Penumpang Cemas Bas Ekspres Terbakar Di Setiu


TINDAKAN pantas pemandu ekspres mengarahkan semua penumpang turun berjaya menyelamatkan mereka dari menjadi mangsa kebakaran.
Dalam kejadian 10.30 pagi, bas ekspres dua tingkat membawa enam penumpang serta dua pemandu terbakar hampir 90 peratus berhampiran persimpangan lampu isyarat Chalok arah Kuala Terengganu, hari ini.
Bagaimanapun semua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Besut ke Kajang, Selangor terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemandu bas, Hilmi Mamat,46, berkata, dia ternampak asap pada bahagian enjin bas ketika berhenti di lampu isyarat itu, sebelum memperlahankan bas dan parkir di bahu jalan.

“Bimbang kejadian buruk berlaku, saya dan seorang lagi pemandu bas segera mengarahkan semua penumpang turun.
“Selang beberapa minit, berlaku letupan dan saya cuba untuk memadamkan kebakaran tetapi tidak berjaya kerana api marak,” katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok, Permaisuri.
Hilmi berkata, tiada sebarang masalah berlaku sepanjang perjalanan dari Kuala Besut sekitar 9 pagi.
Dia yang sudah sembilan tahun berkhidmat sebagai pemandu bas ekspres berkata, kejadian ini kali pertama berlaku dan dia lega kerana kejadian dapat dikesan lebih awal serta dapat mengelakkan sebarang kemalangan jiwa.

“Bagaimanapun semua barang penumpang tidak dapat diselamatkan,” katanya.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd Sulaiman Merah berkata, mereka menerima panggilan kira-kira 10.40 pagi, dan tujuh anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, api terlalu marak dan anggota terpaksa menggunakan empat aliran hose reel dari dua jentera bomba dan sumber air dari pili bomba berhampiran kerana kehabisan air dari jentera bomba.

“Kami mengambil masa 25 minit untuk mengawal kebakaran sehingga terkawal dan operasi tamat pada jam 11.47 pagi,” katanya.
Sementara itu, penumpang Addiernizam Abdul Aziz, 35, dari Pulau Perhentian berkata, dia menaiki bas ekspres terbabit untuk Aidilfitri di Subang, Selangor.
“Saya bersyukur kami semua terselamat,” katanya.
Semua penumpang meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dengan sebuah lagi bas ekspres milik syarikat sama.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/penumpang-cemas-bas-ekspres-terbakar-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penumpang Cemas Bas Kemalangan Libat Empat Kenderaan

Penumpang Cemas Bas Kemalangan Libat Empat Kenderaan

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 430 hits
RAUB Seramai 15 penumpang sebuah bas ekspres mengalami detik mencemaskan selepas kenderaan yang mereka naiki itu terlibat dalam kemalangan di Kilometer 340 Jalan Kuala Lumpur Kota Bharu di sini malam tadi Ketua Polis daerah Superintenden Wa...
Lelaki Maut Tersepit Kereta Bertembung Bas Ekspres Di Raub

Lelaki Maut Tersepit Kereta Bertembung Bas Ekspres Di Raub

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 352 hits
KUANTAN Seorang lelaki maut selepas tersepit di tempat duduk apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 333 Jalan Kuala Lumpur Kota Bharu dekat Kampung Gesing di Raub awal hari ini Ketua Polis Daerah Raub Su...
Puluhan Kios Di Pasar Ujung Berung Hangus Terbakar

Puluhan Kios Di Pasar Ujung Berung Hangus Terbakar

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 289 hits
Dia menduga api akan menjalar ke sejumlah kios lain pasalnya para kios banyak yang berbahan kayu yang mudah terbakar Selain itu api juga telah menjalar hingga lantai dua
Sedang Mabuk 2 Orang Tewas Tersambar Ka Malioboro Ekspres Di Malang

Sedang Mabuk 2 Orang Tewas Tersambar Ka Malioboro Ekspres Di Malang

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 356 hits
Dua orang dalam kondisi mabuk atau dalam pengaruh alkohol tersambar Kereta Api Malioboro Ekspres di Kota Malang Selasa pagi Dua pria yang belum diketahui identitasnya itu ditemukan tergeletak meninggal dunia di rel berikut sisa alkohol yang...
Pondok Bas Pintar Pulau Pinang

Pondok Bas Pintar Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 476 hits
Smart Bus Stop ini terletak di Lengkok Tenggiri Seberang Jaya dan merupakan pondok bas pintar yang pertama dibina di Pulau Pinang Smart Bus Stop ini dilengkapi ciri ciri keselamatan berteknologi tinggi seperti CCTV dan Panic Button yang dih...
Kereta Terbakar Jalan Sesak 10 Kilometer

Kereta Terbakar Jalan Sesak 10 Kilometer

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 649 hits
Nurul Amanina Suhaini SEORANG wanita terselamat apabila kereta Toyota Camry dipandunya terbakar selepas terbabit kemalangan di Kilometer 64 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kluang pagi tadi Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Abd...
Runtuhan Konkrit Terminal Bas 3 Buruh Binaan Cedera

Runtuhan Konkrit Terminal Bas 3 Buruh Binaan Cedera

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 653 hits
foto oleh Fidaus LatifKUALA LUMPUR 23 Mei Tiga buruh binaan terselamat dalam runtuhan konkrit melibatkan sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Terminal Bas Bersepadu Gombak di sini awal pagi ini Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelama...
Pusat Perbelanjaan Di Kreo Tangerang Terbakar 4 Mobil Damkar Dikerahkan

Pusat Perbelanjaan Di Kreo Tangerang Terbakar 4 Mobil Damkar Dikerahkan

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 569 hits
Petugas Pemadam Kebakaran Kota Tangerang menurunkan empat mobil pemadam untuk menjinakkan api yang melahap pusat perbelanjaan Giant di kawasan Kreo Jumat
Km Mentari Selaras Terbakar Saat Berlayar Menuju Ende Ntt

Km Mentari Selaras Terbakar Saat Berlayar Menuju Ende Ntt

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 201 hits
Kapal Motor Mentari Selaras yang sedang dalam pelayaran dari Waingapu Kabupaten Sumba Timur menuju Ende Nusa Tenggara Timur terbakar di perairan Sumba Sabtu 17 anak buah kapal yang berada dalam kapal nahas itu berhasil diselamatkan tim SAR
Hunter Nabbed In Bangkok Says Thai Cops Don T Know Why They Were Arresting Him

Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet

Kebaikan Dan Keburukan Tiktok


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Daging Goreng Kunyit Versi Kering Dan Bab Sumud Flotila

Lirik Lagu Sumud Nusantara Fetya

Usa89 10 July Usa89 Top 30 By Iris

Perjelas Isu Love Line Song Jihyo Gembira Kim Jongkook Bahagia Bersama Isteri Kini Cuma Urusan Kerja

Permintaan Tinggi Tiket Konsert Kru The Finale One More Time Sebabkan Ticket2u Crash

Majikan Wanita Siram Air Panas Kepada Pekerja Perempuan Kerana Jalin Hubungan Romantik