Pensyarah Ratifikasi Icerd Langkah Biadab Terhadap Raja Raja Melayu



19 Safar 1440H, Ahad –Keputusan kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), adalah langkah yang bercanggah dengan Perlembagaan dan bersikap biadap terhadap raja-raja Melayu.Pensyarah Undang-undang Universiti Teknologi Malaysia kampus Kuala Lumpur, Dr Muhammad Fathi Yusof berkata ICERD adalah perkara yang melibatkan struktur asas Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep raja berperlembagaan.Katanya, walaupun kuasa raja-raja Melayu adalah terhad, namun mana-mana pihak tidak boleh mengabaikan peranan dan kedudukan mereka, kerana hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera termasuk dalam kuasa raja-raja Melayu.“Setiap negara ada sejarah tersendiri. Di Malaysia, wujud hak istimewa untuk orang Melayu dan Bumiputera sebagai makanisme perlindungan yang telah dipersetujui dalam perundingan Merdeka. Ia berkait rapat dengan kelonggaran dalam hal kewarganegaraan waktu itu. Ia juga berperanan bagi mengimbangi kekuatan ekonomi kaum-kaum di Malaysia.“Persoalan bila hak istimewa ini akan terus diberikan adalah satu perkara yang boleh dibincangkan secara dalaman tanpa perlu diikat dengan satu kawalan dari luar. Bagi menghormati kemerdekaan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan berprinsip, maka kerajaan tidak sepatutnya meratifikasi ICERD,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy berkata, Kerajaan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun depan.“Saya ingin menyatakan bahawa meratifikasi konvensyen-konvensyen ini termasuk ICERD adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).“Komitmen ini bukan sahaja diberi oleh saya tetapi juga Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mujahid Rawa. Ia diperkukuhkan lagi oleh kenyataan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini,” katanya.Mengulas lanjut Dr Fathi berkata, tidak ada keperluan pun untuk kerajaan membuat ratifikasi konvensyen berkenaan, kerana hakikatnya tidak ada sebarang kezaliman yang berlaku atas sebab diskriminasi atau penindasan kaum.“Peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak persamaan dari aspek agama, bangsa, keturunan dan tempat lahir sudah cukup kuat melindungi rakyat Malaysia. Kenapa kita perlu bergantung kepada undang-undang antara bangsa dalam soal dalaman negara kita sendiri,” soalnya.Justeru beliau menasihatkan supaya semua pihak terbabit berhati-hati dengan agenda campur tangan asing atas alasan hak asasi manusia, kononnya dianggap bersifat sejagat atau universal.“Namun realitinya sebahagian daripada konsep hak asasi dibina mengikut falsafah dan sistem nilai benua dan negara tertentu, tidak sesuai dengan sistem nilai di negara lain. Usaha pemaksaan sesuatu sistem nilai bagi penduduk dunia yang pelbagai agama, budaya dan bangsa adalah satu langkah yang tidak wajar.“Amalan LGBT misalnya, kini diiktiraf sebagai satu amalan yang diterima baik di Barat, tetap dianggap bermasalah bagi negara yang berpegang dengan prinsip agama. Dalam hal seperti ini pemaksaan amalan seragam di semua negara seluruh dunia tentunya sesuatu yang tidak wajar,” katanya. IsmawebBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2018/10/pensyarahratifikasi-icerd-langkah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ratifikasi Icerd Rugikan Melayu Hak Keistimewaan Dihapus

Ratifikasi Icerd Rugikan Melayu Hak Keistimewaan Dihapus

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 443 hits
Untuk mengelak bantahan orang Melayu dan anak anak negeri Sabah dan Sarawak mereka mengatakan bahawa pengesahan itu tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153 Tun Abdul Hamid Mohamad21 Safar 1440H Selasa Saya berani mengatakan jika konven...
Ratifikasi Icerd Mpm Hantar Memo Kepada Majlis Raja Raja

Ratifikasi Icerd Mpm Hantar Memo Kepada Majlis Raja Raja

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 567 hits
KUALA LUMPUR 18 Safar 1440H Sabtu Majlis Perundingan Melayu akan menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Raja Raja berhubung hasrat kerajaan meratifikasikan enam triti hak asasi manusia termasuk Konvensyen Antarabanp999 is a good perso...
Kadir Jasin Rakyat Perlu Tahu Kos Menanggung Raja Raja Melayu

Kadir Jasin Rakyat Perlu Tahu Kos Menanggung Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 515 hits
Sultan Kedah Tuanku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang ditabalkan pada 22 Oktober lalu mengambil gelaran Al Aminul Karim Seorang pegawai Pejabat Sultan di Alor Star memberitahu terjemahan bahasa Melayu yang diperkenankan bagi g...
Majlis Raja Raja Melayu Tegas Menyokong Penderian Ydpa Untuk Memilih Peguam Negara Yang Berbangsa Melayu Islam

Majlis Raja Raja Melayu Tegas Menyokong Penderian Ydpa Untuk Memilih Peguam Negara Yang Berbangsa Melayu Islam

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 390 hits
KRISIS perlembagaan kini menunggu kerajaan baru Pakatan Harapan yang dipilih oleh rakyat dengan Raja Raja Melayu berhubung pelantikan peguam negara yang baharu Lebih 10 hari lepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menulis kepada Yang Di P...
Icerd Gugat Peluang Pendidikan Anak Melayu Iguru

Icerd Gugat Peluang Pendidikan Anak Melayu Iguru

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 375 hits
Oleh Siti Hafidah Abd GhaffarBANGI 25 Safar 1440H Sabtu Langkah kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Untuk Memansuhkan Semua Bentuk Diskriminasi Perkauman pada suku pertama tahun depan akan membunuh peluang pendidikan anak an...
Icerd Hapus Hak Istimewa Melayu Bumiputera

Icerd Hapus Hak Istimewa Melayu Bumiputera

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 571 hits
Meratifikasi atau mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum akan mengakibatkan berlakunya penghapusan kepada hak istimewa yang dimiliki orang Melayu serta anak anak negeri Sabah dan Sarawak Bek...
Icerd Beri Kesan Pada Melayu Sabah Sarawak Kata Bekas Ketua Hakim

Icerd Beri Kesan Pada Melayu Sabah Sarawak Kata Bekas Ketua Hakim

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 444 hits
October 30 2018 4 09 PMBekas ketua hakim negara berkata pengecualian tidak boleh dilakukan sebab ia bercanggah dengan tujuan asas ICERD PETALING JAYA Bekas ketua hakim negara berkata mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan ...
Israel Pun Tolak Icerd Melayu Mabuk Ketum Terlebih Liberal Atau Terlebih Bodoh

Israel Pun Tolak Icerd Melayu Mabuk Ketum Terlebih Liberal Atau Terlebih Bodoh

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 950 hits
18 Safar 1440H Sabtu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum adalah agenda Zionis untuk memperluaskan pengaruh selain bertujuan membela Yahudi kata Exco Penerangan dan Kajian Pemuda Isma Muslim Abdullah ...
Icerd Pengesahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum Merugikan Melayu

Icerd Pengesahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum Merugikan Melayu

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 515 hits
Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad nbsp nbsp Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum telah dibuka un
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Akademik Etiqa

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga

Arti Ar Raqib Dan Cara Mengamalkan Asmaul Husna Ini

Salam Aidil Fitri Kami Team Raya Kl Kurangkan Jem Kat Lebuhraya

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya