Penjualan Aset Anak Syarikat Tabung Haji Akan Disemak Semula




Kerajaan akan menilai semula keputusan pentadbiran PH sebelum ini untuk menjual sejumlah subsidiari TH Plantations Bhd yang merupakan anak syarikat Lembaga Tabung Haji, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.
Marzuk berkata, dengan penjualan 14 daripada 19 subsidiari TH Plantations, saiz ladangnya akan berkurang daripada 100,976 hektar kepada 24,000 hektar.
Katanya, empat daripada 14 subsidiari itu dijual mencatatkan keuntungan.
"Keputusan untuk menjual ladang-ladang ini telah dibuat semasa harga minyak sawit mentah (CPO) mengalami kejatuhan yang serius, yang mana menyebabkan anak-anak syarikat THP ini mengalami kerugian.
"Kejatuhan harga CPO ini adalah disebabkan oleh tindakan-tindakan kerajaan terdahulu yang tidak menjaga hubungan dagangan dengan China dan India, yang akhirnya menyebabkan eksport sawit kita jatuh mendadak," katanya dalam jawapan bertulis Parlimen hari ini.
Marzuk yang merupakan anggota Parlimen Pengkalan Chepa daripada PAS menjawab soalan Anggota Parlimen Tanjong Karang Noh Omar berkenaan justifikasi penjualan dan keluasan ladang yang telah dijual dan berkenaan pembelinya.
"Setelah kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pemerintahan pada Februari lepas, keyakinan pelabur semakin meningkat dan harga minyak sawit mentah kian pulih disebabkan hubungan dagangan antarabangsa kembali terjalin.
"Justeru Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menilai semula keputusan penjualan ladang secara besar-besaran ini sama ada ia wajar ataupun tidak," kata Marzuk lagi.
Katanya, penjualan itu antara lain melibatkan 70 peratus kepentingan ekuiti dalam THP-YT Plantations Sdn Bhd kepada TDM Berhad, syarikat milik kerajaan Terengganu.
Penjualan melibatkan 2,549 hektar ladang itu dibuat pada harga pasaran dan sedang dimuktamadkan, katanya lagi.
Menurut laporan pada Mac lalu, THP-YT Plantations Snd Bhd dijual pada harga RM7 juta.
Katanya lagi, penjualan Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisan MAS Sdn Bhd - dua lagi subsidiari THP - melibatkan 5,614 hektar ladang kepada Tamaco Plantations Sdn Bhd, yang menurutnya syarikat bukan bumiputera, juga sedang dimuktamadkan.
"Penjualan ini sedang menunggu kelulusan daripada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) sama ada harga jualan tersebut adalah pada harga pasaran ataupun tidak dan sama ada pelupusan tersebut akan memberi impak kepada perancangan jangka panjang dan keuntungan TH Plantation," katanya lagi.
Menurut laporan pada Disember 2019, kedua-dua syarikat yang mencatatkan kerugian itu akan dijual dengan harga RM170 juta.

MR :  PH merompak wang rakyat dalam diam-diam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/penjualan-aset-anak-syarikat-tabung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendedahan Mengejutkan Tentang Penjualan Aset Tabung Haji Di Parlimen

Pendedahan Mengejutkan Tentang Penjualan Aset Tabung Haji Di Parlimen

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 392 hits
YDP PAS Shah Alam Ahmad Dusuki Abd Rani dilaporkan memberi amaran keras semasa pemerintahan Pakatan Harapan supaya jangan menjual aset Lembaga Tabung Haji kepada orang bukan Islam Sebabnya mudah TH adalah sebuah institusi memperkasa ekonomi...
Isu Penjualan Aset Tabung Haji Kemana Dr Zaharuddin Menghilangkan Diri

Isu Penjualan Aset Tabung Haji Kemana Dr Zaharuddin Menghilangkan Diri

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 637 hits
Oleh Jebat1 Pembongkaran yang dibuat oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengenai penjualan aset aset Tabung Haji ketika era PH memerintah cukup hangat dibincangkan 2 Malah dalam perbahasan yang berlansung kita dapa...
Pelaburan Tabung Haji Di Dalam Syarikat Roti Silverbird Saham Dibeli Pada Premium 177 Kerugian Rm90 Juta

Pelaburan Tabung Haji Di Dalam Syarikat Roti Silverbird Saham Dibeli Pada Premium 177 Kerugian Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 379 hits
FEBRUARY 23 2016 RAFIZIRAMLI 1 COMMENTSalah satu pelaburan Tabung Haji sebelum ini yang mengundang kontroversi ialah pembelian saham saham di dalam syarikat pembuat roti Silverbird Group Berhad di dalam tahun 2007 pada harga yang cukup ting...
Aset Tabung Haji Tidak Dijual Kepada Cina Saifuddin

Aset Tabung Haji Tidak Dijual Kepada Cina Saifuddin

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 463 hits
Tabung Haji mencatat perolehan membanggakan tahun ini kerana proses penyelamatan yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan sejak setahun lalu telah berjaya Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam sesi bahas Titah...
Tabung Haji Tidak Dikuasai Bukan Islam Muhyiddin Siapa Kata Saya Lelong Aset Th Mujahid

Tabung Haji Tidak Dikuasai Bukan Islam Muhyiddin Siapa Kata Saya Lelong Aset Th Mujahid

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 502 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Tabung Haji kini mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1 9 bilion dan tidak dikuasai orang bukan Islam kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Aset Tabung Haji Dikuasai Bukan Islam

Aset Tabung Haji Dikuasai Bukan Islam

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 474 hits
Kenapa Saifuddin Nasution bersyukur dengan jawapan berhubung Tabung Haji ini sebab jawapan ini sebenarnya membuktikan kegagalan PH Dalam jawapan parlimen semalam kerajaan PN mengesahkan aset aset TH sudah dipindah ke Kementerian Kewangan se...
Kerajaan Teliti Semula Penjualan Aset Th Plantations

Kerajaan Teliti Semula Penjualan Aset Th Plantations

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 295 hits
Tidak menolak kemungkinan untuk batal penjualan aset syarikat KUALA LUMPUR Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk membatalkan penjualan aset syarikat TH Plantations Bhd berikutan banyak perkara berkaitan yang perlu diteliti semula kata Ti...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia