Ratifikasi Icerd Mpm Hantar Memo Kepada Majlis Raja Raja



KUALA LUMPUR, 18 Safar 1440H, Sabtu – Majlis Perundingan Melayu (MPM) akan menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Raja-Raja berhubung hasrat kerajaan meratifikasikan enam triti hak asasi manusia, termasuk Konvensyen Antarabanp999 is a good person gsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama tahun depan.
Setiausaha Agung MPM, Prof Datuk Dr Hasan Mad berkata, memorandum itu akan disediakan secara bersama oleh lebih 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan akan diserahkan dalam masa dua minggu lagi.
“MPM bimbang kalau berlaku ratifikasi, langkah seterusnya ialah kemungkinan peruntukan Perlembagaan akan dipinda, termasuk Perkara 153 (mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera).
“Perkara ini tidak boleh dipinda atau dibuat apa-apa, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Hasan mendakwa kerajaan melahirkan hasrat melakukan ratifikasi itu berikutan pihak pembangkang dilihat agak ‘lemah’.
Dalam kenyataan kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy berkata, langkah meratifikasikan konvensyen itu, termasuk ICERD, adalah selaras dengan manisfesto Pakatan Harapan (PH).
Sementara itu, Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra), Azril Mohd Amin berkata, triti itu sendiri perlu dikaji semula dengan teliti dan tidak boleh diterima secara bulat-bulat kerana susunan kata, takrifan dan model penyediannya tidak semestinya sesuai dengan keunikan yang terdapat di Malaysia dari segi keadaan, budaya dan struktur undang-undang.
“Malah, kita boleh gubal undang-undang dan peraturan kita sendiri untuk menangani isu yang disentuh triti itu secara lebih berkesan dan dengan cara yang lebih mantap untuk menegakkan kedaulatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini.
Kerajaan, tegas beliau, perlu benar-benar prihatin untuk mencapai hasil positif bagi Malaysia dan rakyatnya.
“Kelulusan antarabangsa tidak seharusnya dicari dengan memberi ratifikasi secara menyeluruh terhadap triti berkenaan kerana kecekapan kita dalam menangani isu itu sendiri sudah memadai untuk mengembalikan nama baik dan prestij negara kita di seluruh dunia,” katanya.
Beliau seterusnya berkata:
“Tentunya, kita mampu mempamerkan kepimpinan dalam menyelesaikan masalah, bukan semata-mata dengan menerima pakai rangka kerja perundangan berkaitan triti itu, yang dianggap ‘satu saiz sesuai untuk semua’, kerana ia dirangka oleh orang lain yang tidak tahu mengenai keperluan khusus masyarakat kita.”
Katanya, Centhra berpendapat menangani isu yang diliputi triti berkenaan memerlukan kajian berkaitan pascaratifikasi dibuat selama bertahun-tahun bagi memastikan pematuhannya adalah sesuai dalam konteks Malaysia.
“Oleh itu, langkah tergesa-gesa meratifikasikannya adalah tidak berasas. Lebih baiklah kita tumpukan masa dan tenaga kita untuk menangani isu itu sendiri, tanpa mengalah kepada tekanan agar kita meratifikasinya kerana apabila kita sudah meratifikasikannya, dengan serta-merta kita akan terdedah kepada lebih banyak tekanan berkaitan perlaksanaannya,” kata beliau. – Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/10/ratifikasi-icerd-mpm-hantar-memo-kepada.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pensyarah Ratifikasi Icerd Langkah Biadab Terhadap Raja Raja Melayu

Pensyarah Ratifikasi Icerd Langkah Biadab Terhadap Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 442 hits
19 Safar 1440H Ahad Keputusan kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum adalah langkah yang bercanggah dengan Perlembagaan dan bersikap biadap terhadap raja raja Melayu Pensyara...
Majlis Raja Raja Melayu Tegas Menyokong Penderian Ydpa Untuk Memilih Peguam Negara Yang Berbangsa Melayu Islam

Majlis Raja Raja Melayu Tegas Menyokong Penderian Ydpa Untuk Memilih Peguam Negara Yang Berbangsa Melayu Islam

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 368 hits
KRISIS perlembagaan kini menunggu kerajaan baru Pakatan Harapan yang dipilih oleh rakyat dengan Raja Raja Melayu berhubung pelantikan peguam negara yang baharu Lebih 10 hari lepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menulis kepada Yang Di P...
Majlis Serah Memorandum Tolak Icerd Penghapusan Hak Bumiputera Pada 31 Okt Di Parlimen

Majlis Serah Memorandum Tolak Icerd Penghapusan Hak Bumiputera Pada 31 Okt Di Parlimen

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 814 hits
ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa hak asasi manusia yang telah berkuatkuasa dari tahun 1969 di mana negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan segala bentuk diskriminasi bangsa dan kaum Sehingga hari ini seramai 11 777...
Kerajaan Bincang Ratifikasi Icerd 7 November Ini

Kerajaan Bincang Ratifikasi Icerd 7 November Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 369 hits
Kerajaan akan mengadakan perbincangan meja bulat bersama badan bukan kerajaan Islam bagi membincangkan cadangan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Perbincangan yang akan diadakan pa
Wajarkah Terburu Buru Ratifikasi Icerd

Wajarkah Terburu Buru Ratifikasi Icerd

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 331 hits
WAJARKAH TERBURU BURU RATIFIKASI ICERD ICERD 1 adalah konvensyen antarabangsa untuk menghentikan segala diskriminasi kaum di negara ini Secara zahir ia kelihatan baik kerana Islam sendiri tidak membezakan seseorang atas rupa warna kulit dan...
Ramai Ramai Tandatangan Petisyen Bantah Ratifikasi Icerd

Ramai Ramai Tandatangan Petisyen Bantah Ratifikasi Icerd

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 678 hits
16 Safar 1440H Khamis Satu petisyen diwujudkan sebagai bantahan untuk meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa hak asasi manusia yang telah ...
Umno Tolak Ratifikasi Icerd Annuar

Umno Tolak Ratifikasi Icerd Annuar

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 461 hits
UMNO menolak sekeras kerasnya hasrat kerajaan Pakatan Harapan untuk melaksanakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum tahun depan Setiausaha Agungnya Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO menyok...
Ratifikasi Icerd Rugikan Melayu Hak Keistimewaan Dihapus

Ratifikasi Icerd Rugikan Melayu Hak Keistimewaan Dihapus

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 405 hits
Untuk mengelak bantahan orang Melayu dan anak anak negeri Sabah dan Sarawak mereka mengatakan bahawa pengesahan itu tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153 Tun Abdul Hamid Mohamad21 Safar 1440H Selasa Saya berani mengatakan jika konven...
Benarkah Ratifikasi Icerd Tidak Bercanggah Perlembagaan

Benarkah Ratifikasi Icerd Tidak Bercanggah Perlembagaan

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 488 hits
Menteri bersungguh sungguh memutar belit bagi memastikan kejayaan mereka bantahICERD lawanICERDKamu sudah dengar kenyataan Ahli Parlimen Batu Kawan tempoh hari mengenai proses perakuan kerajaan Malaysia berkenaan konvensyen hak asasi PBB Se...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game