Pendedahan Mengejutkan Tentang Penjualan Aset Tabung Haji Di Parlimen


YDP PAS Shah Alam, Ahmad Dusuki Abd Rani dilaporkan memberi amaran keras semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) supaya jangan ‘menjual’ aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada orang bukan Islam. Sebabnya mudah. TH adalah sebuah institusi memperkasa ekonomi umat Islam, ada maruah, perlu dijaga sebaiknya, lebih-lebih lagi berkaitan ibadat dalam rukun Islam

Ramai orang awam, termasuklah saya mentafsirkan amaran tersebut lebih kepada peringatan kepada Menteri di JPM ketika itu Mujahid Yusof (YB Parit Buntar daripada Parti Amanah) supaya berjaga-jaga dengan ‘perpindahan aset’ TH kepada Urusharta Jemaah Sdn Bhd, SPV yang didakwa diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan, sementelah menterinya adalah Setiausaha Agung DAP

Namun, tafsiran saya meleset. Pendedahan Timbalan Menteri di JPM kerajaan baru Perikatan Nasional (PN), dalam jawapan Parlimen pada 22 Julai 2020 menunjukkan amaran TDP PAS Shah Alam tersebut adalah berasas. Ini diperkukuh dengan ‘tembakan machine gun’ oleh YB Baling, bekas Pengerusi TH sehari sebelumnya yang membuatkan MP-MP Pakatan Harapan Plus tertunduk diam

Perkara ini tidak timbul dalam perbahasan Parlimen oleh YB Parit Buntar pada 15 Julai 2020 atau semasa celahan YB Kulim Bandar Baru terhadap perbahasan YB Port Dickson pada 14 Julai 2020 tentang TH. Setakat diikuti, tiada disebutkan soal penjualan aset subsidiari TH, TH Plantations Berhad (THP) kepada syarikat dimiliki oleh bukan bumiputera

Saya ringkaskan beberapa pendedahan di Parlimen oleh Menteri dan YB Baling serta beberapa rekod yang boleh diakses melalui internet dan rakaman video Youtube seperti berikut:
1. Kerajaan Pakatan Harapan pada Ogos 2019 membuat keputusan menjual 14 anak syarikat THP yang memiliki 76,957 hektar tanah iaitu 76.2% daripada keseluruhan ladang sawit kepunyaan THP walau pun ada syarikat tersebut mencatatkan keuntungan

2. THP turut menjual syarikat Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (termasuklah Maju Warisanmas Sdn Bhd) yang memiliki tanah berkeluasan 6,514 hektar dengan tanaman kelapa sawit kepada syarikat Tamaco Plantation Sdn Bhd

3. Ahli Lembaga Pengarah syarikat Tamaco yang membeli tanah THP ini ialah Lim Sing Hua, Lim Chun Leng, Lim Wai Foong, Lim Chun Hsiung dan Lee Ban Loong

4. Penjualan dibuat dengan nilai RM170 juta, iaitu nilai di bawah harga pasaran

5. Nilai jualan RM170 juta ini adalah jauh lebih rendah daripada penilaian asal oleh RM280 juta oleh jurunilai bebas CH Williams Talhar & Wong pada Disember 2018

6. Nilai jualan ini juga rendah daripada harga RM224 juta oleh penilai kerajaan di Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH) pada April 2020 yang kemudian diminta dinilai semula oleh THP dan diturunkan kepada RM198 juta

Harga THP di Bintulu dan Sibu tersebut sangat murah. Lebih 6,514 hektar adalah bersama 16,100 ekar. Jualan dengan harga RM170 juta bermaksud harganya lebih kurang RM10,600 seekar atau 24 sen sekaki persegi. 24 sen sekali persegi sangat murah!

Malah, harga itu juga terlalu murah jika dibandingkan dengan harga asal RM264 juta ketika ladang tersebut dibeli daripada syarikat bukan bumiputera pada Februari 2013 atau berbanding harga rekod Annual Report THP tahun 2017 yang mencatatkan nilainya adalah RM366.5 juta

Fakta ini juga menjawab persoalan kenapa ada syarikat yang sanggup membeli ladang THP, iaitu harganya murah sedangkan potensi keuntungannya tinggi. Namun, persoalan lebih besar, kenapa aset umat Islam ini dijual kepada bukan bumiputera dengan harga yang tak selayaknya. Ini bukan soal rasis tapi soal harta pendeposit yang 100% adalah umat Islam

Selain itu terdapat beberapa isu lain yang disebutkan di Parlimen, antaranya:
1. Terdapat surat daripada Menteri lalu, kini YB Parit Buntar yang mengarahkan semua perabut di empat hotel yang diambil alih oleh UJSB dijual dengan harga sangat rendah, iaitu RM10,000

2. Kegagalan membentangkan Laporan Tahunan Penyata Kewangan TH untuk diaudit oleh Jabatan Audit Negara selama 2 tahun, iaitu pada tahun kewangan 2018 dan 2019 seperti dikehendaki oleh Akta 240


Mujurlah kerajaan kini berubah kepada PN. Terima kasih atas pendedahan, mudah-mudahan kita sempat mengawal ‘risiko’ buruk ini daripada berlaku. Berdoalah ‘nasi tidak menjadi basi makanan ayam’. Seandainya pemerintahan PH berterusan, apalah nasib TH dan 9.43 juta pendeposit agaknya. Sudahlah hibah terendah dalam sejarah, TH rupanya ‘ada riak-riak’ nak dijarah

Sudahlah!. Marilah kita memastikan PH atau PH Plus tidak mengulanginya perkara ini lagi. Medan PRU-15 - kitalah ‘hakim’ untuk menjatuhkan hukuman ‘buang gelaran YB’ kepada mereka, kitalah ‘pengadil’ untuk melayangkan kad merah kepada mereka

Pertubuhan penggerak generasi muda Malaysia negeri kelantan Darul naim
Persatuan gerakan belia 4B malaysia kawasan rantau panjang24.7.2020



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/pendedahan-mengejutkan-tentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjualan Aset Anak Syarikat Tabung Haji Akan Disemak Semula

Penjualan Aset Anak Syarikat Tabung Haji Akan Disemak Semula

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 267 hits
Kerajaan akan menilai semula keputusan pentadbiran PH sebelum ini untuk menjual sejumlah subsidiari TH Plantations Bhd yang merupakan anak syarikat Lembaga Tabung Haji kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary Mar...
Isu Penjualan Aset Tabung Haji Kemana Dr Zaharuddin Menghilangkan Diri

Isu Penjualan Aset Tabung Haji Kemana Dr Zaharuddin Menghilangkan Diri

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 509 hits
Oleh Jebat1 Pembongkaran yang dibuat oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengenai penjualan aset aset Tabung Haji ketika era PH memerintah cukup hangat dibincangkan 2 Malah dalam perbahasan yang berlansung kita dapa...
Aset Tabung Haji Dikuasai Bukan Islam

Aset Tabung Haji Dikuasai Bukan Islam

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 307 hits
Kenapa Saifuddin Nasution bersyukur dengan jawapan berhubung Tabung Haji ini sebab jawapan ini sebenarnya membuktikan kegagalan PH Dalam jawapan parlimen semalam kerajaan PN mengesahkan aset aset TH sudah dipindah ke Kementerian Kewangan se...
Ahli Parlimen Baling Pertahan Diri Isu Tabung Haji

Ahli Parlimen Baling Pertahan Diri Isu Tabung Haji

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 276 hits
Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menggunakan peluangnya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini menjelaskan dakwaan berhubung isu penyelewengan dan kontroversi yang melanda Tabung Haji ketika di bawah pengurusan...
Muncul Hari Hari Dalam Tv Tapi Memfitnah Tentang Tabung Haji Kita Takut Apabila Memfitnah Tak Boleh Bertaubat

Muncul Hari Hari Dalam Tv Tapi Memfitnah Tentang Tabung Haji Kita Takut Apabila Memfitnah Tak Boleh Bertaubat

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 228 hits
Beliau yang dulu memfitnah sekarang ni seronok dan mudah je muka muncul di TV Teruklah macam ni adakah penghujung akhir zaman ini rakyat dicorakkan otak oleh so called agamawan yang kuat menipu dan memfitnah JUAL ASET ORANG ISLAM TABUNG HAJ...
Aset Tabung Haji Tidak Dijual Kepada Cina Saifuddin

Aset Tabung Haji Tidak Dijual Kepada Cina Saifuddin

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 295 hits
Tabung Haji mencatat perolehan membanggakan tahun ini kerana proses penyelamatan yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan sejak setahun lalu telah berjaya Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam sesi bahas Titah...
Tabung Haji Tidak Dikuasai Bukan Islam Muhyiddin Siapa Kata Saya Lelong Aset Th Mujahid

Tabung Haji Tidak Dikuasai Bukan Islam Muhyiddin Siapa Kata Saya Lelong Aset Th Mujahid

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Tabung Haji kini mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1 9 bilion dan tidak dikuasai orang bukan Islam kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran