Penulis Novel Kegemaran Tere Liye
Selain Ramlee Awang Murshid, saya turut menggemari hasil karya seorang penulis Indonesia - Tere Liye. Saya mula 'berkenalan' dengan karya penulisan Tere Liye melalui novel Rindu, sekitar tahun 2017. Selepas itu saya menjadi benar-benar 'rindu' nak membaca semua karya yang dihasilkan beliau, dan mula menjadi pengumpul koleksi novelnya
Koleksi karya Tere Liye milik saya buat masa ini, ada 18 buah. Dan masih banyak lagi yang belum saya miliki dan baca. Semua ni novel, kecuali Dikatakan Atau Tidak Dikatakan Itu Tetap Cinta merupakan kumpulan sajak. Ajaibnya, saya bukan peminat sajak tapi kali ini boleh suka dengan sajak-sajak beliau
Menariknya karya Tere Liye, tema ceritanya pelbagai. Menjadikan saya tak bosan membaca setiap novelnya. Kisah perjuangan hidup, politik, cinta, konflik diri, agama, inspirasi, fiksyen sains, fantasi dan humor semuanya diolah dengan sangat menarik.
Kalau ditanya mana satu novel Tere Liye yang best dibaca? Boleh saya katakan semua koleksi yang saya miliki di atas memang best dibaca. Kecuali satu saja yang saya kurang terasa nikmat sewaktu membacanya - Berjuta Rasanya. Dan kalau ditanya novel mana satu untuk saya cadangkan bagi pembaca yang pertama kali mahu 'berkenalan' dengan karya Tere Liye? Jawapan saya - novel Rindu. Itu jawapan saya, berdasarkan minat saya
Novel bersiri genre fantasi dan fiksyen sains yang sesuai untuk remaja. Tapi saya yang 'remaja purba' pun sangat meminati novel siri Bumi ni, sentiasa ternanti-nanti novel sambungannya
Tere Liye...Bukan Nama SebenarRamai yang menyangka Tere Liye itu seorang wanita berdasarkan nama. Hakikatnya, beliau adalah seorang lelaki dengan nama sebenarnya Darwis. Menariknya, beliau adalah seorang akauntan dan menulis novel hanya sebagai hobi
Beberapa karyanya juga pernah diadaptasi ke filem - Hafalan Shalat Delisa, Moga Bunda Disayang Allah dan Bidadari-Bidadari Surga
Ada sesiapa geng saya - peminat karya Tere Liye? 🙋
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2020/04/penulis-novel-kegemaran-tere-liye.html