Pentingnya Mengetahui Tekanan Darah Sebagai Petanda Utama Kepada Kesihatan


Salam semua, perasan tak setiap kali kalau pergi klinik atau kena admit masuk ward, mesti doktor mula - mula sekali akan check tekanan darah. 

Pentingnya untuk mengetahui tekanan darah adalah salah satu dari tanda vital ( Vital Sign ). Tanda - tanda tersebut ialah : 
1. Tekanan darah 2. Nadi3. Suhu badan 4. Kadar pernafasan
Tekanan darah ini adalah salah satu untuk menentukan tahap kesihatan seseorang. Sekiranya bacaan tidak normal, ada la tu yang tak kena dengan badan

Samaada tekanan darah tinggi ke atau tekanan darah rendah ke, dua - dua adalah tak elok untuk tubuh. Ikutkan sis tahun ni dah 3 kali admit ke ward. 
Tahun ini, Allah uji dengan ujian kesihatan. Ikutkan banyak nak cerita tapi satu - satu la dulu

Nak kata penting tak penting nak tahu tekanan darah ni. 
Sampaikan hari nak masuk wad untuk daftar, bila misi tanya ada darah tinggi ke ? Jawab kat dia tak ada, tapi bila check misi cakap kenapa naik ni darah. 
Rupanya masa nak naik ke bilik wad tu sis guna tangga bukan guna lif, padahal wad tingkat 1 je. Itu pun dah mempengaruhi kita punya tekanan darah. 
Sebab tu, bila dah masuk wad ni berapa kali sehari misi check tekanan darah. Rasa macam best sebab ada orang tolong check hari - hari. Padahal kat rumah sendiri jarang pulak nak check

Tapi alhamdulillah, sepanjang sis dalam wad, bacaan tekanan darah normal. Selalunya kalau nak tengok tekanan darah kita ni ok ke tak, lepas bangun tidur, check bacaan BP ( blood pressure ). 
Setiap pagi dalam pukul 5:30 pagi tu, misi dah ambil bacaan tekanan darah. Kalau masa tengah rehat pun bacaan tinggi, maknanya ada tak kena tu dengan badan. 
Faktor - Faktor Yang Mempengaruhi Bacaan Tekanan Darah Banyak faktor yang mempengaruhi tekanan darah individu tersebut. Antaranya adalah : 
BersenamAmbil ukuran tekanan darah sebelum bersenam atau anda akan mendapat bacaan yang tinggi
BersarapanPada waktu pagi, dapatkan bacaan tekanan darah sebelum bersarapan, kerana proses pencernaan akan menurunkan kadar bacaan. 
Jika perlu makan, tunggu selepas 30 minit selepas makan sebelum mengambil bacaan tekanan darah
Buang airPastikan anda mengosongkan pundi kencing atau ia akan menyebabkan bacaan anda tinggi
Alkohol, kafein dan tembakauUntuk bacaan tepat, tunggu 30 minit selepas minum alkohol, kafein atau merokok
Saiz manset (cuff)Saiz yang tidak bersesuaian menyebabkan bacaan tidak tepat. Doktor boleh membantu menunjukkan cara memasang manset dengan betul
PakaianUntuk bacaan tepat, manset tidak boleh dipasang di atas pakaian, sebaiknya terus ke atas kulit lengan
SuhuDalam keadaan sejuk, bacaan tekanan dijangka akan meningkat
KedudukanUntuk hasil konsisten dan boleh dibandingkan, sentiasa gunakan lengan semasa melakukan pemeriksaan dan letakkan pada kedudukan yang betul. 
Elak daripada duduk dalam keadaan menyilang kaki
TekananElakkan berada dalam keadaan tertekan dan duduk dengan selesa sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 minit
BercakapElakkan bercakap semasa mengambil tekanan darah, atau ia akan meningkatkan kadar bacaan tekanan darah anda

Bacaan Tekanan Darah Tinggi Meningkatkan Risiko Ke Atas Organ Fungsi tekanan darah ini adalah untuk membantu darah mengalir dalam sistem peredaran darah. Jadi sekiranya terganggu, aliran darah juga akan terkesan

Ia boleh menjejaskan pelbagai organ terutamanya jantung, otak, dan buah pinggang yang menerima bekalan darah yang tinggi. 
Tekanan darah tinggi mungkin tidak menyebabkan kematian secara langsung tetapi ia membawa kepada keadaan kesihatan lain yang serius
Contohnya seperti penyakit jantung iskemik (sebab kematian nombor satu di Malaysia), strok (nombor 3!), dan penyakit buah pinggang kronik

Memang kena berjaga - jaga sekiranya bacaan untuk tekanan darah dah tak normal. 
Apa Simptom Tekanan Darah Tinggi ? Sebenarnya, tekanan darah tinggi ni tiada simptom yang khusus. Apa yang boleh nampak contoh terdekat, individu itu akan mengalami serangan strok dan jantung. 
Cuma kita kena berjaga - jaga selalu buat pemeriksaan tekanan darah secara berkala. Golongan muda pun dah ramai kena darah tinggi nak banding golongan tua. 

Yang penting, setiap rumah perlu ada alat pengukur tekanan darah elektronik. Sekiranya lepas check bacaan tekanan darah melebihi 120/80. 
Cepat - cepat pergi dapatkan pemeriksaan dari doktor. Bila dah naik umur lagi kena kerap check tekanan darah. 
Kesimpulan Kalau dah ada penyakit darah tinggi ni, memang doktor akan berikan ubat. Jadi, apa yang perlu diusahakan adalah jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat. 
Cukupkan rehat dan jangan stres. Sentiasa melakukan pemeriksaan bacaan tekanan darah secara berkala. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2024/11/bacaan-tekanan-darah-sebagai-petanda-utama-kepada-kesihatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bawang Putih Bakar Untuk Kawal Tekanan Darah Tinggi

Bawang Putih Bakar Untuk Kawal Tekanan Darah Tinggi

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 222 hits
Bawang putih telah lama digunakan dalam berbagai budaya tradisional sebagai suplemen makanan dan rempah rempah Beberapa penelitian awal menunjukkan bawang putih mungkin memiliki kesan positif pada kesihatan termasuk potensi dalam membantu m...
Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 320 hits
1 Perjuangan PAS langkaui segala batas retorik dan deklarasi Kandungan Prinsip Islam sebagai teras perjuangan Pentadbiran Negeri negeri dengan rekod cemerlang Integriti dan kejujuran dalam kepimpinan PAS memanfaatkan semua Dewan Himpunan Pe...
Kurikulum Baru Prasekolah 2026 Pembaharuan Tumpuan Utama

Kurikulum Baru Prasekolah 2026 Pembaharuan Tumpuan Utama

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 603 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperkenalkan kurikulum baru prasekolah 2026 bagi pemgukuhkan kurikulum di peringkat pendidikan awal kanak kanak Pembaharuan kurikulum ini selari dengan kitaran baharu kurikulum yang akan bermula pada 2...
Apa Itu Dark Romance Dan Kenapa Ia Jadi Isu Utama Di Booktok

Apa Itu Dark Romance Dan Kenapa Ia Jadi Isu Utama Di Booktok

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 340 hits
Selama ini buku memang menjadi sumber hiburan yang hebat Menghayati sebuah buku dapat membawa kita ke dunia yang jauh penuh dengan sihir fantasi dan segala macam hal yang hanya bisa kita bayangkan Satu satunya batasan adalah kreativiti kita...
Malaysia Pemain Utama Ekonomi Digital

Malaysia Pemain Utama Ekonomi Digital

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 211 hits
Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam di Asia Tenggara dengan nilai dagangan kasar dijangka mencecah RM138 4 bilion pada 2024 meningkat 16 berbanding 2023 lapor e Conomy Southeast Asia 2024 oleh Google Temasek d...
Dua Laluan Utama Di Raub Telah Ditutup Kepada Kenderaan Ringan Susulan Kejadian Banjir Di Daerah Itu

Dua Laluan Utama Di Raub Telah Ditutup Kepada Kenderaan Ringan Susulan Kejadian Banjir Di Daerah Itu

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 204 hits
KUANTAN Dua laluan utama di Raub ditutup kepada kenderaan ringan susulan kejadian banjir di daerah itu pada Ahad Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub memaklumkan laluan terlibat iaitu Jalan Kuala Lumpur Kota Bharu di Kilo...
Kesilapan Saya Adalah Melayan Anak Sebagai Seorang Kawan Nourul Depp

Kesilapan Saya Adalah Melayan Anak Sebagai Seorang Kawan Nourul Depp

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 191 hits
Penyanyi Nourul Depp mengakui bahawa salah satu kesilapan dalam hidupnya adalah melayan anak seperti seorang sahabat Menurut Nourul yang juga dikenali sebagai Noorulhuda Abdul Wahab 47 ibu bapa seharusnya menetapkan batas dalam hubungan ter...
Sebagai Bahan Renungan Mereput Di Golok

Sebagai Bahan Renungan Mereput Di Golok

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 261 hits
Syaherah Mustafaam hmetro com myKota Bharu Pengalaman menjadi banduan di Penjara Narathiwat Thailand selama lapan bulan memberi keinsafan buat seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Lan 45 Dalam kejadian pada tahun 2008 itu Lan bukan sah...
Superbrands Malaysia 2024 Awards Menganugerahkan 45 Korporat Multinasional Firma Tempatan Utama

Superbrands Malaysia 2024 Awards Menganugerahkan 45 Korporat Multinasional Firma Tempatan Utama

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 337 hits
Superbrands Malaysia 2024 meraikan edisi ke 16 dan telah memilih 45 jenama untuk memberi penghormatan kepada jenama terkuat dan paling berharga di pasaran untuk acara anugerah tahun ini Buat kali pertama tahun 2024 telah menyaksikan bilanga...
When Boiling Eggs Does Adding Salt Really Do Anything Beneficial For The Eggs

Woman Who Tried To Hug Perak Ruler Charged With Assault

Blood Moon Draws Crowd To National Planetarium Despite Cloudy Skies

Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang

Dahulu Pergi Sekarang Tidak Lagi

Buasir Otak Tv Bila Budak Cakap Ayam Boleh Terbang

Kerajaan Pihak Industri Perlu Bertindak Metro Ahad 07 09 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

Johor Wau Bulan Di Muzium Layang Layang Pasir Gudang

Resipi Sayur Lemak Putih Tauge

First Time Lunch Date Sempena Hari Lahir Ke 56

Bermain Sambil Belajar Ilmu Kewangan Di Mortgagecalculator Org

Anak Pisang Emas Selepas Sebulan Di Raised Bed