Penipu Pengutip Derma Licik Dan Budaya Pengenyahan Berleluasa Ketika Ahli Politik Guna Media Sosial Selepas Banjir


MalaysiaNow Ketelusan menjadi persoalan dalam isu kutipan derma bencana kerana sering pengurusan dana yang dikumpul badan NGO dan individu tidak didedahkan kepada orang ramai.
Mangsa banjir di Klang, Selangor dipindahkan ke PPS Sekolah Rendah Agama Kampung Delek. Pelbagai NGO dan individu dilihat turun padang bagi membantu mangsa banjir baru-baru ini. Kerja-kerja kebajikan dan bantuan kumpulan atau individu ikhlas mungkin diancam dan dikaburi penipuan kutipan derma, NGO mencurigakan dan pengubahan wang haram ketika pengguna media sosial berkait politik mula menggunakan slogan dan tanda pagar sebagai budaya pengenyahan (cancel culture) bagi membentuk pendapat awam selepas bencana banjir yang menyebabkan beberapa kawasan di Lembah Klang ditenggelami air.
Semakan MalaysiaNow mendapati ketika ahli politik secara beramai-ramai menyerang musuh dengan dakwaan gagal menguruskan banjir, sebahagian juga turut berada di sebalik usaha memungut derma mencurigakan yang melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
“Mereka biasanya akan umumkan kejayaan mengutip derma yang banyak daripada orang awam, tetapi tiada langsung bukti yang menyokong dakwaan mereka itu,” kata seorang aktivis veteran NGO yang mempunyai pengalaman luas dalam menangani mangsa banjir.
Bercakap dengan syarat tidak dinamakan disebabkan apa yang dikatakannya sebagai “budaya pengenyahan” secara besar-besaran dalam ruang siber di Malaysia, aktivis itu memberikan amaran bencana alam dan kesukaran dihadapi orang ramai adalah ruang yang sangat sesuai dan menjadi pilihan ahli perniagaan dan ahli politik jahat bagi melakukan pengubahan wang haram.
“Mereka berikan wang tunai jutaan ringgit kepada NGO yang ditubuhkan atau kawan-kawan politik mereka, yang kemudian akan mengumumkan jumlah derma yang diterima daripada orang awam.
“Ia bukan sahaja modus operandi sepanjang bencana alam bahkan ia menjadi taktik yang digunakan sebelum ini oleh badan pemikir tertentu yang menjalankan tinjauan pendapat dengan sokongan ratusan sukarelawan dan derma yang dikatakan diterima daripada orang awam,” tambahnya.
Ahli politik kerajaan baik di peringkat persekutuan mahupun negeri menjadi sasaran kecaman orang ramai berikutan tanggapan gagal menggerakkan usaha pemindahan dan menyelamat mangsa di Selangor yang terjejas banjir.
Hujan lebat pada 18 Disember menyebabkan beberapa kawasan utama Shah Alam, Klang dan Hulu Langat ditenggelami air banjir.
Pelabuhan Klang, Batu Tiga dan Taman Sri Muda adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas sehingga menyebabkan kehilangan nyawa selain ribuan penduduk terpaksa dipindahkan.
Salah menyalahkan bermula apabila ahli-ahli politik dari kerajaan negeri Selangor menuding jari kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berhubung respons mereka terhadap banjir.
Ia disusuli dengan tentera siber politik yang menghalakan serangan terhadap sasaran tertentu dan memuji tuan politik mereka dengan memenuhkan media sosial dengan gambar-gambar ahli politik meredah banjir.
Semakan juga menunjukkan budaya pengenyahan digunakan untuk memperkecilkan beberapa individu daripada pandangan awam berleluasa sejak minggu lalu melalui tentera siber dan penyokong ahli-ahli politik.
Kebanyakan hantaran di media sosial itu juga turut dipenuhi dengan kata-kata dan imej kesat, ia kemudiannya diciap berulang kali di Twitter oleh akaun-akaun pengguna yang dilihat baru dibuat.
Semakan turut mendapati kebanyakan akaun yang menggunakan tanda pagar seperti #kerajaanbangsat yang menjadi trend di Twitter minggu lalu mungkin palsu, menggunakan gambar profil yang boleh dipertikaikan selain pengikut-pengikutnya juga meragukan.
“Apa yang lebih teruk lagi, mereka menggunakan tanda pagar seperti #kitajagakita atau #rakyatjagarakyat dengan cara yang tidak jujur, terutamanya selepas mengutip dana awam dan bergaya untuk ambil gambar,” kata aktivis itu lagi.
Seorang ahli politik Amanah yang dikecam kerana dilihat berada di pusat peranginan bersalji di luar negara ketika banjir, beliau kemudiannya pulang ke tanah air dan dilihat menyelar pihak berkuasa dalam sebuah temu bual di sebuah pusat bantuan yang dijalankan oleh sukarelawan.
Namun sebuah sebuah video lain yang tular menunjukkan sukarelawan di pusat pengagihan bantuan itu menjarakkan diri dari Hasanuddin Yunus, mengatakan ahli Parlimen Hulu Langat itu tidak mempunyai kaitan dengan mereka selain mendakwa ahli politik itu menunggang kerja orang lain.
Seorang lagi ahli politik, Rina Harun juga turut menjadi mangsa budaya pengenyahan media sosial, termasuk dari ahli politik terkenal yang mempersoalkan status perkahwinannya.
Tiada audit, ketelusan
Namun, isu yang lebih besar daripada emosi dan kemarahan dalam talian berhubung pengurusan banjir adalah mengenai ketelusan kumpulan dan individu yang terlibat dan mendakwa mengutip jutaan ringgit derma daripada orang ramai bagi membantu mangsa banjir.
MalaysiaNow dapat mengesahkan sebahagian kumpulan yang mengutip derma daripada orang ramai itu mempunyai latar belakang yang mencurigakan, dengan kebanyakannya berkait dengan beberapa ahli politik selain parti politik baru yang mahu mengambil peluang daripada banjir ini untuk meningkatkan bilangan keahliannya.
Salah satu kumpulan itu diketuai oleh seorang individu yang baru-baru ini memimpin kempen melawan program vaksinasi Covid-19 kebangsaan kerajaan.
Semakan menunjukkan individu anti vaksin itu mengutip lebih dari RM70,000 untuk disalurkan kepada mangsa banjir menggunakan sebuah aplikasi telefon untuk mengumpul dana dari orang ramai selain untuk berhubung dengan sukarelawan.
“Tetapi tiada cara untuk tahu bagaimana wang itu diurus. Ada satu lohong hitam kewangan, di mana watak-watak yang dipertikaikan ini secara licik mengelakkan dari audit dan pihak berkuasa,” kata aktivis itu lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/penipu-pengutip-derma-licik-dan-budaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Patut Guna Sms Media Sosial Maklumkan Perkembangan Banjir

Kerajaan Patut Guna Sms Media Sosial Maklumkan Perkembangan Banjir

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 183 hits
Musim tengkujuh yang belum berakhir dan kemungkinan banjir di Pantai Timur Semenanjung dalam beberapa hari ini mewajarkan Kerajaan Persekutuan memperbaiki segera kelemahan pengurusan banjir agar tidak berulang tragedi sebagaimana di Selango...
Hiburan Sedar Keadaan Semasa Masih Belum Reda Selebriti Ini Guna Media Sosial Bantu Mangsa Banjir

Hiburan Sedar Keadaan Semasa Masih Belum Reda Selebriti Ini Guna Media Sosial Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 279 hits
Biarpun keadaan di sekitar Lembah Klang sudah semakin pulih dah hujan pun sudah terlihat sudah berhenti namun masih ada kebanyakkan tempat yang dilanda banjir masih belum reda Banyak individu yang terkandas akibat banjir ada yang tidak pula...
Era Media Sosial Menteri Tidak Boleh Berlakon Bantu Mangsa Banjir

Era Media Sosial Menteri Tidak Boleh Berlakon Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 173 hits
Dua aksi oleh Menteri untuk dilihat membantu mangsa banjir baru baru ini hanya sesuai dilakonkan pada era sebelum kewujudan media sosialGaya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyodok lumpur dan Menteri Datuk Rina Harun members...
Menteri Bn Pn Pelancong Banjir Jangan Sekat Kritikan Rakyat Di Media Sosial Ph

Menteri Bn Pn Pelancong Banjir Jangan Sekat Kritikan Rakyat Di Media Sosial Ph

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 178 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan membidas sikap lemah dan layu menteri Kerajaan BN PN yang kini digelar rakyat sebagai pelancong banjir yang memahami keperluan sebenar dan kegetiran mangsa banjir Tegas Majlis Presiden kerajaan BN PN yang dia...
Panduan Bersihkan Barang Elektrik Selepas Banjir Masih Boleh Guna

Panduan Bersihkan Barang Elektrik Selepas Banjir Masih Boleh Guna

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 264 hits
Langkah Bersihkan Barang Elektrik Selepas Banjir Masih Boleh Guna Aku antara mangsa banjir besar di Kelantan Waktu tu air naik cukup cepat hinggakan aku dan suami sama sekali tak dapat selamatkan barang barang Kami hanya mampu angkat letak ...
Ketika Panik Jeritan Tidak Dihiraukan Pemuda Berkongsi Kisah Sedih Meranduk Air Banjir Demi Selamatkan Ahli Keluarga

Ketika Panik Jeritan Tidak Dihiraukan Pemuda Berkongsi Kisah Sedih Meranduk Air Banjir Demi Selamatkan Ahli Keluarga

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 348 hits
December 20 2021 Bencana banjir yang melanda sebahagian besar kawasan negeri Selangor beberapa hari lalu meninggalkan kesan yang sangat dasyhat terhadap mangsa yang terkesan Kenaikan air yang begitu mendadak menyebabkan mangsa gagal membuat...
Tapak Kolam Takungan Banjir Diubah Guna Siasatan Boleh Mula Dari Laporan Ketua Audit Negara

Tapak Kolam Takungan Banjir Diubah Guna Siasatan Boleh Mula Dari Laporan Ketua Audit Negara

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 240 hits
Laporan Ketua Audit Negara 2019 mengenai tapak kolam takungan banjir di Jinjang Kuala Lumpur yang diubah syarat dan digunakan untuk pembangunan boleh disiasat dengan mudah Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil sebahagian besar la...
Penduduk Kampung Jumpa Ikan Arapaima Di Kampung Tengah Batu 13 Ketika Banjir

Penduduk Kampung Jumpa Ikan Arapaima Di Kampung Tengah Batu 13 Ketika Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 350 hits
Bencana banjir yang berlaku di beberapa lokasi di Malaysia memberikan tempias yang besar kepada seluruh masyarakat di negara ini Pelbagai kerosakan nyawa terkorban dan beberapa buah rumah yang telah roboh disebabkan oleh bencana tersebut Be...
9 Tips Menyelamatkan Kereta Daripada Rosak Ditenggelami Air Ketika Bencana Banjir

9 Tips Menyelamatkan Kereta Daripada Rosak Ditenggelami Air Ketika Bencana Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 445 hits
Tips Menyelamatkan Kereta Daripada Rosak Ditenggelami Air Ketika Bencana BanjirSebelum tenggelam1 Jika kenderaan anda tidak boleh dibawa ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kereta masih belum ditenggelami air anda bolehlah menyumbat luban...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened