Masjid Ubudiah Warisan Seni Bina Kolonial British Terindah Unik Dan Terunggul


 

Masjid Ubudiah terletak di atas Bukit Chandan berhampiran Sungai Perak di Kuala Kangsar, dikatakan antara masjid tercantik di negara ini. Masjid Diraja Ubudiah pernah menjadi Masjid Negeri sebelum Masjid Sultan Idris Shah II dibina. Makam diraja pula terletak di sebelah masjid.

 

Masjid diraja Perak ini terkenal dengan seni binanya yang menawan dan megah, Masjid Ubudiah merupakan satu lagi warisan seni bina Kolonial British di negara ini. Pembinaannya adalah di bawah titah bekas Sultan Perak, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah, yang turut meletakkan batu asas pada 1913.


 


Reka bentuk masjid ini dipengaruhi oleh gaya Indo-Saracenic seni bina Mughal, ia direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya, Arthur Benison Hubback, yang juga bertanggungjawab ke atas beberapa bangunan terkenal lain, termasuk Masjid Jamek di Kuala Lumpur. Susun atur segi lapan yang dirangka oleh Hubback kemudiannya dikonsepkan oleh jurutera negeri Kolonial, FSG Caufield.

 

Pembinaannya pernah tertangguh akibat kemusnahan bahan jubin marmar oleh gajah diraja. Penggantian bahan itu dihentikan kerana Perang Dunia I yang juga berlaku di Itali. Ia akhirnya siap pada tahun 1917 dan dirasmikan oleh pengganti Sultan Idris, Sultan Abdul Jalil Nasarudin Shah.



Dari segi reka bentuknya juga amat menarik. Ia berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali dan London.




Bentuk dinding masjid ini memperlihatkan sebuah bangunan berkubah induk besar di tengahnya serta dikelilingi dengan empat buah anjung yang mengandungi sebuah kubah pada pertengahan setiap anjung, lapan buah menara induk dan enam belas menara apit.



Jumlah kubah dan menara dikatakan mengambil sempena aturan gelaran Orang Besar-Besar iaitu Orang Besar Ampat, Orang Besar de-lapan dan Orang Besar Enam Belas. Keluasan ruang induknya ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oleh serambi utama selebar 2.5 m yang juga mempunyai sebuah kubah. Sebuah kolah untuk mengambil air sembahyang terletak di sisi timur serambi tersebut.

 


Di dalam dewan solat utama, reka bentuknya dilihat agak berbeza dan dizahirkan dengan penggunaan satu siri tingkap gerbang ladam, dengan hiasan dalaman yang mewah.  Kerja-kerja plaster rumit dari cornice dan siling yang dibentuk mendominasi ruang, dengan candelier yang besar di tengah-tengah ruang solat. 






Gerbang bulat pada dinding kiblat dengan gerbang ladam menandakan ceruk mihrab, manakala sebuah mimbar kayu bertingkat diletakkan di sebelah kanannya.

 


Masjid Ubudiah Kuala kangsar sering menjadi tumpuan para pengunjung sama ada dari dalam negara mahupun pelancung dari luar negara kerana nilai seni rekanya yang bermutu tinggi sehingga ianya mendapat tempat dalam pelan pelancongan.




Keunikan reka bentuk bangunannya dipengaruhi oleh budaya seni bina Inggeris dan ‘Saracenic’ iaitu Islam-India tinggalan warisan kolonial British dan sejarah pembinaannya juga sangat menarik. [orangmuo.my, rujukan pelbagai sumber]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.orangmuo.my/2022/12/masjid-ubudiah-warisan-seni-bina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Grs Should Be Principled And Not Keep Making U Turns Says Warisan

Grs Should Be Principled And Not Keep Making U Turns Says Warisan

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 145 hits
If GRS is really a responsible government then they should set a good example by maintaining their position and principles instead of being leaders with forked tongues by changing their minds too often Gabungan Rakyat Sabah should set a goo...
Berbaloikah Harga Rm38 Resepi Warisan Meldrum Buffet Lunch Kat Gbw Hotel Kalini

Berbaloikah Harga Rm38 Resepi Warisan Meldrum Buffet Lunch Kat Gbw Hotel Kalini

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 181 hits
Berbaloikah Harga RM38 Resepi Warisan Meldrum Buffet Lunch kat GBW Hotel kalini Haaa Soalan mengancam Berbaloi ke tidakk Lebih 10 menu ada termasuk desserts Tidak terlalu banyak and tidaklah terlalu sedikit Nak makan lunch dalam suasana hot...
Nasi Daging Warisan

Nasi Daging Warisan

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 270 hits
Lokasi Nasi Daging Warisan Alamat No 85 Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid Jalan Pegawai 05050 Alor Setar Kedah Waktu Operasi 11 00 pagi 6 00 petang 11 00 pagi 1 30 petang 2 30 6 00 petang Tarikh Lawatan 12 Disember 2022 Nasi Daging War...
Dalam Kenangan Ini Antara Bintang Seni Yang Pergi Meninggalkan Kita Pada Tahun 2022

Dalam Kenangan Ini Antara Bintang Seni Yang Pergi Meninggalkan Kita Pada Tahun 2022

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 160 hits
Seperti yang semua sedia maklum kita kini berada di penghujung tahun 2022 Namun sepanjang tahun ini dunia hiburan telah dikejutkan dengan kehilangan beberapa bintang yang berbakat dan berjasa dalam industri seni Kehilangan mereka sebagai an...
Nenek Gorgeous Aida Khalida Cantik Semula Jadi Usia 65 Masih Aktif Dunia Seni

Nenek Gorgeous Aida Khalida Cantik Semula Jadi Usia 65 Masih Aktif Dunia Seni

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 145 hits
Nama Aida Khalida bukan lagi asing dalam industri seni tanah air Berpuluh puluh tahun menjadi anak seni bakat lakonan pelakon veteran tersebut masih diiktiraf dan menerima banyak tawaran sampai ke hari ini Siapa sangka dalam usia lewat 60an...
Dprd Dki Soal Kabar Harta Puluhan Miliar Kasatpol Pp Mungkin Warisan Orang Tua

Dprd Dki Soal Kabar Harta Puluhan Miliar Kasatpol Pp Mungkin Warisan Orang Tua

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 114 hits
Gembong menegaskan gaji seorang pegawai Pemprov tidak akan membuat orang memiliki harta sampai Rp24 miliar
Leah Williamson Kapten Wanita Inggris Berbicara Tentang Warisan Dan Tujuan Lionesses Untuk Tahun 2023 Berita Sepak Bola

Leah Williamson Kapten Wanita Inggris Berbicara Tentang Warisan Dan Tujuan Lionesses Untuk Tahun 2023 Berita Sepak Bola

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 284 hits
Sebelum saya duduk bersama Leah Williamson untuk merenungkan apa yang telah menjadi tahun bersejarah saya membaca kembali catatan dari terakhir kali kami berbicara panjang lebar sebulan setelah Euro Saat dia bisa menghabiskan setengah liter...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi