Penurunan Opr Bantu Atasi Ketidaktentuan Ekonomi Luaran Kekalkan Landasan Pertumbuhan Stabil Gabenor Bnm Dagangnews




KUALA LUMPUR 15 Ogos – Penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) baru-baru ini dijangka membantu melindungi ekonomi negara daripada ketidaktentuan luaran sekali gus mengekalkan landasan pertumbuhan yang stabil.
 
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, langkah itu juga akan memberi dorongan tambahan kepada pertumbuhan domestik di tengah-tengah prospek inflasi yang sederhana.
 
Beliau berkata, bank pusat terus memantau kesan daripada pengurangan kadar tersebut, dengan mengambil maklum penambahbaikan kejelasan dalam persekitaran luaran sejak OPR diturunkan kepada 2.75 peratus pada Julai lalu, khususnya berkaitan rundingan tarif.
 
“Pada mesyuarat Julai, kami menilai bahawa walaupun ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, ketidaktentuan luaran berpotensi mempengaruhi prospek ekonomi domestik.
 
“Dengan jangkaan inflasi kekal sederhana, OPR dikurangkan kepada 2.75 peratus sebagai langkah pencegahan untuk melindungi ekonomi negara daripada ketidaktentuan ini, dan yang lebih penting, mengekalkan landasan pertumbuhan yang stabil,” katanya pada sidang media mengenai pertumbuhan suku kedua (Q2) Malaysia.
 
Mengulas lanjut, Abdul Rasheed berkata, walaupun ketidaktentuan mengenai tarif sektoral masih wujud, ekonomi negara “kekal berada pada asas yang kukuh”.
 
Beliau menambah, Jawatankuasa Dasar Monetari akan terus berwaspada terhadap perkembangan semasa dan menilai keseimbangan risiko terhadap pertumbuhan domestik serta inflasi.
 
Bagi mata wang ringgit, beliau berkata prospek ekonomi yang positif dan pelaksanaan pembaharuan struktur akan menyokong prestasi mata wang tempatan dalam jangka sederhana, dengan BNM memastikan operasi pasaran pertukaran asing kekal teratur.
 
Beliau turut menyentuh mengenai usaha bersepadu bersama pihak korporat dan pelabur untuk menggalakkan pemulangan serta penukaran pendapatan asing secara lebih konsisten.
 
“Pada Q2, ringgit meningkat sebanyak 1.5 peratus berdasarkan kadar pertukaran efektif nominal berbanding mata wang rakan dagang utama Malaysia. Ringgit juga mengukuh 5.1 peratus berbanding dolar AS di tengah-tengah penyusutan meluas mata wang tersebut.
 
“Ini mencerminkan kebimbangan pelabur terhadap prospek ekonomi Amerika Syarikat berikutan perkembangan dasar perdagangan dan fiskal negara itu,” katanya.
 
Mengenai pelaburan, Abdul Rasheed berkata pelaburan sektor swasta dan awam kekal kukuh meskipun berdepan ketidaktentuan global, dengan pertumbuhan disokong oleh pengembangan berterusan aktiviti pelaburan.
 
“Petunjuk hadapan daripada kelulusan pelaburan terkini oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan momentum pelaburan yang berterusan, dipacu oleh aliran projek pelaburan yang sihat walaupun ketidaktentuan global semakin meningkat.
 
“Selain itu, pelaksanaan berterusan projek awam pelbagai tahun dan kadar realisasi tinggi bagi pelaburan swasta yang telah diluluskan juga akan membantu meredakan kesan kejutan luaran, sekali gus menjadikan landskap pelaburan lebih berdaya tahan,” jelasnya. – DagangNews.com




Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/15/penurunan-opr-bantu-atasi-ketidaktentuan-ekonomi-luaran-kekalkan-landasan-pertumbuhan-stabil-gabenor-bnm-dagangnews/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar

Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 228 hits
Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar KOTA KINABALU 3 Ogos Thailand dan Kemboja memilih Malaysia sebagai lokasi rundingan damai kerana keyakinan terhadap kestabilan politik serta kemajuan ekonom...
Woii Lebai Qazaf Baik La Hang Bela Gaji Guru Oasti Tunjuk Lah Berjuang Ekonomi Penyokong Senxiei

Woii Lebai Qazaf Baik La Hang Bela Gaji Guru Oasti Tunjuk Lah Berjuang Ekonomi Penyokong Senxiei

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 293 hits
PAS jangan hanya pandai berpidato soal ekonomi rakyat sedangkan di depan mata sendiri guru guru PASTI terus dibayar elaun rendah yang tidak sepadan dengan jasa mereka Ekonomi bukan sekadar angka di pentas ceramah Jika benar mahu perjuangkan...
Perancangan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang 2025 2030 Perlu Di Bahaskan Di Sidang Dun

Perancangan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang 2025 2030 Perlu Di Bahaskan Di Sidang Dun

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 544 hits
KUANTAN Perancangan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang 2025 2030 perlu dibentangkan dan dibahaskan secara menyeluruh di Dewan Undangan Negeri agar ahli dewan memahami hala tuju ekonomi negeri selari dengan Rancangan Malaysia Ke 13 Timbalan P...
Printing Botol Sticker Label Vs Silkscreen Tips Pilih Yang Paling Ekonomi Berkualiti

Printing Botol Sticker Label Vs Silkscreen Tips Pilih Yang Paling Ekonomi Berkualiti

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 590 hits
Dalam dunia pembungkusan produk botol bukan sekadar bekas ia adalah identiti jenama Sama ada anda menjual minuman kosmetik atau produk kesihatan design printing pada botol sangat mempengaruhi cara pelanggan melihat kualiti dan nilai produk ...
Seberapa Besar Pengaruh Kalender Ekonomi Terhadap Pergerakan Harga Forex Dan Emas

Seberapa Besar Pengaruh Kalender Ekonomi Terhadap Pergerakan Harga Forex Dan Emas

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 351 hits
BloggerBorneo com Bagi banyak orang yang baru ingin terjun ke dunia trading mungkin istilah kalender ekonomi terdengar seperti sesuatu yang rumit atau hanya relevan untuk analis keuangan Padahal bagi trader berpengalaman kalender ekonomi ad...
Malaysia Kini Ekonomi Islam Terkuat Di Dunia

Malaysia Kini Ekonomi Islam Terkuat Di Dunia

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 583 hits
HarapandailyAugust 16 2025Malaysia mencipta rekod cemerlang apabila meraih kedudukan teratas sebagai ekonomi Islam terkuat dunia bagi tahun ini Negara kita mencatatkan pencapaian skor indeks yang mengagumkan iaitu 165 1 menurut Indeks Ekono...
Printing Beg Guni Custom Pilihan Ekonomi Berkualiti Untuk Pembungkusan Produk

Printing Beg Guni Custom Pilihan Ekonomi Berkualiti Untuk Pembungkusan Produk

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 1373 hits
Dalam dunia pembungkusan moden beg guni custom semakin mendapat perhatian sebagai penyelesaian mesra bajet tahan lama dan menarik Sama ada untuk produk pertanian makanan baja tanah atau produk industri memilih beg guni dengan cetakan silksc...
Pks Perlu Jadi Teras Ekonomi Bernilai Tinggi Dalam Rmk13 Samenta

Pks Perlu Jadi Teras Ekonomi Bernilai Tinggi Dalam Rmk13 Samenta

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR 20 Ogos Perusahaan kecil dan sederhana harus menjadi teras utama dalam pembangunan ekonomi bernilai tinggi selaras dengan tumpuan yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke 13 Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana ...
Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Serba Bisa Di Satu Aplikasi Intip Semua Kelebihan Brimo Untuk Aktivitas Sehari Hari

Komandan Brimob Diberhentikan Tidak Dengan Hormat Terlibat Insiden Maut Ojek Online

Isham Jalil Cubaan Ban Akaun Tiktok

Rasa Baru Boleh Berangkak

Hiburan Peniaga Bunga Dedah Bapa Dua Beradik Lemas Pinjam Wang Sebelum Tragedi Nak Sambut Birthday

Hidayah Allah Itu Mahal Nilainya

Terung Buat Pc Menangis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Harap Pada Manusia Haraplah Hanya Pada Allah

File 168 Memang Df Singgah Blog Setahun Sekali Eh

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Jangan Timbulkan Fitnah

Sabah Fc X Adidas Perkenal Jersi Baru Musim 2025 2026