Dua Bulan Selepas Kelonggaran Ppn Harga Rumah Naik Rm50 000




SETIAP individu terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga sememangnya berhasrat untuk memiliki kediaman sendiri.
Tidak kira apa jenis rumah sekali pun, ia bergantung kepada kemampuan dan kewangan masing-masing.
Jika dahulu rumah tradisional dibina di tanah sendiri, namun seiring peredaran zaman beberapa rumah mula dibangunkan pemaju seperti projek banglo, rumah berkembar (semi-D), rumah teres, pangsapuri, dan kondominium.
Tidak kira apa jenis rumah sekali pun, namun untuk memiliki kediaman di negara ini bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi bagi golongan berpendapatan rendah.
Hakikatnya, harga rumah ketika ini terus meningkat terutama di kawasan bandar strategik seperti di Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya.
Malah, harga rumah di pinggiran bandar sekitar Selangor juga kini semakin mahal seperti di Meru, Kapar, Kuala Selangor hinggalah ke Sabak Bernam.
Kenaikan harga rumah dikaitkan dengan harga barang binaan yang melambung dua hingga empat kali ganda.
Dalam keadaan pandemik ini, kenaikan harga rumah terus mendadak terutama besi dan simen konkrit sehingga melebihi 50 peratus.
Seorang kontraktor kelas F, Mohd Roslan Muslimin, 46, yang ditemui Sinar Harian memaklumkan, jika dahulu rumah dibina di kawasan tanah persendirian berkeluasan 24 x 30 kaki persegi berharga RM80,000 dua bulan lalu, kini harganya sudah melebihi RM130,000.
Ini bermakna, dalam tempoh dua bulan selepas kelonggaran Pelan Pemulihan Negara (PPN) berlaku kenaikan harga rumah sehingga RM50,000.
Jelasnya, harga bahan binaan terutama besi cerucuk dahulunya berharga RM2,800 setan metrik tetapi kini harganya naik sehingga RM4,000 setan metrik.
Akibat kenaikan itu juga katanya, kos upah membuat rumah di tanah persendirian kini meningkat daripada RM90 kaki persegi kepada RM130 kaki persegi.
Katanya, tidak tahu di mana puncanya kenaikan mendadak harga binaan pasti menyebabkan kontraktor terus dihimpit dengan tekanan kenaikan harga barangan.
Jika kenaikan ini berterusan, sudah tentu ramai kontraktor gulung tikar dan ia turut memberi kesan kepada kontraktor baharu ingin berkembang.Bersaing
Entah apa sebenarnya menjadi punca harga rumah terus melambung tinggi hingga menyukarkan pembeli memiliki kediaman sendiri.
Akta kawalan harga perlu dikuatkuasakan bagi memastikan harga bahan binaan ini masih terkawal.
Di pihak pemaju pula, mereka seharusnya membina lebih banyak rumah mampu dibeli rakyat berbanding rumah mewah bersifat kayangan.
Pada masa ini, kebanyakan rumah yang dibangunkan pemaju ketika ini hanyalah ‘rumah mampu tengok’.
Memang diakui, banyak rumah mampu milik disediakan pihak kerajaan seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau projek perumahan subsidi lain, tetapi mereka terpaksa bersaing dengan seluruh rakyat negara ini yang mahu mendapatkan rumah bantuan kerajaan.
Beberapa pakej diperkenalkan kerajaan untuk membantu rakyat di negara ini memiliki rumah sama ada di kawasan bandar dan pedalaman.
Misalnya di Wilayah Persekutuan, sejumlah 62,701 unit rumah Projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia (RWKM) melibatkan 100 projek mendapat kelulusan untuk pembinaan di Wilayah Persekutuan hingga 30 September lalu.
RWKM memberi tumpuan kepada golongan B40 dan M40 untuk memiliki kediaman di pusat bandar.
Selain itu, kerajaan Selangor juga turut memberi tumpuan kepada rakyat di negeri itu memiliki rumah pertama.
Persoalannya, adakah rumah mampu milik yang dibina mencukupi untuk rakyat berpendapatan rendah?
Dengan populasi rakyat di negara ini semakin meningkat, pembinaan rumah bantuan kerajaan bukanlah penyelesaian tepat.
Sebaliknya, kerajaan perlu melihat daripada semua sudut termasuk kemampuan kewangan rakyat selain mengawal harga rumah serta harga bahan binaan yang semakin membebankan.
Jika ini dapat dilakukan, banyak mana pun projek perumahan dilaksanakan sudah tentu ia dapat menguntungkan semua pihak sama ada penjual atau pembeli.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/11/dua-bulan-selepas-kelonggaran-ppn-harga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bitcoin Pengembalian Semula Ke 60 000 Selepas Kenaikan Kuat Kerana Kenaikannya Pada Bulan November Terlalu Impulsif Dan

Bitcoin Pengembalian Semula Ke 60 000 Selepas Kenaikan Kuat Kerana Kenaikannya Pada Bulan November Terlalu Impulsif Dan

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 193 hits
Bitcoin telah kembali kepada 60 000 dan ini adalah kali pertama sepanjang bulan November yang mencetuskan anjakan penurunan harga bagi altcoin yang lain Minggu lepas bitcoin didagangkan pada paras tertinggi sepanjang masa pada giliran 69 00...
Harga Baru Kursus Kahwin Keluaraan Jawi Naik Mulai Bulan Ini

Harga Baru Kursus Kahwin Keluaraan Jawi Naik Mulai Bulan Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 330 hits
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengumumkan manaikkan harga kursus kahwin dibawah kelolaan mereka berkuatkuasa 4 Februari lalu Harga asal untuk sijil beserta kursus sebelum ini adalah hanya RM85 dan dinaikkan kepada RM130 seja...
Cara Mohon Bina Rumah Mesra Rakyat Atas Tanah Sendiri Subsidi Sehingga Rm20 000

Cara Mohon Bina Rumah Mesra Rakyat Atas Tanah Sendiri Subsidi Sehingga Rm20 000

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 343 hits
Syarikat Perumahan Negara Berhada merupakan sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Ker...
Tumbuh Gigi Geraham Seawal Usia 2 Bulan Dijemput Ilahi Selepas Pendarahan Dalam Otak

Tumbuh Gigi Geraham Seawal Usia 2 Bulan Dijemput Ilahi Selepas Pendarahan Dalam Otak

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 261 hits
Anak syurga hanya sempat bersama dua bulan sebelum pergi buat selama lamanya Difahamkan puncanya kerana pendarahan dalam otak disebabkan sakit gigi geraham yang tumbuh Walaupun dipinjamkan dalam tempoh yang singkat pemergiannya sangat terke...
Tangguh 4 Kali Majlis Akhirnya Dapat Naik Pelamin Dengan Baby Dalam Perut 8 Bulan

Tangguh 4 Kali Majlis Akhirnya Dapat Naik Pelamin Dengan Baby Dalam Perut 8 Bulan

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 219 hits
Setelah Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh kerajaan sebelum ini semua majlis perkahwinan keraian tak dibenarkan Namun selepas keputusan rentas negeri dibolehkan majlis perkahwinan atau majlis keraian lain dah mula dibolehkan tetapi ...
Setelah 2 Bulan Park Seojoon Pulang Ke Korea Selepas Penggambaran The Marvels

Setelah 2 Bulan Park Seojoon Pulang Ke Korea Selepas Penggambaran The Marvels

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 321 hits
Pelakon Park Seo joon telah pulang ke Korea selepas penggambaran filem The Marvels ARTIKEL BERKAITAN Menurut laporan pada 2 November Park Seo joon tiba di lapangan terbang antarabangsa Incheon pada sebelah petang selepas penggambaran filem ...
Cousin Mia Dan Khalif Datang Ke Rumah Selepas Pkp

Cousin Mia Dan Khalif Datang Ke Rumah Selepas Pkp

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 187 hits
Hai Assalamualaikum kawan kawan Alhamdulillah entry kedua saya untuk tahun ini Entry before ni kami hantar anak anak ke rumah cousin mereka di Puchong dan shopping berdua di IKEA Nak tahu apa yang kami beli bolehlah klik di Entry kali ni co...
Tak Mungkinkah Najib Akan Mohon Semula Rumah Rm100 Juta Selepas Selesai Prn Melaka

Tak Mungkinkah Najib Akan Mohon Semula Rumah Rm100 Juta Selepas Selesai Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 283 hits
Najib Razak akhirnya membuat keputusan menarik balik permohonan mendapatkan rumah bernilai RM100 juta di sebuah kawasan eksklusif di ibu negara atas kapasitinya sebagai bekas Perdana Menteri Dua alasan diberikan atas tindakan tersebut menga...
Australia Buka Sempadan Antarabangsa Selepas 20 Bulan Ditutup

Australia Buka Sempadan Antarabangsa Selepas 20 Bulan Ditutup

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 219 hits
Australia secara rasmi membuka sempadan antarabangsa selepas 20 bulan ditutup sekali gus membenarkan orang awam yang lengkap divaksin melakukan perjalanan Penerbangan Qantas Airways dari Los Angeles mendarat di Sydney jam 6 pagi semalam ant...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities