Hubungi Tnb Tutup Bekalan Elektrik Jika Rumah Dilanda Banjir


 Oleh OMAR ZIN
SHAMSUL ANUAR NASARAH

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya segera menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekiranya premis dinaiki air pada paras berbahaya supaya bekalan elektrik dapat dihentikan, terutamanya apabila dilanda banjir kilat atau musim tengkujuh pada penghujung tahun ini.
Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, penutupan bekalan elektrik itu adalah bersifat sementara bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.
Malah, beliau juga menyarankan orang ramai supaya mematikan suis utama dan tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik jika kediaman dinaiki air bagi mengelak risiko renjatan elektrik.
“Saya telah dimaklumkan bahawa apabila banjir surut dan keadaan kembali selamat, bekalan elektrik akan disambung semula oleh TNB.
“Nasihat dan panduan daripada pihak berkuasa sangat penting untuk kita patuhi. Malah amaran daripada Jabatan Meterologi Malaysia (MET) atau pihak lain penting dijadikan panduan di musim begini,” katanya dalam kenyataan.
Shamsul juga mengingatkan orang ramai supaya membersihkan dan memeriksa pendawaian dan peralatan elektrik yang ditelenggami air sebelum digunakan semula bagi memastikan ia benar-benar selamat.
“Ini termasuk membersihkan fius atau pemutus litar daripada kotoran dan menggantikannya sekiranya perlu. Soket alir keluar (outlet) yang ditelenggami air perlu berada dalam keadaan kering dan bersih sebelum digunakan.
“Dalam hal ini adalah lebih baik pengguna mendapatkan perkhidmatan juruelektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk pemeriksaan dan pengujian pendawaian dan peralatan elektrik yang ditelenggami air,” katanya.
Pada masa sama, Shamsul berkata pihak TNB dan Suruhanjaya Tenaga telah bersedia untuk menghadapi banjir dan musim tengkujuh meskipun negara masih berdepan dengan ancaman penularan wabak Covid 19.
“TNB memaklumkan bahawa mereka akan segera menggerakkan pasukan teknikalnya serta aset-aset berkaitan bagi menghadapi situasi banjir demi keselamatan dan keselesaan pengguna.
“Selain menjana elektrik, empangan-empangan besar milik TNB pula turut berfungsi sebagai empangan tambatan banjir yang sangat diperlukan terutamanya di musim hujan lebat bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.
“Persiapan sewajarnya juga telah dilaksanakan TNB di empangan-empangan hidro miliknya. Ini termasuk mengadakan latihan pengungsian (drill) bersama agensi-agensi kerajaan berkaitan dan penduduk sekitar, selain menurunkan paras tasik (reservoir) ke tahap yang minimum sebagai persediaan menerima aliran masuk (inflow) air hujan yang tinggi,” katanya.
Shamsul turut meminta TNB meningkatkan tahap komunikasi dengan pelbagai agensi atau pihak berkaitan dalam mengurus disituasi banjir atau bencana lain bagi meningkatkan kesedaran dan menyediakan maklumat lengkap kepada pengguna atau rakyat.
“Di kesempatan ini, saya ingin mengingatkan ibu bapa agar sentiasa mengawasi tindak-tanduk anak-anak agar tidak menghampiri pencawang dan tiang elektrik yang ditelenggami air supaya perkara tidak diingini dapat dielakkan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/hubungi-tnb-tutup-bekalan-elektrik-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muar Jb Dilanda Banjir Ekoran Hujan Lebat Sejak Tengah Hari

Muar Jb Dilanda Banjir Ekoran Hujan Lebat Sejak Tengah Hari

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 537 hits
JOHOR BAHRU 21 Nov Beberapa kawasan di Muar dan bandar raya ini mula dilanda banjir selepas hujan lebat berlarutan selama beberapa jam sejak tengah hari tadi
Satgas Ancam Tutup Rumah Sakit Ummi Jika Tak Laporkan Hasil Swab Habib Rizieq

Satgas Ancam Tutup Rumah Sakit Ummi Jika Tak Laporkan Hasil Swab Habib Rizieq

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 381 hits
Satgas COVID 19 Kota Bogor mengancam akan menutup izin usaha Rumah Sakit UMMI Kota Bogor Jawa Barat Hal itu dilakukan karena RS UMMI dianggap tak bisa bersinergi dengan Satgas Covid 19 Kota Bogor dalam penanganan pimpinan FPI Habib Rizieq S...
Kampung Kempas Baru Jb Dilanda Banjir Kilat

Kampung Kempas Baru Jb Dilanda Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 398 hits
Oleh KHAIRUL MOHD ALI BEBERAPA penduduk Kampung Kempas Baru di Johor Bahru dipindahkan sementara setelah rumah mereka dinaiki air akibat banjir kilat IHSAN BOMBA JOHOR JOHOR BAHRU Hujan lebat dalam tempoh yang singkat menyebabkan Kampung Ke...
Khemah Ujian Saringan Kecemasan Covid 19 Hospital Kulim Dilanda Banjir Kilat

Khemah Ujian Saringan Kecemasan Covid 19 Hospital Kulim Dilanda Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 399 hits
Keadaan khemah saringan kecemasan dan Covid 19 bersebelahan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kulim yang dilanda banjir kilat petang tadi Banjir kilat Khemah ujian saringan COVID 19 Hospital Kulim dinaiki air Pekarangan Jabatan Kecemasa...
Hadapi Dugaan Dengan Tenang Gelagar Syahmi Sazli Mengadap Banjir Di Rumah Curi Tumpuan

Hadapi Dugaan Dengan Tenang Gelagar Syahmi Sazli Mengadap Banjir Di Rumah Curi Tumpuan

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 400 hits
loading Pengarah filem Mael Totey Syahmi Sazli baru baru ini mencuri tumpuan netizen apabila kelihatan tenang menghadapi dugaan banjir di rumahnya yang bertempat di Kelantan
Hujan Lebat Pasar Payang Dilanda Banjir Kilat Malam Tadi

Hujan Lebat Pasar Payang Dilanda Banjir Kilat Malam Tadi

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 237 hits
KUALA TERENGGANU Hujan lebat dalam tempoh kira kira enam jam bermula 6 petang semalam menyebabkan beberapa lokasi di Terengganu mengalami banjir kilat lewat malam tadi Kejadian banjir kilat itu turut dikongsi netizen di media sosial Faceboo...
Tnb Sasar Hubungkan 150 000 Rumah Di Pinggir Bandar Dengan Rangkaian Fiber Optik Menjelang Jun 2021

Tnb Sasar Hubungkan 150 000 Rumah Di Pinggir Bandar Dengan Rangkaian Fiber Optik Menjelang Jun 2021

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 236 hits
Tenaga Nasional melalui anak syarikat mereka Allo Technology telah sedia menawarkan perkhidmatan rangkaian jalur lebar dibeberapa kawasan sekitar Melaka Pada masa yang sama sebelum ini mereka telah berkongsi perancangan untuk memperluaskan ...
Pindah Takut Rumah Banjir Dimasuki Ular Sawa

Pindah Takut Rumah Banjir Dimasuki Ular Sawa

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 372 hits
Oleh AIN SAFRE BIDIN ANGGOTA pasukan penyelamat membantu mangsa banjir di Changkat Jong Teluk Intan hari ini PEMBERITA dan GAMBAR AIN SAFRE BIDINTELUK INTAN Rumah dimasuki ular sawa ketika banjir sebelum ini menyebabkan seorang penduduk yan...
Tnb Mengacah Akan Memasang Smart Meter Di Rumah Anda Tidak Lama Lagi

Tnb Mengacah Akan Memasang Smart Meter Di Rumah Anda Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 339 hits
Pada pertengahan tahun ini Tenaga Nasional telah mengatakan bakal memperluaskan pemasangan meter pintar ke seluruh negara Kini selari dengannya melalui laman sosial TNB mereka mengatakan bakal memasang TNB Smart Meter di rumah anda tidak la...
Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Bn Menang Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Kaedah Relaksasi Otot Kurangkan Stress

Ai Team Subscribers April 27 2025

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu