Penjawat Awam Berpendapatan Rendah Turut Terbeban Kenaikan Harga Barangan


 
Cuepacs menggesa kerajaan melaksanakan gaji minimum RM1,800 untuk sektor awam dan sistem saraan baharu yang lebih berkesan untuk membantu penjawat awam berpendapatan rendah. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Selain golongan B40 dan M40, penjawat awam berpendapatan rendah di Lembah Klang turut terasa “bahang” kenaikan harga barangan kerana gaji mereka tidak dapat menampung kenaikan kos sara hidup.
Seorang penjawat awam yang hanya ingin dikenali sebagai Ain berkata, terdapat kakitangan kerajaan yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah seperti Gred 19 yang hanya menerima gaji minimum bermula RM1,300 sebulan, tidak termasuk elaun lain.
Walaupun kerajaan melaksanakan gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei lalu, tetapi bagi penjawat awam Gred 19 yang berpendapatan rendah seperti dirinya, mereka tidak menerima kenaikan gaji sedemikian.
Beliau berkata, penjawat awam daripada kumpulan sokongan seperti kerani juga terbeban dengan kenaikan harga barangan, contohnya nasi ayam yang dijual di tempat kerjanya yang berharga RM5 dahulu, kini dinaikkan kepada RM6.50.
“Maksudnya, jika dulu, perbelanjaan RM200 sebulan untuk makan di tempat kerja, tetapi sekarang meningkat kepada lebih RM400,” luahnya kepada FMT.
Oleh itu, Ain berharap kerajaan menaikkan gaji penjawat awam berpendapatan rendah supaya setara dengan kenaikan harga barangan ketika ini.
“Kami pun sedar diri, kebanyakan penjawat awam golongan sokongan Gred 19 ini hanya memiliki SPM. Tetapi, sekurang-kurangnya kenaikan gaji oleh kerajaan juga dapat membantu menampung kos bahan makanan yang mahal masa ini,” katanya.
Seorang lagi penjawat awam yang hanya ingin dikenali sebagai Hanis berkata, bukan semua penjawat awam berpendapatan sederhana atau tinggi kerana ada rakannya daripada Gred 19 yang merupakan pencari nafkah tunggal dalam keluarga mereka.
“Bukan semua penjawat awam hidup senang. Ada juga yang dalam kategori B40, seperti Gred 29 dengan gaji permulaan dalam RM1,500 dan Gred 19 yang bermula dengan gaji RM1,300.
“Jadi, seperti mereka yang baru menjadi penjawat awam, jika seorang sahaja ahli keluarga yang bekerja di Lembah Klang memang mencabar,” katanya.
Justeru, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan melaksanakan tiga langkah penting untuk membantu penjawat awam berpendapatan rendah yang terkesan dengan kenaikan harga barangan.
Presidennya, Adnan Mat berkata, tiga langkah itu ialah gaji minimum penjawat awam dinaikkan kepada RM1,800, melaksanakan dua tahap kenaikan gaji tahunan (KGT) dan sistem saraan baharu yang lebih berkesan.
Katanya, pelaksanaan gaji minimum RM1,800 dalam sektor awam akan diikuti sektor swasta yang boleh menyebabkan kadar gaji minimum dilaksanakan secara menyeluruh.
Beliau berkata, sistem saraan Malaysia (SSM) yang dilaksanakan di sektor perkhidmatan awam sejak 2002, kini berusia kira-kira 20 tahun dan dilihat tidak berkesan dalam membantu penjawat awam hidup dalam situasi semasa.
Beliau berharap kerajaan akan mempertimbangkan cadangan Cuepacs untuk memperkenalkan SSM baharu yang termasuk pelaksanaan gaji minimum, KGT, kenaikan pangkat dan gred bagi memberi pendapatan lebih selesa dan adil buat penjawat awam. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/06/penjawat-awam-berpendapatan-rendah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuepacs Gesa Gaji Minimum Penjawat Awam Dinaikkan Ke Rm1 800 Sebab Ramai Terkesan Dengan Kenaikan Harga Barang

Cuepacs Gesa Gaji Minimum Penjawat Awam Dinaikkan Ke Rm1 800 Sebab Ramai Terkesan Dengan Kenaikan Harga Barang

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 166 hits
Cuepacs gesa gaji minimum penjawat awam dinaikkan ke RM1 800 sebab ramai terkesan dengan kenaikan harga barangFoto BernamaKongres Kesatuan Pekerja Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam hari ini menggesa kerajaan agar melaksanakan tiga langkah ...
Pemuda Umno Gesa Putrajaya Naikkan Gaji Tahunan Penjawat Awam Sebab Kos Sara Hidup Meningkat

Pemuda Umno Gesa Putrajaya Naikkan Gaji Tahunan Penjawat Awam Sebab Kos Sara Hidup Meningkat

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 244 hits
Pemuda UMNO gesa Putrajaya naikkan gaji tahunan penjawat awam sebab kos sara hidup meningkatKetua Pemuda UMNO gesa Putrajaya mempertimbangkan cadangan untuk kembalikan Kenaikan Gaji Tahunan untuk penjawat awam ekoran kenaikan kos sara hidup...
Mgnews Saran Rakyat Bercucuk Tanam Untuk Atasi Kenaikan Harga Barang Malaysia Gazette Tv 08 06 2022

Mgnews Saran Rakyat Bercucuk Tanam Untuk Atasi Kenaikan Harga Barang Malaysia Gazette Tv 08 06 2022

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 301 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nazim Johan kesal kerana masalah bekalan makanan berterusan Sebagai penyelesaian beliau mengesyorkan langkah drastik diambil bagi mengatasi kemelut itu Antaranya pengguna hasilkan sendir...
Aud Usd Kenaikan Harga Mengukuh Di Atas Tahap Utama 0 7165

Aud Usd Kenaikan Harga Mengukuh Di Atas Tahap Utama 0 7165

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 140 hits
Pasangan mata wang AUD USD kembali diniagakan lebih tinggi apabila Indeks Dolar jatuh semula Penjualan DXY memaksa USD kehilangan kedudukan berbanding pesaingnya Harga kekal diniagakan pada tahap 0 7186 sewaktu penulisan artikel dan nampakn...
Cecah Rm800k Pereka Dalaman Dedah Harga Barangan Dalam Rumah Jennie Bp

Cecah Rm800k Pereka Dalaman Dedah Harga Barangan Dalam Rumah Jennie Bp

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 171 hits
Pada siaran TMI News Show baru baru ini yang menampilkan Yu jeong dan Na young dari LIGHTSUM sebagai artis jemputan Turut tampil juga seorang pereka bentuk dalaman Jasson untuk sedutan episod kali ini Sementara itu TMI SHOW ialah program ra...
Siapa Sangka Dengan Niat Nak Membantu Penjawat Awam Bebas Hutang Client Ini Dapat Beli Rumah Dan Settle Masalah Hutang

Siapa Sangka Dengan Niat Nak Membantu Penjawat Awam Bebas Hutang Client Ini Dapat Beli Rumah Dan Settle Masalah Hutang

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 233 hits
SIAPA SANGKA DENGAN NIAT NAK MEMBANTU PENJAWAT AWAM INI BEBAS HUTANG CLIENT INI DAPAT BELI RUMAH DAN SETTLE MASALAH HUTANGAlhamdulillah Itu ungkapan yang diucapkan oleh seorang client yang masih bekerja sebagai seorang penjawat awam berkena...
Harga Barangan Naik Mendadak Rakyat Disaran Tanam Sayur Dan Ternak Haiwan Kata Menteri Besar Perak

Harga Barangan Naik Mendadak Rakyat Disaran Tanam Sayur Dan Ternak Haiwan Kata Menteri Besar Perak

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 189 hits
Susulan kekurangan bekalan makanan Kerajaan Negeri Perak menyarankan supaya rakyat di negeri itu menanam sendiri sayur sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata l
Harga Barang Naik Dan Formula Rapat Jurang Pendapatan

Harga Barang Naik Dan Formula Rapat Jurang Pendapatan

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 306 hits
Oleh Mohamad Ali AbdullahULASAN Hari ini masyarakat keseluruhannya membicarakan isu kenaikan harga barangan khususnya barang barang berkaitan makanan Sebelum ini secara umumnya kadar perbelanjaan isi rumah untuk perbelanjaan makanan adalah ...
Luhut Klaim Harga Minyak Goreng Curah Di Jateng Mulai Turun

Luhut Klaim Harga Minyak Goreng Curah Di Jateng Mulai Turun

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 244 hits
Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhut Binsar Panjaitan menyatakan harga minyak goreng curah di Provinsi Jawa Tengah terus menurun meski tersebar belum merata Meski begitu dia tidak menyebut berapa besar penurunan harga ...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan Rm300 Untuk Golongan Miskin Sabah