Pentingnya Untuk Berfikir Secara Positif
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hidup kita ini ada turun naik nya.. ada masa kita gembira .. ada masa kita berduka .. ada masa kita sedih .. ada masa kita marah .. Inilah hidup manusia di dunia ini..
Kita akan diuji..bezanya besar dan kecil sahaja ujiannya..
Allah Maha Mengetahui.
Allah hanya akan uji mengikut kemampuan kita.
Dengan situasi sekarang.
Mesti ramai yang kehilangan pekerjaan.
Hilang mata pencarian.
Ada yang dipotong gaji.
Ada yang diberi cuti tanpa gaji.
Ada yang tidak terkesan dengan situasi yang berlaku sekarang...Alhamdulillah..
Mana yang terkesan dengan situasi sekarang.
Ingatlah... Inilah ujian dari Allah.
Jangan cepat kecewa.
Jangan fikir seolah-oleh hidup kita tidak akan dapat diteruskan..
Bumi ini luas...pasti akan ada rezeki untuk kita.
Bila terima berita duka..
Tarik nafas dan jika rasa nak menangis..menangis lah semaunya.
Kerana dengan tangisan..ianya mampu untuk melegakan sedikit rasa gusar dalam hati.
Tapi jangan terus-terusan menangis..
Jangan terus kecewa.
Ketika inilah pentingnya untuk berfikir secara positif.
Melihat apa yang berlaku dari sudut positif.
Allah sentiasa ada untuk membantu kita..
Percayalah... pasti ada perkara yang lebih baik yang Allah aturkan untuk kita..
Luahkan apa yang kita rasa dengan orang yang kita percaya.
Orang yang sentiasa berfikiran positif.
Yang akan memberi semangat untuk kita ..
Yang memberi idea untuk kita untuk berfikir secara waras..
Ini akan dapat membantu emosi kita menangani masalah yang berlaku.
Untuk kita terus bersemangat untuk meneruskan hidup..
Sedikit sebanyak luahan ini dapat melegakan kita.
Setelah kita rasa lega dan terima apa yang berlaku..
Mula la kita mengorak langkah.
Perit macam mana sekalipun.
Hidup mesti diteruskan..
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.
Fikir apa yang boleh kita buat...dan akan kita buat..
Rancang dan berbincang dengan pasangan, jika ada.
InsyaAllah pasti ada jalan penyelesaian..
Ujian membuatkan kita untuk terus kuat dan tabah..
Dengarlah ceramah dan bacalah buku motivasi .
Ianya dapat membantu kita untuk terus bersemangat meneruskan hidup.
Percayalah...ianya amat membantu.
Bersenamlah setiap hari supaya kita rasa segar.
dan otak kita terus cergas untuk berfikir.
Terus berusaha..dan jangan berhenti berdoa padaNYA.
INGAT!JANGAN PUTUS ASAPASTI ADA SINAR YANG MENUNGGU KITA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://alyadina.blogspot.com/2020/06/pentingnya-untuk-berfikir-secara-positif.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+alyadina+(h+a+p+r+a+q)