Penjelasan Serta Fakta Penting Tentang Isu Uec Oleh Maszlee Malik


ULASAN | Ramai yang meminta saya mengulas mengenai isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sejak beberapa hari yang lepas.
Namun demikian saya akan mengambil peluang untuk menjelaskan sekali lagi beberapa fakta penting mengenai UEC.
Adakah UEC Sudah Diiktiraf?
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga kini tidak pernah membuat sebarang keputusan untuk mengiktiraf UEC. Mesyuarat jemaah menteri pada 29 Ogos 2018 telah memutuskan untuk KPM menubuhkan pasukan petugas khas bagi meneliti isu berkaitan UEC.
Sehubungan itu, pada 28 September 2018 KPM telah menubuhkan pasukan petugas dasar UEC yang dianggotai oleh tiga panel dari luar KPM dan anggota-anggota ini terdiri daripada mereka yang pernah terlibat dengan sistem UEC dan mereka yang berada di luar sistem.
Hasil kajian yang dijalankan oleh pasukan petugas dasar UEC ini akan dibawa ke jemaah menteri untuk pertimbangan dan keputusan akhir.
Siapakah yang mengganggotai jawatankuasa kajian UEC?
Anggota Pasukan Petugas Dasar UEC telah dilantik pada 29 Oktober 2018 dan mereka terdiri daripada individu seperti berikut:
Eddin Khoo Bu Eng (penulis, wartawan dan pengasas Pusat Kajian dan Dokumentasi Pementasan Tradisional Melayu)Mohamad Raimi Ab Rahim (peguam dan presiden Abim)Tan Yew Sing (timbalan presiden Dong Zong dan presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China) Jika tidak diiktiraf, mengapa UEC diterima sebagai syarat untuk menduduki Sijil Amalan Guaman (CLP)?
CLP bukan terletak di bawah bidang kuasa KPM.
Pada masa sama, KPM meminta untuk semua pihak menghormati kajian yang sedang dijalankan oleh pasukan petugas dasar UEC dan tidak membuat sebarang kenyataan atau keputusan yang boleh mengelirukan orang awam.
Bagaimana pula dengan program ijazah sarjana muda perguruan bagi lulusan UEC yang ditawarkan baru-baru ini?
Program ini bukanlah program baru, tetapi telah berjalan sejak tahun 2011 lagi. Program ini juga dibuka untuk lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU).
Apakah fungsi yang dimainkan oleh pasukan petugas dasar UEC?
Mengkaji dan mencadangkan hala tuju dasar berhubung UEC untuk dikemukakan kepada KPM.Menyediakan dan mengemukakan pelaporan kajian yang mengandungi syor-syor kepada KPM dalam tempoh tiga hingga enam bulan daripada tarikh lantikan.Menyediakan dan membentangkan pelaporan status kajian kepada ketua setiausaha KPM dan ketua pengarah Pelajaran Malaysia pada setiap bulan.Melaksanakan proses libat urus dengan semua pemegang taruh dan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat berhubung dasar UEC. Bilakah jawatankuasa kajian UEC akan mengeluarkan laporan akhir?
Penyediaan laporan mengenai isu UEC tidak harus dibuat dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mendapat pandangan yang menyeluruh dan pemikiran yang mendalam dalam penyediaan syor-syor bagi menangani isu ini.
Sehingga kini pasukan petugas dasar UEC telah menjalankan 14 sesi temu bual yang melibatkan 34 slot bersama-sama tokoh individu dan pertubuhan yang dijemput secara khusus serta lima mesyuarat.
Laporan akhir berkaitan isu UEC ini dijangka disiapkan pada Julai 2019.
Hasil kajian yang dijalankan oleh pasukan petugas dasar UEC ini akan dibawa kepada jemaah menteri untuk pertimbangan dan keputusan akhir.
DR MASZLEE MALIK ialah menteri pendidikan. Tulisan ini kali pertama disiarkan di laman Facebooknya.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi BawalMedia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.bawalmedia.com/penjelasan-serta-fakta-penting-tentang-isu-uec-oleh-maszlee-malik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kajian Pengiktirafan Uec Dikeluarkan Julai Ini Kata Maszlee

Kajian Pengiktirafan Uec Dikeluarkan Julai Ini Kata Maszlee

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 274 hits
Laporan penuh kajian dasar berhubung pengiktirafan Sijil Pendidikan Bersepadu akan dikeluarkan pada Julai ini sebelum diserahkan kepada Kabinet Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kajian yang mula dijalankan sekitar Oktober tahun la...
Proguam Jawab Kekeliruan Masyarakat Tentang Uec

Proguam Jawab Kekeliruan Masyarakat Tentang Uec

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 329 hits
Pada 5 April 2019Pertubuhan Pengamal Undang undang dan Hak Asasi Manusia Malaysia tampil menjawab kekeliruan masyarakat berhubung Sijil Peperiksaan Bersama yang lulusannya diiktiraf untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Presidenny...
Viral Video Pasangan Lengket Setelah Berhubungan Intim Ini Penjelasan Medis Tentang Fenomena Gancet

Viral Video Pasangan Lengket Setelah Berhubungan Intim Ini Penjelasan Medis Tentang Fenomena Gancet

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 891 hits
Sebuah video viral menunjukkan pasangan yang terbaring dalam kondisi saling berpelukan di sebuah rumah sakit Pasangan tersebut ternyata berada dalam kondisi lengket setelah berhubungan intim Organ vital si pria tidak dapat dilepaskan dari o...
Kerajaan Iktiraf Uec Hanya Untuk Pengambilan Ke Ipg Sahaja Maszlee

Kerajaan Iktiraf Uec Hanya Untuk Pengambilan Ke Ipg Sahaja Maszlee

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 359 hits
KUALA LUMPUR Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu oleh kerajaan hanya terpakai untuk pengambilan kursus ke kampus Institut Pendidikan Guru Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik ketika menegaskan perkara itu berkata langkah mengiktiraf UE...
Fakta Tentang Bumi Yang Di Katakan Flat Earth Yang Wajar Di Ketahui

Fakta Tentang Bumi Yang Di Katakan Flat Earth Yang Wajar Di Ketahui

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 377 hits
Di sebalik kepercayaan individu yang memperkatakan dan mempersoalkan bentuk bumi yang kita semua diami serta menimbulkan kepercayaan tentang flat earth ada beberapa fakta tentang bumi yang wajar di ketahui Bukan hanya sekadar retorik atau c...
Benarkah Anak Dengan 2 Unyeng Unyeng Punya Sifat Nakal Simak 5 Fakta Tentang Unyeng Unyeng Di Kepala Ini

Benarkah Anak Dengan 2 Unyeng Unyeng Punya Sifat Nakal Simak 5 Fakta Tentang Unyeng Unyeng Di Kepala Ini

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 365 hits
Salah satu bentuk fisik yang kerap menjadi sorotan pada seorang anak adalah unyeng unyeng di kepalanya Khususnya pada anak anak yang memiliki 2 unyeng unyeng di kepala Banyak yang meyakini bahwa anak anak yang memiliki 2 unyeng unyeng kelak...
Peguam Negara Tak Sensitif Isu Iktiraf Uec Kata Prof Kok Seong

Peguam Negara Tak Sensitif Isu Iktiraf Uec Kata Prof Kok Seong

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 367 hits
31 03 2019Tindakan Tommy Thomas boleh cetus polemik berpanjanganBANGI 24 Rejab 1440H Ahad Peguam Negara Tommy Thomas sepatutnya sensitif terhadap isu Sijil Peperiksaan Bersepadu sebelum mengiktiraf lulusannya sebagai layak menduduki Peperik...
Uec Pengiktirafan Hanya Boleh Dibuat Oleh Kerajaan

Uec Pengiktirafan Hanya Boleh Dibuat Oleh Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 353 hits
Foto sumber internetPETALING JAYA 4 April Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa keputusan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama hanya boleh dibuat oleh kerajaan Loading Beliau berkata keputusan yang dibuat dalam me...
Maszlee Perjelas Isu Pemansuhan Audit Skpmg2

Maszlee Perjelas Isu Pemansuhan Audit Skpmg2

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 209 hits
Saya telah menerima banyak aduan dan pertanyaan berkenaan pelaksanaan Penilaian Kendiri Sekolah berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 Sehubungan itu saya ingin menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan seperti berik...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih