Solok Lada Kelantan Kegemaran Saya



Hari ini 18 Mac 2020 adalah hari pertama, negara kita telah melaksanakan perintah sekatan pergerakan di mana hanya beberapa perkhidmatan penting sahaja yang dibuka. Yang lain ditutup atau dilaksanakan program bekerja dari rumah sehingga 31 Mac 2020. 
Tidak susah sebenarnya kerana apa yang perlu dilakukan adalah berada di rumah. Ianya bagi menyekat penularan virus covid 19 yang sehingga setakat ini belum ada penawar. Seriousnya sehingga surau surau diarah tutup dan tidak diadakan solat jumaat. Bukan sahaja aktiviti sosial tapi aktiviti keagamaan.  
Tapi ada yang mengambil mudah dengan tetap pergi ke pejabat walaupun tiada keperluan mendesak. Begitu juga ada majikan yang gagal akur dengan arahan ini dengan tetap mengarah staf bekerja seperti biasa walaupun ianya bukan perkhidmatan kritikal. Lagi teruk ada yang beranggapan mereka yang mahu bekerja dari rumah sebagai pemalas dan ambil peluang untuk curi tulang. Masya Allah. Gelap dan hitam hati orang seperti ini.
Selain itu, ramai yang mula membuat pembelian barang barang dapur. Saya tidak pasti samada ianya pembelian panik atau tidak. Tapi yang pasti beli barangan dapur. Tidak semua orang membeli barang dapur setiap hari. Jadi kami yang kebetulan hari Isnin 16 Mac 2020 dalam perjalanan balik Kota Bharu dari program JJCM Pantai Timur singgah makan di Restoran Matahari sebelah Pasaraya Giant Kuala Terengganu. 
Selepas makan, kami terus masuk ke Giant untuk membeli barang dapur yang memang telah kehabisan. Ketika itu, belum hebuh berkenaan akan ada arahan kawalan pergerakan. Masing masing mengatakan ianya adalah berita palsu. Tapi kami decide untuk beli kerana kalau sampai di KL, pasti orang lagi ramai. Di Giant KT, orang pun tak ramai yang membeli belah ketika itu. Memang pasaraya dibuka seperti biasa tapi banyak barangan kehabisan dan beratur untuk membayar pun sangat panjang. 

Kami bernasib baik kerana sehari selepas balik, kerajaan membuat pengumuman langkah sekatan pergerakan. Tapi sepanjang program JJCM, kami memang menjaga kebersihan. Kami tidak bersalam sesama sendiri. Kami mengelap tempat duduk dalam bas dengan cecair dettol. Kami mencuci tangan dengan hand sanitizer setiap kali turun dan naik bas. Di tempat orang ramai, kami memakai topeng muka. OK sekarang kita masuk bab resepi pula.
Hari ini saya ingin kongsikan resepi solok lada menggunakan isi ikan mentah yang disediakan oleh sahabat saya Puan Maznah. Saya menempah makanan untuk makan tengahari kami ketika di rumah Prof Dr Mohd Anizu. Alhamdulillah kawan kawan suka dengan masakan yang saya pilih iaitu daging kerutuk, teresek jantung pisang, ikan goreng, ulam ulaman dan solok lada. 
Jadi kalau ada sesiapa di Kelantan yang ingin menempah masakan untuk jamuan makan boleh order dengan sahabat saya Puan Maznah di nombor telefon: +60 18-577 7037. 
Solok lada mesti dibuat menggunakan lada hijau muda yang dipanggil lada solok dan sangat terkenal di Kelantan. Resepi tradisi ialah menggunakan isi ikan rebus. Jadi selain bahan bahan di bawah, digunakan juga sebiji telur untuk melekatkan isi ikan dengan kelapa parut dan bahan lain. 
Tapi resepi hari ini menggunakan isi ikan mentah. Serious sangat sedap. Memang saya makan dengan sangat berselera. Saya meratah 3 biji solok yang memang agak panjang. Sepanjang program JJCM, makan tengahari ini lah yang benar benar kena dengan selera saya. OK sekarang kita semak resepi di bawah ini. Selamat mencuba. 

Solok Lada Yang Sangat SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 kg cili hijau solok1 kg ikan ½ kg kelapa putih muda 5 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 sudu kecil lada hitam - tumbukGulaGaram½ cawan santan segar pekat
Cara cara:Lada solok dibelah dan dicungkil keluar biji lada. Ketepikan. 
Ikan diambil isi dan dikisar hancur. Bawang merah, bawang putih dan lada hitam dikisar halus. 
Satukan semua bahan kisar di atas dengan kelapa parut. Gaul rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
Masukkan bahan inti ikan ke dalam cili dan susun di dalam periuk. Buat sehingga habis. 
Renjis renjiskan santan atas solok yang telah siap disumbat isi ikan. 
Kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2020/03/solok-lada-kelantan-kegemaran-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bercuti Ke Kelantan Tok Aman Bali Beach Resort

Bercuti Ke Kelantan Tok Aman Bali Beach Resort

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 598 hits
assalamualaikum salam sejahtera last 2 weekends saya sefamili ni ke kelantan stay 1 mlm di Tok Aman Bali Beach Resort Pasir Putih last minute plan kebetulan kak Nurin takde kelas tambahan on Sabtu alhamdulillah mr asben ada keje di Kelantan...
Covid 19 9 Kes Baharu Dikesan Di Kelantan Pahang Johor Perak Dan Sabah

Covid 19 9 Kes Baharu Dikesan Di Kelantan Pahang Johor Perak Dan Sabah

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 323 hits
Sebanyak sembilan kes baharu positif COVID 19 dilaporkan hari ini menjadikan 158 kes positif dilaporkan setakat ini ketika Malaysia sudah memasuki gelombang kedua wabak itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata seta...
Tuan Ibrahim Pertahan Pembalakan Di Kelantan

Tuan Ibrahim Pertahan Pembalakan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 422 hits
Menteri sangkal laporan MalaysiakiniKUALA LUMPUR Menteri Alam Sekitar Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal laporan Malaysiakini bertajuk Tuan Ibrahim Pertahan Pembalakan di Kelantan Memetik kenyataan rasmi Kementerian Alam Sekitar pihaknya...
Kelantan Forestry Iso Expired In 2016 Forest Management Cert Withdrawn

Kelantan Forestry Iso Expired In 2016 Forest Management Cert Withdrawn

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 213 hits
Environment Minister Tuan Ibrahim Tuan Man has defended logging in Kelantan as being ISO certified Checks by Malaysiakini show that the state s Forestry Department did the MS ISO 9001 2008 certification in 2012 for sustainable logging Howev...
Ulama Kelantan Maut Dalam Kemalangan Ke Masjid

Ulama Kelantan Maut Dalam Kemalangan Ke Masjid

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 384 hits
KOTA BHARU Ulama terkenal Kelantan yang juga pengasas Sekolah Rendah Islam Al Qari Kubang Kerian Abdullah Al Qari Salleh maut akibat kemalangan ketika perjalanan menyampaikan ceramah di di Kubang Kerian pagi tadi Mangsa berusia 82 tahun men...
Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Negeri Kelantan

Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 190 hits
KENYATAAN MEDIA MPN Kelantan telah mengadakan temu rapat bersama anggota KEADILAN seluruh negeri Kelantan pada 14 Mac 2020 bertempat di Jewel Hotel Kota Bharu Majlis penerangan ini di sampai oleh Dato Sri Suparadi Md Noor yang juga Pengerus...
Ni Baru Ada Prinsip Ketua Pkr Kelantan Letak Jawatan Pengerusi Tekun

Ni Baru Ada Prinsip Ketua Pkr Kelantan Letak Jawatan Pengerusi Tekun

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 201 hits
KOTA BHARU Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional Mohamad Suparadi Md Noor akan melepaskan jawatan itu yang disandangnya sejak Oktober 2018 berikutan pembentukan kerajaan baru di peringkat pusat Suparadi yang juga ketua PKR ...
1 Positif Covid 19 Di Kelantan

1 Positif Covid 19 Di Kelantan

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 199 hits
KELANTAN merekodkan kes Covid 19 pertama manakala 44 individu lagi yang menjadi peserta ijtimak tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling disyaki dijangkiti selepas ujian saringan dijalankan Daripada jumlah berkenaan tiga kes dimasukkan ke Hosp...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City