Wonder Cheese Kegemaran Anak Anak
Duduk rumah dalam tempoh berkurung ini sebenarnya menyebabkan selera makan keluarga makin bertambah.Ya lah kerja tiada apa hendak dilakukan,selain ke dapur,ke bilik air atau menonton TV di ruang tamu apalagi yang boleh dilakukan bukan?
Sebagai penulis di blog,mungkin ini masa yang sesuai untuk menulis.Jadikan satu hari satu entri.Jika 4 minggu bersamaan 28 hari ada 28 artikel.InsyaALLAH.
Baiklah hari ni saya nak share kegemaran anak-anak.Bosan bila ke pasar raya ada saja keropok dan jajan mereka beli.Maka saya buat sendiri keropok wonder cheese dari kulit popia ni.Ia mudah dan sedap.Sesuai dijadikan kudapan bersama keluarga.
Bahan-bahan wonder cheese.
Hanya 5 barang sahaja,boleh dapat setengah balang wondercheese sedap rangup..krup krap krup krap.
1.1 paket kulit popia.Apa-apa brand pun boleh
2.Serbuk cheese
3.serbuk cili
4.Gula
5.Minyak masak
Cara buat wonder cheese ni senang.
1.Gunting-gunting kulit popia ikut saiz yang senang dikunyah
2.Kemudian goreng sekejap,angkat bila sedikit kekuningan dan tos untuk keringkan minyak.
3.Serbuk cheese (saya ambil 8 sudu makan )untuk satu paket popia ,4 sudu gula dan 2 sudu serbuk cili.Gaulkan.Saya blend ketiga-tiga campuran ni menggunakan blender kecil.Bila dah sebati dan hancur.Baru saya campurkan ke kulit popia yang sudah kering minyak tadi.Kemudian masukkan ke dalam balang,goncang hinga serbuk sebati dengan semua kulit popia.
Taraa dah siap,boleh dimakan begitu sahaja.Mudah dan murah.Yang penting anak-anak tak perlu asyik nak beli keropok je.Modal pun tak sampai RM20 pun boleh dimakan berulang-ulang.Zaman kawalan pergerakan ni,berjimat cermat tu penting.
Selain daripada kudapan wondercheese,minggu ni saya ada buat rebusan keledek purple (sweetpotatoes )dan cucur sayur mak ada buat.Jadilah buat santapan anak-anak.
Alhamdulilah atas nikmat rezeki.Moga covid19 ni berlalu pergi dengan cepat.Tak lama lagi kita ingin menyambut ramadan.Moga setiap doa kita diperkenankan,aamin
Diaricovid19
Hari ke 8 perintah kawalan pergerakan
Appreciate your time reading this entry.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://irdagarmin.blogspot.com/2020/03/wonder-cheese-kegemaran-anak-anak.html