Pentingnya Dapatkan Sokongan Dari Pasangan Jika Ingin Bekerja Sendiri


Anda betul-betul serius ke nak bekerja sendiri ni?
 
Bagi orang yang belum berkahwin, sebenarnya lebih mudah untuk buat keputusan sama ada nak bekerja sendiri atau makan gaji dengan majikan.
 
As per now, anda hanya bertanggungjawab terhadap diri anda sahaja. Asalkan boleh cukup makan, boleh bayar duit sewa (kalau masih duduk dengan famili lagi bagus), boleh penuhi segala komitmen termasuk hutang piutang, anda tak perlu khuatir sangat untuk bekerja sendiri.
 
Asalkan anda yakin, kerja tersebut boleh memberikan pendapatan, just go for it.
 
Situasi ini pastinya berbeza untuk individu yang sudah berkeluarga. Ada banyak perkara yang perlu difikirkan. Faktor risiko dan peluang, semua itu perlu diberikan pertimbangan yang sewajarnya.
 
Justeru, kita tak perlu nak bincangkan dengan lebih mendalam persoalan tentang nak bekerja sendiri secara full time ataupun tidak buat masa ini.

Buat permulaan, kita cuba dulu kerja secara part time.
 
Kalau anda decide nak buat secara part time dulu, anda boleh tentukan sendiri jadual kerja anda, sama ada
Setiap hari anda akan luangkan masa 2 – 3 jam untuk uruskan bisnes anda Anda hanya akan peruntukkan 1 atau 2 hari untuk urus bisnes, terutama sekali ketika cuti Anda hanya akan kerja untuk 3 ke 4 hari dalam sebulan  
Tak kira anda nak pilih jadual kerja yang mana satu, sama ada nak kerja setiap hari, kerja beberapa hari dalam seminggu atau kerja beberapa hari sahaja dalam sebulan… apa yang pasti kalau anda sudah berkahwin, anda WAJIB dapatkan sokongan daripada pasangan anda.
 
Benda ini terpakai, tak kira sama ada anda lelaki ataupun perempuan.
 
Anda kena tahu, bila setiap hari anda peruntukkan masa sekitar 2 – 3 jam untuk bekerja (kerja sendiri) bermakna masa anda bersama pasangan akan jadi makin pendek.
 
Kalau pasangan anda kurang memahami, waktu ini dia akan ganggu anda. Dia akan ajak anda bersembang, dia nak mengadu, dia nak minta tolong anda kemas rumah jaga anak dan sebagainya.

 
Begitu juga halnya kalau anda nak bekerja seminggu sekali. Apabila cuti hujung minggu, anda nak bekerja. Kalau anda buat begini, secara tak langsung anda telah korbankan masa hujung minggu bersama pasangan anda.
 
Kalau orang lain, waktu cuti hujung minggu boleh keluar jalan-jalan, balik kampung atau shopping, tapi anda pilih untuk duduk dirumah dan fokus pada kerja sendiri secara part time.
 
Anda kata, anda buat semua kerja ini untuk kebaikkan bersama. Tapi kalau pasangan anda tak gembira, sebab anda tak ada masa untuk diluangkan bersama, apalah gunanya anda bekerja dalam keadaan ada hati yang terluka? 
 
Jadi bagaimana? Patutkah anda buat kerja part time ini atau patut lupakan sahaja? Kalau lupakan, ekonomi tak cukup kuat dan mantap, dan perbelanjaan untuk keluarga selalu kena catuan pula.
 
Ini cadangan saya. Kalau nak ikut boleh, tak nak ikut pun terpulang.
 
Saya suka baca buku-buku yang ditulis oleh Robert T Kiyosaki. Dalam salah satu buku tulisan beliau, Robert ada menyebutkan satu konsep bisnes yang saya pegang sampai sekarang, katanya
Business is a team sport  
Sekiranya anda memilih untuk buat bisnes berdasarkan perkara yang anda minat, seperti mana yang saya tulis sebelum ini dalam artikel berjudul pemilihan kerja berdasarkan minat ataupun hobi, anda pasti sedar yang bisnes tersebut boleh dijalankan, tanpa perlu ada penglibatan orang lain.
 
Tak kiralah sama ada, ada orang nak bantu ataupun tidak, anda tetap boleh jalankan bisnes tersebut. Tapi sebenarnya, dalam apa bisnes sekalipun, hasilnya akan jadi lebih baik jika bisnes tersebut ada bantuan atau dijalankan melalui usaha bersama.
 
Kerja sendiri secara part time Saya akan gunakan istilah “kerja sendiri” dengan “bisnes sendiri” secara bergilir-gilir. Namun kedua-duanya merujuk kepada perkara yang sama.
 
Lazimnya, orang yang nak kerja sendiri ni, dia akan mulakan langkah tersebut secara part time.
 
Kenapa tak terus buat full time? Jawapannya sebab ada halangan.
 
Mungkin pada waktu itu, individu tersebut masih belum habis belajar di kolej ataupun universiti. Jadi masa yang ada kena dibahagi-bahagikan dengan sebaiknya.
 
Ataupun, pada waktu itu anda masih lagi sedang bekerja dengan majikan. Dari pekerjaan itulah sumber pendapatan utama anda. Tak kan nak terus berhenti kerja? Kalau berhenti mendadak, silap-silap nanti langsung tak ada income.
 
Jadi sebagai langkah selamat, kita bermulalah secara part time.
 
Pada peringkat bisnes kita masih di fasa part time ini, kita usaha betul-betul dan cuba buktikan yang bisnes kita tu betul-betul boleh membuahkan hasil!
 
Saya memilih untuk menjadikan bidang penulisan sebagai bisnes saya. Jadi, saya kena buktikan yang saya mampu untuk hasilkan sekurang-kurangnya RM1,000 setiap bulan apabila bekerja sebagai penulis.

Bagaimana kalau percubaan pertama, saya gagal untuk capai target tersebut?
 
Kebiasaannya memang begitu. Jarang orang terus berjaya pada percubaan pertama. Kejayaan akan dilihat secara peringkat demi peringkat. Contohnya, pada bulan pertama boleh hasilkan RM50, kemudian bulan seterusnya sama ada sama sahaja atau makin meningkat.
 
Apa yang saya nak sampaikan ialah, tak kiralah apa bidang kerja yang anda pilih, anda perlu buktikan yang ia memang boleh hasilkan pendapatan.
 
Boleh hasilkan pendapatan itu satu hal.
Anda juga kena pastikan pendapatan yang bakal dihasilkan nanti boleh diterima setiap bulan, secara konsisten.
Untuk jadikan ia sebagai kerjaya utama, kena pastikan pula yang potensi pendapatan yang boleh dihasilkan makin lama makin bertambah, dan bukannya makin menguncup.
 
Kita kalau nak kerja dengan majikan, kita juga mengharapkan setiap tahun ada kenaikkan gaji, walaupun tak ada kenaikkan pangkat.
 
Tapi bila bekerja sendiri, tak kan kita sanggup untuk terima pendapatan yang sama sahaja (stagnant) atau pendapatan yang makin menurun setiap bulan?
 
Sokongan yang bagaimana yang kita perlukan dari pasangan? Saya andaikan yang anda sudah berkahwin, ataupun bakal mendirikan rumah tangga. Saya harap anda tak ambil mudah tentang topik ini.
 
Apa yang saya tulis disini, adalah berdasarkan kepada pengalaman sebenar dan hasil perkongsian daripada rakan-rakan freelancer lain yang saya kenali.
 
Mana-mana nasihat yang anda rasakan baik untuk anda, ambillah. Mana yang buruk, jadikan pengajaran.
 
Apabila anda ingin bekerja sendiri, ini adalah sokongan yang anda perlukan dari pasangan anda
 
(1) Sokongan dalam bentuk kewangan Pendapatan yang bakal anda perolehi, mungkin agak terumbang-ambing diperingkat permulaan. Ini adalah keadaan atau situasi yang common yang sering dilalui oleh usahawan.
 
Waktu masih baru, anda masih belum dikenali, orang masih takut-takut nak dapatkan perkhidmatan yang anda tawarkan, atau beli produk yang anda jual, jadi pendapatan anda pun tak menentu.
 
Pada peringkat ini, anda perlukan pasangan yang mampu untuk menampung kekurangan yang ada pada anda. Bantuan kewangan untuk sama-sama meneruskan kehidupan, bantuan kewangan sebagai modal untuk membeli peralatan dan sebagainya.
 
Ah… saya rasa tak perlulah nak cerita panjang-panjang. Bila cakap bab kewangan, anda faham-fahamlah sendiri apa isu yang berkaitan dengan masalah kewangan ni.
 
(2) Masa Bila anda pilih untuk buat kerja, masa anda bersama dengan pasangan terpaksa dikurangkan. Anda perlu fokus pada perniagaan atau sebarang usaha yang anda jalankan.
 
Tak mungkin anda boleh buat dua kerja dalam satu masa. Anda nak luangkan masa bersama pasangan, dan pada masa yang sama, anda nak buat kerja. Bukannya mustahil untuk dilakukan, cuma tindakan ini agak berisiko.
 
Bimbang nanti kerja yang anda lakukan jadi tak ada kualiti, dan layanan anda terhadap pasangan juga tak begitu memuaskan sebab pada masa sama anda sedang fikirkan bab kerja.
 
Jadi kena ada ketetapan yang jelas. Pada sekian-sekian masa, adalah waktu anda bekerja. Walaupun hanya bekerja sendiri dan boleh dilakukan dari rumah, kena bagitahu pasangan anda untuk hormati masa tersebut dan jangan ganggu dengan hal-hal yang tak berapa penting.
 
(3) Tenaga Sokongan dalam bentuk tenaga juga penting. Cubalah sumbangkan sedikit tenaga, untuk ringankan kerja mana-mana yang boleh.
 
(4) Bantuan kerja Akan sampai satu tahap, kerja makin bertambah disebabkan pelanggan makin ramai. Waktu ini, walaupun kerja banyak namun masih belum mampu untuk mengupah pekerja. Jadi, apa yang pasangan anda boleh lakukan?
 
Bantulah sedikit. Contohnya, kalau pasangan anda tu buat bisnes di shopee, ketika dia tak sempat nak pergi ke Pos Laju untuk buat penghantaran, anda bantu dengan menghantar barang-barang customer yang perlu di pos ke Pos Laju.
 
(5) Sokongan kepakaran Sesetengah orang, dia cuma fokus untuk kerja kerja dan kerja sahaja.
 
Namun, bisnes bukan semata-mata tentang menyiapkan kerja. Ianya ada kaitan dengan lain-lain aspek seperti pembinaan sistem, SOP, cara kerja dan sebagainya.
 
Jika pasangan anda terlalu sibuk untuk menyiapkan kerja atau barang tempahan, anda boleh support dengan menyumbangkan kepakaran anda. Kalau anda seorang yang memang visionary, anda sokonglah pasangan anda dengan membantu dia menghasilkan kertas rancangan perniagaan untuk dia.
 
Ada banyak orang yang sangat bagus dengan kerja yang dia lakukan. Tapi kurang cekap dalam hal-hal berkaitan pemasaran, pengurusan kewangan, pengurusan khidmat pelanggan dan sebagainya.
 
Jika apa yang saya sebutkan ini termasuk dalam bidang kepakaran anda, anda bolehlah bantu kembangkan lagi bisnes pasangan anda.

(6) Sokongan moral dan semangat Bila buat bisnes, kadang-kadang mood kita down.
 
Kita rugi. Kita tersalah buat keputusan. Kena tipu. Kena marah dengan customer yang tak puas hati dan macam-macam lagi.
 
Ada terlalu banyak hal yang boleh membuatkan kita down, dan rasa nak give up. Tinggalkan semua kerja dan usaha yang telah dimulakan dengan susah payahnya.
 
Tapi In Shaa Allah, jika pasangan kita seorang yang supportive, kita akan teruskan juga bekerja walau apa cabaran dan halangan yang mendatang.
 
Rasa down tu biasa, tapi selepas satu tempoh masa, kita kena cepat-cepat dapatkan semula semangat dan kembali bekerja.
 
Tetapkan tempoh masa yang munasabah untuk usaha bisnes yang dijalankan Soalan: Sampai bila anda nak bekerja? 
 
Sudah tentu, ada had masanya. Pada waktu kita bekerja dengan majikan pun, ada tempoh masanya. Misalnya pada usia sekian-sekian, kita kena bersara.
 
Bagaimana pula halnya dengan bekerja sendiri? Adakah kita nak kerja terus menerus sampai mati? Mestilah tak.
 
Dalam situasi ini, kita perlu tetapkan satu timeframe yang munasabah.
 
Contohnya, untuk dua tahun yang pertama, kita kena buat dengan bersungguh-sungguh bagi mengetahui setakat mana usaha kita tu boleh pergi.
 
Dalam tempoh masa tersebut, kita buat analisa bagi membantu kita buat keputusan, sama ada nak teruskan buat secara part time, mula buat full time atau hentikan sahaja.
Teruskan buat secara part time kalau income dah tak boleh naik. Buat macam mana pun income tetap konsisten banyak tu juga. Pertimbangkan untuk buat full time apabila tempahan yang anda terima membuatkan anda tak menang tangan dan bisnes tersebut ada potensi untuk jadi lebih besar. Berhenti sahaja dan cari kerja lain (atau bisnes lain) kalau dalam masa dua tahun tu tetap tak ada income atau terlalu sedikit. Ye la… tak berbaloi dengan masa.  
Walaubagaimanapun, penting untuk anda jujur dengan diri anda sendiri apabila nak buat keputusan.
 
Kenapa income terlalu sedikit? Adakah sebab bisnes tersebut terlalu banyak persaingan? Atau income yang sedikit itu disebabkan anda yang malas nak usaha lebih?
 
Akhir kata, bila nak buat bisnes sendiri, kita bukan semata-mata perlu fikirkan tentang pendapatan sahaja. Pada masa yang sama, kita juga perlu fikirkan hal-hal lain seperti adakah pasangan kita menyokong kerja dan usaha yang kita jalankan!
 
 
The post Pentingnya dapatkan sokongan dari pasangan jika ingin bekerja sendiri! appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/pentingnya-dapatkan-sokongan-dari-pasangan-jika-ingin-bekerja-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biarlah Isteri Kita Nak Beli Apapun Reward Diri Sendiri Setelah Penat Bekerja Suami Jangan Marah

Biarlah Isteri Kita Nak Beli Apapun Reward Diri Sendiri Setelah Penat Bekerja Suami Jangan Marah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 539 hits
Kisah suami isteri ni banyak kisah suka dan duka Ada waktunya semua perkara yang dilakukan jadi makin intim usik sana sini gurau semuanya jadi bertambah indah Penat pun sama sama Baik isteri atau suami haruslah saling faham memahami kepenat...
Pasangan Nzd Usd Di Mana Pasaran Mengekalkan Aliran Menaik Di Atas Tahap Sokongan

Pasangan Nzd Usd Di Mana Pasaran Mengekalkan Aliran Menaik Di Atas Tahap Sokongan

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 256 hits
Harga sedang menguji tahap sokongan iaitu 0 6694 di mana adalah berpotensi boleh melantun kepada rintangan pada tahap 0 6732 Kemasukan 0 6694Kenapa ia adalah baik sokongan rendah ayunan mendatar anjakan semula Fibonacci 50 lanjutan Fibonacc...
Pasangan Mata Wang Nzd Usd Menembusi Tahap Sokongan Terdahulu Bersedia Untuk Melanjutkan Penurunan

Pasangan Mata Wang Nzd Usd Menembusi Tahap Sokongan Terdahulu Bersedia Untuk Melanjutkan Penurunan

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 298 hits
Harga dilihat telah menembusi tahap sokongan utama terdahulu yang kini bertukar menjadi tahap rintangan di mana kami menjangkakan bahawa akan melihat kesinambungan penurunan harga ke tahap sokongan pertama Kemasukan pesanan 0 6597Mengapa ia...
Menurut Penelitian Ini Pentingnya Mendengarkan Musik Saat Bekerja

Menurut Penelitian Ini Pentingnya Mendengarkan Musik Saat Bekerja

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 148 hits
Menurut penelitian ini pentingnya mendengarkan musik saat bekerja Bisa meningkatkan kreativitas sampai mengurangi kecemasan
Design Baju Group Atau Cetak Baju Sendiri Pilih Custom My

Design Baju Group Atau Cetak Baju Sendiri Pilih Custom My

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 464 hits
Seringkali menjadi masalah bagi mereka yang ingin membuat tempahan baju group dengan design sendiri apabila terpaksa masuk ke kedai baju satu persatu demi untuk melihat design dan kualiti kain yang digunakan Selain leceh dan membuang masa p...
Usai Tikam Teman Damisri Tusuk Dada Sendiri Lalu Gantung Diri Di Pinggir Sungai

Usai Tikam Teman Damisri Tusuk Dada Sendiri Lalu Gantung Diri Di Pinggir Sungai

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 272 hits
Sambil berjalan korban mengangkat baju kaos yang dikenakannya dan melihatkan luka di bagian perutnya ke warga yang ada di lokasi
Pementasan Misha Omar Khayalan Yang Syok Sendiri

Pementasan Misha Omar Khayalan Yang Syok Sendiri

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 295 hits
Misha Omar sukar untuk sembunyikan rasa terharunya apabila diberi peluang mengadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas HALAMAN HIBURANBegini bunyi berita Apabila tiga ratu turut larut dalam emosi MishaBUKAN sehari dua bukan juga setahun...
Lim Guan Eng Tidak Perlu Kambing Hitamkan Akhbar Cina Bila Pencetus Ketakutan Adalah Para Pemimpin Dap Sendiri

Lim Guan Eng Tidak Perlu Kambing Hitamkan Akhbar Cina Bila Pencetus Ketakutan Adalah Para Pemimpin Dap Sendiri

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 362 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataan beliau semalam menyalahkan sebuah akhbar Cina Sin Chew Jit Poh kerana kononnya mencetuskan ketakutan di kalangan masyarakat bukan Melayu ke atas impak pengenalan tulisan khat di sekolah rend...
Diomeli Orangtua Karena Nilainya Jelek Bocah Sma Ini Tembak Kepalanya Sendiri Pakai Pistol Sang Ayah

Diomeli Orangtua Karena Nilainya Jelek Bocah Sma Ini Tembak Kepalanya Sendiri Pakai Pistol Sang Ayah

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 271 hits
Siswa kelas 12 Sekolah Menengah Atas tewas bunuh diri setelah dimarahi orangtuanya karena mendapatkan nilai jelek Tak hanya dimarahi bocah yang bernama Anshuman asal India ini bahkan ditampar oleh orangtuanya itu Dikutip dari India Today sa...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda