Penularan Video Bunuh Diri Boleh Undang Peniru Kata Kp Kesihatan


Bernama Masyarakat diminta tidak menularkan video bunuh diri bagi menjaga sensitiviti dan menghormati keluarga si mati.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Gambar: Bernama Masyarakat diminta untuk lebih cakna dan prihatin terhadap ahli keluarga dan orang sekeliling dalam mengenal pasti simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata pandemik Covid-19 memberi impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat Malaysia.
Justeru, katanya adalah penting mengenal pasti perubahan tingkah laku individu seperti sentiasa kelihatan sedih dan murung, hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan, kesukaran untuk menumpukan perhatian dan melakukan tugas harian yang biasa, mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan, mengalami gangguan tidur dan selera makan, bertindak agresif dan kasar (abusive) kepada diri sendiri dan orang sekeliling, dan menyalah guna alkohol dan dadah.
Selain itu, simptom awal kemurungan pula adalah seperti menyatakan perasaan hilang harapan atau bosan untuk hidup dan kehadirannya membebankan ahli keluarga di samping menyatakan keinginan untuk menamatkan riwayat hidup secara verbal atau penulisan.
“Sekiranya terdapat gejala-gejala yang disenaraikan di atas, individu perlu mendapatkan nasihat perubatan profesional dalam kadar yang segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan terutama ketika berada di dalam keadaan tertekan yang melampau dan isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai.
Malah, katanya sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati terdapat peningkatan dalam kes bunuh diri yang dilaporkan pada 2020 iaitu 631 kes berbanding 609 kes pada 2019 dan sehingga Mac 2021, sejumlah 336 kes bunuh diri dilaporkan kepada PDRM.
Dr Noor Hisham berkata orang ramai boleh membantu dengan berkomunisasi secara berkesan dengan individu yang mengalami kemurungan, antaranya seperti mengambil serius tentang masalah yang dialami, meluangkan masa untuk mendengar luahan, tidak mengambil mudah atau memperlekehkan masalah mereka, menunjukkan empati dan mengelakkan sikap menghakimi individu tersebut.
Selain itu, orang ramai dinasihatkan untuk memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat bagi mengekalkan perhubungan dengan individu berkenaan, memberikan sokongan sosial seperti membantu dalam urusan seharian jika diperlukan, dan menggalakkan serta membantu kumpulan itu mendapatkan penilaian dan rawatan profesional.
Dr Noor Hisham berkata pihak media juga boleh memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat tepat dan mematuhi Garis Panduan Pelaporan Media Yang Bertanggungjawab yang dikeluarkan Bahagian Kawalan Kementerian Kesihatan tentang tingkah laku bunuh diri.
“Masyarakat juga diminta untuk menghormati perasaan ahli keluarga mangsa dengan tidak merekodkan video ataupun mengedarkan gambar di media sosial tentang individu yang membunuh diri.
“Bunuh diri boleh dicegah, namun tindakan viral di media sosial boleh mengundang ‘copycat suicide’ (peniru bunuh diri) bagi mereka yang berisiko,” katanya menambah setiap individu perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam menjaga kesihatan mental diri, keluarga, dan komuniti bagi menghadapi pandemik Covid-19.
Orang ramai juga boleh menghubungi talian bantuan sokongan yang diwujudkan seperti MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392; Talian Kasih 15999 / Whatsapp Talian Kasih di 019-2615999 (bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumah tangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di Whatsapp 0111-9598214 dan Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Budaya peka dan peduli kepada keluarga sendiri, sahabat handai dan masyarakat sekeliling perlu diterapkan dan individu yang menghadapi masalah dan terkesan dengan pandemik perlu mendapatkan pertolongan serta tidak menghadapinya seorang diri.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/penularan-video-bunuh-diri-boleh-undang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5760 Tak Boleh Lari Dari Ah Long Antara Sebab Bunuh Diri Malaysia Post 30 06 2021

5760 Tak Boleh Lari Dari Ah Long Antara Sebab Bunuh Diri Malaysia Post 30 06 2021

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 334 hits
DULU tak boleh bayar ah long boleh lari sekarang masalah lagi bertambah sebab kena berkurung kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan Beliau mengakui situasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan antara faktor me...
Jangan Jadikan Kes Bunuh Diri Sebagai Jenayah Kata Bekas Kpn Timbalan Menteri

Jangan Jadikan Kes Bunuh Diri Sebagai Jenayah Kata Bekas Kpn Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 213 hits
Bekas ketua polis negara Hanif Omar berkata tidak ada gunanya menambah tekanan kepada individu yang sudah mengalami tekanan PETALING JAYA Cubaan bunuh diri tidak harus dijadikan sebagai kes jenayah susulan desakan sebuah gabungan yang mahu ...
Video Tular 2 Wanita Bunuh Diri Video Lama Dan Bukan Di Malaysia

Video Tular 2 Wanita Bunuh Diri Video Lama Dan Bukan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 217 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan media Polis Diraja Malaysia Polis Diraja Malaysia telah mengesan sebuah klip video berdurasi 30 saat yang tular di media sosial memaparkan dua wanita bertindak membunuh diri d
Kes Bunuh Diri Meningkat Ketika Pandemik Kerajaan Perlu Bantu Golongan Terkesan Teruk Kata Anwar

Kes Bunuh Diri Meningkat Ketika Pandemik Kerajaan Perlu Bantu Golongan Terkesan Teruk Kata Anwar

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 210 hits
Anwar Ibrahim berkata dengan peningkatan kes bunuh diri sebanyak 20 iaitu daripada 188 kes pada 2018 kepada 226 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu usaha perlu dilakukan bagi membantu golongan terkesan teruk akibat pandemik PETALING JAYA Ke...
Tiada Undang Undang Hadkan Isu Boleh Dibahas Di Parlimen Kata Pemimpin Pembangkang

Tiada Undang Undang Hadkan Isu Boleh Dibahas Di Parlimen Kata Pemimpin Pembangkang

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 117 hits
June 23 2021 Parlimen perlu diberikan kebebasan untuk membahaskan perkara penting kepada negara seperti belanjawan dasar berkaitan keselamatan dan kesihatan kata bekas Ahli Parlimen Umno Tawfik Ismail PETALING JAYA Ahli Parlimen dan pemimpi...
Lelaki Positif Covid 19 Bunuh Diri Selepas Sebulan Kematian Isteri

Lelaki Positif Covid 19 Bunuh Diri Selepas Sebulan Kematian Isteri

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 332 hits
Lelaki positif Covid 19 bunuh diri selepas sebulan kematian isteri Lelaki jatuh dari tingkat 15 sebulan selepas isteri meninggal akibat Covid 19 Seorang pemandu lori yang disahkan positif Covid 19 ditemui maut sebulan selepas isterinya meni...
Media Sensasi Isu Bunuh Diri Timbul Copycat Suicides

Media Sensasi Isu Bunuh Diri Timbul Copycat Suicides

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 279 hits
Media sensasi isu bunuh diri timbul copycat suicidesOleh July 02 2021Tragedi bunuh diri yang semakin kerap berlaku sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 perlu dilaporan secara lebih bertanggungjawab oleh media Menurut Pengerusi ...
Gempar Negara Rekodkan Purata Dua Kes Bunuh Diri Setiap Hari

Gempar Negara Rekodkan Purata Dua Kes Bunuh Diri Setiap Hari

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 296 hits
July 1 2021 Negara merekodkan purata dua kes bunuh diri setiap hari bagi tempoh 2019 hingga Mei 2021 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata mengikut pecahan kes bunuh diri yang dicatatkan pada tahun...
Covid Kesempitan Ekonomi Bunuh Diri Ah Long Tiada Peluang Kerja Menyuluhkan Bodoh Haprak Parti Lebai

Covid Kesempitan Ekonomi Bunuh Diri Ah Long Tiada Peluang Kerja Menyuluhkan Bodoh Haprak Parti Lebai

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 230 hits
Saya telah menerima poster yang berikut menerusi WhatsApp Orang ramai mengadu kegagalan struktur struktur agama dalam menangani masalah kehidupan rakyat yang sebenar Makin ramai orang makin fed up dengan kegagalan pentadbiran agama dalam ne...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Memikirkan The Unknown

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Dilaporkan 10 Orang Terkorban 2 Helikopter Atm Bertembung Di Udara

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara