Penternak Tidak Lena Tidur Risau Haiwan Ternakan Lemas Akibat Banjir


Bernama
Sebahagian rumah di Kampung Gadek di sini dinaiki air ekoran banjir yang melanda berikutan hujan lebat sejak malam tadi. - BERNAMA ALOR GAJAH: "Dah beberapa malam sejak musim tengkujuh, tidur saya tidak lena. Risau banjir berlaku pada waktu malam dan haiwan akan lemas di kandang," demikian luahan seorang penternak lembu dan kambing, Sufian Aya, 34, mangsa banjir di Kampung Gadek di sini
 Katanya sebelum ini, kejadian banjir yang sinonim dengan kampungnya itu tidak menjadi masalah buatnya namun setelah menjadi penternak sejak lebih lima tahun, bencana itu umpama mimpi ngeri buatnya
"Pukul 3 pagi tadi, saya terpaksa mengalihkan 11 lembu dan 20 kambing ke tempat lebih tinggi kerana kandang mereka ditenggelami air. Sekarang ini, kesemua haiwan itu terpaksa mencari makanan sendiri
 "Bulan ini sahaja, sudah tiga kali kandang haiwan ternakan saya ditenggelami air kerana hujan lebat yang berterusan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, hari ini
 Menurutnya, bagaimanapun ikan keli yang diternak di kolam simen berhampiran kandang lembu dan kambingnya itu tidak dapat diselamatkan kerana ditenggelami air dan arus air sangat deras di kawasan berkenaan.
 "Makanan haiwan ternakan saya juga hanyut seperti dedak yang tidak sempat diselamatkan. Jadi kita berharap pihak berwajib dapat membantu meringankan beban yang ditanggung penduduk yang menjadi mangsa banjir," tambahnya
 Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir Eva Maswati Ibrahim, 43, berkata perkara pertama yang dirisaukan setiap kali banjir berlaku ialah keselamatan ibunya, Bidah Bujang, 68, yang sukar bergerak akibat angin ahmar yang dialami sejak lebih dua tahun
 "Berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) adalah pilihan terakhir bagi saya dan keluarga. Semalam, rumah dinaiki air juga tetapi air surut dan telah dibersihkan tetapi pagi ini air naik semula sehingga tayar kereta pun tenggelam
 Namun, fikirkan keselamatan emak dan nasihat pihak berkuasa, kami sekeluarga sepakat untuk berpindah ke PPS Balai Raya Kampung Gadek. Terima kasih saya ucapkan kepada anggota sukarelawan yang membantu memindahkan kami sekeluarga," katanya
 Seorang warga emas, Che Som Kechut, 80, berkata setakat ini beliau belum membuat keputusan untuk berpindah ke PPS kerana rumah belum dinaiki air kepada paras yang berbahaya
 "Cuma penat untuk membersihkan rumah pada usia yang tua ini...bulan ini dah tiga kali banjir dan saya berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu bagi mengurangkan kekerapan banjir di kampung ini," katanya
 Dalam pada itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 193 orang daripada 48 keluarga, setakat 8 malam ini
  Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata daripada jumlah itu, 123 mangsa masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Daerah Jasin, manakala 26 mangsa ditempatkan di PPS SK Ayer Molek di Daerah Melaka Tengah yang dibuka pada 3.30 petang tadi
 "Bagi Daerah Alor Gajah pula, PPS SK Durian Tunggal menempatkan 32 mangsa, manakala PPS Balai Raya Kampung Gadek yang dibuka 8 pagi tadi ditutup, dan kesemua 12 mangsa dipindahkan ke PPS baharu iaitu SK Ganun pada 5 petang tadi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/penternak-tidak-lena-tidur-risau-haiwan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Kanak Kanak Hilang Selepas Kenderaan Hanyut Di Keningau Akibat Banjir

2 Kanak Kanak Hilang Selepas Kenderaan Hanyut Di Keningau Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 652 hits
Toyota Hilux yang dinaiki 2 kanak kanak hilang ditemui tidak jauh dari kawasan ia hanyut di Kampung Dangulad Keningau awal pagi tadi KOTA KINABALU Dua beradik hilang manakala 2 rumah hanyut selepas 2 sungai di Keningau melimpah akibat hujan...
Lebih 120 Hektar Padi Tenggelam Akibat Banjir Di Bagan Serai

Lebih 120 Hektar Padi Tenggelam Akibat Banjir Di Bagan Serai

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 193 hits
IPOH Kerajaan negeri Perak meminta pesawah di Kerian yang padi mereka ditenggelami air membuat laporan kepada Jabatan Pertanian negeri atau pihak berwajib lain secepat mungkin bagi membolehkan tindakan susulan diambil Pengerusi Jawatankuasa...
Suami Meninggal Dunia Lita Masterchef Indonesia Dan Tiga Anaknya Banjir Doa Agar Dikuatkan

Suami Meninggal Dunia Lita Masterchef Indonesia Dan Tiga Anaknya Banjir Doa Agar Dikuatkan

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 302 hits
Kabar meninggalnya suami Mama Lita yang juga merupakan Ketua HIPMI Banjar tersebut awalnya disampaikan di Instagram MasterChef Indonesia
Pps Banjir Sk Parit Haji Aman Ditutup 6 Petang Ini

Pps Banjir Sk Parit Haji Aman Ditutup 6 Petang Ini

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 476 hits
BAGAN SERAI Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman di sini yang menempatkan 168 orang daripada 69 keluarga sejak Jumaat lepas ditutup 6 petang ini selepas keadaan banjir telah pulih Pengerusi Jawatankuasa Pengurusa...
Banjir Di Kota Tebing Tinggi Meluas Jalan Sudirman Tak Bisa Dilalui Kendaraan

Banjir Di Kota Tebing Tinggi Meluas Jalan Sudirman Tak Bisa Dilalui Kendaraan

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 226 hits
Pasar Inpres di Jalan Gurami Tebing Tinggi juga digenangi air dengan ketinggian mencapai 50 Cm Pedagang terpaksa berjualan di sekitar Jalan Veteran dan Jalan Sepat
Khemah Ujian Saringan Kecemasan Covid 19 Hospital Kulim Dilanda Banjir Kilat

Khemah Ujian Saringan Kecemasan Covid 19 Hospital Kulim Dilanda Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 371 hits
Keadaan khemah saringan kecemasan dan Covid 19 bersebelahan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kulim yang dilanda banjir kilat petang tadi Banjir kilat Khemah ujian saringan COVID 19 Hospital Kulim dinaiki air Pekarangan Jabatan Kecemasa...
Banjir Kilat Di Wad Saringan Hospital Kulim

Banjir Kilat Di Wad Saringan Hospital Kulim

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 416 hits
KULIM Suasana di khemah saringan kecemasan dan saringan Covid 19 Hospital Kulim di sini kelam kabut apabila berlaku banjir kilat dipercayai berpunca daripada limpahan air longkang petang tadi Wad itu didirikan di kawasan letak kereta di had...
Hubungi Tnb Tutup Bekalan Elektrik Jika Rumah Dilanda Banjir

Hubungi Tnb Tutup Bekalan Elektrik Jika Rumah Dilanda Banjir

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 223 hits
Oleh OMAR ZIN SHAMSUL ANUAR NASARAHKUALA LUMPUR Orang ramai dinasihatkan supaya segera menghubungi Tenaga Nasional Berhad sekiranya premis dinaiki air pada paras berbahaya supaya bekalan elektrik dapat dihentikan terutamanya apabila dilanda...
Mpk Siap Siaga Untuk Hadapi Banjir Susulan Monsun Timur Laut Nov Mac Tahun Hadapan

Mpk Siap Siaga Untuk Hadapi Banjir Susulan Monsun Timur Laut Nov Mac Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 215 hits
KUANTAN Majlis Perbandaran Kuantan melalui Jawatankuasa Induk Banjir Peringkat Daerah sudah melakukan persediaan termasuk logistik bagi menghadapi bencana banjir susulan Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku dari November hingga Mac tahun...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel