Oleh Kafir Harbi Dap Mujahid Yang Mengaku Pejuang Buat Apa

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 498 hits
Harta Tabung Haji terus dijarah dan dimamaj oleh kafir harbi DAP Terkini 4 buah hotel kepunyaan TH akan ditamatkan operasinya 14 Disember 2018 syarikat tujuan khas kononnya untuk menyelamatkan Tabung Haji ditubuhkan di bawah Kementerian Kew...
Perkuat Moderasi Islam Di Sekolah Menag Rombak 155 Buku Pelajaran Agama

Perkuat Moderasi Islam Di Sekolah Menag Rombak 155 Buku Pelajaran Agama

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 217 hits
Kemenag juga berusaha mengubah metode pengajaran mengenai konsep khilafah dalam Islam Menurut dia selama ini pendidikan mengenai konsep tersebut lebih mengedepankan aspek fiqih
Dijual Atau Dipindah Milik Bukti Ph Gagal Pertahan Aset Milik Orang Islam Dr Shamsul Anuar

Dijual Atau Dipindah Milik Bukti Ph Gagal Pertahan Aset Milik Orang Islam Dr Shamsul Anuar

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 391 hits
Zylan Moha KUALA LUMPUR Sama ada empat rangkaian hotel milik Tabung Haji dijual atau dipindah milik hakikatnya ia sudah tidak lagi menjadi milik agensi tersebut kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah Ia juga tega...
Funfair Di Bandar Jengka Jangan Bakar Perasaan U Islam

Funfair Di Bandar Jengka Jangan Bakar Perasaan U Islam

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 1186 hits
HALAMAN HIBURANPAS harap Pihak Berkuasa Tempatan batalkan funfair JengkaPAS Pahang berharap Majlis Daerah Maran segera membatalkan kelulusan operasi pusat hiburan di Bandar Jengka yang berpenduduk lebih 90 peratus orang Islam Timbalan Ketua...
5755 Kacatv Berita Tidak Perikemanusiaan Dan Sombong Perbankan Islam Kaca Tv 19 02 2020

5755 Kacatv Berita Tidak Perikemanusiaan Dan Sombong Perbankan Islam Kaca Tv 19 02 2020

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 306 hits
Sukacitanya menjayakan sidang media berjudul tidak peri kemanusiaan dan sombong Perbankan Islam di Villa Puteri Condominium Jalan Tun Ismail Kuala Lumpur pada 14 Januari 2020 Artikel oleh Kaca TV KACATV BERITA TIDAK PERIKEMANUSIAAN DAN SOMB...
Kerajaan Penyatuan Melayu Islam Antara Harapan Dan Cabaran

Kerajaan Penyatuan Melayu Islam Antara Harapan Dan Cabaran

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 347 hits
Ismail Mina bin Hj Ahmad1 Sesuatu bangsa dan peradaban harus belajar dari sejarah naik turun dan pengalaman bangsa bangsa lain dan juga dari pengalaman generasi bangsanya sendiri Ini diperingatkan oleh All h di dalam al Qur n al Kar m Surah...
Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Pemandu Audi Rempuh Dua Motosikal Urb Polis Positif Alkohol

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Jangan Timbulkan Fitnah

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi

New Samarahan Kuching International Airport Access Road Opened By Motorists Despite Incomplete Works

Jangan Harap Pada Manusia Haraplah Hanya Pada Allah

Laluan Jalan Dan Jambatan Baharu Jerantut Lipis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Best Diced Beef And Potato Recipes

Celebrity Legs And Feet In Tights Poll Choices

Prompt Cerdas Untuk Bikin Game Edukasi Interaktif Di Canva Ai

7 Kesilapan Kewangan Yang Biasa Orang Malaysia Buat

Showstoppers The 5 Most Viewed Custom Motorcycles Of August

Lirik Lagu Ratu Hati Kugiran Masdo