Penternak Ikan Gusar Makanan Ikan Naik Harga


 Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

MOHD. Sufian Sulaiman (dua dari kanan) ketika Program Penyerahan Input Dana Jaminan Makanan (DJM) kepada Penternak Negeri Sembilan dekat Terachi, Kuala Pilah hari ini. - UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NORKUALA PILAH: Golongan penternak akuakultur di Negeri Sembilan mengeluh berikutan kenaikan harga makanan ternakan itu sejak kebelakangan ini sehingga meningkatkan kos operasi mereka.
Penternak ikan keli dan puyu, Khairul Anuar Md. Piah, 34, berkata, kenaikan harga makanan ikan (pallet) itu mula disedari mengalami kenaikan sedikit demi sedikit bermula sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas.
Katanya, baru-baru ini harga pallet ikan meningkat di antara RM3 hingga RM5 untuk setiap kampit 20 hingga 25 kilogram (kg).
“Pada kebiasaannya saya memerlukan satu kampit makanan ikan sehari untuk keperluan 5,000 hingga 6,000 ekor ikan.
“Namun, sejak harga naik saya terpaksa menyukat dan hanya menggunakan setengah kampit sehari dan tambahan penggunaan daun pucuk ubi sebagai makanan alternatif untuk ikan yang diternak,” katanya.
Khairul Anuar ditemui pemberita pada Program Penyerahan Input Dana Jaminan Makanan (DJM) kepada Penternak Negeri Sembilan dekat Terachi di sini hari ini.
Program tersebut dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan, Mohd. Sufian Sulaiman.
Menurut Khairul Anuar, dia mengakui terkesan dengan kenaikan harga tersebut kerana menternak ikan merupakan sumber pendapatan utamanya.
“Saya harap kerajaan dapat mengawal harga makanan ikan ini kerana ia sangat menjejaskan penternak ikan,” katanya yang mengusahakan kolam ternakan ikannya di Port Dickson.
Seorang lagi penternak ikan, Saiful Azam Nordin, 48, pula berkata, dia kini menanggung kenaikan kos sebanyak RM25 sehari berikutan kenaikan harga makanan ikan itu.
“Saya menggunakan lima kampit makanan ikan bersaiz 25kg setiap hari untuk ikan keli yang dibela di Lenggeng, Seremban. Ada penjual yang menaikkan harga sehingga RM5 setiap kampit jadi saya menanggung kos tambahan sebanyak RM25 sehari sekarang,” jelasnya.
Sementara itu, seramai 30 orang pengusaha kecil projek akuakultur di negeri ini menerima bantuan DJM berjumlah keseluruhan sebanyak RM530,407.
Mohd. Sufian berkata, semua pengusaha itu menerima bantuan DJM berbentuk input ternakan dan peralatan seperti makanan ikan, paddle wheel, submersible pump, paip PVC, jaring menangkap ikan, dan set solar.
“Kami berharap agar pengusaha dapat memanfaatkan segala bantuan yang diberikan dan menggunakan dengan sebaliknya bagi meningkatkan pendapatan isi rumah masing-masing,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/penternak-ikan-gusar-makanan-ikan-naik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Getah Naik Kes Curi Sekerap Pun Naik

Harga Getah Naik Kes Curi Sekerap Pun Naik

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 295 hits
Disebabkan harga getah yang semakin meningkat maka tidak hairan lah kalau kes curi getah sekerap pun meningkat Bukan sekadar sekerap getah kentalan dan kepingan pun habis kena kebas Teringat pula aku dengan kes bapak sendiri Dijadikan cerit...
Senarai Harga Rokok Malaysia 4 Nov Naik 40

Senarai Harga Rokok Malaysia 4 Nov Naik 40

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 6478 hits
Harga Rokok Malaysia 4 November 2015 naik sebanyak 40 menjadikan harga rokok RM17 bagi jenama Dunhill Kent Benson Hedges dan sekumpulan dengannya Apakah Punca Kenaikan Harga Rokok 40 Malaysia Harga Baru rokok selepas kenaikan 40 bermua 12 0...
Harga Ayam Mungkin Terus Naik Bos Mydin

Harga Ayam Mungkin Terus Naik Bos Mydin

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 224 hits
Harga ayam mungkin terus naik Bos Mydin Kerajaan perlu mengambil tindakan segera bagi menangani isu kenaikan harga ayam kata pemilik rangkaian pasa rraya besar Mydin Ameer Ali Mydin Beliau berkata pembekal mendakwa kenaikan harga berpunca d...
Ini Kata Rasulullah S A W Bila Harga Barang Naik

Ini Kata Rasulullah S A W Bila Harga Barang Naik

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 404 hits
Harga barang naik Dan segala benda dikatakan akan naik tahun depan Bermula dari kenaikan harga minyak Dan selepas ni akan naik lagi Rasa down betul memikirkan dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan sekarang ni kan Rasa terbeban betul...
Ramai Yang Viral Harga Ikan Siakap Langkawi Mahal

Ramai Yang Viral Harga Ikan Siakap Langkawi Mahal

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 695 hits
Sejak dua menjak ni nama Pulau Langkawi kembali jadi viral Kali ini bukan kerana destinasi menarik yang baru tetapi kecoh pasal isu harga makanan di restoran terapung di sana Di media sosial ramai yang viral tentang harga Ikan Siakap Langka...
Ikan Siakap 3 Rasa Langkawi Harga Mahal

Ikan Siakap 3 Rasa Langkawi Harga Mahal

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 564 hits
Tak taulah mana yg betul mangsa dan peniaga ada penjelasan masing2 Terkejut bayar harga siakap Langkawi RM1 196 seekor Dulu pernah tular ikan patin harga beratus ratus ringgit Tapi bila dah makan kena la bayar kan PETALING JAYA Secara kebia...
Harga Minyak Ron95 Naik Lagi

Harga Minyak Ron95 Naik Lagi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 189 hits
Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan pe...
Harga Baru Kursus Kahwin Keluaraan Jawi Naik Mulai Bulan Ini

Harga Baru Kursus Kahwin Keluaraan Jawi Naik Mulai Bulan Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 422 hits
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengumumkan manaikkan harga kursus kahwin dibawah kelolaan mereka berkuatkuasa 4 Februari lalu Harga asal untuk sijil beserta kursus sebelum ini adalah hanya RM85 dan dinaikkan kepada RM130 seja...
Dua Bulan Selepas Kelonggaran Ppn Harga Rumah Naik Rm50 000

Dua Bulan Selepas Kelonggaran Ppn Harga Rumah Naik Rm50 000

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 267 hits
SETIAP individu terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga sememangnya berhasrat untuk memiliki kediaman sendiri Tidak kira apa jenis rumah sekali pun ia bergantung kepada kemampuan dan kewangan masing masing Jika dahulu rumah tradisional ...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi