Penjelasan Teresa Kok Isu Buluh Ganti Sawit


DENYUT REFORMASI


KUALA LUMPUR - Menteri Industri Utama, Teresa Kok menjelaskan bahawa tanaman buluh bagi menggantikan kelapa sawit sebagaimana disiarkan Mingguan Malaysia hari ini hanyalah sebagai cadangan alternatif.

Beliau memberitahu, selain buluh, yang turut dicadangkan termasuklah nanas dan kelapa.

Sehubungan itu, tajuk laporan Mingguan Malaysia hari ini `Lupakan Kelapa Sawit, Tanam Buluh' dianggap beliau sebagai tidak wajar walaupun isi kandungannya boleh diterima

Berikut merupakan kenyataan penuh Teresa berkenaan isu tersebut:

1) Saya ingin merujuk kepada laporan akhbar yang bertajuk 'Lupakan Kelapa Sawit, Tanam Buluh' yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2019.

2) Tajuk laporan akhbar ini adalah tidak wajar walaupun isi kandungan laporan tersebut boleh diterima.

3) Dalam sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Projek The Valley @ Bentong, Pahang, semalam, saya ditanya oleh pemberita berkenaan hasrat kerajaan untuk mengehadkan perluasan penanaman kelapa sawit.

4) Justeru, saya menjelaskan bahawa tujuan kerajaan berbuat demikian adalah sebagai salah satu langkah bagi melawan sentimen anti-minyak sawit di Eropah yang kini telah menjejaskan pengeksportan minyak sawit kita ke pasaran global khususnya negara-negara Eropah.

5) Sehubungan itu, Kementerian Industri Utama di bawah saya sedang mengambil langkah untuk melawan pengaruh kempen anti-minyak sawit di Eropah yang mutakhir ini menjadi semakin kuat.

6) Saya juga memberitahu wartawan dalam sidang akhbar semalam bahawa harga minyak sawit Malaysia telah jatuh dengan agak teruk pada tahun lepas. Ini sekali gus menjejaskan pendapatan ramai pekebun kecil.

7) Oleh sebab itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menasihati rakyat, malahan termasuklah kementerian saya agar tidak terlalu bergantung kepada satu-satu jenis tanaman. Perdana Menteri menegaskan adalah penting bagi negara kita untuk mengkaji penanaman jenis tanaman yang lain.

8) Buluh, nanas dan kelapa yang saya sebutkan semalam adalah sebagai cadangan alternatif kepada para pekebun kecil yang selama ini sangat bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan.

9) Kenyataan saya juga hanya rujuk kepada beberapa kawasan yang bersesuaian di Pahang yang kebetulannya mempunyai banyak buluh

10) Pemilihan tanaman yang lain adalah bergantung kepada kesesuaian tempat. Ada tempat yang sesuai untuk tanam pokok kelapa, ada yang lebih sesuai untuk nenas atau pokok durian.

11) Dengan penjelasan ini, saya berharap kekeliruan dapat dirungkaikan. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/penjelasan-teresa-kok-isu-buluh-ganti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanam Buluh Ganti Sawit Teresa Kok

Tanam Buluh Ganti Sawit Teresa Kok

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 851 hits
Tanam Buluh Ganti Sawit Teresa Kok Ikuti laporan penuh yang dipetik dari dan Bernama ini Tetapi jangan cepat melatah bukan buluh sahaja tetapi Teresa Kok menyaran penanaman kelapa dan nanas juga Pekebun kecil dan syarikat perladangan di neg...
Lpp Sedia Bantu Pekebun Tanam Buluh Ganti Kelapa Sawit

Lpp Sedia Bantu Pekebun Tanam Buluh Ganti Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 1367 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Pertubuhan Peladang sedia memberikan kepakaran untuk tanaman alternatif kepada sawit terutama di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan Felcra Berhad Pengerusinya Datuk Mazlan Aliman berkata Felda mempunyai riza...
Buluh Ganti Sawit Menteri Ada Kajian

Buluh Ganti Sawit Menteri Ada Kajian

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 615 hits
MALAYSIAKINI Menteri Industri Utama Teresa Kok perlu peka dengan keadaan sekeliling sebelum mencadangkan penanaman buluh sebagai pengganti sawit kata Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia Ketuanya Shahir Adnan berkata menukar tanaman bukan sa...
Teresa Kok Menteri Jabatan Buluh Malaysia

Teresa Kok Menteri Jabatan Buluh Malaysia

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 1408 hits
A file has been shared using Link Sharing https s amsu ng ZT5bSZFrIZzN
Tanaman Alternatif Ganti Sawit

Tanaman Alternatif Ganti Sawit

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 383 hits
Kerajaan perlu mempergiat usaha untuk mencari tanaman alternatif yang boleh dikomersialkan untuk tempoh jangka panjang bagi menggantikan getah dan kelapa sawit Ketidakstabilan harga kedua dua komoditi itu telah menjejaskan kehidupan para pe...
Kenapa Peneroka Sakit Hati Teresa Kok

Kenapa Peneroka Sakit Hati Teresa Kok

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 363 hits
Tanaman lain ganti sawit sejajar hasrat PMTERESA KOK04 Mac 2019 5 45 PMKUALA LUMPUR 4 Mac Menteri Industri Utama Teresa Kok mempersoalkan mengapa pekebun dan peneroka berasa sakit hati terhadap cadangannya agar golongan itu mempunyai tanama...
Teresa Kok Cock Up Lagi

Teresa Kok Cock Up Lagi

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 820 hits
Baru Tun Daim kritik Menteri Menteri kabinet Keluar pulak komen terbaru dari Teresa Kok Seolah olah industri buluh itu besar sangat Teresa Kok ni memang cock up Serupa Salahuddin Ayub mahu nelayan tanam nenas belakang rumah Adakah industeri...
Apa Muslihat Sebenarnya Di Sebalik Kisah Buloh Dan Sawit Teressa Kok

Apa Muslihat Sebenarnya Di Sebalik Kisah Buloh Dan Sawit Teressa Kok

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 548 hits
Pekebun kecil peneroka Felda bernasib baik sebab dapat Menteri Industri Utama yang sel2 otak dia terlebih bersambung macam Teressa Kok Apa taknya sebelum nie masa Teressa Kok hentikan bantuan sara hidup musim tengkujuh pada petani pekebun k...
4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Rayhana Oo Rayhana

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah