Kurikulum Baru Prasekolah 2026 Pembaharuan Tumpuan Utama


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan kurikulum baru prasekolah 2026 bagi pemgukuhkan kurikulum di peringkat pendidikan awal kanak-kanak.
Pembaharuan kurikulum ini selari dengan kitaran baharu kurikulum yang akan bermula pada 2027 namun bagi prasekolah, ia dimulakan lebih awal iaitu 2026.
Mengenai Kurikulum Baru Prasekolah 2026 Kurikulum baru ingi akan menyaksikan beberapa pembaharuan iaitu:
Pengukuhan penggunaan 50 peratus bahasa Melayu dan 50 peratus bahasa Inggeris. Semua guru prasekolah akan dipastikan mempunyai tahap pendidikan tertinggi peringkat ijazah berbanding sekarang iaitu kebanyakannya memiliki diploma. Penumpunan pendidikan karakter murid-murid. Tumpuan KPM Peringkat Prasekolah KPM menumpukan 3 perkara penting bagi pembaharuan di peringkat prasekolah iaitu:
Menangani isu keciciran pembelajaran Intervensi malnutrisi Intervensi keperluan pendidikan khas. Sebagai contoh dalam isu keciciran pembelajaran, enrolmen prasekolah masih belum mencapai tahap 100 peratus iaitu hanya 91.7 peratus buat asa ini.
Oleh itu, KPM sedang bekerja keras bagi menggalakkan ibu bapa memberikan pendidikan awal kepada anak.
Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Sebelum ini, KPM melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan di peringkat prasekolah semakan 2017 yang bertujuan memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya.
Tambahan pula, kurikulum tersebut digubal berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dan teori pembelajaran kanak- kanak.
Objektif Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pelaksanaan kurikulum tersebut dilaksanakan adalah untuk:
Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia. Menyayangi dan menghargai alam sekitar. Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri. Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan diri. Mengembangkan daya kreatif dan estetika. Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Kerangka Kurikukulum Standard Prasekolah Kebangsaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berasaskan enam tunjang utama iaitu:
Komunikasi Kerohanian Sikap dan Nilai Kemanusiaan Keterampilan Diri Perkembangan Fizikal dan Estetika Sains dan Teknologi. 6 tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.
Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif.
Strategi Pengajaran & Pembelajaran Terdapat beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan bagi murid prasekolah iaitu:
Pembelajaran Berpusatkan Murid– Pembelajaran berpusatkan murid bermaksud penglibatan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti pembelajaran dan mereka diberi tanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri. Belajar Melalui Bermain– Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang bebas, selamat, mengembirakan dan bermakna. Pembelajaran Berasaskan Inkuiri – PdP berasaskan Inkuiri merupakan satu pendekatan di mana murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri melalui penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada.  Pendekatan bersepadu – Pendekatan bersepadu adalah pendekatan yang menggabung jalin dua atau lebih kemahiran yang perlu dikuasai murid dalam satu masa. Pendekatan Bertema – Pendekatan bertema adalah pengurusan kurikulum dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat, latar belakang dan tahap perkembangan murid. Pembelajaran Berasaskan Projek – Pembelajaran berasaskan projek adalah proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang dalam jangka masa yang tertentu.  Pembelajaran Masteri – Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan untuk memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu pembelajaran sebelum berpindah ke pembelajaran seterusnya. Dengan kata lain, pendekatan ini berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Pembelajaran Kontekstual – Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan – Teori ini mempunyai hubungkait yang rapat dengan bidang pendidikan kerana etiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan dan cara murid berfikir, bertindak dan belajar adalah berlainan berbanding dengan murid yang lain. Info Lanjut Info lanjut mengenai kurikulum prasekolah, sila layari laman web http://bpk.moe.gov.my.
Baca juga: ePrasekolah KPM: Semakan Permohonan Prasekolah 2025 / 2026


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kurikulum-baru-prasekolah-2026/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kurikulum-baru-prasekolah-2026

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Perkenal Penggunaan Bm Bi 50 50 Dalam Kurikulum Prasekolah 2026

Kpm Perkenal Penggunaan Bm Bi 50 50 Dalam Kurikulum Prasekolah 2026

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 200 hits
KPM perkenal penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 50 50 dalam kurikulum prasekolah 2026 Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan penggunaan 50 peratus bahasa Melayu dan 50 peratus bahasa Inggeris bagi peringkat prasekolah bagi kur...
Renovasi Rumah Lama Jadi Baru Tanpa Perlu Tambahan Dan Pembongkaran Besar

Renovasi Rumah Lama Jadi Baru Tanpa Perlu Tambahan Dan Pembongkaran Besar

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 167 hits
Renovate rumah lama menjadi baru tanpa melibatkan extension dan major pecah dengan maintain beberapa furniture asal Kredit adsdesignbuild The post appeared first on
Aafiyah Kongsi Cita Cita Nak Jadi Ustazah Baru 6 Tahun Mampu Hafal Banyak Surah Hadis

Aafiyah Kongsi Cita Cita Nak Jadi Ustazah Baru 6 Tahun Mampu Hafal Banyak Surah Hadis

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 163 hits
Si comel kesayangan penyanyi nombor satu negara Dato Sri Siti Nurhaliza Siti Aafiyah rupanya mahu menjadi seorang ustazah apabila besar nanti Hal itu dikongsikan Aafiyah ketika diajukan soalan oleh Pendakwah bebas Ustazah Datuk Dr Norhafiza...
Mouse Baru Guna Bluetooth

Mouse Baru Guna Bluetooth

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 267 hits
Lama tak menulis di blog ni atas sebab kekangan masa Hari ni MY gunakan beberapa minit untuk menulis sebaris dua kata kata untuk memastikan blog ni terus bernyawa Oh ya hari ni Mama Yan ada kursus atas talian Kursus E Invoice ye teman teman...
Rc42 New Balance Hello Kitty X Adidas Gazelle Sneaker Baru Yang Kita Suka

Rc42 New Balance Hello Kitty X Adidas Gazelle Sneaker Baru Yang Kita Suka

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 185 hits
Ingin menambah gaya pada koleksi kasut sneakers anda New Balance dan adidas baru saja melancarkan koleksi terbaru yang memadukan elemen nostalgia dengan reka bentuk moden Daripada New Balance RC42 yang berinspirasikan tahun 70 an hingga Hel...
Suami Maut Kemalangan Di Singapura Baru Merasa Timang Bayi Selepas Tujuh Tahun Tunggu Zuriat

Suami Maut Kemalangan Di Singapura Baru Merasa Timang Bayi Selepas Tujuh Tahun Tunggu Zuriat

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 138 hits
Baru sahaja menimang cahaya mata selepas hampir tujuh tahun menanti namun siapa menyangka Allah menjemput lebih awal sebelum sempat membesarkan zuriat yang dinanti sekian lama Pemergian suami Mohammad Isma Azwa Mohd Salleh 33 yang disahkan ...
Buasir Otak Tv Negara Banjir Dulu Baru Hujan Be Like

Buasir Otak Tv Negara Banjir Dulu Baru Hujan Be Like

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 212 hits
Bila orang tanya teka teki negara apa banjir dulu baru hujan Jom tonton animasi ini
Ini Baru Nampak Old Money Yang Real Caprice Akui Wak Doyok Tiada Tandingan

Ini Baru Nampak Old Money Yang Real Caprice Akui Wak Doyok Tiada Tandingan

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 221 hits
Ini baru nampak old money Penyanyi rap sensasi yang juga personaliti media sosial Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli akui ikon fesyen terkenal Wak Doyok memang layak berada dalam komuniti Old Money Caprice dalam hantaran di Instagram S...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan