Travel Keindahan Maldives Ibarat Syurga Dunia


Maldives terletak di Lautan Hindi, kira-kira tiga jam setengah penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke ibu negaranya, Male, terdiri daripada gugusan pulau, pantai, resort serta hidupan lautnya, sebenarnya bukan hanya sebuah pulau tetapi terdiri daripada gugusan 1,192 kepulauan yang terbentuk hasil pergerakan muka bumi dan letusan gunung berapi sejak berjuta tahun lalu.


Maka tidak hairanlah jika Maldives dikategorikan negara yang mempunyai paras muka bumi paling rendah di dunia, iaitu setinggi 1.5 hingga 2 meter.

Nama Maldives sememangnya tidak lagi asing bagi peminat tegar pantai pasir putih dan lautan biru yang begitu terkenal di serata dunia.

Namun begitu, Maldives turut dianggap sebagai destinasi percutian mahal maklumlah, negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi itu mempunyai pelbagai fancy resorts yang mewah dan canggih serta hotel-hotel terapung bertaraf lima bintang.

Nak menginap satu malam pun belum tentu mampu bagi golongan marhaen yang bekerja setiap hari dari 9 pagi hingga 6 petang.

Pulau-pulaunya mendatar, sama ada ditumbuhi pepohon pantai atau pulau pasir sahaja dan panoramanya tidak sama seperti Tioman, Redang dan Perhentian yang mempunyai muka bumi berbukit tinggi.

Terletak 700 kilometer di barat daya Sri Lanka dan 400 kilometer India, Maldives adalah republik berteras agama Islam sebagai agama rasmi.

Penduduknya bertutur dalam bahasa Dhivehi, ada persamaan dengan bahasa kuno, Sinhalese dan Elu.

Jika mendengar percakapan orang Maldives, bunyinya seakan-akan bahasa Sri Lanka dan India, tetapi sebenarnya tidak.

Dipercayai orang pertama menerokai kepulauan ini ialah nelayan dari Kerala, India dan Sri Lanka, tidak hairan jika penduduk Maldives berkulit gelap.

Setiap warga Maldives wajib beragama Islam. Ini bermakna mencari makanan halal tidak sukar. Bagaimanapun jika anda menginap di resort bertaraf antarabangsa di Maldives, arak dan makanan tidak halal tetap disaji atas alasan permintaan tetamu resort dari pelbagai negara.

Pesawat akan mendarat di sebuah pulau terbentang landasan, penghujungnya kelihatan air laut biru muda, bukan dalam bandar Male, tapi di sebuah pulau bersebelahan Male.

Pulau ini kecil dan tidak ada premis lain kecuali bangunan lapangan terbang Ibrahim Nasir.

Untuk ke lapangan terbang, semua penumpang dihubungkan dengan pengangkutan seperti feri, bot, kapal terbang kecil yang mendarat di atas air.

Tiada jambatan menghubungkan lapangan terbang ke Male, yang terletak di sebuah pulau kecil dengan tapak landasan ditambak, dikelilingi lautan biru kehijauan jernih.

Selain bot laju, di sini para pelancong akan dibawa ke pulau dan resort pilihan dengan kapal terbang kecil yang mendarat atas air, hanya untuk perjalanan melebihi tiga jam.

Setibanya disana, mata seperti tidak berkelip kerana takjub dengan kejernihan air laut hingga kelihatan batu karang di bawah permukaannya.

Sejarah


Maldives pernah dijajah Portugis selama 15 tahun, Belanda empat bulan dan British bermula 1887 hingga 1965.

Diperintah oleh presiden selaku ketua negara, negara ini mengamalkan undang-undang Syariah dan hukum hudud.

Kerajaan Maldives menetapkan setiap warganya wajib beragama Islam dan bukan Islam tidak layak bergelar warganegara.

Pulau paling besar dalam gugusannya hanya 8 kilometer persegi. Maldives dibahagikan kepada 21 terumbu (kawasan pentadbiran).

Setiap bahagian terumbu diketuai ketua yang dilantik presiden. Setiap pulau diketuai khatib selaku ketua pulau juga dilantik oleh presiden.

Di antara 1,192 pulau bukan semua didiami penduduk, hanya 185 yang didiami (termasuk perkampungan dan resort dan sebuah pulau yang dijadikan kompleks penjara).

Pada 2008, kepadatan penduduknya bertambah ekoran kehadiran pekerja asing di resort bertaraf antarabangsa.

Sekarang penduduk Maldives berjumlah 350,000 orang manakala pekerja asing meningkat ke 70,000 yang rata-ratanya dari India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal selain Eropah.

Pelancongan menjadi sumber ekonomi terbesar selain perikanan dan kini Maldives menerima kunjungan pelancong luar seramai 700,000 orang setahun.

Maldives menggunakan tulisan Thaana, yang seakan-akan tulisan jawi.

Di Maldives, mereka tidak mengamalkan konsep resort bercampur dengan penduduk dalam satu pulau, kecuali di ibu negaranya Male.

Di sebelah pulau ini ada pulau lain iaitu perkampungan nelayan, biarpun dekat, mereka tidak dibenarkan masuk ke pulau ini. Begitu juga tetamu resort, tidak boleh melawat pulau yang ada penduduk, tanpa kebenaran.

Undang-undang itu bukan sahaja di pulau ini tetapi untuk semua pulau yang mempunyai resort.


Uniknya, dikala panas terik tengah hari, hujan lebat akan turun dalam masa beberapa minit sebelum cuaca bertukar panas. Perkara sedemikian berlaku beberapa kali sehari.

Antara aktiviti di Maldives adalah snorkling tengah lautan, berenang di pantai, berkelah dan memancing ikan - aktiviti rutin pelancong ke Maldives.

Cenderahati hanya boleh dibeli di lapangan terbang.

Maldives menggunakan mata wang Rufiyah, bukanlah destinasi beli-belah tetapi syurga dunia bagi mereka yang ingin menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Maldives menyediakan resort kelas mewah dan sederhana pada kadar termahal RM200,000 semalam dan termurah RM200 semalam tanpa sarapan pagi.

THE MURAKA


Apa yang menjadi tumpuan ramai di Maldives adalah vila The Muraka yang bernilai hampir USD50,000 (±RM208,000) untuk satu malam, yang terletak di Conrad Maldives Rangali Resort.

Vila dua tingkat tersebut dilengkapi dengan reka bentuk moden dengan teknologi hebat yang membenarkan penginap bilik tersebut untuk menikmati pemandangan laut di tingkat atas dan pemandangan dasar laut di tingkat bawah.

Vila ini juga dikenali sebagai penginapan pertama di dunia yang menawarkan pemandangan dasar laut di dalam ruang tidur jadi, tidak hairanlah mengapa harga bilik tersebut boleh mencecah harga RM200,000 untuk satu malam.


Sumber

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2018/10/travel-keindahan-maldives-ibarat-syurga.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saksikan Keindahan Gua Kristal Terbesar Di Dunia

Saksikan Keindahan Gua Kristal Terbesar Di Dunia

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 471 hits
Gua Kristal adalah sebuah gua yang menghubungkan dengan Lombong Naica terletak di Chihuahua Mexico Ruang utama gua mengandungi kristal selenite terbesar yang pernah ditemui Kristal palingbesar pernah dijumpai di gua ini adalah berukuran 12 ...
Menakjubkan Keindahan Masjid Kedua Terbesar Di Dunia Ini Sujud Boleh Melihat Terus Ke Dalam Laut

Menakjubkan Keindahan Masjid Kedua Terbesar Di Dunia Ini Sujud Boleh Melihat Terus Ke Dalam Laut

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 292 hits
Keindahan masjid kedua terbesar di dunia ini sujud boleh melihat terus ke dalam laut Banyak destinasi pelancongan di dunia yang menarik untuk dikunjungi kerana agama dan seni binanya Kedua dua hal ini ada di Masjid Hassan II yang terletak d...
Giliran Bank Dunia Memalukan Mahathir Dan Guan Eng

Giliran Bank Dunia Memalukan Mahathir Dan Guan Eng

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 967 hits
Pada 4 oktober lepas Bank Dunia meramalkan ekonomi Malaysia akan terus menghadapi risiko besar yang berkaitan dengan ketidakpastian dalam persekitaran luaran Malah Bank Dunia hari ini mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2018 menu...
Cara Mencari 7 Wajah Serupa Di Dunia

Cara Mencari 7 Wajah Serupa Di Dunia

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 252 hits
credit foto to princessyayahklik tapi foto mesti 200px kalau terlebih besar xdpt detect HAVE FUN
Ini Antara Koleksi Fesyen Pelik Kasut Yang Dipakai Wanita Seluruh Dunia

Ini Antara Koleksi Fesyen Pelik Kasut Yang Dipakai Wanita Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 859 hits
Inilah wanita walaupun mereka tahu kasut ini akan menyakitkan kaki mereka tetapi mereka langsung tidak mengendahkannya
Mengapa Allah Sibukkan Kita Dengan Dunia

Mengapa Allah Sibukkan Kita Dengan Dunia

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 332 hits
ARTIKEL KE 866 BILA ALLAH TIDAK MENGHENDAKI KITA LAGIMenjawab pertanyaan dari judul di atas mengapa Allah sibukkan kita dengan urusan dunia Bukan hal yang aneh lagi melihat kesibukan manusia Semua mencarinya siang malam menyibukkan diri men...
Ulama Terkenal Meninggal Dunia Selepas Diseksa Komunis China

Ulama Terkenal Meninggal Dunia Selepas Diseksa Komunis China

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 864 hits
1 Seorang Ulama yang paling dihormati dan terkenal dalam kalangan umat Islam Uighur di China iaitu c rupa rupanya telah meninggal dunia selepas diseksa rejim Komunis Beliau amat dihormati kerana menjadi ulama pertama yang menterjemahkan Al ...
Cerita Sandiaga Tinggalkan Dunia Bisnis Demi Fokus Maju Pilpres Bersama Prabowo

Cerita Sandiaga Tinggalkan Dunia Bisnis Demi Fokus Maju Pilpres Bersama Prabowo

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 234 hits
Sandi buka bukaan soal awal mula bergabung ke kubu Prabowo Keputusan itu didasari kepada keprihatinannya atas kondisi negara dianggap membutuhkan perbaikan
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai