Komik Novel Buku Akhbar
Sudah lama Tedi tak komen pasal buku2 yang Master baca.
Nanti kalau ada masa Tedi nak intai2 jugak buku apa dia baca.
Mommy?Mommy banyak baca novel jer. Pastu dia percaya lak cerita dalam novel tu. Ish ish ish.
Kalau dia nangis, lagi la klaka.
Nak citer pasal novel yang Mommy baca ni memang la jenuh, tapi standard la orang perempuan kan, baca novel jiwang2 karat.
Mommy borong novel Norhayati Berahim & NB Kara Sdn Bhd. Tiap2 tahun bergambar dengan NB tap tahun ni tak pulak.
Novel2 karya Ahadiat Akashah khabarnya Mommy tak suka sebab terlampau sempurna watak2 rekaan beliau.
MasterMaster dah tak baca buku2 novel tu. Tapi dulu dia ada cerita pasal 1 novel sedih bawah Creative Enterprise Sdn Bhd mengisahkan mengenai seorang budak cacat (lembab kot?). Novel tu jer pernah buat Master nangis. Sayangnya Master tak ingat tajuk novel tu.
Novel2 yang Master baca dulu kebanyakannya novel2 berat yang perlukan kita berfikir panjang untuk hadam.
Bahasa zaman dulu pun berbeza daripada sekarang, oleh sebab Master ni oldskool, maka dia dah takleh terima bahasa budak2 muda. Buktinya? Tulisan Tedi dalam interpretZZ ni habis dikritik beliau, kena la modify sedikit-sebanyak, yang ejaan tak formal & bukan Bahasa Malaysia perlu disendengkan. Sabar jer la. Tapi ok la gak, banyak Tedi belajar daripada Master.
Master juga banyak baca buku2 berinformasi contohnya "Menjawab tuduhan paderi Kristian terhadap Al-Quran", dan kini Tedi terikut minat Master cuma Tedi lebih kepada alam & kehaiwanan (flora & fauna).
Master kata Harakah bagus untuk dibaca kerana ada banyak ilmu di dalamnya, bukan hanya berbincang pasal politik.
Syafiq Raffiqin Liow : HOW ISLAM CHANGE MY LIFE?
Master baca juga suratkhabar. Tapi dia memilih akhbar yang dibaca. Master baca (dan beli) Sinar Harian & Harakah, katanya kena baca kedua2 belah pihak.
Bagi Master, Harakah merupakan naskah berkualiti kerana ada banyak ilmu di dalamnya, bukan sekadar isu politik.
Suratkhabar lain seperti Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia pun Master baca juga (tanpa beli) tapi dia cuma percaya berita sukan jer. Itu pun kadangkala apa yang dibaca tu Master dah terbaca online dalam suratkhabar omputeh & kemudiannya hanya di-copy & di-translate membuta-tuli oleh akhbar2 tadi.
Sebab tu la gamaknya nak baca berita pasal sukan bolasepak Malaysia dalam akhbar2 Malaysia ni sungguh susah, sebab tak boleh copy, paste & translate. Lebih banyak berita sukan omputeh yang tentunya Master dah baca sehari sebelum di website2 berita mereka.
Paling haru Master pernah baca artikel pasal Lanun Somalia di blog omputeh dan ditaqdirkan Allah subhanahu wa ta'ala, Master terbaca artikel yang sama di suratkhabar Malaysia (berbahasa Melayu) yang telah diterjemah & takde sebut pun pasal sumber artikel tu. Sungguh rendahnya etika suratkhabar Malaysia ni, tak berbaloi beli.
Master tak bagi Tedi baca Harian Metro sebab katanya banyak unsur2 lucah yang tak sesuai untuk kanak2 riang seperti Tedi ni.
Tedi?Tedi baca komik pasal Pogy jer yang tajuknya Lawak Kampus.
Tedi ni susah nak ketawa, tapi citer Pogy memang buat Tedi basah gusi (tak kering gusi).
Kesimpulannya?Ok la kengkawan, Tedi nak pergi dapur, intai2 kalau ada apa2 untuk dimamam... nyam nyam...
Post yang Tedi dah pos mengenai buku sebelum ini:10 buku panas PTS di PBAKL 2013Atlas Perang SalibMenjawab tuduhan paderi Kristian terhadap al-QuranBacaan2 lain:Ahadiat Akashah manipulasi isu muflis untuk elak bayar nafkahBila baca berita ini, Tedi tak dapat fikir la kenapa bapa2 yang popular ni kedekut nak bayar nafkah anak selepas bercerai? Bukan tuduh Ahadiat Akashah tak nak bayar nafkah, cuma terlintas kenapa ada kes2 seperti ini?Adakah kerana dendam kepada bekas isteri? Contohnya tak nak bekas isteri merasa kekayaan mereka.
20130526
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2013/05/komik-novel-buku-akhbar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29