Harga Barang Naik Dan Formula Rapat Jurang Pendapatan





 Oleh: Mohamad Ali Abdullah

ULASAN: Hari ini masyarakat keseluruhannya membicarakan isu kenaikan harga barangan, khususnya barang-barang berkaitan makanan. Sebelum ini secara umumnya kadar perbelanjaan isi rumah untuk perbelanjaan makanan adalah sekitar 24.2% daripada pendapatan mereka.

Ini juga merupakan perbelanjaan yang kedua terbesar dalam kalangan isi rumah. Perbelanjaan yang tertinggi adalah untuk utiliti dan kediaman, iaitu 25.6%. Perbelanjaan lain yang besar digunakan untuk hotel dan restoran (12.6%) dan pengangkutan (10.8%).

Butiran terperinci Kumpulan Perbelanjaan Isi Rumah adalah seperti: i) Makanan dan minuman merangkumi 24.2%; ii) Alkohol dan tembakau (2.3%); iii) Pakaian dan kasut (3.5%); iv) Perkakasan dan penyelenggaraan kediaman (3.6%); v) Utiliti dan kediaman (25.6%); vi) Kesihatan (2.0%); vii) Pengangkutan (10.8%); viii) Komunikasi (4.2%); ix) Rekreasi dan keraian (3.5%); x) Pendidikan (0.9%); xi) Hotel dan restoran (12.6%) dan xii) Lain-lain (6.8%).

Perbelanjaan asas utama dan inflasi

Antara perbelanjaan yang besar yang ditanggung oleh isi rumah adalah perbelanjaan untuk penyelenggaraan rumah, pengangkutan, pendidikan serta makanan dan minuman. Analisis begini biasanya dibuat secara keseluruhan di peringkat nasional. Tetapi ada penjelasan di peringkat yang lebih kecil samada di peringkat negeri, bandar dan luar bandar. Namun ia tidak sangat diberi perhatian oleh orang ramai.

Mari kita lihat satu kumpulan perbelanjaan isi rumah yang sering menjadi perhatian umum dan kumpulan ini selalunya menjadi pemangkin kepada perubahan harga di kumpulan lain. Kumpulan yang ingin kita bincangkan adalah kumpulan makanan dan minuman (i)

Makanan dan minuman adalah keperluan asas kepada semua orang dan semua isi rumah. Memandangkan barang makanan merupakan keperluan harian semua, maka sedikit perubahan akan memberikan kesan yang besar kepada setiap isi rumah. Inflasi pada istilahnya adalah bermaksud kenaikan harga yang berterusan. Jika harga tersebut naik pada kadar tertentu untuk tempoh satu bulan contonya tapi kemudiannya turun semula kepada harga biasa pada bulan seterusnya, maka ia bukanlah dianggap inflasi.

Selain dari itu banyak juga pandangan menyatakan yang harga barang telah meningkat dengan mendadak. Adakah pandangan ini satu pandangan yang bersifat ‘persepsi’ atau memang satu fenomena? Jika satu persepsi mengapa mereka berbuat begitu dan jika satu fenomena apa bukti material yang boleh kita ketengahkan agar penjelasan terhadap isu ini dapat difahami dengan betul oleh semua pihak, dengan harapan pihak kerajaan dapat segera mengubah dasar fiskal agar rakyat keseluruhannya tidak terus berdepan dengan kesulitan untuk menghadapi kehidupan harian biasa.


Data di atas diambil dari data perbelanjaan isi rumah mengikut harga pada harga pasar/kedai seperti tempat yang disebut. Ini adalah sebahagian dari kelompok harga barangan yang menjadi tarikan umum untuk perbelanjaan dan ia selalunya dianggap sebagai fast-moving item di pasaraya dan hypermartket.

Harga beras, gula, tepung saya tidak turunkan kerana ia masih berlaku perbezaan harga di beberapa pasaraya/hypermarket di kawasan yang disebut. Tetapi harga barangan seperti jadual di atas adalah harga terendah yang dicatatkan pada bulan berkaitan, sementara harga untuk tahun 2022 adalah merupakan harga pada minggu terakhir pada bulan Mei.

Jika kita lihat kelompok senarai barangan di atas, ia mungkin hanya sekitar 60% dari perbelanjaan mingguan bagi sebuah isi rumah. Ini juga tidak termasuk 40% lagi barangan keperluan lain seperti beras, gula, tepung, sabuh basuh, barangan penjagaan diri, barangan kebersihan rumah, barangan sarapan harian seperti nugget, kentang goreng, susu segar dan bijirin sarapan.

Semua ini adalah perbelanjaan biasa yang digunakan oleh sebagaian besar isi rumah. Berdasarkan data di atas juga ingin dijelaskan ada barangan digunakan lebih dari daripada seminggu, contohnya Nescafe (200 cawan), kicap kipas udang besar dan minyak masak, item ini mungkin boleh digunakan untuk tempoh 2 minggu.

Tetapi ada barangan lain yang tidak cukup satu unit untuk seminggu, contohnya susu pekat, cili sos, telur, ikan/ayam, roti yang akhirnya memberikan anggaran jumlah perbelanjaan yang hampir sama untuk setiap minggu.

Dari Jadual di atas pada tahun 2017, jumlah perbelanjaan untuk semua barangan tersebut adalah RM186.90 dan naik kepada RM195.55 pada tahun 2019. Kenaikan ini adalah sebanyak RM8.65 sen untuk tempoh 2 tahun. Kebiasaannya kenaikan begini adalah merupakan ransangan biasa untuk faedah ekonomi keseluruhan.

Kenaikan harga melambung pada 2022

Jika kita boleh mengingatkan kembali isu harga telur yang kononnya naik hingga RM14 untuk 30 biji didendangkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan seolah-olah masyarakat sedang berdepan dengan era inflasi yang besar dan menyusahkan rakyat.
Mohamad Ali Abdullah
Pada saya ini adalah usaha membentuk persepsi di kalangan rakyat yang ‘bias’ tapi hakikatnya ia mungkin hanya satu kes yang terpencil dan tidak menggambarkan keseluruhan suasana harga barang makanan. Walhal pada tahun tersebut harga telur ayam stabil pada harga yang sama. Jadual di atas membuktikan keadaan yang sebenarnya.

Mari kita lihat pula perbezaan harga kelompok barangan di atas pada tahun 2022. Pada tahun ini kelompok harga barangan tersebut adalah bernilai RM260.05 iaitu kenaikan sebanyak sebanyak RM64.50. Ini adalah satu kenaikan yang besar untuk seminggu, dan jika dikira untuk tempoh sebulan ia meningkatkan perbelanjaan isi rumah lebih dari RM250.00.

Jumlah ini pasti memberi kesan kewangan yang besar kepada sesebuah isi rumah. Cuba kita lihat apakah harga barang yang meningkat pada tahun 2022 berbanding 2019. Antara yang besar kenaikannya ialah minyak masak canola (+RM11), Minyak masak cap buruh (+RM4), ikan dan ayam (+RM3 hingga +RM9) dan Nescafe (+RM3).

Kenaikan besar begini adalah sesuatu yang luar biasa dan ia selari dengan apa yang diperkata oleh umum. Ia adalah satu fenomena dan sesuatu yang signifikan. Maka kita sebagai warganegara perlu menghantar mesej jelas kepada kerajaan untuk memastikan kelestarian kehidupan kita sentiasa dipelihara.

Pendapatan isi rumah mengecil

Apabila kenaikan begini berlaku, peratus pendapatan boleh guna isi rumah akan mengecil. Ia juga bermaksud kuasa beli semakin berkurang. Sejumlah 17 juta tenaga buruh adalah pekerja di semua sektor industri iaitu dari industri pertanian hinggalah kepada sektor perkhidmatan (jurutera, peguam, hartanah, perdagangan dan lain-lain) yang terkesan akibat kenaikan ini. Seramai 12 juta orang lagi berada di luar tenaga buruh dan mereka ini adalah tanggungan kepada 17 juta orang yang berada dalam kumpulan yang bekerja. Ini merupakan keseluruhan isi rumah di Malaysia iaitu lebih daripada 7 juta .

Sekiranya 3.5 juta isi rumah memang mendapat bantuan kewangan dari pihak kerajaan melalui dasar yang ada, mungkin kumpulan ini tidak terkesan sepenuhnya tapi masih menanggung sebahagian besar kenaikan tersebut kerana bantuan kewangan kerajaan adalah kecil. Tetapi ada sejumlah 3.5 juta isi rumah atau 14 juta orang yang terkesan secara langsung akibat sebarang kenaikan harga barang di pasaran dan tidak mendapat sebarang bantuan kewangan dari pihak kerajaan. Mereka inilah yang parah terbeban.

Sukar untuk melakukan langkah membantu mereka semua. Pihak swasta dan awam tidak boleh menaikan gaji kumpulan 17 juta orang ini kerana ia adalah satu langkah yang tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa. Malah menaikan sedikit gaji/upah akan pasti memberi kesan berkait dengan sektor lain. Namun kajian terperinci ke atas kesan kenaikan harga perlu segera dibuat untuk mengubah struktur gaji yang sedia ada. Untuk langkah jangka pendek kerajaan mesti melaksanakan langkah fiskal yang sesuai bagi mengurangkan beban kenaikan harga kepada kumpulan ini. Langkah ini lebih berpusat dan pihak kerajaan dapat melihat kesannya secara holistik.

Ubah gaya hidup cadangan dangkal

Mungkin ada cadangan dangkal dari pihak tertentu untuk kita mengubah gaya perbelanjaan, sebagai contoh, jangan membeli kentang Holland tapi beli kentang guni yang harganya lebih rendah. Ya, memang betul ia mungkin mengecilkan sedikit beban kenaikan harga. Tapi pada saya cadangan begini adalah cadangan dangkal dan bersifat separuh matang kerana pihak kerajaan dan peniaga berkenaan telah mengimport barangan tersebut terlebih dahulu. Ia akan memberi kesan lambakan dan pasti merosakkan ekonomi keseluruhannya di peringkat pengimport mahupun peniaga samada borong mahu pun runcit. Maka cadangan ini hanya muslihat untuk menutup kelemahan yang ada.

Kita juga tahu harga minyak masak cap saji di kawasan tertentu misalnya berharga sekitar RM28/5kg. Bayangkan jika semua kita tidak membeli minyak cap buruh, tapi membeli minyak cap saji yang lebih murah maka pasti bekalan minyak jenama tersebut tidak mampu memenuhi permintaan orang ramai kerana had pengeluarannya adalah berdasarkan kepada keupayaan pengeluaran kilang mereka. Malah pasti pengeluar dan kilang minyak masak jenama lain pula akan berdepan masalah, di mana akan berlaku pembuangan kerja di peringkat pengeluar jika produk mereka tidak laku di pasaran.

Akhirnya ia menjadi longgokan minyak sawit mentah berlaku di kilang-kilang. Pihak kilang minyak masak berharga murah tidak mampu untuk menyediakan tempat simpanan bekalan tersebut. Manakala pihak kilang lain pula tidak mampu membeli minyak sawit mentah kerana produk mereka tidak laku di pasaran. Penyudahnya, yang berdepan dengan masalah adalah pengusaha minyak sawit mentah dan peladang sawit.

Semua item perbelanjaan meningkat

Mari kita fokus kepada kumpulan perbelanjaan atas makanan dan minuman iaitu hanya sekitar 24.2% dari keseluruhan perbelanjaan isi rumah. Maka bagaimanakah isi rumah mahu menghadapi kos tambahan atas 10 lagi kumpulan yang lain, seperti kos pengangkutan (kereta, minyak atau/dan tambang), peralatan rumah dan penyelenggaraan rumah (sewa/ ansuran bulanan dan aksesori rumah), hotel dan restoran.

Jika kenaikan harga barangan ini memberi kesan sebanyak RM250 sebulan, maka ada terdapat 10 lagi kumpulan yang juga pasti akan menggerakan harga lebih tinggi peratusannya, kerana setiap kumpulan akan cuba menutup kos mereka dan mahukan keuntungan yang lebih bagi menampung kenaikan ini. Sudah pasti kenaikan kos akan meningkat lebih besar daripada RM250 dan mungkin melebihi RM500 sebulan. Akhirnya pihak penggunalah yang akan menanggung kos yang lebih besar.

Di kumpulan lain, dari keterangan di atas, kumpulan untuk perbelanjaan kediaman dan utiliti (v) adalah sebanyak 25.6%, hotel dan restoran (xi )12.6% , pengangkutan (vi) 10.8% . Ini adalah antara kumpulan di mana isi rumah melakukan perbelanjaan mereka. Jika ada yang mencadangkan kita hanya berbelanja kepada perkara perlu dan jangan mengikut kehendak, contoh kita tak perlu berbelanja dalam kumpulan rekreasi (ix) dan jangan makan di KFC, McDonald dan kedai-kedai makanan (xi) yang lebih 50,000 buah di seluruh Malaysia maka tahukah kita berapa ramaikah yang mendapat faedah dari industri ini.

Tuan punya premis mendapat sewa bulanan, pengusaha mendapat untung, pekerja mendapat upah, pembekal bahan input mendapat pulangan hasil. Jika semua rakyat Malaysia tidak pergi dan berbelanja di kedai-kedai ini, dalam tempoh satu bulan, maka semua kedai ini akan tutup dan kerajaan akan melihat berlaku lambakan termasuk lambakan tenaga buruh dalam kata lain “pengangguran”. Begitulah juga kesannya ke atas pusingan ekonomi atas kumpulan yang lain.

Teliti dasar fiskal, sekat ketirisan

Berdasarkan suasana di atas saya ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan meneliti semula dasar fiskal yang sedang dilaksanakan. Jika ada bocoran atau ketirisan maka ia mesti dihentikan segera, mereka yang menerima bocoran ini tidak membantu menaikan ekonomi negara.

Sebagai contoh jika seseorang mendapat hasil bocoran sebanyak RM50 juta setahun, adakah ia akan membelanjakan wang tersebut di dalam negara? Ia mungkin berbelanja sejuta setahun dalam negara tapi selebihnya beliau simpan di bank-bank luar negara. Ini membantutkan had laju pusingan wang dalam negara.

Andaikan bocoran ini bernilai RM10 bilion ringgit, ini bermakna pusingan wang lebih RM9 bilion akan terbantut. Walhal ia mampu menambah laju pusingan wang dalam pasaran tempatan dan mampu meningkatkan nilai tambah banyak sektor dan akhirnya meningkatkan KDNK negara.

Tambah parah mereka ini tidak dapat dikesan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri. Jika wang tersebut digunakan untuk menampung kenaikan harga barang, kesemua 32 juta warganegara Malaysia mendapat faedah dan mampu menambah had laju pusingan wang negara.

Rapatkan jurang pendapatan rakyat

Satu lagi cadangan ialah perlu ada langkah segera untuk merapatkan jurang pendapatan di kalangan rakyat. Kita tahu ramai CEO yang berpendapatan melebihi RM50 juta dan ke atas setahun. Malah lebih ramai lagi yang berpendapatan lebih dari RM10 juta setahun. Bagi merapatkan jurang tersebut, dicadangkan kadar bayaran dividen syarikat kepada pemegang saham perlu ditingkatkan dengan mengurangkan pendapatan di kalangan CEO sekitar 20%.

Jika jumlah CEO yang berpendapatan lebih RM50 juta adalah seramai 400 orang, maka jumlah dividen yang bertambah kepada pemegang saham adalah RM4 bilion. Jika sejuta orang yang menikmati tambahan dividen sebanyak RM 4 bilion ini, maka purata setiap orang akan menikmati tambahan sebanyak RM4,000. Sudah pasti wang RM4 bilion ini akan beredar dalam pasaran tempatan dan ianya akan memberikan laba yang besar kepada semua sektor dalam negara.

Jelaslah memang berlaku kenaikan harga barang di peringkat pengguna, malah kenaikan ini telah menyebabkan tanggungan yang besar kepada sebilangan besar isi rumah. Ia juga telah mengecilkan kuasa beli sebenar yang menyebabkan isi rumah tidak lagi mampu untuk menyimpan menghadapi sesuatu yang ‘uncertainty’.

Malah ramai juga yang telah mengeluarkan wang simpanan semata-mata untuk menutup kos perbelanjaan isi rumah yang meningkat. Pusingan ekonomi begini, akan menjadi baik jika pihak kerajaan yang mempunyai maklumat menyeluruh segera menyediakan satu kerangka harga pengguna yang seimbang untuk jangka panjang.

Namun untuk jangka pendek kerajaan mesti meningkatkan subsidi ke atas sektor tertentu bagi membela warganegara yang menyayangi negara ini. Apatah lagi ketika ini kerajaan menikmati hasil yang bertambah dengan kenaikan harga atas komoditi yang dieksport oleh negara kita.
_________________________________________________________________________________
Penulis merupakan mantan Ketua Pegawai Perangkaan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/harga-barang-naik-dan-formula-rapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Roti Canai Mula Naik Harga Alasannya Harga Barang Mentah Di Pasaran Naik Mendadak

Roti Canai Mula Naik Harga Alasannya Harga Barang Mentah Di Pasaran Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 182 hits
Roti canai mula naik harga alasannya harga barang mentah di pasaran naik mendadakPengusaha dan penjual roti canai memberikan alasan mereka terpaksa menaikan harga makanan itu berikutan kenaikan harga barang secara mendadak di pasaran Pemili...
Masalah Kurang Bekalan Makanan Harga Barang Naik Mb Perak Saran Rakyat Tanam Sayur Ternak Haiwan Untuk Kegunaan Sendiri

Masalah Kurang Bekalan Makanan Harga Barang Naik Mb Perak Saran Rakyat Tanam Sayur Ternak Haiwan Untuk Kegunaan Sendiri

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 346 hits
The ReporterMB Perak Foto Berita HarianIsu kekurangan bekalan makanan dan isu kenaikan harga barangan yang dilihat lambat ditangani oleh kerajaan membuatkan ramai rakyat terkesan dan bimbang bila masalah tersebut akan berakhir Bagi menangan...
Semua Barang Keperluan Naik Harga Peniaga Roti Akui Bingung

Semua Barang Keperluan Naik Harga Peniaga Roti Akui Bingung

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 140 hits
Saya tersepit apabila hampir semua bahan mentah mengalami kenaikan kos ketara Bukan hanya tepung gandum malah lemak sayur dan mentega turut semakin mahal kata usahawan produk makanan Abu Khalil Isa Rahmat 45 Dia yang meneruskan leg
Biasa Dengar Dak Para Walaun Dan Uncai Desak Pimpinan Umno Pas Dan Bersatu Berkaitan Harga Barang Naik

Biasa Dengar Dak Para Walaun Dan Uncai Desak Pimpinan Umno Pas Dan Bersatu Berkaitan Harga Barang Naik

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 154 hits
Kenaikan harga barang makanan hari ini bukan perkara yang main main lagi kerana memang sudah ada keluarga yang sudah mencatu makanan harian Kita ada 72 orang menteri dan timbalan menteri yang di bayar jutaan ringgit tidak termasuk jawatan a...
Mgnews Saran Rakyat Bercucuk Tanam Untuk Atasi Kenaikan Harga Barang Malaysia Gazette Tv 08 06 2022

Mgnews Saran Rakyat Bercucuk Tanam Untuk Atasi Kenaikan Harga Barang Malaysia Gazette Tv 08 06 2022

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 293 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nazim Johan kesal kerana masalah bekalan makanan berterusan Sebagai penyelesaian beliau mengesyorkan langkah drastik diambil bagi mengatasi kemelut itu Antaranya pengguna hasilkan sendir...
Akibat Dimainkan Dengan Pelbagai Dakyah Oleh Pimpinan Dan Ahli Kini Kerajaan Melayu Isle Gagal Kawal Harga Barang

Akibat Dimainkan Dengan Pelbagai Dakyah Oleh Pimpinan Dan Ahli Kini Kerajaan Melayu Isle Gagal Kawal Harga Barang

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 153 hits
NORMAN RADZUANIni fakta bukan auta Zaman PH segalanya murah Tapi ditipu dgn pelbagai dakyah dan hari ini bukan sahaja ayam sukar didapati tetapi harga melambung tinggi Itu belum harga barangan yg lain Org Melayu ini dia sanggup duit mereka ...
Gula Dijangka Naik Harga Siling Baru Disemak

Gula Dijangka Naik Harga Siling Baru Disemak

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 222 hits
satuberita myBy June 8 2022Pihak industri yakin kerajaan akan menetapkan harga siling gula baharu yang lebih komprehensifKERAJAAN dijangka akan mengumumkan semakan semula harga gula dalam masa terdekat selari dengan tekanan kenaikan kos ket...
Pendapatan Bruto Goto Naik 53 Persen Di Kuartal I 2022

Pendapatan Bruto Goto Naik 53 Persen Di Kuartal I 2022

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 252 hits
PT GoTo Gojek Tokopedia Tbk pada kuartal I 2022 mencatatkan nilai transaksi bruto sebesar Rp 140 triliun Mengalami pertumbuhan hingga 46 persen dibandingkan tahun lalu pada periode yang sama
Kenapa Harga Ayam Naik

Kenapa Harga Ayam Naik

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 188 hits
Jika negara di perintah oleh parti cap ayam pemimpin cap ayam harga ayam akan naik Jika negara ada pencuri penyamun ayam ITU adalah musang ayam berkurangan harga akan naik Bila kerajaan makmur atau miskin pemimpin tetap makan daging rakyat ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1