Penjelasan Terperinci Tentang Dunia Filem Inception Spoiler Alert




Ramai yang menonton Inception merasa kagum dengan kebolehan Christopher Nolan mencipta filem ini. Namun, ada juga yang rasa pening-pening lalat apabila menonton. Malah, ada yang menyifatkan bahawa menonton filem ini telah membuka minda mereka dalam melihat filem ni dari perspektif baru


Kalau korang tak berapa nak faham filem ni, tak mengapa. Kami akan jelaskan secara terperinci berkenaan semua aspek filem ini. Tapi, kami takkan bincang tentang babak akhir filem ini (sebab ianya sudah dibincangkan di sini, dan bukan lagi sebuah perkara yang didebatkan lagi). Bersedia untuk memahami Inception dengan lebih dalam

PERATURAN 'INCEPTION'
Pertama sekali, kita perlu memahami dunia mimpi ciptaan Nolan di dalam filem ini.Dengan semua aksi yang berlaku dalam mimpi yang berlapis-lapis, agak senang untuk korang melupai beberapa aspek filem yang membuatkan korang rasa filem sukar difahami (padahal, kalau fokus, ianya mudah sahaja). 
Ingat, plot ringkas filem ini ialah sebegini: Cobb (the extractor/ tukang ekstrak) dan beberapa ahli pasukannya cuba untuk mencipta realiti palsu (false reality) dalam usaha untuk memanipulasi pemikiran seorang ahli korporat, Robert Fischer. Cobbs dan pasukannya masuk ke dalam mimpi bersama rakan-rakannya dan cuba menanam idea supaya Robert Fischer tidak meneruskan legasi ayahnya yang sakit. 
Inception sebenarnya seperti kisah rompakan, cuma kali ini, Nolan menukarkan rompakan barang berharga kepada rompakan idea dari dalam mimpi. 
Di dalam dunia mimpi, kita diperkenalkan dengan Dream Level (aras mimpi), dan Dream Time (durasi mimpi). Abaikan kesemua unsur matematik yang diperkenalkan. Fahami konsep asas Dream Level dan Dream Time:
Dream Level
Apabila seorang bermimpi di dalam mimpi, proses ini akan membawa seseorang itu menyelami dunia mimpi yang lebih dalam. Semakin jauh korang masuk ke dalam aras mimpi, maka semakin jauhlah minda korang menjauhi realiti asal di dunia sebenar. Mudahnya begini, semakin nyenyak kau tidur, semakin sukar untuk kita dikejutkan, dan semakin realiti mimpi kita rasakan. 
Memasuki alam mimpi yang dalam hanya boleh dikejutkan dengan 'the kick'. Mudahnya, 'the kick' ni ialah perasaan yang menyentak ilusi mimpi dan mengembalikan kita ke dunia realiti. Contohnya, ketika kita dibuai mimpi ngeri, kita mungkin akan terbangun apabila kita terjatuh katil, atau disimbah dengan air. Tidur yang nyenyak sukar dibangunkan dengan hanya sekadar menggoncangkan badan. 


Dalam aras mimpi, ada satu aras mimpi yang dikenali sebagai Limbo. Apabila kita memasuki aras mimpi Limbo, mimpi yang kita rasakan adalah seakan benar-benar realiti. Malah, otak kita gagal menafsirkan mimpi itu ialah mimpi dan merasakan seperti kita berada di dunia sebenar. Ianya seperti jasad kita sedang berada dalam keadaan koma, manakala minda kita masih menewarang. 
Orang yang memasuki aras Limbo tidak akan menyedari bahawa dunia sebenar itu ada. Walaupun dalam mimpi, kita sebenarnya berada dalam satu keadaan (di rumah usang, dikejar ular dan sebagainya) tapi kita sendiri tak pernah sedar apa yang terjadi sebelum itu. Berada di dalam aras Limbo, walaupun kita gagal menafsir bagaimana kita boleh berada di alam itu, minda kita percaya bahawa dunia mimpi itulah realiti

Hal ini yang terjadi kepada Mal, isteri Cobb. Cobb dan Mal tinggal di dalam dunia mimpi Limbo selama berdekad (jasad di dunia sebenar sedang terbaring tidur), sehinggakan apabila Mal dan Cobb kembali ke dunia, minda Mal gagal menafsirkan dunia sebenar ini ialah realiti. Hal ini membuatkan Mal membunuh diri kerana dia percaya dunia realiti ini palsu, dan dunia Limbo ialah benar. 

Dream Time
Semakin korang masuk ke dalam dunia mimpi, semakin pantas minda korang berimaginasi dan melihat visual dalam mimpi. Dalam filem Inception, kita diberitahu bahawa adanya gandaan durasi masa apabila semakin jauh kita masuk ke dalam mimpi. Jadi, semakin dalam kita masuk ke dalam mimpi, minit boleh bertukar menjadi jam, dan jam menjadi hari, malah hari boleh menjadi tahun. 
Sebab itulah, Cobbs dan pasukannya berjaya melakukan tugas untuk menanam idea ke dalam mida Risher dalam hanya beberapa saat jatuhan van ke dalam sungai kerana durasi masa di dalam mimpi aras lain adalah lebih panjang dari sekadar saat-saat jatuhan van di aras mimpi pertama

Di dalam Limbo pula, minda bergerak dengan agak pantas sehinggakan minit boleh diinterpretasikan sebagai tahun yang panjang. Sebab itulah, apabila Cobbs ingin menyelamatkan Saito yang mana 'mati' di mimpi aras pertama (mimpi Yusuf), dia sudah tua ketika dia berada di dalam Limbo. Saito cuba bertahan dan berjaya masuk ke mimpi di aras lain sebelum dia memasuki Limbo ketika bayangan Mal muncul dan menyerangnya. Di situ, Saito sudah menjadi orang tua di dunia Limbo

Bayangan Mal, yang mana merupakan projeksi dari minda Cobb menikam Cobb di dalam dunia Limbo milik Cobb dan menyebabkan Cobb terdampar di dunia Limbo milik Saito. Cobb sebenarnya perlu mencari Saito dan menyedarkannya bahawa Saito tidak berada di dunia sebenar sebaliknya di dunia Limbo. Apabila Saito berjaya menghadam bahawa dunia yang dia duduki, dimana dia sudah tua itu ialah Limbo, Saito dan Cobb berjaya kembali ke dunia sebenar dengan membunuh diri mereka sendiri di dunia Limbo. 
PARA PEMAIN DUNIA 'INCEPTION'



The Extractor (pengekstrak) - The Extractor ialah ketua dan perancang. Dia mempunyai kesemua perancangan untuk memanipulasi mimpi. Dalam erti mudahnya, The Extractor merancang bagaimana untuk 'merompak' tanpa menyedarkan tempat rompakan bahawa rompakan bakal dibuat. Cobb ialah perancang rompakan seperti mana filem rompakan biasa yang kita tonton, namun kali ini bukan duit dan emas yang bakal dirompak, tetapi mimpi

The Architect (arkitek) - The Architect ialah pencipta kepada dunia mimpi yang bakal memanipulasi mangsa (dikenali sebagai 'the mark') melalui perancangan The Extractor. Bayangkan kerja The Architect ini seperti designer dunia permainan video game, cuma kali ini, daripada mereka dunia untuk watak permainan video, The Architect mendipta dunia untuk dunia mimpi. 
Mangsa, Robert Fischer dibawa ke satu dunia mimpi yang dibina penuh dengan segala detail daripada minda bawah sedar dan memori yang membuatkan mangsa tidak sedar bahawa dia sedang bermimpi ataupun sedang berada di dunia sebenar. 
The Architect boleh memanipulasi dunia sebenar yang disalin ke dalam dunia mimpi secara fizikal untuk mencipta kesan paradox seperti tangga infiniti sehinggakan mimpi itu berfungsi seperti sebuah lorong sesat (maze). Sebuah mimpi dicipta seperti sebuah maze supaya mangsa tidak sampai kepada hujung maze sehingga dia tersedar dia bermimpi. Selain itu, rekaan maze juga membuatkan The Extractor senang membawa mangsa kepada objektif dengan lebih mudah

The Dreamer (pemimpi) - The Dreamer dan juga The Architect tidak semestinya orang yang sama. The Architect mencipta dunia mimpi dan boleh memberikan dunia mimpi yang direka itu kepada The Dreamer yang lain. The Dreamer ialah seorang manusia yang membenarkan ruang mindanya menjadi dunia kepada pemimpi lain untuk masuk dan melakukan perancangan dari The Extractor. 
The Dreamer membenarkan mangsa menggunakan mimpi di dalam mindanya dan mengisi dengan segala maklumat bawah sedar mangsa. Namun, The Dreamer harus memastikan mimpinya stabil supaya segala projection di dalam minda The Dreamer tidak menyerang projection dari minda bawah sedar mangsa. 
ARAS MIMPI DAN PARA PEMIMPI
Bila kotang dah memahami dunia mimpi dan segala macam aspek, maka korang perlu pastikan aras mimpi yang dipaparkan dalam filem ini. Cobbs dan pasukannya menggunakan tiga aras mimpi untuk menanamkan idea yang dirancang. Cara untuk mengetahui mimpi itu milik siapa ialah dengan melihat siapakah yang tinggal di dalam mimpi itu semasa watak lain masuk ke dalam mimpi lain. 
Di dalam setiap aras mimpi, seorang daripada watak terpaksa tinggal dan menjaga watak lain yang bermimpi supaya mereka boleh melaksanakan 'the kick' apabila tiba masanya. Berikut ialah pemilik setiap mimpi di setiap aras:

1. Badar Hujan (mimpi Yusuf) - di dalam dunia mimpi aras 1ini, hujan turun lebat kerana Yusuf kerap minum arak di atas kapal terbang sehinggakan keinginan untuk kencing itu disampaikan dalam mimpinya melalui gambaran hujan lebat di dunia mimpi. Disebabkan mimpi ini ialah milik Yusuf, Yusuf terpaksa berada di dalam mimpinya bagi memastikan rakan-rakannya masuk ke aras kedua mimpi



2. Hotel (mimpi Arthur) - di dalam dunia mimpi aras kedua ini, Arthur menjadi penjaga kepada rakannya yang akan masuk ke mimpi aras ketiga. Apabila van yang dipandu Yusuf di aras pertama sedang mengalami jatuhan ke dalam sungai, jasad Arthur di dalam mimpi seperti hilang graviti dan terapung. Malah, jatuhan van di dalam mimpi Yusuf juga mempengaruhi fizik dunia mimpi Arthur kerana minda Arthur di dalam mimpinya dipengaruhi oleh minda Arthur di dalam mimpi Yusuf. 
3. Bangunan Tempat Salji ( mimpi Eames) - mimpi ini yang mana berada di aras ketiga ini ialah kemuncak kepada perancangan Cobb. Fisher berjaya dimanipulasi untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Cobb dan ianya akan membawa kepada penamat. Ramai yang bertanyakan kenapa graviti di dunia mimpi ini tidak terpengaruh dengan kejadian di dunia mimpi Arthur dan Yusuf. Ada teori yang menyatakan bahawa minda Eames bertindak seperti kusyen yang menyerap pergerakan kerana mimpinya yang sudah terlalu dalam. 
4. Limbo - Limbo ialah sebuah dunia mimpi yang tidak mempunyai binaan dan rekaan spesifik. Ianya ialah tempat dimana minda bawah sedar mencipta persekitaran secara rawak. Ianya ialah sebuah 'daerah' yang mana dikongsi oleh para pemimpi. Di dalam dunia Limbo, mimpi bakal menjadi realiti jika minda gagal memproses dengan baik. 
Ini mungkin visualisasi yang lebih mudah untuk difahami:

ISTILAH YANG DIGUNAKAN DALAM 'INCEPTION'

The Mark - Robert Fisher (Cillain Murphy) ialah mangsa yang mana bakal dimanipulasi oleh The Extractor dan rakannya. The Mark (mangsa) dibawa ke dunia mimpi The Dreamer, dan disebabkan The Mark tidak menyedari bahawa dia sedang bermimpi, maka, minda bawah sedarnya mengisi dunia mimpi itu dengan segala maklumat dan juga rahsia daripada minda bawah sedar mereka sendiri. 
The Extractor lalu menggunakan kesemua maklumat itu dan juga beberapa soalan yang membongkar minda mangsa untuk membawa mangsa kepada idea yang bakal dicuri oleh The Extstractor. Di dalam dunia mimpi, mangsa percaya dirinya sedang berada di dalam dunia sebenar. Hal ini menyebabkan minda mangsa membawa 'projection' dunia sebenar ke dunia mimpi. Sebab itulah di dalam mimpi aras 1, ada ramai manusia lain kerana semuanya ialah 'projection' dari minda mangsa yang dibawa dari dunia realiti. 
Projections - Mimpi akan terasa seakan-akan benar apabila minda kita berkebolehan membina dunia sebenar dan juga berinteraksi dengan watak di dalam dunia mimpi tersebut. Selalunya, mimpi seperti berada di dalam bandar dan kawasan berpopulasi tinggi akan menyebabkan minda kita mencipta 'projections'

Seperti mana yang dijelaskan di dalam filem Inception, 'projection' bukanlah sebahagian daripada minda mangsa, tetapi ianya ialah pandangan mangsa terhadap dunia realiti. Contohnya, jika di dalam dunia sebenar, mangsa dilatih untuk mempertahankan dirinya terhadap serangan, maka akan ada satu minda akan menjadi penjaga kepada minda mangsa. 
Di dalam filem ini, minda Robert Fisher mempunyai 'projection' berbentuk pasukan bersenjata yang menyerang di mimpi aras 1. Cobb pula mempunyai 'projection' berbentuk Mal kerana Cobb sentiasa mengingati isterinya yang dah mati di dunia sebenar. 
The Forger - Watak lakonan Tom Hardy dikenali sebagai Eames The Forger kerana dia mempunyai kebolehan untuk meniru manusia dari aspek penulisan, perangai dan juga rupa bentuk seseorang di dalam dunia mimpi. Ini ialah perancangan Cobb dimana Cobb menggunakan Eames untuk menjadi Peter Browning di mimpi aras satu untuk menyelongkar kod yang bakal diselesaikan dalam mimpi aras tiga. 
Mal dan bayangnya - Mal ialah karakter yang mana bertindak sebagai alat untuk memberikan persoalan tentang realiti dan mimpi yang ditimbulkan dalam filem ini. Mal lebih kepada watak yang menerangkan kesan kepada apa yang dilakukan Cobb. Di dalam filem ini, kita tahu apabila Cobb membawa Mal bersamanya ke dunia Limbo dan menanam idea bahawa dunia Limbo itu ialah realiti mereka, Mal merasakan bahawa dunia realiti ini tidak sebagus di dunia Limbo dan mahu kembali ke dunia sana. 
Mall lalu membunuh diri dan membuatkan Cobb mempersoalkan tentang tindakannya sendiri. Ianya membuatkan karakter Cobb menjadi lebih kuat dan bertindak sebagai halangan dan cabaran kepada Cobb dalam misinya sendiri. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sukafilem.net/2018/11/penjelasan-terperinci-tentang-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Selesai Michael Caine Jelaskan Pengakhiran Filem Inception Yang Jadi Perdebatan

Kes Selesai Michael Caine Jelaskan Pengakhiran Filem Inception Yang Jadi Perdebatan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 202 hits
Selepas lebih lapan tahun para peminat filem Inception berdebat tentang pengakhiran filem Inception pelakon Michael Caine yang turut terlibat dalam filem ini mungkin sudah merungkai berkenaan babak totem berpusing yang menjadi penamat kepad...
Fakta Menarik Tentang Filem Santet Black Magic

Fakta Menarik Tentang Filem Santet Black Magic

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 342 hits
Kalau diikutkan tidak sampai seminggu sahaja lagi filem Santet Black Magic akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia Singapura dan Brunei iaitu pada 25 Oktober ini Filem arahan Helfi Kardit itu mengisahkan tentang sebuah keluarga yang pu...
039 Ayahanda 039 Filem Hong Kong Meninggal Dunia

039 Ayahanda 039 Filem Hong Kong Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 289 hits
039 Ayahanda 039 filem Hong Kong meninggal dunia Dikemas kini 31 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 3 Nov 2018 2 30P
Marquez Juara Dunia Motogp

Marquez Juara Dunia Motogp

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 162 hits
PELUMBA Sepanyol Marc Marquez meraih gelaran MotoGP kelimanya apabila muncul pemenang di Grand Prix Jepun di Tokyo hari ini Pelumba Honda berusia 25 tahun itu mengenepikan Andrea Dovizioso dari Itali untuk mengecap gelaran ketiga berturut t...
Simpang Susun Paling Rumit Di Dunia Bikin Bingung

Simpang Susun Paling Rumit Di Dunia Bikin Bingung

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 250 hits
Simpang susun ini terlihat sangat rumit jika dilihat dari udara
Kisah Kegagalan 5 Orang Terkaya Dunia Termasuk Bill Gates Steve Jobs

Kisah Kegagalan 5 Orang Terkaya Dunia Termasuk Bill Gates Steve Jobs

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 188 hits
Mudah untuk melihat orang seperti Jeff Bezos dan hanya memandangnya sebagai orang terkaya di dunia Namun sebenarnya kebanyakan pengusaha ternama pun mengalami jatuh bangun untuk mencapai kesuksesannya
Kalahkan Facebook Dan Ferrari Bank Mandiri Jadi Tempat Kerja Terbaik Nomor 11 Dunia

Kalahkan Facebook Dan Ferrari Bank Mandiri Jadi Tempat Kerja Terbaik Nomor 11 Dunia

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 283 hits
Melansir laman Forbes di daftar ini Bank Mandiri dikategorikan sebagai bank regional Bank Mandiri tercatat memiliki posisi lebih tinggi dibandingkan bank lain di Asia
Travel Keindahan Maldives Ibarat Syurga Dunia

Travel Keindahan Maldives Ibarat Syurga Dunia

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 533 hits
Maldives terletak di Lautan Hindi kira kira tiga jam setengah penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke ibu negaranya Male terdiri daripada gugusan pulau pantai resort serta hidupan lautnya sebenarnya bukan hanya sebuah pulau tetapi terdiri da...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Continuous Learning

Maksud Gaji Bersih Gaji Kasar Gaji Pokok Perbezaannya

Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus Dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam

Hati Bersih Hidup Bahagia

Ai Team Talent Sementara Batch 3

Glamping With The Stars